Anda di halaman 1dari 15

ACAR TIMUN SARAWAK

Bahan-bahan
1kg timun - potong 4-5 bergantung pada saiz timun.
(buang empulur tengah dan hiris panjang. rendam dengan garam dan air ais- Jangan hiris terlalu
nipis)
2 batang lobak merah - potong nipis dan hiris panjang

Bahan kisar
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sdm udang kering - rendam dulu
2 biji buah keras

(A)
1-2 sdm cili giling
1/3 sdt serbuk kunyit
Minyak secukupnya untuk menumis

(B)
Garam sedikit
Gula pasir dan gula merah secukup rasa
Cuka anggaran 1 susu makan - bergantung pada cuka
1 sdm cili sos
1 biji cili merah - hiris halus (kalau suka)

(C)
Sedikit bijan - sangai kuning

Tips>>
*Timun yang telah di rendam tadi di toskan kemudian di perah menggunakan kain kasar yang bersih.
Perah jangan terlalu kering ye sebab nanti ianya akan di jemur lagi.
*Tabur atas talam dan jemur selama 1-2 jam bergantung pada cuaca. (jangan jemur terlalu
kering)Manakala lobak merah juga di jemur sehingga layu sahaja.
*Bila dan siap semua di jemur baru bermula sessi menumis...

Cara
1) Tumis bahan A sehingga garing dan masuk bahan kisar. Tumis sehingga masak dan pecah
minyak.
2) Kecilkan api dan asukkan bahan B, kacau sebati dan rasakan secukupnya. (Lebihkan manis dan
ada rasa masam sedikit)
3) Masukkan timun dan lobak merah. Kacau sebati dan biarkan ianya masak dan pekat.(kalau terlalu
pekat tambah air sedikit)
4) Rasakan lagi manisnya kalau kurang manis tambah lagi gula merah sehingga cukup rasa dan tutup
api. Masukkan bahan C dan kacau sebati.

SELAMAT MENCUBA!
ACAR TIMUN TUMIS YANG SEDAP
Resepi: Bonda Sue

Bahan-bahan
(A)
2-3 biji timun- buang empulur dan potong panjang.
Rendam dalam air sejuk ais+ 1sdt garam 15 minit.

3 biji lobak merah- hiris panjang


2 biji cili merah-hiris panjang
1 cawan kismis
1/2 sdt minyak sapi
Bijan secukupnya-sangai

(B)
1 sdm cuka (+/-)
1/2 keping kecil gula melaka
Gula dan garam secukupnya
3 sdm sos cili

Bahan Tumis
5 biji bawang merah- kisar halus
2 ulas bawang putih- kisar halus
Sedikit halia- kisar halus
1 sdm udang kering-rendam dan tumbuk halus*
Cili giling sedikit- nak pedas letak lebih

Cara
1)Tumis bahan tumis kecuali (*). Bila dah kuning masukan (*) dan kuar lagi.
2) Masukan bahan (B) satu persatu dan kecilakn api. Biarkan mendidih sekejap dan rasakan
secukupnya. maniskan lebih sedikit untuk rasa yang lebih sedap.
3) Bila dah cukup rasa masukan bahan (A), lobak merah dahulu dan biarkan mendidih sekejap baru
masukan timun dan bahan selebihnya.
4) Kuar sebati dan tutup api. Biarkan sejuk sekejap dan sedia untuk di makan.

SELAMAT MENCUBA!
NASI DAGANG TERENGGANU YANG PALING SEDAP
Bahan Gulai Ikan Tongkol/ Aya
1 kg Ikan tongkol / Aya- di rebus dengan sedikit air bersama dengan asam keping dan sedikit gula
melaka

Bahan Kisar
100g bawang besar
2 ulas bawang putih
i inci halia
1 inci lengkuas(lebihkan sikit)

Bahan Tumis
2-3 sdm rempah nasi dagang*
1 senduk sedang cili boh (Sue guna gili giling)
Minyak secukupnya untuk menumis

(A)
350ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1) Panaskan minyak dan masukan bahan tumis kecuali (*) hingga garing.
2) Kemudian masukan bahan kisar dan tumis hingga bawang layu.
3) Masukan rempah (*) dan masak hingga pecah minyak dan naik bau.
4)Masukan sedikit air rebusan ikan dan bahan (A). Kecilkan api dan biar santan mendidih sekejap.
5) Masukan asam keping selepas merebus ikan tadi bersama dengan ikan dan masak sampai santan
pekat dan bertukar warna.

