Anda di halaman 1dari 8

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN ME1 2012

BAHAGIAN A
1.Apakah yang dimaksudkan dengan “ ritus peralihan ‘ ( rites of passage ) yang disebut oleh Van Gennap Topik 4 ms 51.
Ritus peralihan bermaksud ritual-ritual yang harus dilalui manusia selama hidupnya dalam kelompok sosial. Seseorang akan
menempuhi fasa-fasa kehidupan dari kelahiran seperti mula berjalan, berkahwin dan seterusnya fasa-fasa lain yang memerlukan
keberanian untuk mengambil risiko.
2.Ajaran sesat, seperti ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, adalah satu fenomena yang boleh berlaku dalam mana-mana
sistem keagamaan. Terangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada timbulnya ajaran sesat.
Jawapan : Topik 4 ms 59
Faktor-faktor yang menyumbang kepada timbulnya ajaran sesat.
1.Kurang didikan dan pegangan agama sehingga terkeluar dari garisan umum agama arus perdana.
2.Pegangan dan kepercayaan kepada seorang perantara yang karismatik dan dianggap pesuruh Tuhan di muka bumi.
3.Kejahilan tentang ilmu ketuhanan dalam diri individu atau kumpulan dalam masyarakat.
4.Mengambil mudah istilah akidah dan terpengaruh dengan pengaruh dan pegangan agama lain.
3.Apakah yang anda faham dengan istilah “ etnosentrisme” ?
Istilah Etnosentrisme merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik
bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna
suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.
1.Difusi budaya adalah satu proses yang menyebabkan perubahan sosial dan budaya. Berikan satu contoh difusi budaya yang baik
dan satu contoh yang tidak baik.
* Difusi bermaksud menyebarkan unsur budaya dari suatu kelompok ke kelompok yang lain sehingga menyebabkan perubahan sosial
dan budaya. Dalam era globalisasi ini kemajuan teknologi sudah tidak dapat dihindari. Contohnya keperluan manusia terhadap
penggunaan handphone dan internet. Pengaruh pemodenan hasil ciptaan budaya barat sudah diterima oleh seluruh kebudayaan yang
ada di dunia. Difusi budaya ini merupakan difusi yang baik kerana memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada masyarakat.
Contoh difusi yang tidak baik adalah seperti kemasukan pengaruh dan budaya kuning yang telah menyebabkan lunturnya adat resam
budaya sendiri. Pengaruh barat yang negatif ini termasuklah penyalahgunaan dadah, homoseksual dan sebagainya.
2.Apakah persamaan dan perbezaan antara sistem sara hidup “ memburu dan meremu “ dengan sistem sara hidup “hortikultur”.
Topik 3 ms 37
1.Memburu dan meramu:
Memburu dan meramu melibatkan aktiviti-aktiviti seperti memburu binatang, mengumpul hasil tumbuhan dan menangkap ikan.
Masyarakat pengumpul makanan sering digambarkan sebagai masyarakat yang kurang canggih dan kompleks berbanding masyarakat
moden.
2.Hortikultur
Hortikultur merupakan kegiatan menanam tumbuhan menggunakan peralatan mudah seperti cangkul di kawasan tanah yang kecil.
Merupakan sistem pengeluaran makanan terawal di dunia.
Memburu dan meramu diamalkan oleh masyarakat yang mengumpul makanan manakala hortikultur diamalkan oleh masyarakat yang
mengeluarkan makanan.
BAHAGIAN B
1. Mas kahwin dan hantaran merupakan pemindahan harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain yang berlaku dalam
perkahwinan.
(a)Sejauh manakah pertukaran tersebut merupakan satu pertimbangan ekonomi? Topik 2 ms 20
Mas kahwin sebagai satu pertimbangan ekonomi:
1.Sebagai ganti rugi kepada keluarga isteri di atas kerugian ekonomi kerana anak perempuan yang menjadi isteri orang merupakan
satu kehilangan dari segi tenaga kerja.
2.Sebagai ganti rugi kepada keupayaannya melahirkan anak kerana anak perempuan yg berkahwin itu akan melahirkan zuriat untuk
keluarga si suami.
3.Sebagai jaminan supaya isteri dilayan dengan baik.
4.Sebagai mekanisme yang menstabilkan perkahwinan dengan mengurangkan risiko perceraian.
(b) Sejauh mana pula pertukaran itu boleh dianggap sebagai suatu simbolik dalam menunjukkan prestasi dan status
sosial?JWP:Topik 2 ms 20
1. Sebagai simbol penyatuan keluarga yang besar.
2. Sebagai mekanisme untuk mengesahkan perkahwinan tradisional.
3. Sebagai pertukaran hak-hak terhadap anak-anak daripada keluarga ibu kepada keluarga bapa.
2.Pengurusan masyarakat dilakukan dengan membahagikan tugasan mengikut beberapa kaedah tertentu.
