Anda di halaman 1dari 16

KAEDAH 10 AYAT MUDAH (untuk murid GALUS )

1.Salin dan hafal


2.Kemudian tulis 10 ayat yang dihafal

TEMA KELUARGA

Tajuk 1 : Aktiviti Minggu Saya

1. Hujung minggu ialah hari cuti .


2. Hari yang selalu saya tunggu.
3. Semua ahli keluarga saya berkumpul di rumah.
4. Kami bergotong-royong membersihkan rumah.
5. Saya mencuci longkang.
6. Abang menyapu daun-daun kering.
7. Bapa pula mencuci longkang.
8. Emak dan kakak menyediakan makanan.
9. Selepas bergotong-royong,kami pun makan dan minum.
10. Saya sangat gembira kerana rumah saya sudah bersih.
(50 patah perkataan)

Tajuk 2 : Pergi ke Dusun Datuk

1. Pada minggu lalu,saya dan keluarga pulang ke kampung.


2. Saya dan datuk pergi ke dusunnya.
3. Ketika itu musim buah-buahan.
4. Ada banyak pokok buah.
5. Saya membantu datuk memungut buah durian.
6. Selepas itu,datuk mengait buah rambutan dan manggis.
7. Saya makan sepuluh ulas durian dan tiga biji rambutan.
8. Udara di dusun nyaman dan segar.
9. Di bandar udara kotor.
10. Saya berasa seronok dan gembira berada di kampung datuk.
Tajuk 3 : Pergi Berkelah di Air Terjun

1. Pada hari Ahad yang lalu, saya dan keluarga pergi berkelah di air
terjun.
2. Ibu menyediakan makanan dan barang keperluan.
3. Saya sekeluarga pergi dengan menaiki kereta ayah.
4. Ayah membentangkan tikar di bawah pokok.
5. Kami mandi di air terjun.
6. Suasana meriah kerana ramai orang.
7. Saya mandi sekali lagi sebelum pulang ke rumah.
8. Kami makan dan minum sambil berbual-bual.
9. Kami berasa seronok
10. . Saya mahu pergi lagi.

Tajuk 4 : Mimpi Saya

1. Aku terdengar bunyi ketukan pintu.


2. Aku bangun dan membuka pintu.
3. Aku ingat ibu dan bapa sudah pulang.
4. Aku membuka pintu tapi tidak ada apa-apa di situ.
5. Aku berasa hairan.
6. Aku masuk ke bilik semula.
7. Sekali lagi aku mendengar bunyi ketukan pintu.
8. Aku membuka pintu,tiba-tiba ada satu lembaga yang besar.
9. Aku pengsan,badan aku digoncang-goncang.
10. Rupa-rupanya aku bermimpi.

Tajuk 5 : Ibu Saya

1. Saya mempunyai seorang ibu yang penyayang.


2. Nama ibu saya ialah ____________.
3. Beliau berusia _________ tahun.
4. Ibu amat menyayangi saya.
5. Setiap pagi ibu membangunkan saya.
6. Ibu menyediakan sarapan setiap pagi.
7. Ibu suka mengemas rumah.
8. Rumah sentiasa bersih dan kemas.
9. Ibu selalu menasihati saya supaya menjaga kebersihan diri.
10. Saya akan mematuhi nasihat ibu.

Tajuk 6 : Bercuti di Kawasan Peranginan

1. Pada cuti yang lalu,saya sekeluarga pergi ke Cameron Highlands.


2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Dalam perjalanan,kami berbual-bual.
4. Tidak lama kemudian ,kami pun tiba di Cameron Highlands.
5. Kami melihat ramai pelancong di sana.
6. Kami melawat ladang teh, ros dan limau.
7. Kami juga mengambil gambar di sana
8. Kami pulang pada pukul 5.00 petang
9. Saya berasa gembira kerana dapat banyak ilmu.
10. Saya berharap dapat melawat ke sana lagi.

Tajuk 7 : Berkelah di Tepi Pantai

1. Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pergi berkelah


2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Dalam perjalanan,kami berbual-bual.
4. Tidak lama kemudian ,kami pun tiba di pantai Teluk Batik.
5. Kami melihat ramai pengunjung di sana.
6. Kami meletakkan barang di bawah pokok.
7. Saya dan abang pergi berenang.
8. Selepas itu, kami makan bekalan yang dibawa.
9. Kami pulang pada pukul 5.00 petang
10. Saya berharap dapat datang ke sana lagi.
Tajuk 8 : Melawat Zoo Negara.

1. Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pergi ke Zoo Negara


2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Dalam perjalanan, kami berbual-bual.
4. Tidak lama kemudian , kami tiba di Zoo Negara.
5. Kami melihat ramai orang di sana.
6. Kami melihat harimau,singa,monyet, burung dan lain-lain.
7. Kami juga melihat gajah menari.
8. Selepas itu, kami makan tengah hari.
9. Kami pulang pada pukul 4.00 petang.
10. Saya berharap boleh pergilagi

Tajuk 9 : Hari Ibu.

1. Pada 14 Mei yang lalu,keluarga saya telah menyambut Hari Ibu.


2. Pada hari itu ,bapa membeli sebiji kek untuk ibu.
3. Kek itu sangat cantik.
4. Kakak memasak mi goreng.
5. Kemudian, kami menyanyi lagu Selamat Hari Ibu.
6. Selepas itu, ibu meniup api lilin pada kek itu.
7. Kami juga memberi hadiah kepada ibu.
8. Ibu berasa amat gembira apabila membuka hadiah itu.
9. Saya amat sayang akan ibu.
10. Saya berjanji akan membalas jasa ibu.

Tajuk 9 : ”Seperti Aur Dengan Tebing”

1. Ahad lalu,saya dan keluarga bergotong-royong.


2. Bapa menyediakan cangkul,cat dan penyapu.
3. Ibu menanam pokok-pokok bunga di halaman rumah.
4. Kakak membersihkan longkang di depan rumah.
5. Abang pula mengecat dinding rumah.
6. Saya mengutip sampah-sarap.
7. Apabila letih dan dahaga,kami pun minum.
8. Pada pukul 2.00 petang,kami habis bergotong-royong.
9. Kami berasa sangat gembira kerana kawasan rumah saya sudah
cantik.
10. Kerjasama kami seperti aur dengan tebing.

Tajuk 10 : Har Lahir Saya

1. Ahad lalu, ibu mengadakan majlis hari lahir saya.


2. Saya mengajak ramai kawan.
3. Ibu membeli sebiji kek yang cantik untuk saya.
4. Kakak menghias ruang tamu.
5. Pada pukul 7:00 malam,semua kawan sudah datang.
6. Mereka membawa pelbagai hadiah untuk saya.
7. Mereka menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk saya.
8. Saya meniup api lilin lalu mereka bertepuk tangan.
9. Kami makan-makan sambil bermain permainan.
10. Saya berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.

Tajuk 11 : ”Melentur Buluh Biarlah daripada Rebungnya”

1. Saya ada sebuah keluarga yang bahagia.


2. Ibu saya seorang suri rumah.
3. Bapa pula seorang guru.
4. Saya ada tiga adik lelaki.
5. Seorang perempuan dan dua orang lelaki.
6. Ibu saya seorang yang tegas.
7. Setiap hari, beliau mengajar kami nilai-nilai yang baik.
8. Bapa pula selalu mengingati kami agar rajin belajar.
9. Beliau sentiasa membantu kami jika kami tidak faham sesuatu
pelajaran.
10. Ibu bapa kami yakin dengan kami kerana mereka tahu Melentur
Buluh Biarlah daripada Rebungnya’ .

TEMA MASYARAKAT

Tajuk 13 : Jiran Saya

1. Saya ada seorang jiran yang baik bernama Abu.


2. Dia seorang yang baik hati.
3. Dia suka memberi buah-buahan kepada saya.
4. Dia selalu membantu saya menyiapkan kerja rumah.
5. Bapa Abu seorang doktor.
6. Ibu Abu pula seorang guru.
7. Setiap hari raya, mereka mengajak saya ke rumah mereka.
8. Pada masa lapang,kami pergi berjoging.
9. Anak-anak mereka suka bermain badminton dengan saya.
10. Saya berasa sangat gembira kerana ada jiran yang baik.

Tajuk 14 : Gotong-royong

1. Taman Aman mengadakan gotong-royong


2. Gotong-royong diadakan pada 1 Januari 2014.
3. Semua orang berkumpul di dewan.
4. Ada yang membawa cangkul.
5. Ada yang membawa sabit.
6. Ada yang membawa cat.
7. Semuanya tolong-menolong mencuci longkang.
8. Ada yang mengecat dewan.
9. Ada yang menebas lalang.
10. Semua penduduk gembira kerana kawasan taman sudah bersih.
Tajuk 15 : Pergi ke Majlis Perkahwinan

1. Hari Ahad saya pergi ke rumah orang kahwin.


2. Saya pergi dengan bapa dan ibu.
3. Ramai orang di situ.
4. Suasana sangat meriah.
5. Saya sekeluarga makan nasi minyak .
6. Saya banyak makan ayam goreng.
7. Pengantin sangat cantik.
8. Ada pemuda-pemuda bermain kompang.
9. Pengantin bersanding di atas pelamin.
10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat banyak pengalaman.