NASI DAGANG
(A)
3 can beras (cap bird paradise dah sedia bercampur beras pulut)- di rendam 2 jam dan toskan
( Sue guna beras jasmine AAA siam dan campur 1/2 cawan beras pulut)

(B)
400-500 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

(C)
1 sdm halba (nak lebih pun boleh)
Halia sedikit-mayang
Bawang merah ( Ikut suka banyak mana)- mayang halus

Cara
1) Masak bahan (B) dengan api perlahan hingga berbuih dan tutup api. Angkatkan.
2) Masukan air kedalam besen separuh paras periuk pengukus/ anggaran tenggelam beras bila kita
rendam periuk ke dalamnya.
3)Kukus beras tadi sehingga keluar wap (1/2) masak, angkat dan celup pengukus yang ada beras tadi
kedalam besen berisi air hingga tenggelam dan biarkan 5/ 10 minit.
4) Angkat periuk kukus tadi dan kukuskan sekali lagi hingga keluar wap dan masak.
5) Kemudian masukan beras tadi kedalam besen kosong dan gaul dengan santan yang direbus tadi
perlahan-lahan takut beras patah.
6) Tabur bahan (C) dan ratakan.
7) Kukus lagi sekejap dalam 5 minit dan buka tudung pengukus dan bolehlah disajikan.
KARI KAMBING KAW TANPA SANTAN
Bahan-bahan
1/2 kg daging kambing - potong ikut jalur dan jangan melawan alur nanti lambat masak. Beli yang
tidak banyak lemak.
( Rendam dengan air tepung gandum dan air asam jawa dalam 1 jam. Kemudian cuci bersih dan
toskan)
1/2 sdt serbuk kunyit
Sedikit garam
*Gaul rata bahan bersama daging dan ketepikan*
(A)
5 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang sedang kulit kayu manis
Minyak secukupnya untuk menumis
(B)
1/2 biji bawang bombang -hiris nipis
1/2 biji bawang besar - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris nipis
2 tangkai daun lari
1 sdm cili giling

(C) Kisar halus


1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji buah keras
Sedikit lengkuas

(D)
4 sdm serbuk kari daging babas
2 sdt serbuk kurma babas
1 ketul kiub lembu

(E)
Garam dan gula secukup rasa
Air asam jawa secukupnya
3 biji kentang - potong dadu (Kalau suka)
2 biji tomato - belah 4

Cara
1) Tumis bahan A sehingga naik bau dan masukkan bahan B. Tumis lagi sehingga kuning dan cili
giling pecah minyak.
2) Kemudian masukkan bahan C, tumis lagi sehinnga bawang layu dan cukup masak.
3) Masukkan daging kambing yang telah di perap dengan serbuk kunyit dan masak sehingga
mengeluarkan air dengan api sederhana
4) Bila daging dah separuh masak masukkan bahan D dan kacau sebati. Jika terlalu kering masukan
sedikit air dan biarkan ianya masak hingga daging empuk. Kacau selalu takut kuah mengering dan
hangus.
5) Tambah air lagi jika perlu dan akhir sekali masukkan bahan E dan biarkan mendidih sehingga
masak sepenuhnya. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

P/S:- Masukkan air sedikit-sedikit supaya tidak terlalu cair.


PAJERI NENAS
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1 biji nenas saiz sedang - potong segitiga dan jangan nipis. Buang pulo keras d tengah sedikit ye
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga anis
2-3 biji buah pelaga
5 kuntum cengkih
1-2 helai daun pandan - simpul
Air secukupnya untuk merebus - anggaran 1/2 paras nanas

Bahan Kisar
6-7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji buah keras
1/2 sdm udang kering yang sudah d rendam

(B)
1/2 - 1 sdm cili giling
2-3 sdm serbuk kari daging babas
1/2 sdt serbuk kunyit
Sedikit belacan - anggaran sebesar hujung jari halus

(C)
1 kotak kecil santak pekat*
1 sdm ghee/ minyak sapi*
Garam dan gula secukup rasa
1 keping kecil gula melaka

Cara
1) Rebus bahan A sehingga nanas layu dengan menggunakan api kecil. Ketepikan.
2) Panaskan periuk dan masukan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga layu dan
kuning/masak.
3) Kemudian masukan bahan B dan tumis sehingga kari pecah minyak. Pastikan api kecil dan
masukan sedikit air rebusan nenas supaya kari tak hangus. Biarkan dalam 10 minit.
4) Bila kari dan cukup masak masukan lebihan air rebusan beserta nanas dan kacau sebati dan
masukan bahan C kecuali yang bertanda (*).
5) Rasakan secukupnya manis masin dan masamnya. Lebihkan manis sedikit ye!
6) Bila dan mendidih dan pekat bolehlah masukan santan, biarkan mendidih dalam 3 - 5 minit dan
tutup api. Masukan ghee dan kuar sebati.

