Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah mengekalkan kedaulatan

Negara

Kepentingan mengekalkan kedaulatan negaraPerpaduan merupakan perkara yang amat


mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara
yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara
yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak
mudah ditakluki kuasa asing.

Langkah langkah mengekalkan kedaulatan negara

- Memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyat :

Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka
yang berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara.
Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah sentiasa disokong, bukannya
dikritik.
Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan
yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan
dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan penjajah
asing.
-Lambang-lambang kebesaran negara harus dikenali dan dihormati

Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai
sesuatu yang suci dan rakyat tidak harus membenarkan bendera negara dipijak, dibuang
atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di
tiang bendera tertinggi di dunia.
Ketika menyanyikan lagi Negaraku, kita perlu berdiri tegak serta menghayati lagu
tersebut dengan penuh semangat cinta akan negara.
- Sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya.
Kita perlu taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara.
Kita harus mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban
apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara.
Kita perlu sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara
mengatasinya.
-Semangat kekitaan dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara.
Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan
bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri
demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham untuk kesejahteraan hidup
Malaysia.
Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk
mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk
bangsa atau kaum sendiri.
Sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan, bangsa
atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan
kaum lain.
Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong daapt
memupuk semangat bermasyarakat antara kaum serta mengeratkan hubungan
silaturahim.
Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-
undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua
pihak.
Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan
berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat
meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak
dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar.
- Bersifat produktif untuk memajukan negara

Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf
hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa
bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa.
Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara
tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan
Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang
dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula.
Kesimpulan
Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua cabaran dalam negara dan
sentiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat. Perpaduan adalah amat
penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh
itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan
semua.

Anda mungkin juga menyukai