(a) Pengkhususan mengikut jantina Topik 3 ms 33
Terdapat tiga teori yang cuba menjelaskan mengapa adanya pengkhususan jantina dalam pembahagian tugas:
Lelaki mempunyai tubuh badan dan kekuatan fizikal yang membolehkan mereka melakukan kerja-kerja berat seperti memburu,
berperang, dan menebas menebang untuk bercucuk tanam.
Wanita melakukan kerja-kerja di dalam rumah kerana ia selari dengan tugas penjagaan kanak-kanak. Tugas-tugas lelaki agak berat
dan berbahaya dan jika dilakukan oleh wanita, ia boleh membahayakan kanak-kanak di bawah jagaannya.
Dari segi reproduksi, lelaki boleh dikorbankan berbanding dengan wanita. Wanita tidak boleh diletakkan dalam bahaya kerana jika
mereka pupus, siapakah yang akan melahirkan anak? Jika ada lelaki yang terkorban ketika memburu atau berperang, ini tidak akan
menjejaskan fungsi reproduksi selagi mana wanita mempunyai akses kepada lelaki. Jadi jika anda seorang lelaki, pastikan anda tidak
terkorban kerana wanita anda mungkin akan menjadi milik orang lain!
(b) Pengkhususan mengikut umur.
Pembahagian tugas juga dikhususkan mengikut kategori umur.
1.Kanak-kanak biasanya dikecualikan daripada tugas-tugas orang dewasa kerana mereka kurang kekuatan fizikal dan ilmu
pengetahuan. Sebaliknya, kanak-kanak akan dihantar ke sekolah untuk menimba ilmu sehinggalah ke menara gading. Dengan
berbekalkan ijazah dan ilmu pengetahuan, ibu bapa akan berasa senang melihat anak-anak mereka mendapat peluang untuk
melanjutkan pelajaran kerana ijazah menjanjikan pekerjaan yang baik. Oleh sebab ini, kanak-kanak tidak diharap bekerja dan
membantu ibu bapa; sebaliknya, mereka diingatkan supaya belajar rajin-rajin demi masa depan yang gemilang.
2.Manusia tidak mungkin sentiasa muda. Satu hari nanti, semua orang akan mengalami umur tua. Kerana orang tua sudah tidak sekuat
dulu, mereka tidak digalakkan melakukan tugas-tugas berat yang lebih sesuai dilakukan oleh orang muda. Misalnya, dalam
masyarakat primitif, mereka tidak lagi memburu tetapi mereka menyumbang dengan membuat senjata dan peralatan. Lazimnya,
mereka juga memainkan peranan keagamaan dan menjadi perunding dan sejarawan masyarakat berdasarkan pengalaman dan
kebijaksanaan mereka. Walaubagaimanapun, warga tua di Barat seringkali hilang kedudukan dan status selepas mereka bersara.
3.Penyelidikan ke atas masyarakat prasejarah menggunakan kaedahnya sendiri.
(a)Huraikan kaedah yang biasa digunakan untuk mengkaji masyarakat pra-sejarah.
Maklumat manusia prasejarah dibuktikan melalui kajian terhadap artifak seperti bangunan, tembikar , fosil dan lain-lain. Kajian-
kajian itu dilakukan oleh ahli-ahli Arkeologi atau kaji purba di tapak-tapak manusia itu menetap.
Beberapa kaedah kajian bagi mendapatkan maklumat.
i. Kaedah cari gali / gali cari.
ii. Kaedah mengesan usia - secara radio carbon dating - C14
iii. Kaedah Sains melalui;
·Teknik Pembelauan Sinar X ( X-Ray Diffraction) – Melihat kandungan mineral bahan mentah seperti bahan membuat peralatan
memasak.
·Analisia kimia – melihat persamaan atau perbezaan bahan yang dikaji antara satu tempat dengan tempat lain, kelompok masyarakat
dengan kelompok lain.
·Kajian terhadap artifak, fosil manusia, penggunaan alat pekakas, tempat kediaman/ petempatan, kegiatan ekonomi/ sumber
makanan, organisasi sosial, kepercayaan dan agama, kesenian/ lukisan dan bilangan penduduk menjadi asas menentukan corak
kehidupan manusia pasejarah Paleolitik, Mesolitik atau Neolitik.
(b) Sebutkan DUA kelemahan yang terdapat pada kaedah tersebut.
1. Tidak dapat memberi tarikh yang tepat hanya sekadar anggaran kasar.
2. Kajian terpaksa dilakukan secara halus dan mengambil masa yang lama.
BAHAGIAN C
1.Terdapat empat bidang utama sumbangan tamadun China kepada perkembangan ilmu dan budaya dunia: penulisan, pertahanan,
pelayaran dan perubatan. Bincangkan DUA daripada bidang tersebut. Topik 10 ms 151
- Amnya, terdapat empat bidang utama dalam ciptaan terpenting tamadun China, iaitu bidang penulisan, pertahanan, pelayaran dan
perubatan.