P/S :- Kalau nak masukan daun kari boleh aje ye!


Bubur Asyura (Malay Assorted-Filled Pudding)

BAHASA MALAYSIA VERSION


Bulan Muharram sudah pun berlalu tapi kenangan tahun ini Along buat Bubur Asyura buat pertama
kali nya..... Setiap tahun Emak yg buat tapi tahun ni Emak tak sihat jadi Along ambil alih. Bubur
Asyura ada bermacam2 jenis... nama jer bubur tapi keras macam puding.... di panggil bubur sebab
menggunakan bermacam2 bahan seperti ubi dan kekacang.

Nak buat ni agak sukar.... setiap bahan perlu di masak satu-persatu sebelum di campur ke dalam
adunan yang di masak seperti dodol yg perlu di kacau senantiasa. Memasak nya mesti pandai supaya
betul2 masak dan tidak melekit di gigi. Adunan nya pula agak banyak sebab serba sedikit bahan2 yg
bermacam akan menghasilkan adunan yg agak besar.... Nak buat perlukan kesabaran....

Setiap keluarga ada resipi tersendiri dgn pilihan bahan2 yg di gemari. Ada yg suka berempah dan
ada yg suka manis. Keluarga Along suka yg manis dan tidak terlalu banyak bahan. Yang ini cuma
ada kacang hijau, kacang merah, jagung, keledek dan keladi. Paling istimewa ialah bedak topping
tu.... beras pulut yg di sangai sehingga wangi dan di blend.

Bahan2 semua main agak2 jer.... stail orang tua2 dahulu.... beras di rendam semalaman dan blend
dgn air secukup nya + gula pasir + santan + bahan2 yg di rebus terlebih dahulu + daun pandan....
kacau sehingga kental dan betul2 masak. Sorry ya kekawan takda resipi khusus kali ni.... sekadar nak
berkongsi kisah Bubur Asyura. Kalau anda nak buat pun rasa nya tak berbaloi sebab agak remeh dan
kuantiti kuih ni agak banyak.
Bubur Pedas (Again2) - Menu First Ramadhan

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1 bungkus Bumbu Bubur Pedas
300g Daging Lembu / Ayam - potong kecil2
200g Kulit Lembu / Tendon - potong kecil & rebus ehingga lembut
200g Udang (optional)
5 sb Cilli Pes
5 ulas Bwg Merah*
3 ulas Bwg Putih*
1cm Belacan* (* tumbuk)
1" Halia - ketuk
1 mangkuk besar Santan
1 keping Sayur Tahu Kering**
Cendawan Kering**
Kulat Hitam** (** rendam sehingga kembang & potong kecil2)
Sayur Midin***
Putik Jagung***
Kcg Panjang***
Terung***
1 biji Kentang***
Karot***
1-2 helai Daun Kunyit***
Daun Singkel***
Daun Kesum*** (*** hiris halus / potong kecil)
4 sb Minyak
Garam

CARA2:
1. Panaskan minyak & tumis bhn2 tumbuk*, pes cili & halia sehingga wangi.
Masukkan bumbu & kacau sebentar.
Masukkan daging/ayam & masak sehingga empuk.
Masukkan santan & biarkan menggelegak.
Masukkan garam & sayuran yg agak keras - masak sehingga lembut.
Masukkan sayuran yg lain & masak sehingga sebati rasa.

2. Hidangkan untuk di nikmati begitu sahaja ataupun dgn nasi & lauk-pauk lain.

NOTA:
Bumbu Bubur Pedas tu di buat daripada beras yg di goreng dgn rempah dan kemudian di
kisar kasar. Ia nya memberi haruman dan perisa yg unik kepada Bubur Pedas dan juga
amat mengenyangkan.
Bubur Pedas Batang Keladi

This is Sarawak traditional dish... yam stalks cooked with spicy rice powder..... really delicious!
Recipe in English will be provided upon request.... am too tired tonight to do the typing....
****************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION


Kebiasaan Bubur Pedas Sarawak letak bermacam2 sayuran tapi kali ni masak batang keladi di
campur dengan bumbu pedas pula.... idea dari fren sis MaSaly... nampak sis MaSaly tayang minggu
lepas kat facebook terus teringin pula.