Tajuk 16 : Kebaikan Hidup Berjiran

1. Jiran ialah orang yang tinggal setaman dengan kita.


2. Hidup berjiran sangat penting.
3. Hidup berjiran banyak kebaikannya.
4. Pertamanya, kita dapat menolong jiran yang miskin.
5. Keduanya, jiran dapat menolong menjaga rumah kita apabila kita
keluar.
6. Ketiganya,kita dapat bermain bersama-sama.
7. Keempatnya,kita dapat bertukar-tukar idea.
8. Kelimanya,kita dapat memupuk perpaduan.
9. Tanpa jiran hidup kita sunyi.
10. Oleh itu, kita mestilah menghormati jiran.

Tajuk 16 : Kebaikan Tinggal di Desa


1. Desa ialah kampung.
2. Ada banyak faedah tinggal di kampung.
3. Pertamanya, kita dapat udara segar.
4. Ini kerana tiada pencemaran alam di desa.
5. Keduanya, kita dapat tolong-menolong sesama jiran sekampung.
6. Ketiganya,kita dapat mengamalkan gotong-royong.
7. Keempatnya,kita dapat melihat keindahan suasana desa.
8. Kelimanya, kita dapat merasa makanan kampung.
9. Banyak kebaikan tinggal di desa.
10. Oleh itu, semua orang mestilah menjaga keindahan kampung.

Tajuk 17 : Cara-cara Menjaga Kebersihan Kawasan Perumahan

1. Menjaga kebersihan sangat penting.


2. Kawasan perumahan kita mestilah kita jaga.
3. Kita mestilah mengadakan gotong-royong.
4. Gotong-royong untuk membersihkan kawasan perumahan kita.
5. Kita mestlah menanam tin-tin kosong.
6. Kita hendaklah mencuci longkang yang tersumbat.
7. Kita tidak boleh membuang sampah ke merata-rata tempat.
8. Kita tidak boleh melakukan pembakaran terbuka.
9. Semua penduduk mestilah bekerjasama.
10. Negara bersih rakyat sihat.

Tajuk 18 : Sukaneka

1. Ahad lalu,taman perumahan saya mengadakan sukaneka.


2. Banyak acara diadakan.
3. Ada acara tiup belon.
4. Ada acara tarik tali.
5. Ada acara lari dalam guni.
6. Suasana sangat meriah kerana ramai orang.
7. Saya masuk acara makan buah pisang.
8. Saya dapat nombor dua.
9. Sukaneka tamat pada pukull 2.00 petang.
10. Saya berasa gembira kerana dapat bersukaneka.
Tajuk 19 : Saya Sebuah Telefon Awam

1. Saya sebuah telefon awam.


2. Saya dilahirkan di sebuah kilang.
3. Badan saya diperbuat daripada besi.
4. Badan saya ada wayar.
5. Badan saya ada tempat letak masuk duit syiling.
6. Dada saya ada nombor 0 hingga 9
7. Orang ramai menggunakan saya setiap hari.
8. Mereka menggunakan saya untuk berbual-bual.
9. Ada juga yang cuba merosakkan badan saya.
10. Saya berasa sangat gembira kerana berjasa kepada orang lain.

Tajuk 20 : Seperti Kacang Lupakan Kulit


1. Pak Atan dan Mak Cik Limah tinggal di sebuah kampung.
2. Mereka hidup miskin,Pak Atan seorang nelayan.
3. Mak Cik Limah pula menjual kuih-muih.
4. Mereka ada seorang anak bernama Rudi.
5. Mereka sangat sayang akan Rudi.
6. Rudi berjaya belajar di universiti.
7. Sekarang Rudi menjadi seorang doktor.
8. Tetapi dia tidak mahu balik ke kampung .
9. Rudi malu kerana ibu bapanya miskin.
10. Sikap Rudi ”Seperti Kacang Lupakan Kulit”.