Bidang Penulisan
Ciptaan pertama yang penting dari tamadun China dicipta semasa Dinasti Han Barat (202 S.M. - 16 Masihi). Ketika itu, Cai Kum (25-
220) menggunakan kulit kayu, cebisan tali, kain buruk dan cebisan jala untuk menghasilkan kertas. Tulisan yang dibuat di atas kertas
pada era ini masih boleh dibaca hingga ke hari ini. Mesin blok cetak juga telah dicipta pada zaman Dinasti Tang. Namun, ia bukanlah
ciptaan kedua di China. Bi Sheng dari Dinasti Song Utara mencipta mesin cetak yang menggunakan jenis yang boleh diubah pada
tahun 1040 iaitu 400 tahun jauh lebih awal dari mesin ciptaan Gutenberg di Barat.
Bidang Pertahanan
Ciptaan kedua, adalah berdasarkan tulisan He Hong (abad ke-3), semasa Dinasti Tang (618-907 Masihi) apabila belerang atau
serbuk peledak mula digunakan sebagai senjata dan pada tahun 1126, Li Gang menggunakan ”meriam api” untuk mempertahankan
bandarnya daripada puak Nuzhen. Belerang pesat digunakan semasa Dinasti Song (960-1126), jauh lebih awal dari kegunaannya di
Eropah. Malah, meriam pertama di Eropah pada tahun 1128 secara langsung menunjukkan ciri bahawa ia adalah hasil peniruan dari
China. Meriam telah mula digunakan dengan pesatnya di China di antara 1280 dan 1380.
Bidang Pelayaran
Menurut rekod, kompas mula digunakan pada zaman Dinasti Han di China. Kompas pada masa itu mempunyai 24 arah dan dipanggil
Sinan. Kompas pada masa itu dianggap menunjuk ke arah Selatan dan digunakan sehingga abad ke-8 Masihi. Semasa Dinasti Song,
Shen Kuo menggunakan kompas terapung yang membolehkan penggunaannya oleh nakhoda-nakhoda kapal. Ini membolehkan pelayar
China menjelajah jauh ke negara-negara Arab dan Eropah.

Bidang Perubatan
Orang-orang China juga menyerlah dalam bidang perubatan. Rekod menunjukkan rawatan demam berjangkit seawal 2000 S.M. lagi.
Begitu juga untuk penyakit arthralgia dan penyakit kulit eczema, lichen dan alopecia. Mereka juga mempunyai rekod menggunakan
bahan-bahan daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan galin untuk tujuan perubatan seawal abad ke-2 S.M. semasa Dinasti Han
(202 S.M. - 220 M.) yang menjadi asas kepada perubatan China sehingga ke hari ini.
2.Mengikut pendekatan difusi budaya, tamadun India adalah tamadun terbesar yang telah banyak diadaptasi oleh masyarakat Asia
Tenggara. Bincangkan dalam konteks manakah pengaruh india paling menonjol dan mempengaruhi masyarakat Melayu. Berikan
bukti-bukti yang kukuh.
kJawapan:
Pengaruh Hindu Dalam Masyarakat Melayu:
1. Upacara Perkahwinan
·Upacara Persandingan – merupakah budaya masyarakat hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita.
·Penggunaan sirih pinang dan beras kunyit – pengaruh Hindu yang bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan
kekuningan semangat padi.
·Adat berinai - Corak lukisan inai di atas tangan pengantin perempuan dalam kalangan masyarakat Melayu semakin menjadi trend
sejak akhir-akhir ini. Gaya terbaru ini adalah pengaruh daripada budaya Hindu di India.
2.Adat Melenggang Perut - Adat ini mengandungi unsur-unsir budaya Hindu.
· Diamalkan dikalangan diraja dan rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan.
·Upacara dilakukan oleh Tok Bidan dengan tujuan membuang garuh atau kecelakaan yang mungkin menimpa ibu yang bakal bersalin.
·Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan
selamat.
·Jampi dan mentera dibaca dihadapan perut wanita hamil.
· Tepung tawar dicalit ke muka dan beras kunyit ditabur.
3.Kenduri Arwah – Apabila ada sesuatu kematian, dan selepas keamtian mesti diadakan kenduri masuk kubur 3 hari, kenduri pecah
perut pada hari ke 7, kenduri 40 hari iaitu roh berpisah dengan waris dan kenduri 100 hari. Tradisi ini merupakan kepercayaan
penganut agama Hindu.
·Tabur bunga di pusara selepas acara pengkebumian juga merupakan tradisi masyarakat Hindu.
·Kalungan bunga memperingati kematian.Contoh dikalungkan atau diletakkan dihadapan Tugu Negara.