By: Roz@HomeKreation
BAHAN2:
1 ikat Sayur Batang Keladi - buang kulit & potong
1 genggam Udang - kopek kulit
3 ulas Bawang Merah*
1 bj Cili Merah*
1 helai Daun Kunyit*
4 helai Pucuk Buas/Sengkil* (* hiris)
1 mangkuk Santan
1 senduk Bumbu Bubur Pedas Sarawak
1 st Serbuk Kunyit
Garam

CARA2:
1. Sayur batang keladi di rebus sebentar sehingga layu.
2. Masukkan kesemua bahan2 ke dlm periuk dan masak sehingga mendidih.
Kacau selalu sehingga kesemua bahan masak & sebati rasa.
3. Hidangkan bersama nasi putih & lauk sampingan yg lain.
Asam Keladi dgn Pucuk Lengkuas

BAHASA MALAYSIA VERSION


Masak ala kampung camni amat menyelerakan... harum aroma serai & pucuk lengkuas, masam2
manis.... sedap sgt hirup2 dan makan dgn nasi, Sambal Belacan & Ikan Goreng panas2.... walaaa...
tak sedor sepinggan licin sampai terlupa nak snap gambo... tinggal sejemput baru teringat....heheee.

Pucuk Lengkuas ni Along beli dari kakak yg cuci pejabat, dia tanam sendiri katanya. Kesian kat dia,
selalu gak Along beli sayur dia. Teringat CikTie masak Asam Keladi dgn Pucuk Lengkuas dulu tu
sedap sangat, so Along pun tak berlengah buat gak.

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1 ikat Keladi - siang, cuci & potong
Sejemput Ikan Bilis
1 bj Cili Merah - hiris
3-4 bj Cili Padi - ketuk
2 ulas Bwg Merah
1 ulas Bwg Putih
1 hiris Halia
1 ketul Lengkuas Muda
1 ikat Pucuk Lengkuas Muda
1 btg Serai - ketuk
1 Asam Keping
4 helai Pucuk Buas
1 helai Daun Kunyit
Garam

CARA2:
1. Rebus keladi sehingga empuk, tapis & buang air nya.
2. Masukkan kesemua bahan2 & masak sehingga menggelegak & sebati rasa.
3. Siap!

Pucuk Lengkuas Muda


Rendang Pucuk Ubi

By: AlongRoz@HomeKreation
Source : Rasa Dec'11 (modified)
BAHAN2:
20 biji Cili Padi*
2 biji Cili Hijau*
6-8 ulas Bwg Merah*1 ulas Bwg Putih*
1/2" Halia*
1 btg Serai* (* blend)
1 btg Serai - di ketuk
2 helai Daun Kunyit Muda - hiris halus
1 cwn Ikan Bilis - tumbuk sedikit supaya pecah2
1 mangkuk Santan Pekat
2 sb Kerisik
1 ikat Daun Pucuk Ubikayu
Garam, Gula

CARA2:
1. Panaskan 1/2 cwn minyak & tumis bahan2 blend* & serai ketuk sehingga wangi.
Masukkan daun kunyit & ikan bilis, kacau sehingga kering.
2. Masukkan santan & masak sehingga pecah minyak.
Masukkan kerisik, daun pucuk ubikayu, garam & gula.
Kacau selalu & masak sehingga kering.
3. Hidangkan dengan nasi putih.
Chicken Green Rendang II (Rendang Ayam Hijau II)

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1 ekor Ayam - potong2
10 bj Cili Hijau* (tambah jika mau lebih pedas)
4-5" Halia*
5-6 btg Serai*
15-20 ulas Bwg Merah*
5 ulas Bwg Putih*
1" Lengkuas*
1 s Ketumbar*
1/2 sb Jintan Putih*
1/2 sb Jintan Manis* (* blend)
2 st Serbuk Kunyit
1 mangkuk besar Santan (cukup utk menutupi ayam)
1 sb Gula Kabung
1 keping Asam Keping
2 helai Daun Kunyit**
5 helai Daun Limau Purut** (** hiris halus)
50g Kerisik
Garam
1 cwn Minyak

