Anda di halaman 1dari 8

Skema Jawapan

Soalan Bahasa Melayu set 1

Soalan 1

Pendahuluan

- Tulis tajuk laporan “Laporan Kursus Kepeimpinan Pasukan unit Beruniform Peringkat Daerah
Kuala Langat 2008”
- Nyatakan butir-butir kursus yang anda hadiri termasuk tarikh, hari, tempat
- Peserta-peserta sasaran yang menghadiri kursus.

Isi-isi

•Nyatakan Objektif kursus

- Untuk memupuk semangat kepemimpinan dalam kalangan pemimpin pasukan unit


beruniform
- Untuk memupuk disiplin dalam kalangan pemimpin pelajar
- Untuk menerapkan semangat kerjasama dalam kalangan peserta kursus
- Untuk menerapkan ketahanan fizikal dan mental dalam kalangan peserta kursus
- Untuk menerapkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan peserta.

•Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa kursus berlangsung

- Majlis perasmian kursus oleh Pegawai Pelajaran Daerah


- Majlis suai kenal untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta kursus dan
menerpakan kemahiran berkomunikasi
- Ceramah kepemimpinan oleh penceramah dari pasukan keselamatan seperti Pegawai
Angkatan Tentera, Pegawai Pasukan Bomba dan penyelamat, dan lain-lain
- Latihan fizikal seperti senamrobik, mendaki cerun, berjoging, “jungle trekking” dan lain-lain
- Ceramah agama dan moral bagi menerapkan nilai-nilai murni dan memantapkan aspek
kerohanian peserta.
- Sukan dan rekreasi

•Berikan pandangan tentang kursus tersebut

- Semua aktiviti yang dijalankan menetapi objektif kursus. Oleh itu, semua objektif kursus
dapat dicapai dengan baik
- Pelibatan peserta sangat membanggakan. Semua peserta menyertai setiap aktiviti yang
dijalankan dengan penuh semangat dan kesungguhan
- Buat kesimpulan tentang kursus- sangat baik untuk pemimpin pasukan beruniform, perlu
dianjurkan dengan lebih kerap agar banyak pelajar berpeluang untuk menyertainya

Penutup
- Jelaskan tentang majlis penutupan kursus- ditutup dengan rasmi oleh Pengarah Pelajaran
Negeri, sebelum itu acara penyampian sijil diadakan
- Majlis penutup tamat pada pukul 5.00 petang
- Tandatangan pelapor

Soalan 2

Pendahuluan

- Kerajaan mempergiatkan usaha menggalakkan pelancong melawat Negara ini – pelbagai


langkah dijalankan seperti kempen Tahun Melawat Malaysia dan berbagai-bagai kemudahan
asas disediakan.

Isi-isi penting

(a) Malaysia mempunyai alam semula jadi yang indah dan cantik - pantai yang bersih – pulau-
pulau yang cantik dan dikelilingi laut yang tidak tercemar
(b) Pelbagai kemudahan asas disediakan – penginapan dan pengangkutan
(c) Agensi-agensi pelancongan menawarkan pakej pelancongan yang menarik – murah dan
mesra
(d) Negara yang aman –bebas daripada bencana alam dan keganasan
(e) Malaysia mempunyai penduduk yang pelbagai kaum – budaya unik – kepelbagaian adat dan
budaya

Penutup

- Malaysia sebuah Negara yang sesuai dijadikan pusat pelancongan – pelancong luar dan
domestic – rakyat perlu memberikan sokongan untuk menjayakan hasrat kerajaan ini.

Soalan 3

Pendahuluan

- Menteri kesihatan Malaysia telah mengumumkan bahawa penularan penyakit selesema babi
berada pada tahap tenat – ada pihak yang mencadangkan supaya Negara diisytihar darurat
kesihatan dengan segera

Isi-isi Penting

a) Jika saya merupakan pemimpin Negara, saya akan mengarahkan pegawai-pegawai imigresen
mengetatkan kawalan pada pintu masuk ke Negara ini – setiap orang yang masuk ke Negara
ini perlu diimbas dengan pengimbas yang paling canggih

b) Saya juga akan melarang kemasukan pelancong ke Malaysia dalam tempoh penularan
penyakit ini – walaupun Negara akan mengalami kerugian tetapi tindakan ini dapat
mengelakkan penularan penyakit yang membebankan Negara
c) Saya juga akan melarang rakyat Malaysia ke luar Negara – kebanyakan Negara di dunia
sedang berhadapan dengan masalah ini

d) Saya akan mewajibkan semua rakyat memakai topeng muka ketika berada di luar rumah –
topeng muka akan dijadikan barang kawalan agar tiada peniaga yang menaikkan harga

e) Saya akan mengisytiharkan darurat kerana penularan penyakit telah menyebabkan lebih 70
orang telah meninggal dunia – semua orang tidak dibenarkan keluar rumah pada waktu-
waktu tertentu

Penutup

- Semua keputusan yang akan saya ambil didahului dengan mesyuarat bersama-sama Majlis
Keselamatan Negara – dalam keadaan genting sebegini, keputusan mesyuarat akan
membawa berkat.

Soalan 4

Pendahuluan

- Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk membangunkan sukan di Negara ini.
Namun pencapaian atlet-atlet Negara masih kurang memuaskan di peringkat antarabangsa
dan mutu sukan Negara semakin hari semakin merosot.