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN SEPTEMBER 2011


BAHAGIAN A
1.Apakah yang dimaksudkan dengan istilah Insan Sosial ?Topik 1 ms 3
Manusia dari segi psikologinya merupakan haiwan yang bersosial. Manusia sebagai insan sosial tidak mampu hidup bersendirian dan
perlu bekerjasama dengan manusia-manusia lain. Oleh yang demikian, manusia yang terkecuali daripada aktiviti sosial amat sedikit
ataupun mereka diklasifikasikan sebagai manusia abnormal ataupun manusia gila.
2.Terangkan dengan ringkas istilah enkulturasi atau “pembudayaan”. Topik 1 ms 2
Enkulturasi ( enculturation ) atau pembudayaan bermaksud proses pembudayaan seseorang individu ke dalam kebudayaan
kelompoknya. Proses enkulturasi adalah proses belajar dan menyesuaikan alam fikiran serta sikap terhadap adat istiadat, sistem
norma dan semua peraturan yang terdapat dalam kebudayaan seseorang.
3.Dalam konteks Malaysia terdapat pelbagai golongan etnik. Apakah yang dimaksudkan dengan “ golongan etnik” dari segi definisi
dan kriterianya ?
Definisi :
Golongan etnik didefinisikan sebagai satu golongan atau kelompok manusia yang mempunyai tradisi budaya yang sama dan satu
perasaan identiti yang sepunya.
Kriterianya termasuklah:
1. Kerjasama
2. Persaingan
3. Konflik
4. Jelaskan dengan ringkas DUA ciri umum yang terdapat pada tamadun Barat. Topik 8 ms 129
CIRI-CIRI TAMADUN BARAT
1. Berasaskan pemikiran logik
2. Mementingkan kebendaan
3. Bersifat individualistik
4. Sesuai pada masa tertentu
5 Bersifat setempat – tidak menyeluruh
6. Berubah-ubah.
5. Nyatakan DUA perbezaan antara masyarakat Prasejarah Awal dengan masyarakat Prasejarah Akhir.Topik 7 ms 100
Antara perbezaan antara masyarakat Prasejarah Awal dengan masyarakat prasejarah Akhir termasuklah:
1.Penempatan:
Masyarakat zaman prasejarah awal tidak mempunyai penempatan yang kekal kerana mereka hidup berpindah-randah (nomadic).
Dari segi sara diri, mereka memburu dan meramu (hunting and gathering).
Namun demikian, pada zaman prasejarah akhir, ahli masyarakatnya mula berminat untuk mendirikan tempat tinggal yang lebih kekal
dan teratur. Mereka mula bercucuk tanam dan menternak binatang.
2.Pakaian:
Dari segi pakaian, manusia zaman prasejarah awal tidak mempunyai pengetahuan tentang membuat pakaian selain daripada
menggunakan kulit daripada haiwan yang menjadi mangsa buruan mereka.
Sebagai perbandingan, manusia pada zaman prasejarah akhir mempunyai teknologi menghasilkan pakaian yang dibuat daripada kain
yang ditenun daripada bulu binatang atau dedaun pokok dan jerami.
BAHAGIAN B
1. Perkahwinan dari segi takrifan yang lebih luas ialah satu bentuk kontrak.
a)Definisi perkahwinan Topik 2 ms 15
Perkahwinan boleh ditakrifkan sebagai rentetan beberapa upacara adat yang memberikan pengiktirafan rasmi kepada hubungan
antara lelaki dan perempuan dewasa dalam sesebuah keluarga. Perkahwinan melibatkan satu bentuk kontrak atau perjanjian di
antara kedua-dua belah pihak dan dijalinkan dengan harapan hubungan berkekalan.
Ini bermakna perkahwinan menyatukan lelaki dan wanita dewasa, membenarkan mereka mengadakan hubungan seks sebagai suami
isteri, dan mengatur hak-hak ekonomi di antara mereka.
b) Fungsi-fungsi perkahwinan.
1. Mengatur hubungan seksual di antara suami dan isteri.
2. Membahagikan tugas di antara suami dan isteri (division of labour).
3. Memastikan terbelanya kebajikan anak-anak.
2. Emile Durkheim telah memberikan definisi agama sebagai suatu sistem kepercayaan yang berkaitan dengan benda kudus yang
dilihat mempunyai kuasa yang dapat menyatukan ahli masyarakat ke dalam satu komuniti moral atau “gereja”.
a)Apakah yang dimaksudkan dengan ‘ benda kudus ‘?Topik 4 ms 49
Kudus menggambarkan sesuatu yang luar biasa dan mempunyai kuasa supernatural yang boleh menimbulkan rasa takut dan gerun.
Duniawi mewakili perkara-perkara yang biasa dan sekular. Sebagai contoh, modul yang sedang anda pegang dan baca ini bersifat
duniawi. Jika anda mahu, anda boleh membawanya masuk ke tandas dan sekiranya anda tidak berpuas hati dengannya, anda boleh
mencampaknya dengan selamba ke dalam tong sampah. Anda tidak boleh berbuat sedemikian dengan kitab-kitab agama seperti al-
Quran ataupun kitab Injil. Sanubari anda akan menegah anda daripada berkelakuan tidak sopan dengan teks-teks agama kerana
anda menghormati kekudusan objek / benda tersebut.
a)Apakah yang dapat anda fahami dengan istilah “ komuniti moral” ?