CARA2:
1. Panaskan minyak & tumis bahan2 blend* sehingga wangi.
2. Masukkan kesemua bahan2 yg lain & masak sehingga menggelegak.
3. Masukkan ayam & masak sehingga daging empuk & kuah pekat.
Masukkan kerisik & masak sehingga kuah hampir kering.
Pastikan api sederhana & kacau sekali-sekala supaya tidah hangit.
4. Hidangkan dgn nasi atau pulut.
BAHASA MALAYSIA VERSION
Kek buah ni sangat sedap dari segi tekstur yg lembut, lembab, rasa yg sederhana manis dan buah yg
bertaburan dengan rata. Rasa nya setanding dengan kek yg menggunakan butter. Penyediaan nya
amat mudah, gaulkan kesemua nya & siap untuk di bakar. Amat sesuai bagi keadaan Along yg sibuk
menguruskan hal2 pejabat dan di rumah dgn little Liana yg meragam sekarang ni. Kek ni Along buat
banyak sebab nak kasi kat member buat door gift untuk majlis perkahwinan anak nya.

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Source: Kak Hanieliza (originally by: Chef Norzailina)
Resepi di taip semula untuk mudah rujuk sendiri
Saiz: 8" persegi
BAHAN2 A:
150ml Minyak
3 biji Telur Gred A
45ml Susu Cair
1 st Sirap Kencana / Madu
1 sb Sunquick

BAHAN2 B:
220g Tepung Gandum*
2 st Baking Powder* (* diayak)
175g Gula Perang
350g Buah Campuran
50g Badam Cincang (Badam di panggang) - Along letak Gajus
1 st Parutan kulit oren - Along tak letak

Badam tanpa kulit - untuk topping tapi Along tak letak

CARA2:
1. Campurkan semua bahan A dalam mangkuk dan kacau rata dengan senduk kayu.
2. Gaulkan bahan ayak, gula, buah campuran, badam cincang dan kulit oren.
Perlahan-lahan tuangkan bahan A sambil di kacau sebati.
3. Ratakan ke dalam tin yang telah dilapikkan kertas minyak dan dilenserkan minyak.
7. Aturkan badam diatasnya dan bakar pada 180'C selama 40-45 minit atau sehingga
masak.
BAHASA MALAYSIA VERSION

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: CMG
Di taip semula untuk mudah rujuk sendiri dan ubahsuai resipi cara Along. Boleh rujuk kat link CMG
untuk resipi asal. TQ CikMat.
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
250g Mentega 150g Gula Perang
3 biji Telur gred A
375g Buah2an Kering Campur*
300g Tepung Gandum*
1 st Sodium Bicarbonate*
1 st Cream of Tartar* (* satukan)
150g Gula Pasir (untuk gula hangus)

CARA2:
1. Putar mentega & gula perang sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu sehingga sebati.
Masukkan campuran tepung & buah2an kering yang di tanda*, sedikit2 sehingga rata.
2. Masak gula pasir sehingga hancur dan menjadi karamel keperangan.
Angkat & terus tuang ke dalam adunan kek & di kacau rata dengan cepat supaya tidak
berketul.
3. Tuang adunan ke dalam tin yang di lapik kertas & di gris.
Tutup tin dengan kertas aluminium.
Kukus selama 4 jam sehingga masak.
(Pastikan air telah menggelegak sebelum mula mengukus. Tambahkan air panas apabila
air kering, jgn guna air sejuk)
BAHASA MALAYSIA VERSION
Makan burger kat fast food restaurant yang berjenama pun sekarang ni tak puas hati.... kalau beli
daging burger kat supermarket pun sama gak.... nipis melayang mak ai.... nak yg tebal dan daging
bermutu tinggi baik buat sendiri. Bukan susah camna sangat pun, boleh gak nak buat tebal mana,
besor suka hati... lepas tu letak ler apa pun dalam roti tu... best tak leh lawan yang beli....hehe
memang puas makan!

Along guna serbuk rempah kofta pemberian sahabat (thanks so much sis!). Kalau takda boleh
gantikan seperti resepi di bawah.

By: AlongRoz@HomeKreation
Hasil: 3 ketul
BAHAN2:
300g Daging Lembu - mesin
1/2 bungkus Kofta Spice Mix
(atau gantikan dgn 1/4 st Serbuk Lada Sulah, 1 sb Breadcrumbs/Tepung Gandum, 1st Jus
Halia, Garam)
Daun Bwg - cincang

CARA2:
1. Campurkan kesemua bahan2 sehingga sebati.
Bentukkan bulat/bujur & bakar atas kuali sehingga masak.
2. Lapiskan daging burger ke dalam roti bersama telur, tomato panggang & kobis.
Letakkan juga sos cili & mayonis.
3. Hidangkan segera.

In cooking process

Cooked & ready

Stir fried cabbage with onion


One huge oblong burger filling up a dinner plate!