TEMA : SEKOLAH

Tajuk 21 : Pameran Lukisan di Sekolah Saya

1. Kelab Seni Lukis mengadakan pameran


2. Pameran diadakan di dewan sekolah.
3. Banyak ibu bapa melihat pameran.
4. Pelbagai lukisan dipamerkan.
5. Pertandingan melukis dan mewarna juga diadakan
6. Guru besar menyampaikan hadiah.
7. Pemenang sangat gembira
8. Pameran mendapat sambutan yang baik.
9. Orang ramai suka melihat pameran.
10. Pameran akan diadakan lagi

Tajuk 22 : Kepentingan Menyertai Kegiatan Kokurikulum

1. Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas.


2. Kita dapat mengisi masa lapang.
3. Kita dapat memupuk sikap tanggungjawab.
4. Kita dapat belajar hidup bekerjasama dan berdikari
5. Kita dapat belajar mematuhi peraturan .
6. Kita dapat belajar menjadi ketua.
7. Kita juga dapat kawan yang baru.
8. Kita juga dapat berfikir dengan baik.
9. Kita mesti ikut aktiviti kokurikulum.
10. Kita dapat banyak faedah.

Tajuk 23 : Hari Penyampaian Hadiah

1. Sekolah saya mengadakan Hari Penyampaian Hadiah.


2. Guru,guru, ibu bapa dan murid-murid berkumpul di dewan.
3. Kami menyanyi lagu ‘Negaraku’.
4. Selepas itu, Guru Besar memberi ucapan.
5. Guru Besar memberi hadiah kepada murid yang berjaya.
6. Ada murid-murid menyanyi dan menari.
7. Pada pukul 12.00 tengah hari,semua pergi ke kantin untuk makan.
8. Kami pun pulang.
9. Kami berasa sangat gembira.
10. Kami harap majlis ini akan diadakan lagi.
Tajuk 23 : Ucapan Perpisahan.

1. Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar, guru-guru


dan rakan sekalian.
2. Saya ucapkan terima kasih kepada guru-guru.
3. Saya akan selalu ingat jasa guru
4. Saya minta maaf sekiranya ada kesalahan.
5. Saya mewakili murid lain minta maaf
6. Saya harap kawan-kawan tidak lupa jasa guru
7. Kami akan menjaga nama baik sekolah
8. Kami berjanji untuk mencapai cita-cita
9. Saya harap guru doakan kejayaan kami.
10. Sekian, terima kasih.

Tajuk 23 : Sekolah Saya

1. Nama Sekolah saya ………………………………………


2. Sekolah saya sangat besar dan cantik.
3. Sekolah saya ada banyak kelas.
4. Sekolah saya ada sebuah padang.
5. Sekolah saya juga ada banyak pokok bunga.
6. Kantin sekolah saya besar dan bersih.
7. Guru sekolah saya baik.
8. Murid-murid sekolah saya rajin belajar.
9. Sekolah saya selalu menjadi johan dalam pertandingan.
10. Saya sayang akan sekolah saya.

Tajuk 24 : Mematuhi Peraturan Sekolah

1. Peraturan sekolah mesti diikuti oleh murid-murid.


2. Peraturan jadikan murid-murid berdisiplin
3. Murid-murid tidak boleh berambut panjang
4. Selain itu, murid-murid tidak boleh ponteng.
5. Peraturan juga bermula dari rumah.
6. Kita mesti ikut peraturan.
7. Murid-murid yang tidak mengikut peraturan akan didenda.
8. Peraturan jadikan kita baik.
9. Peraturan jadikan kita murid bertanggungjawab.
10. Kita hendaklah mengikut peraturan sekolah.

Tajuk 25 : Persiapan Menghadapi Peperiksaan.

1. Peperiksaan sangat penting.


2. Saya mengulang kaji pelajaran pada setiap malam.
3. Saya juga belajar bersama kawan-kawan.
4. Selain itu, saya belajar di kelas tuisyen.
5. Saya suka bertanya kepada kawan yang bijak.
6. Kalau tidak faham saya akan bertanya kepada guru.
7. Saya mesti rajin membaca buku.
8. Saya juga mencari maklumat dengan melayari laman web

Tajuk 25 : Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan

1. Belajar secara kumpulan sangat baik.


2. Kumpulan ini ada yang besar dan kecil.
3. Kumpulan boleh diadakan di rumah atau di sekolah.
4. Kita boleh belajar bersama-sama.
5. Kalau tidak faham kita boleh tanya kawan.
6. Kawan yang pandai boleh bantu kawan yang lemah.
7. Masalah dapat diselesaikan bersama-sama.
8. Kita juga dapat berkongsi idea.
9. Kita boleh dapat banyak faedah.
10. Belajar secara berkumpulan memang banyak kebaikan.