Komuniti moral bermaksud komuniti yang mengamalkan satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia dalam hubungan sesama
manusia yang nilainya ditentukan oleh masyarakat berdasarkan kepada pemikiran dan sentimen umum yang tertentu.
Moral pada pandangan agama adalah satu aspek yang mengajar supaya manusia mengawal diri dalam kehidupan seharian, baik dalam
soal makan minum atau yang berkenaan dengan soal perhubungan atau persaudaraan di antara sesama manusia dan makhluk. Oleh
sebab itu, apabila seseorang manusia itu melakukan kesalahan mereka dianggap tidak bermoral kerana tidak mengikuti apa yang
telah ditetapkan.
3.Ibn Khaldun adalah salah seorang daripada pemikir Islam yang mempeloropi bidang sains sosial moden.
a)Pandangan Ibn Khaldun tentang sifat manusia. Topik 9 ms 143
Mengikut Ibn Khaldun, manusia mempunyai beberapa kelemahan dan kekurangan secara semula jadi. Namun, Allah telah memberikan
mereka akal dan keupayaan untuk berfikir dengan abstrak. Masyarakat terbentuk kerana keperluan untuk mengatasi kelemahan
tersebut, kerana tanpa masyarakat, manusia tidak boleh wujud dan bertahan lama. Walaupun begitu, keperluan ini telah
menimbulkan satu paradoks atau pertentangan antara sifat manusia yang tamak dan ingin bebas, dengan sifat masyarakat yang
memaksa manusia bekerjasama sesama sendiri.
a)Terangkan apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap kesepaduan sosial ( sosial solidarity ) seperti yang dinyatakan
oleh Ibn Khaldun.
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesepaduan sosial menurut Ibn Khaldun:
1.Sifat tamak dan ingin bebas
Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya konflik dalaman serta luaran di mana bentuk dan punca konflik ini berbeza-beza
mengikut tempat dan keadaan. Seterusnya, bentuk konflik yang wujud itu mempengaruhi tahap kesepaduan sosial (social solidarity)
dalam masyarakat berkenaan.
2. Sifat berpuak-puak dan bersuku-suku.
Misalnya, dalam keadaan yang tidak menentu dan punca kehidupan yang tidak begitu menjamin, kesepaduan sosial adalah tinggi,
seperti yang dapat dilihat pada masyarakat padang pasir yang berpuak-puak dan bersuku-suku.
BAHAGIAN C.
1.Walaupun Asia mempunyai pelbagai tamadun yang berbeza seperti tamadun China , India dan Jepun, tetapi semuanya mempunyai
beberapa persamaan dari segi nilai dan etika.Bincangkan apakah yang dimaksudkan dengan nilai-nilai sepunya Asia yang diperkatakan
oleh beberapa orang pemimpin Asia. Sejauh manakah nilai-nilai sepunya ini dapat menjamin pembangunan masa depan negara-negara
Asia. Topik 10 ms 168
Nilai-nilai sepunya Asia diwujudkan dari kepelbagaian budaya di Asia. Nilai-nilai yang dimaksudkan adalah:
Kesetiaan kepada keluarga, syarikat dan negara;
Pengorbanan untuk kestabilan dan kemajuan masyarakat; dan
Mengejar kecemerlangan akademik dan teknologikal, etika kerja dan penjimatan.
Berikut adalah antara senarai nilai sepunya Asia:
Kecenderungan ke arah kerajaan satu-parti dan bukan pemerintahan dan politik pluralisme.
Kecenderungan ke arah keharmonian sosial (dikaitkan dengan berbaik-baik yang merangkumi fenomena nepotisme dan kronisme)
dan persetujuan bersama bukannya konflik dan pertentangan pendapat.
Mementingkan keselesaan sosio-ekonomi melangkaui kebebasan sosial dan hak asasi manusia. Ini secara tidak langsung mengatakan
yang budaya Asia tidak cenderung kepada kebebasan sosial dan hak asasi manusia.
Keutamaan kepada kebajikan dan kesejahteraan kolektif masyarakat daripada hak individu.
Kesetiaan dan rasa hormat terhadap bentuk-bentuk kuasa termasuk ibu bapa, guru dan kerajaan.
Lebih kepada konsep kolektivisme dan komunitarianisme daripada individualisme dan liberalisme.
Kerajaan autoritarian (yang mempunyai tanggungjawab tertentu serta keistimewaan) bertentangan dengan demokrasi liberal.
Signifikasi politik.
Konsep nilai sepunya Asia popular di China, Malaysia, Singapura, Indonesia dan dalam kalangan beberapa kumpulan di Jepun kerana
ia menggabungkan pengaruh dan idea-idea daripada Islam, Confucianisme dan Hindu. Populariti ini timbul kerana:
Mewujudkan nilai kesatuan antara pelbagai pihak di negara-negara yang disebut di atas.
