Anda di halaman 1dari 6

SK TANJONG BELANJA

TEKS MC HARI ANUGERAH PRASEKOLAH & HARI


KANAK-KANAK 2017
PERKARA UCAPAN TINDAKAN
Ketibaan Mengumumkan ketibaan
tetamu VVIP Yang Berusaha _________________________________
_____________________________________________

diiringi oleh Yang Berusaha En. Khairudin B. Hj Abu


Hanipah, Guru Besar SK Tanjong Belanja.
(RAKAMAN AUDIO PALUAN KOMPANG DIMAINKAN)

Lagu Untuk meraikan majlis -ini, marilah kita bersama – sama


Negaraku menyanyikan lagu Negaraku. Hadirin diminta berdiri…

Nyanyian lagu Negaraku ……………………………………………………………

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


Hadirin dijemput duduk.

Persembahan Persembahan nyanyian murid prasekolah


Prasekolah ……………………………………………………………….......

Demikianlah tadi salam pembukaan Majlis Konvokesyen


Prasekolah SK. Tanjong Belanja, bagi sesi 2017. Persembahan
sebentar tadi adalah di bawah pimpinan Pn. Nor Shaliza Bt.
Kamal Azman dan Pn Nursaliza Bt. Mohd Yusuf. Pihak majlis
mengucapkan jutaan terima kasih.

Bacaan Doa Pada majlis yang indah lagi ceria ini, marilah kita bersama –
sama memanjatkan kesyukuran di atas izin serta limpah
kurnianya kerana kita diberi peluang untuk berhimpun bagi
menjayakan majlis ini.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah kita bersama –


sama menadah tangan memohon keberkatan, agar majlis kita
ini dapat berjalan lancar seperti yang direncanakan. Untuk
itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz
Qamarul Arifin B. Mohd Saleh, guru agama SK. Tanjong
Belanja, untuk mengetuai bacaan doa. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput.

DOA…………………………………………………………………………………………………

1
SK TANJONG BELANJA

TEKS MC HARI ANUGERAH PRASEKOLAH & HARI


KANAK-KANAK 2017
PERKARA UCAPAN TINDAKAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz


Qamarul Arifin B. Mohd Salleh di atas pimpinan bacaan doa
itu tadi.

Kata Alu- Ulik Mayang nyanyian asli


aluan Dilagu si gadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis kami.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan

salam Perak Tengah Excellent.

Yang Berusaha, _________________________________


_____________________________________________

Yang Berusaha, En Khairudin Bin Hj Abu Hanipah

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjong Belanja

Yang dihormati, Encik Abdullah Radzi Bin Abbas

Guru Penolong Kanan Kurikulum

Yang dihormati, Pn Jamiah bt Ahmad

Guru Penolong Kanan HEM

Yang dihormati, Puan Azni Binti Abdul Rashid

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

barisan guru-guru SK Tanjong Belanja

Para ibu bapa, penjaga dan murid-murid yang dikasihi


sekalian.

Ucapan GB Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Majlis diteruskan dengan menjemput En. Khairudin B. Hj Abu

2
SK TANJONG BELANJA

TEKS MC HARI ANUGERAH PRASEKOLAH & HARI


KANAK-KANAK 2017
PERKARA UCAPAN TINDAKAN
Hanipah, selaku Guru Besar SK Tanjong Belanja untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Ucapan Guru Besar …………………………………………………………………………

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar di


atas kesudian menyampaikan ucapan.

Daun semulur di pekan sari,


Ucapan Batang jerami rebah ke bumi;
Perasmi Madah dihulur sembah diberi,
Ucapan perasmi hajatnya kami.

Dengan ini majlis dengan sukacitanya menjemput

_____________________________________________
_____________________________________________
untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Konvokesyen Prasekolah SK Tanjong Belanja 2017 .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Ucapan perasmi…………………………………………………………………………

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada , ________


________________________________ di atas kesudian
memberikan ucapan dan juga merasmikan Majlis Konvokesyen
Prasekolah, bagi sesi 2017.

