Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Sejarah merupakan bidang yang mementing aktiviti penelitian ke atas fakta-fakta sejarah
(peristiwa) secara bertanggungjawab demi mencari dan mewujudkan kebenaran mengenai
kehidupan. Sejarawan akan mengumpulkan fakta-fakta sejarah dan menghasilkannya dalam
bentuk penulisan atau pensejarahan. Permasalahan yang pertama dalam persoalan objektiviti
sejarah ialah keterlibatan seseorang sejarawan terhadap kajiannya - sama ada dia harus
terikat atau terpisah daripada kajiannya

KEOBJEKTIFAN SEJARAH

Keobjektifan penulisan sejarah merupakan sesuatu yang diimpikan oleh para


sejarawan.Penulisan sejarah sememangnya perlu ditulis secara objektif.Namun,
keobjektifan penulisan sejarah tidak dapat dicapai kerana wujudnya penulisan sejarah
secara relatif.

ALIRAN OBJEKTIF

Penulisan sejarah secara objektif diasaskan oleh Leopold Von Ranke (1795-1886).Bagi
Ranke matlamat penulisan sejarah adalah untuk menggambarkan kejadian-kejadian
“sebagaimana sebenarnya berlaku” yang membiarkan fakta-fakta sejarah bercakap dengan
sendirinya tanpa penglibatan sejarawan.Beliau menggariskan berberapa panduan seperti
mempersembahkan fakta yang tulen, mengikis prasangka, mengelakkan pengadilan moral
dan sebagainya.Melalui kaedah ini beliau percaya ahli sejarah pasti akan menghasilkan
karya sejarah yang objektif.

Dari segi konsepsi objektif itu,ciri pertama yang harus dipertimbangkan ialah seorang
sejarawan harus memahami dan mengamalkan proses penyelidikan yang sistematik dalam
menghasilkan karyawannya.Proses itulah yang akan memandunya dalam usaha
penyelidikannya.Kedua,sejarawan haruslah mendapatkan serta menggunakan sumber
utama dan benar,bukannya sumber yang dipalsukan.Seterusnya,sejarawan haruslah
memeriksa,menganalisis dan mengkaji sumber itu dengan kritis dan jujur

1
ALIRAN RELATIF

Terdapat juga perkara-perkara yang relatif dalam sejarah.Relatif berkait rapat dengan
diri, pendirian, sudut pandangan, ideologi, orientasi dan budaya seseorang sejarawan.Dari
segi ini,ia boleh menimbulkan bias atau sikap berat sebelah dalam memaparkan sesuatu
peristiwa sejarah itu.Aliran relatif adalah bertentangan dengan aliran objektif.

Antara ahli sejarawan yang menyokong aliran relatif ialah E.H.Carr,Carl Becker dan
Charles Beard kerana menganggap aliran objektif tidak mampu menyatakan keseluruhan
masa lampau dan juga menimbulkan pelbagai sejarah yang bercanggah antara satu sama
lain.Carl menyatakan bahawa kebenaran sejarah bukan sesuatu yang mutlak tetapi relatif
manakala Charles Beard menyatakan bahawa penulisan sejarah mencerminkan pemikiran
dan pengarang itu dalam konteks masa dan budayanya. Konsep relatif menurut Muhd.
Yusof Ibrahim ialah merujuk kepada pensejarahan tradisi yang ditulis secara bebas atau
sesuka hati sejarawan sahaja. Penulisan-penulisan mereka adalah bersifat memihak dan
bertujuan menyanjung atau memperbesarkan tokoh atau peristiwa yang dikaji, menyerapkan
nilai budaya atau 'world-view", mahupun ideologi serta memuatkan pelbagai unsur
kesusasteraan.