Mewujudkan sesuatu yang boleh orang Asia gunakan sebagai tanda identiti mereka yang berlainan dengan Barat.
Membolehkan orang Asia melakukan perkara-perkara yang berlainan daripada Barat.
2.Islam muncul di Semenanjung Arab, tetapi menjadi anutan pelbagai bangsa dan golongan etnik setelah empayar Islam berkembang
dengan pesatnya di bawah pemerintahan Khalifah dan kerajaan. Huraikan bagaimana Islam boleh dianggap sebagai agama universal
dengan mengambil ciri-ciri khusus yang terdapat pada ajaran dan tamadun Islam. Topik 9 ms
Islam satu-satunya agama universal dan memiliki kesempurnaan di segala aspek yang dapat diaplikasikan oleh manusia dalam
kehidupannya. Islam satu-satunya ideologi yang dapat menuntun manusia untuk mencari kesempurnaan yang menjadi idamannya.
Walaupun agama Islam merupakan agama terakhir tetapi di sinilah letak keutamaan dan kesempurnaan agama ini dibandingkan
dengan agama-agama lainnya, baik itu agama samawi yang turun dari Allah maupun agama atau jalan hidup yang lahir dari idea dan
pengalaman spiritual seseorang.
Islam datang sebagai penyempurna bagi agama-agama yang telah datang sebelumnya. Dan Rasulullah sebagai pembawa dan
pengembang risalah Ilahi merupakan nabi terakhir yang setelahnya tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul.
Allah berfirman dalam surat al-Maidah yang masyhur sebagai ayat yang terakhir turun: “Hari ini telah aku sempurnankan bagi kamu
agamamu (Islam) dan telah aku sempurnakan segala nikmatku kepadamu dan akupun ridha Islam sebagai agamamu.” (Qs. al-Maidah
[5]:3)
Oleh karena itu, dengan sifat kesempurnaan yang dimilki oleh Islam maka ia mampu menjawab segala tantangan dan persoalan hidup
yang dihadapi oleh manusia, tidak ada suatu masalah atau persoalan tentang kehidupan kecuali Islam mampu menjawab dan
memberikan penyelesaiannya.
Ciri-ciri Agama Islam yang dianggap universal :
Bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah
Tamadun Islam adalah bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Ajaran, bimbingan serta panduan yang dibawa oleh Al-Quran dan
Al-Sunnah menjadikan tamadun Islam sebuah tamadun yang unggul.
Berbentuk tetap
Tamadun Islam berbentuk tetap kerana ia bersandarkan kepada kalam Allah iaitu AL-Quran. Oleh itu, ia terpelihara daripada
perkara-perkara yang tidak elok. Al-Quran dan Al-Sunnah memaparkan pelbagai perkara seperti isu halal dan ahram, baik dan buruk,
serta apa suruhan dan larangan Allah s.w.t..
Terbuka
Sifat terbuka ini bermaksud tamadun Islam menerima pengalaman-pengalaman yang berguna serta pencapaian yang diperoleh
berdasarkan tamadun yang lain.
Bersesuaian dengan fitrah manusia
Islam merupakan agama yang sesuai dengan fitrah manusia. Hal ini kerana ajaran Islam bertujuan memberi kebahagiaan hidup
kepada manusia di dunia dan di akhirat.
Bersifat Syumul
Syumul bermaksud menyeluruh. Tamadun Islam atau Islam itu sendiri bersifat syumul kerana ia boleh digunakan sepanjang zaman.
Ajaran Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti ibadah, akhlak, akidah dan syariah.

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN JANUARI 2013


BAHAGIAN A
1.Apakah yang anda faham tentang definisi budaya?Topik 1 ms 3
Budaya didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang dikongsi bersama yang merangkumi nilai-nilai, kepercayaan dan pantang-larang
yang dipancarkan dalam sesebuah masyarakat daripada satu generasi ke generasi yang lain.
2. Nyatakan perbezaan antara budaya adaptif dan budaya maladatif.Topik 1 ms 11
·Budaya Adaptif – Budaya yang memastikan kelangsungan masyarakat manusia. Contohya , manusia telah mencipta peralatan
untuk memburu binatang, menebang pokok, menghidupkan api dan sebagainya .Sifat adaptif budaya memastikan manusia terus kekal
dan dominan di muka bumi.
- Budaya Maladatif – Budaya yang tidak menyumbang kepada kelangsungan masyarakat manusia. Misalnya, tabiat merokok adalah
satu budaya yang maladatif keraana ia boleh menjelaskan kesihatan dan mencemarkan udara.
3.Jelaskan secara ringkas maksud keluarga orientasi dan keluarga prokreasi.
Keluarga orientasi ialah keluarga di mana seseorang itu diasuh dan dididik sebelum berkahwin.