Tajuk 26 : “Saya Sebuah Perpustakaan


1. Saya sebuah perpustakaan.
2. Saya juga dipanggil disebut pusat sumber.
3. Saya ada di sebuah sekolah yang besar.
4. Badan saya ada pelbagai jenis buku.
5. Murid-murid selalu menggunakan saya untuk belajar.
6. Murid-murid selalu meminjam buku.
7. Saya dijaga oleh pustakawan.
8. Pustakawan menyusun buku dengan rapi.
9. Murid yang lambat hantar buku akan didenda.
10. Saya berasa sangat bangga kerana dapat menolong murid-murid.

Tajuk 27: Hari Sukan

1. Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya mengadakan hari sukan.
2. Sukan itu diadakan di padang sekolah.
3. Sukan itu dirasmikan oleh Pengerusi PIBG.
4. Mula-mula, murid-murid berjalan keliling padang.
5. Selepas itu, acara sukan pun dimulakan.
6. Acara pertama ialah lumba lari 100 meter.
7. Murid-murid bersorak semasa kawan mereka berlari.
8. Pasukan Merah telah menjadi johan.
9. Guru besar menyampaikan hadiah kepada pemenang.
10. Sukan itu tamat pada pukul 2.00 petang.

Tajuk 28 : Perkhemahan Pengakap


1. Perkhemahan diadakan pada 12 Januari 2014.
2. Seramai 3 orang guru dan 30 orang murid terlibat.
3. Perkhemahan diadakan di tepi hutan.
4. Kami berkumpul di sekolah lalu menaiki bas ke tapak perkhemahan.
5. Pemandangan sangat cantik sepanjang perjalanan.
6. Selepas tiba,kami mendirikan khemah dan memasak makanan.
7. Kami meredah hutan dan melihat banyak tumbuhan.
8. Waktu malam, kami membuat unggun api.
9. Malam akhir, kami adakan persembahan mengikut kumpulan.
10. Saya berasa seronok dan gembira.

Tajuk 29 : Sekolah Baharu Saya

1. Sekolah saya bersih dan cantik.


2. Sekolah saya terletak berhampiran pekan.
3. Terdapat lima bangunan di sekolah saya.
4. Sekolah saya besar dan luas.
5. Murid di sekolah itu seramai lima ratus orang.
6. Ada lapan belas kelas semuanya.
7. Kemudahan di sekolah itu lengkap.
8. Ada empat puluh orang guru di sekolah itu.
9. Guru-guru dan rakan-rakan sangat peramah dan baik.
10. saya sangat gembira dan seronok.

KAEDAH BERPERINGKAT

TEMA MASYARAKAT

PERINGKAT 1

Salin dalam buku karangan.

Tajuk ”Jiran Saya”

Saya ada seorang jiran. Jiran saya bernama Abu. Dia seorang yang
baik hati.

Dia suka memberi buah-buahan kepada saya. Dia selalu membantu


saya menyiapkan kerja rumah. Bapa Abu seorang doktor.Ibu Abu pula
seorang guru.
Setiap hari raya, mereka akan mengajak saya ke rumah mereka.
Pada masa lapang, kami pergi berjoging. Anak-anak mereka suka
bermain badminton dengan saya.

Saya berasa sangat gembira kerana ada jiran yang baik.

PERINGKAT 2

Salin dan lengkapkan.

Saya ada seorang _____________. Jiran saya bernama Abu. Dia


seorang yang _________________ .

Dia suka memberi _______________ kepada saya. Dia selalu


membantu saya menyiapkan ______________. Bapa Abu seorang
doktor.Ibu Abu pula seorang guru.

Setiap hari raya, mereka akan _____________ saya ke rumah


mereka. Pada masa lapang,kami pergi____________.Anak-anak
mereka suka bermain _____________ dengan saya.

Saya berasa sangat ____________ kerana ada jiran yang baik.

PERINGKAT 3 : tulis karangan berdasarkan rangka

Pen : -tinggal berhampiran -


Isi 1 :seorang jiran-bernama -baik hati.
memberi buah-buahan – membantu -kerja rumah.
Isi 2 :bapa -doktor -ibu -guru – saling menghormati
Isi 3 :hari raya -mengajak ke rumah mereka
Isi 4 :lapang – berjoging -anak-anak – badminton – bersama saya.
Pt :gembira
– jiran – bersopan santun