2
HUJAHAN IBNU KHALDUN

Ahli-ahli sejarah sering bersikap berat sebelah atau tidak jujur ketika memberikan
pendapatnya.Dalam hal ini,Ibnu Khaldun telah memberikan beberapa sebab berlakunya
demikian.Pertama,kerana adanya semangat kepartian atau memihak kepada sesuatu
kepercayaan atau pendapat.Semangat kepartian ini boleh menjadi penutup kepada
pemikiran dan pertimbangan yang waras dan mendorongnya untuk menerima setiap
keterangan yang baik berhubung partinya dan dengan sebab itu menimbulkan
kekeliruan.Kedua,kerana terlalu bergantung kepada sumber yang diperolehinya.Sebaliknya
seorang ahli sejarah itu tidak sepatutnya menerima bulat-bulat sesuatu sumber yang
diperolehinya tanpa membuat penyelidikan yang saksama iatu dengan mengkritik
kepalsuannya dan membetulkan perkara-perkara yang diputar belitkan.Ketiga,kerana ia
gagal memahami sumber kerana kesamaran dan kerumitan yang terdapat padanya.Apabila
ini berlaku maka sejarah yang ditulisnya hanya mengikut perasaan dan angan-angannya
sahaja.Keempat,kerana meletakkan kepercayaan kepada yang tidak benar atau keyakinan
yang berlebihan terhadap sesuatu yang tidak pasti kebenarannya.Kelima,kerana tidak dapat
menempatkan sesuatu kejadian itu dalam hubungan yang sebenarnya dengan tepat.Ini
disebabkan oleh kerumitan dan kesamaran keadaan.Keenam,kerana cuba memuji-
muji,memujuk-mujuk,dan menganggap perbuatan mereka semuanya baik.

Justeru itulah mereka memberikan gambaran yang berat sebelah mengenai sesuatu
kejadian.Ketujuh,kerana kejahilan mengenai hukum-hukum yang menguasai perubahan
masyarakat manusia dan kelapan,kerana membesar-besarkan sesuatu kejadian lebih
daripada yang sebenarnya.

Disini,Ibnu Khaldun melihat betapa pentingnya prinsip penilaian yang melibatkan


pemikiran kritis dalam kaedah penyelidikan bagi menentukan kebenaran
sejarah.Sesungguhnya fakta-fakta diperoleh melalui proses penilaian.Bagi beliau penentuan
kebenaran catatan atau maklumat itu penting.Maka dengan jelasnya bahawa,Ibnu Khaldun
menyokong aliran objektif.

3
HUJAHAN E.H.CARR

E.H.Carr dan beberapa sejarawan lain seperti Collingwood mempunyai pendapat


bahawa sejarah sebagai sains tidak dapat diterima akal.Carr telah membuat keputusan
bahawa kalau sejarah dianggap sebagai sains,ianya adalah sebagai sains sosial dan
bukannya sains jati atau tulen.Ada dua perkara yang menyebabkan beliau berpendapat
sedemikian.Satu ialah tanggapan begitu terlalu sempit bagi pengertian terhadap sejarah dan
kedua kerana sesuatu bahan sejarah itu tidak akan berguna kalau dibawa ke dalam makmal
seperti makmal sains kemudian dilakukan percubaan dan pemerhatian seperti sains (kecuali
bahan-bahan arkeologi)

Carr mempunyai pendapat bahawa seseorang penulis sejarah tidak dapat menceraikan
perasaannya dari perkara yang dituliskannya itu kerana seseorang individu itu adalah
merupakan sebahagian dari masyarakatnya.Ianya terbentuk oleh masyarakat yang
didiaminya dan juga keadaan dalam masyarakat yang didiamiya itu.Memetik kata-kata
beliau;

“…masyarakat dan individu tidak boleh dipisahkan dan ahli sejarah adalah
manusia individu lain,dia juga adalah gejala social,hasil dan jurucakap secara sedar dan
tidak sedar masyarakatnya ;dalam kedudukan inilah dia mendekati fakta-fakta lampau
sejarahnya.’’

Dalam bukunya,What Is History?,Carr telah menimbulkan persoalan terhadap golongan


objektif dalam usaha menentukan keobjektifan sejarah dengan hanya bersandarkan kepada
pemisahan mutlak antara objek dengan subjek atau ‘antara si pemerhati dengan perkara
yang diperhati’.Bagi Carr,pemisahan antara objektif dan relatif tidak sesuai dalam
pengkajian sejarah kerana ia tidak mencerminkan hubungan yang sebenar di antara ahli
sejarah dengan perkara yang dikajinya dan bagi pendapat Carr,aliran objektif dan relatif
haruslah saling berkait antara satu sama lain