Keluarga Proaktif pula terbentuk selepas seseorang itu berkahwin dan dia menjadi ketua dalam keluarga iaitu menjadi ibu bapa
dan melahirkan anak sendiri.
4.Nyatakan 2 fungsi agama kepada individu dan masyarkat.
Antara fungsi-fungsi agama kepada individu dan masyarakat termasuklah:
-Mengeratkan kesepaduan sosial dalam masyarakat -Menjadi alat untuk pendidikan
Menjadi alat kawalan sosial Menghuraikan ketidakpastian
Menjadi sumber kosmologi sesuatu masyarakat
5. Bezakan maksud prejudis dan maksud streotaip.
Prejudis bermaksud pandangan buruk atau prasangka terhadap ahli kelompok lain. Prasangka biasanya bersifat negatif, di mana ahli
kelompok lain dibenci kerana perbezaan ras atau etnik serta mempunyai ciri-ciri yang tidak diingini.
Stereotaip merupakan pernyataan yang ditanggapi terlebih dahulu, yang merupakan kepercayaan dan jangkaan yang membentuk
pernyataan tersebut. Ada stereotaip yang mengaitkan sifat-sifat negatif dengan sesuatu golongan etnik, seperti “pemalas”,
“pengotor”, “pembelit” atau “penipu.” Kepercayaan umum ini mungkin terbentuk ekoran daripada pengalaman yang pernah dilalui
sendiri, melalui sosialisasi atau mengikut apa yang diceritakan oleh orang lain.
BAHAGIAN B
1. Tamadun purba juga dikenali sebagai zaman pra sejarah.
a) Jelaskan istilah pra sejarah menurut Robert F. Heizer.
Robert F.Haizer mentakrifkan prasejarah sebagai sebahagian dari masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan,
iaitu sebelum sejarah. Zaman yang belum wujud rekod-rekod bertulikti . Bukti-bukti diperoleh melalui kajian artifak oleh ahli-ahli
arkeologi.
Di Amerika Syarikat sebahagian besar daripada pengetahuan tentang pemburu-pemburu binatang besar masa silam diasaskan
kepada penemuan lakaran dan lain-lain artifak yang dijumpai oleh petani-petani apabila mereka membajak tanah dan ketika
permukaan bumi digali untuk pembangunan. Selain itu artifak zaman silam juga ditemui secara tidak sengaja oleh mereka yang
mengembara di kawasan pergunungan atau di dalam hutan. Walaupun penemuan tersebut tidak semestinya menunjukkan terdapatnya
tapak penempatan masyarakat purba, tetapi artifak tersebut boleh menjadi petunjuk kepada taburan kegiatan kehidupan mereka.
Sebagai contohnya di kawasan bukit-bukau, gunung-ganang dan di pinggir lembah-lembah besar di bahagian Barat Iran sering
ditemui batu api yang berselerak di puncak bukit, seolah-olah menunjukkan terdapat pemburu yang menunggu dan menjejak haiwan
buruan mereka (Hole dan Haizer, 1977: 97).
b)Huraikan kaedah-kaedah dalam kajian arkeologi bagi membentuk semula pemahaman terhadap pra sejarah.
Antara kaedah-kaedah dalam kajian arkeologi termasuklah:
1.Kaedah Cari Gali :
Kaedah cari gali dan kaedah mengesan usia secara radio carbon dating – C14. Ahli arkeologi mengkaji tapak ekskavasi yang telah
ditemui di sesuatu tempat seperti di benua Afrika, Jerman, Jawa, Perancis, Australia dan Amerika Syarikat. Fosil-fosil dan
artifak yang ditemui seperti batu, kayu, tulang haiwan, tembikar, alat perhiasan, senjata dan lain-lain akan diuji dimakmal dengan
bantuan ilmu sains iaitu kaedah mengesan usia secara radio carbon dating – C14.
2. Kaedah Mengkaji Penempatan :
Pada zaman Paleolitik, manusia telah muncul sebagai parasit persekitaran. Masyarakat zaman Paleolitik hidup secara berpindah
randah atau nomad dan bergantung hidup kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka tinggal di dalam gua, lubang bawah tanah,
dan pondoh-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting kayu. Sebagai contoh, petempatan masyarakat Paleolitik di Gua
Niah ( Sarawak ), Kota Tampan ( Perak ), dan Gua Tingkayu ( Sabah ).
2. a) Mengapakah wujudnya pembahagian jantina dalam pembahagian tugas
Terdapat tiga teori yang cuba menjelaskan mengapa adanya pengkhususan jantina dalam pembahagian tugas:
1. Lelaki mempunyai tubuh badan dan kekuatan fizikal yang membolehkan mereka melakukan kerja-kerja berat seperti memburu,
berperang, dan menebas menebang untuk bercucuk tanam.
2. Wanita melakukan kerja-kerja di dalam rumah kerana ia selari dengan tugas penjagaan kanak-kanak. Tugas-tugas lelaki agak
berat dan berbahaya dan jika dilakukan oleh wanita, ia boleh membahayakan kanak-kanak di bawah jagaannya.
