Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PELANCARAN BULAN BIDANG DAN PERTANDINGAN


MEREKA CIPTA PENANDA BUKU SEMPENA BULAN
BIDANG KEMANUSIAAN

TARIKH
1- 30 JULAI 2019

ANJURAN
BIDANG SAINS KEMANUSIAAN
SMK TAMAN DESA TEBRAU

DISEDIAKAN OLEH
EN. MUHAMMAD NUR HISYAM BIN KASIM
PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
KERTAS KERJA

PELANCARAN BULAN BIDANG DAN PERTANDINGAN MEREKA CIPTA PENANDA


BUKU SEMPENA BULAN BIDANG KEMANUSIAAN

1.0 PENDAHULUAN

Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan menganjurkan pelancaran


Bulan Bidang Sains Kemasyarakatan dan pertandingan mereka cipta penanda buku
kepada pelajar tingkatan 4. Program ini diharap akan dapat mencungkil bakat pelajar yang
mempunyai kemahiran seni untuk mengembangkan bakat mereka. Harapan kami juga
agar pertandingan ini dapat memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara aktif
dalam kegiatan Ko-Akademik selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama program adalah untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan diri
secara aktif dalam kegiatan Ko-Akademik terutama yang melibatkan subjek Pendidikan
Sivik Di samping itu, program ini dapat mencungkil kreativiti pelajar khususnya berkaitan
nilai-nilai murni dalam subjek pendidikan sivik dapat diketengahkan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai


sesebuah pertandingan.

3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri
dalam sesebuah pertandingan

3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, dan bertanggungjawab.

3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.

3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea atau
mempraktikkan strategi-strategi yang bernas semasa penyertaan mereka.

3.6 Mewujudkan satu lagi alternatif untuk kegiatan di masa lapang

3.7 Meningkatkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara dalam kalangan
pelajar
4.0 MAKLUMAT PROGRAM

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 01 Julai 2018

4.2 Dilaksanakan selama 2 hari.

4.3 Masa pelaksanaan melibatkan selepas waktu persekolahan tamat

(12.50-2.30 petang)

5.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

Cadangan Tarikh
Pelaksanaan
Bil Panitia Aktiviti

1. Panitia Sivik dan Gimik dan pelancaran 01 Julai 2019


Kewarganegaraan

2. Panitia Sivik dan Mereka cipta penanda buku 01 Julai 2019


Kewarganegaraan

5.1 PELAKSANAAN AKTIVITI MEREKA CIPTA PENANDA BUKU

BIL MASA AKTIVITI

1 12.50 tgh hari Pelajar berkumpul di kantin

2 1.00 tgh hari Guru memberikan taklimat kepada pelajar

3 1.10 tgh hari Pelajar memulakan pertandingan mereka cipta


penanda buku

4 2.15 petang Guru menamatkan pertandingan mereka cipta penanda


buku

5 2.30 petang Pelajar bersurai


6.0 SASARAN

6.1 Penyertaan : Individu

6.2 Sasaran : Pelajar tingkatan 3,4 dan 5 SMK Taman Desa Tebrau

6.3 Jumlah Peserta : 30 orang

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi Program : En. Muhammad Nur Hisyam B Kasim

Penolong program : Pn. Zamsila Binti Talkah

AJK Hadiah : Pn. Jamilah Bt Sanny

8.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Pertandingan Mereka Cipta Penanda


Buku sempena hari kemerdekaan.

JAWATANKUASA Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

TAJUK PROGRAM Mereka Cipta Penanda Buku (TEMA : SEMANGAT PATRIOTISME)

JENIS PROJEK Aplikasi Pengetahuan

MATLAMAT ATAU  Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam


PENCAPAIAN menyertai sesebuah pertandingan.
PROGRAM
 Melatih para peserta untuk memupuk nilai-nilai murni, dan
bertanggungjawab dalam sesuatu aktiviti.

 Meningkatkan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.

 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea atau


mempraktikkan strategi-strategi yang bernas semasa penyertaan
mereka.

 Mewujudkan satu lagi alternatif untuk kegiatan di masa lapang.

 Meningkatkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara dalam


kalangan pelajar

ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TARIKH 01 JULAI 2019

TEMPAT SMK TAMAN DESA TEBRAU

BIL. PASUKAN 30 Peserta


9.0 PERUNTUKAN KEWANGAN

Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah

1. Banner Pelancaran 2 RM 35 RM 70

2. Kertas Craft 4 RM 4.50 RM 18

3. Kertas Tebal 3 RM 13 RM 39

4. Kertas Mahjong 2 RM 10 RM 20

5. Double side Tape 4 Rm 3 Rm 12

6. Confetti 2 Rm 4 RM 8

7. Belon 1 Rm 5 Rm 5

8. Hamper Alat Tulis RM 35 1 RM 35 RM 35

9. Hamper Alat Tulis RM 30 1 RM 30 RM 30

10. Hamper Alat Tulis RM 25 1 RM 25 RM 25

11. Hamper Alat Tulis RM 20 2 RM 20 RM 40

Jumlah Keseluruhan RM 302.00

10.0 SUMBER KEWANGAN

BIL PERUNTUKAN JUMLAH

1 Peruntukan PCG Panitia Pendidikan Sivik dan RM 302.00


Kewarganegaraan

JUMLAH KESELURUHAN RM 302.00

11.0 PENUTUP
Diharap program yang dirancang mendapat sokongan dan kerjasama daripada
semua pihak agar objektif program ini tercapai. Segala kerjasama daripada semua pihak
yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

MUHAMMAD NUR HISYAM BIN PN. RAHMAH BINTI HAMIN


KASIMKETUA PANITIA PENDIDIKAN KETUA BIDANG KEMANUSIAAN
SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SMK TAMAN DESA TEBRAU

DISAHKAN OLEH,

_____________________

TUAN HAJI ANUAR BIN EMBONG

PENGETUA SMK TAMAN DESA TEBRAU

Anda mungkin juga menyukai