Anda di halaman 1dari 6

1.

Pertanian dan Perdagangan


- Perkembangan dalam kegiatan pertanian :-
 penciptaan pelbagai peralatan
 pembinaan saliran
 penciptaan kincir angina
 pembinaan teres di tanah tinggi

- Wujudnya kegiatan perdagangan


 Perdagangan tempatan
(Masyarakat yang tinggal di kota mendapatkan makanan dan
barangan pertanian dengan menukar barangan kraftangan dan
perkhidmatan termasuklah kegiatan keagamaan)
 Perdagangan jarak jauh
(Masyarakat dari kawasan tamadun yang berbeza bertukar barangan
dengan penduduk yang mempunyai bahan mentah seperti logam,
emas, besi)
2. Pembentukan Bandar
- Perkembangan bidang pertanian menyebabkan manusia mula membina
petempatan kekal.
- Petempatan kekal wujud bermula dengan kampung. (Penduduk
bertambah, kawasan kampung berkembang membentuk bandar)
- Ciri-ciri bandar:-
 Susun atur bangunan/petempatan tersusun
 Rumah kediaman mempunyai perigi, bilik mandi dan tandas
 Kemudahan prasarana yang teratur dan sistematik seperti pasar,
rumah ibadat dan kawasan kediaman
 Pembinaan system perparitan dan pembetungan
 Pembinaan kota untuk berlindung daripada serangan luar dan
menjadi sempadan

3. Sistem pemerintahan
- Kerajaan dibentuk untuk menguruskan pemerintahan kota
- Pemerintahan negara kota diketuai oleh raja
- Raja dibantu oleh pegawai daripada golongan bangsawan
- Undang-undang dibentuk bagi melicinkan urusan pentadbiran negara
4. Pengkhususan Pekerjaan
- Perkembangan bandar meningkatkan jumlah penduduk dan
mewujudkan pengkhususan dalam bidang perkerjaan
- Antara peluang perkerjaan baharu :-
 Pengutip cukai
 Jurutera (mengawal system pengairan sungai)
 Tentera
 Petani
 Bidang pentadbiran
 Golongan artisan (mengukir, menempa besi dan tembikar)
 Saudagar dan pedagang (bertukar barangan yang dihasilkan oleh
golongan artisan)
5. Teknologi
- Kemahiran dalam bidang teknologi oleh masyarakat tamadun awal telah
menghasilkan penciptaan barangan dan monumen serta hasil
pertukangan.
- Antara hasil ciptaan masyarakat tamadun awal :-
 Taman Tergantung Babylon – TamadunMesopotamia
 Pembinaan Piramid dan Sfinks – Tamadun Mesir Purba
 Pembinaan Negara Kota Mohenjo Daro - Tamadun Indus
 Penciptaan roda – Penggunaan kereta kuda dan kereta lembu untuk
mengangkut hasil pertanian dan perhubungan penduduk.
 Penciptaan peralatan pertanian – pembuatan logam tembaga,
gangsa dan besi untuk menghasilkan bajak
6. Organisasi Sosial
- Dalam masyarakat Mesir Purba, kemunculan institusi dan golongan
pekerja mewujudkan kelas sosial
- Kelas sosial berasaskan jenis pekerjaan, kekayaan dan pengaruh
- Susunan masyarakat :-
 Kedudukan Tertinggi – pemerintah, firaun, golongan agama,
golongan bangsawan
 Kelas Kedua – saudagar, artisan
 Kelas Ketiga – Petani, pekerja tidak berkemahiran
 Kedudukan Paling Rendah – Hamba ( hamba perang, hamba yang
dijual)

7. Agama dan Kepercayaan


- Mempercayai banyak tuhan – tuhan bulan, matahari, ibu dan sungai
- Terdapat institusi agama yang mengurus upacara keagamaan – korban
binatang, mempersembahkan makanan kepada kuasa roh
- Tempat ibadat yg besar dibina sebagai tanda menghormati tuhan
- Mempercayai kehidupan selepas kematian
8. Tulisan dan Penyimpanan Rekod
- Penciptaan tulisan membezakan kehidupan Zaman Prasejarah dan
sejarah.
- Manusia mencipta tulisan yang lebih baik menggunakan abstrak simbol
– mewakili pelbagai bentuk idea.
- Kelahiran tulisan membolehkan manusia menyimpan rekod dan perkara
penting tentang masyarakat dan diri mereka
- Tulisan pertama menggunakan system piktograf atau simbol gambar.

9. Kesenian dan kesusasteraan


- Masyarakat tamadun awal melahirkan hasil sastera dan seni bina yang
mengagumkan.
- Gaya dan teknik yang digunakan menggambarkan setiap budaya
tamadun masing-masing.
- Antara hasil ciptaan :-
 Ciptaan berupa patung
 Lukisan tuhan dan dewa
 Lukisan pahlawan dan pemerintah
 Ukiran pada gelas
- Patung-patung dicipta menggunakan tembaga

Anda mungkin juga menyukai