3.Dari segi reproduksi, lelaki boleh dikorbankan berbanding dengan wanita. Wanita tidak boleh diletakkan dalam bahaya kerana jika
mereka pupus, siapakah yang akan melahirkan anak? Jika ada lelaki yang terkorban ketika memburu atau berperang, ini tidak akan
menjejaskan fungsi reproduksi selagi mana wanita mempunyai akses kepada lelaki. Jadi jika anda seorang lelaki, pastikan anda tidak
terkorban kerana wanita anda mungkin akan menjadi milik orang lain!
b) Huraikan kesepaduan mekanikal dalam masyarakat primitif dan kesepaduan organik dalam dalam masyarakat moden.
3. Bagaimana sosiolisasi berperanan sebagai kawalan sosial. Topik 5 ms 68
Sosialisasi ialah proses di mana norma-norma dan nilai-nilai diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang seterusnya. Norma-
norma dan nilai-nilai ini menentukan apa yang boleh dan tidak boleh diterima oleh masyarakat. Sosialisasi dapat dicapai melalui
institusi-institusi seperti pendidikan, keluarga, agama dan sebagainya. Contohnya, ibu bapa akan kecewa jika anak-anak mereka
tidak mahu pergi ke sekolah. Kanak-kanak belajar daripada pengalaman yang bersekolah ialah norma sosial yang harus diakuri jika
mereka ingin diterima masyarakat.
b)Jelaskan peranan perantara dalam kawalan sosial.Topik 5 ms 71
Sesetengah masyarakat menggunakan perantara untuk membantu mereka meleraikan konflik yang serius. Contohnya, orang Nuer
di Sudan akan merujuk seseorang yang digelar ketua kulit harimau bintang (leopard-skin chief) untuk menyelesaikan permasalahan
di antara mereka. Misalnya, seorang pembunuh mungkin akan berlindung di bawah ketua kulit harimau bintang sementara beliau
berusaha untuk berunding dengan pihak-pihak yang bertelagah. Beliau akan cuba meyakinkan pihak yang bersalah untuk membayar
ganti rugi sebagai pampasan kepada keluarga si mangsa (dalam bentuk binantang ternakan atau harta). Dalam sesetengah kes, ketua
kulit harimau bintang akan menyumpah pihak yang bersalah jika tiada penyelesaian dapat dipersetujui.
BAHAGIAN C
1. Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir yang terkenal dalam bidang Sains Sosial Islam. Huraikan bentuk-bentuk pemikiran ilbu
Khaldun.
Pemikiran Ibnu Khaldun yang sangat penting ialah yang berkaitan dengan sifat manusia dan sifat masyarakat. Manusia sebagai
individu tidak boleh hidup bersendirian, tetapi memerlukan satu sama lain. Pandangan inilah yang menjadi asas kepada konsep
masyarakat.
Mengikut Ibn Khaldun, manusia mempunyai beberapa kelemahan dan kekurangan secara semula jadi. Namun, Allah telah memberikan
mereka akal dan keupayaan untuk berfikir dengan abstrak. Masyarakat terbentuk kerana keperluan untuk mengatasi kelemahan
tersebut, kerana tanpa masyarakat, manusia tidak boleh wujud dan bertahan lama. Walaupun begitu, keperluan ini telah
menimbulkan satu paradoks atau pertentangan antara sifat manusia yang tamak dan ingin bebas, dengan sifat masyarakat yang
memaksa manusia bekerjasama sesama sendiri.
Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya konflik dalaman serta luaran di mana bentuk dan punca konflik ini berbeza-beza
mengikut tempat dan keadaan. Seterusnya, bentuk konflik yang wujud itu mempengaruhi tahap kesepaduan sosial (social solidarity)
dalam masyarakat berkenaan. Misalnya, dalam keadaan yang tidak menentu dan punca kehidupan yang tidak begitu menjamin,
kesepaduan sosial adalah tinggi, seperti yang dapat dilihat pada masyarakat padang pasir yang berpuak-puak dan bersuku-suku.
Sebaliknya, jika punca kehidupan lebih terjamin dan lebih mewah, maka tahap kesepaduan sosial semakin merosot, seperti yang
dapat dilihat dalam kebanyakan masyarakat bandar.
Dalam analisisnya itu, Ibn Khaldun melihat masyarakat sebagai satu keperluan mutlak dalam kehidupan manusia. Namun demikian
timbul pula masalah konflik kerana sifat manusia yang lebih mementingkan diri sendiri, sedangkan dia harus akur kepada kehendak
masyarakat. Dalam analisisnya itu ternyata Ibn Khaldun merupakan salah seorang daripada pengasas awal kepada teori konflik dan
teori perubahan sosial.2. Jelaskan nilai-nilai sepunya Islam menurut kaca mata Barat.

Anda mungkin juga menyukai