Sekarang tibalah acara yang dinanti – nantikan, iaitu majlis


pengiktirafan kepada murid - murid. Untuk itu majlis sekali
lagi menjemput, _______________________ diringi oleh
En. Khairudin B. Hj. Abu Hanipah, untuk menyampaikan
anugerah & cenderamata kepada murid.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Berikut adalah penerima – penerima sijil & cenderamata


Majlis Konvokesyen Prasekolah 2017

3
SK TANJONG BELANJA

TEKS MC HARI ANUGERAH PRASEKOLAH & HARI


KANAK-KANAK 2017
PERKARA UCAPAN TINDAKAN
Penerima Sijil & Cenderamata Bagi 6Tahun…. (LAMPIRAN)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


____________________________________________
di atas kesudian menyampaikan Anugerah dan cenderamata
kepada murid-murid.
Sijil Unit Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan Unit
Beruniform Beruniform, Kelab dan Permainan. Untuk itu majlis
mempersilakan Pn Azni bt Abd Rashid, diiringi oleh _______
__________________ untuk menyampaikan sijil.

Penerima-penerima Sijil Unit Beruniform, Kelab & Permainan


2017 ..(LAMPIRAN)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


____________________________________________
di atas kesudian menyampaikan Sijil Penghargaan kepada
murid-murid.

Sijil Pemimpin Seterusnya majlis disambung dengan penyampaian Sijil


Kecil Penghargaan kepada Pemimpin Kecil Sekolah. Oleh itu, majlis
dengan sukacitanya menjemput Pn Jamiah bt Ahmad diiringi
oleh _________________________ untuk menyampaikan
sijil. Dipersilakan.

Penerima-penerima Sijil Penghargaan Pemimpin Kecil 2017..


(LAMPIRAN)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


____________________________________________
di atas kesudian menyampaikan Sijil Penghargaan kepada
murid-murid.

Anugerah Majlis diteruskan dengan Anugerah NILAM 2017. Dengan ini


NILAM majlis mempersilakan En Abdullah Radzi bin Abbas diiringi
oleh ____________________________ untuk
menyempurnakan acara.

Penerima-penerima Anugerah GANGSA…

4
SK TANJONG BELANJA

TEKS MC HARI ANUGERAH PRASEKOLAH & HARI


KANAK-KANAK 2017
PERKARA UCAPAN TINDAKAN

Penerima-penerima Anugerah PERAK…

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


____________________________________________
di atas kesudian menyampaikan Anugerah kepada murid-
murid.

Anugerah Seterusnya Majlis mempersilakan Yang Berusaha _________


Emas & _______________________________ diiringi oleh
NILAM ________________________ untuk menyampaikan
Anugerah EMAS & NILAM. Dipersilakan.

Penerima-penerima Anugerah EMAS…

Penerima-penerima Anugerah NILAM…

Penyampaian Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Cenderamata ____________________________________________
Perasmi di atas kesudian menyampaikan Anugerah dan cenderamata
kepada murid-murid.

Sebagai tanda kenang – kenangan daripada kami, dijemput


En. Khairudin B. Hj Abu Hanipah, untuk menyampaikan
cenderamata kepada _____________________________

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Penyampaian cenderamata ……………


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar diatas
kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi.

Penutup & Bunga seroja di atas para,


Jamuan Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua saya pohonkan.

Sekian sahaja majlis pada hari ini. Sesungguhnya, yang


terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang serba
kekurangan itu adalah kelemahan saya sendiri.

5
SK TANJONG BELANJA

TEKS MC HARI ANUGERAH PRASEKOLAH & HARI


KANAK-KANAK 2017
PERKARA UCAPAN TINDAKAN

Rumpun nipah tepi telaga,


Diambil orang buat nira;
Hidangan di meja sudah tersedia,
Dijemput _____________ menjamu selera.

Maka berakhirlah sudah Majlis Konvokesyen Prasekolah 2017.


Majlis berhenti berehat dan ditangguhkan sehingga jam 10.35

pagi. Murid-murid diminta hadir semula ke dewan ini tepat

pada pukul 10.35 pagi bagi meneruskan Majlis Sambutan Hari

Kanak-Kanak 2017.

Sekian, Wabillahi taufiq Wal Hidayah


Wassalmualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai