Setiap hari, Hasan pergi ke sawah. Hasan rajin dan bersemangat tinggi semasa bekerja di sawah padinya. Dia menanam anak padi dan menjaganya dengan baik supaya anak padinya hidup subur. Beberapa bulan kemudian, Hasan berasa sangat gembira apabila melihat padinya menguning. Dia berasa usahanya tidak sia-sia kerana mendapat hasil yang lumayan. Malang tidak berbau, beberapa ekor burung pipit makan padi yang ditanam oleh Hasan. Hasan menghalau burung pipit tetapi burung pipit datang semula. Hasan kelihatan resah gelisah. Ibunya menasihati Hasan supaya bersabar dan tidak berasa risau. Hasan dan ibunya menggantungkan tin-tin di sekeliling sawah padi. Hal ini kerana tin-tin boleh mengeluarkan bunyi supaya burung pipit tidak datang ke sawahnya. Mereka juga mencacakkan orang-orangan di tengah sawah padi supaya burung pipit menganggap orang-orangan ialah manusia. Selepas tin-tin dan orang-orangan dipacakkan di sawahnya, masih ada burung yang makan padinya. Namun, Hasan membiarkan burung-burung tersebut. Berkat kesabarannya, Hasan mendapat hasil padi yang berlipat kali ganda. Hasan bersyukur kerana hidupnya bertambah senang.