4
PENGADILAN MORAL

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,perkataan pengadilan itu berasal daripada kata
dasar ‘adil’ yang bererti menyebelahi pihak yang benar tetapi bukan berdasarkan kepada
sesuatu perkara,seseorang,tindakan,undang-undang mahupun keputusan.Ia juga membawa
maksud tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak berat sebelah serta mengadili
sesuatu perkara dengan saksamana dan menentukan hukuman dengan adil

Bagi pandangan sejarawan barat,Adrian Oldfield,pengadilan moral dibuat dalam bahasa


yang memuji atau mempersalahkan seseorang atau sesuatu perkara dengan berpandukan
ukuran baik dan buruk.Terdapat juga beberapa sejarawan yang menolak pengadilan
moral.Contohnya,Leopold von Ranke dan Thucydides kerana ianya boleh menimbulkan
pelbagai jenis masalah dan kerumitan yang sedikit sebanyak boleh menggugat kewibawaan
penulisan sejarah.

CONTOH PENGADILAN MORAL

Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuklear yang


dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan
Presiden Harry S. Truman sewaktu Perang Dunia II. Pada 6 Ogos 1945, senjata
nuklear "Little Boy" dijatuhkan di bandar raya Hiroshima, diikuti pada 9 Ogos 1945 oleh
pengguguran bom nuklear "Fat Man" di Nagasaki. Inilah satu-satunya penggunaan senjata
nuklear dalam peperangan dalam sejarah.

Pengadilan moral harus dijatuhkan ke atas Amerika Syarikat kerana hanya ingin
membalas dendam,mereka sanggup mengorbankan jutaan nyawa yang tidak berdosa.Ini
bermakna kesengsaraan yang dialami oleh masyarakat dunia khususnya Jepun tidak dapat
kita bayangkan.Kejadian ini seharusnya dijadikan pengajaran dan iktibar kepada masyarakat
dunia terutamanya kepada negara-negara yang gemar berperang dan ghairah mencipta
senjata dunia serta menggunakannya sewenang-wenangnya

5
KESIMPULAN

Terdapat dua aliran yang wujud dalam kalangan ahli sejarah iatu aliran objektif dan
relatif.Aliran objektif yang diasaskan oleh Leopold von Ranke menekankan kaedah
penyelidikan dalam membuat sesuatu karya manakala aliran relatif yang diasaskan oleh
Carl Becker dan Charles Beard sememangnya bertentangan dengan aliran objektif.

Pandangan Carr adalah yang paling bernas kerana dalam memastikan objektiviti
sejarah,ahli sejarawan perlulah menggunakan kedua-kedua aliran ini supaya tafsiran
tersebut tidak berat sebelah atau tidak seimbang tafsirannya.Hal ini kerana apabila para ahli
sejarawan hanya mendokong salah satu aliran sahaja,pasti akan menimbulkan pelbagai
persoalan dan percanggahan pendapat dari sudut pandangan yang lain

Unsur pengadilan moral pula sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam penulisan
sejarah.Persoala untuk menjatuhkan pengadilan moral tidak harus diketipakan dalam
penulisan sejarah kerana seseorang ahli sejarah itu perlu memikul beban dan
tanggungjawab tersebut.

6
SUMBER RUJUKAN

Ibrahim, M. Y. (1997). Ilmu sejarah: Falsafah, pengertian dan kaedah. Kuala

Lumpur: DBP.

Muhd Yusof Ibrahim & Yahaya, M. H. (1988). Sejarawan dan pensejarahan: Ketokohan dan

karya. Kuala Lumpur.

Muhd Yusof Ibrahim (1971). Pengertian sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Mahmud, Firdaus. “Pengadilan Moral Dalam Sejarah.” Academia.edu,

www.academia.edu/25387390/Pengadilan_Moral_dalam_Sejarah.

“Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para

Sejarawan.” Scribd, Scribd, www.scribd.com/doc/35896181/Keobjektifan-Penulisan

Sejarah-Merupakan-Sesuatu-Yang-Diimpikan-Oleh-Para-Sejarawan.

Sivarajan, P., and S. Malar Arasi. Pengantar Sejarah. Penerbitan Multimedia, 2013.

“Aliran Objektif Dan Relatif Harus Saling Berhubungkait Untuk Memastikan Objektiviti Dalam

Sejarah.” Scribd, Scribd, www.scribd.com/doc/277739221/Aliran-objektif-dan-relatif-

harus-saling-berhubungkait-untuk-memastikan-objektiviti-dalam-sejarah.