Isi-isi penting

a) Kemerosotan sukan tanah air berpunca daripada kurangnya pelapis sukan yang berwibawa
berpunca daripada hilangnya minat dalam kalangan remaja dalam bidang sukan.
b) Remaja lebih gemar melakukan kerja-kerja sambilan selepas waktu persekolahan berbanding
dengan menghadiri aktiviti-aktiviti kokurikulum
c) Kurangnya kesedaran dalam kalngan remaja tentang kepentingan sukan kepada Negara dan
tidak mengetahui bahawa sukan juga mampu memberikan pendapatan yang lumayan
d) Ibu bapa tidak member sokongan kepada anak-anak kerana menganggap sukan hanya
membuang masa dan mereka lebih mengharapkan anak-anak Berjaya dalam bidang
akademik
e) Kurangnya kemudahan sukan seperti stadium, gelanggang permainan dan peralatan yang
disediakan oleh pihak berkuasa.

Penutup

- Pelbagai pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu untuk memajukan sukan tanah air.
Kejayaan atlet dalam bidang sukan mampu menaikkan imej dan nama Negara di peringkat
antarabangsa. Majulah Sukan Untuk Negara

Soalan 5

Pendahuluan
- Golongan sasterawan merujuk kepada penulis-penulis yang menghasilkan karya kreatif
seperti novel, cerpen, puisi dan drama. Golongan ini makin dipandang sepi oleh masyarakat
di Negara ini berbanding dengan negara-negara maju.

Isi-isi penting

a) Kebanyakan sasterawan di negara maju boleh berbangga dengan penulisan mereka kerana
pendapatan lumayan dan boleh menjamin kehidupan yang selesa.
b) Antara langkah yang boleh memartabatkan golongan sasterawan di negara ini ialah
menggalakkan masyarakat membaca buku-buku sastera ini melalui kempen-kempen
membaca.
c) Menterjemahkan karya-karya sasterawan tempatan ke dalam bahasa-bahasa lain seperti
bahasa Inggeris, Jepun, Perancis dan Arab.
d) Memberikanpengiktirafan kepada golongan sasterawan ini seperti anugerah Sasterawan
Negara dan beberapa anugerah gelaran seperti gelaran ‘Datuk’.
e) Memberikan royalty secara berkala agar golongan ini menjadikan penulisan sebagai sumber
pendapatan utama.

Penutup

- Kesimpulannya, usaha-usaha ini sekurang-kurangnya dapat membantu memartabatkan


golongan sasterawan di Negara ini. Selain itu, golongan sasterawan ini juga berperanan
dalam menyebar nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat bagi membentuk sebuah
masyarakat yang aman dan harmonis.

Skema Jawapan soalan Set 2

Soalan1

Pendahuluan
- Nyatakan isu yang akan diperkatakan dalam wawancara, iaitu isu pemakanan seimbang
dalam kalangan masyarakat
- Perkenalkan tokoh dan sumbangannya dalam bidang yang diceburinya
- Nyatakan tujuan wawancara tersebut diadakan
- Pembuka wawancara
i. Ucapan selamat, terima kasih, dan perkenalkan diri pewawancara
ii. Minta izin untuk melaksanakan wawancara
iii. Nyatakan tujuan wawancara diadakan

Isi-isi Penting

•suasana amalan pemkanan dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini. (Soalan : Bagaimanakah
keadaan amalan pemakanan dalam kalangan rakyat Malaysia kini?)

- Kebanyakan rakyat Malaysia mengalami masalah obesity atau kegemukan


- Amalan pemakanan rakyat Malaysia tidak seimbang.
- Kemewahan hidup masyarakat menyebabkan mereka tidak menghiraukan amalan
pemakanan yang baik

•Kebaikan-kebaikan pemakanan seimbang. (Soalan : Apakah kebaikan-kebaikan amalan pemakanan


seimbang?)

- Kualiti hidup akan terjamin kerana terhindar daripada penyakit yang berpunca daripada
makanan seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, dan sebagainya.
- Peningkatan taraf kesihatan akan meningkatkan produktiviti Negara. Kos perubatan dapat
dikurangkan dan digunakan untuk tujuan-tujuan yang lain
- Mengelakkan berlakunya obesity atau kegemukan yang akan menjejaskan aktiviti harian
masyarakat

•cara mengamalkan pemakanan yang seimbang. (soalan : Bagaimanakah amalan pemakanan


seimbang dapat dilaksanakan oleh masyarakat?)

- Pastikan makanan yang diambil memenuhi keperluan tubuh badan seperti yang terkandung
dalam pyramid makanan.

- Tidak terlalu banyak mengambil makanan yang berlemak dan berminyak

- Kurangkan penggunaan gula dalam makanan

- Hadkan pengambilan makanan yang mengandung karbohidrat yang berlebihan

•Nasihat kepada masyarakat. (Soalan : Apakah nasihat tuan kepada masyarakat berkaitan
pengambilan makanan yang seimbang?)

- Jadikan amalan ini sebagai satu kemestian

- Jangan ikut nafsu semasa berhadapan dengan makanan

- Ambil tahu tentang kandungan zat-zat makanan yang diambil

- Jalani pemeriksaan perubatan secara sistematik


Penutup

- Ucapkan terima kasih kepada tokoh yang diwawancara

- Nyatakan penghargaan kerana keperihatinan tokoh terhadap isu pemakanan di Negara ini.

Soalan 2

Pendahuluan
- Kempen kitar semula dapat menyedarkan masyarakat bahawa barang-barang terpakai boleh
mendatangkan hasil atau boleh dijadikan sumber pendapatan.

Isi-isi penting
a) Setiap pengguna perlu berfikir sebelum membeli barangan harian kerana barangan terpakai
boleh dikitar semula.
b) Tindakan mengitar semula barangan terpakai menjadi langkah penting untuk
menyelamatkan sumber asli yang berharga.
c) Kesedaran terhadap penggunaan semula barangan akan dapat menyelamatkan dunia
daripada pencemaran alam sekitar.
d) Penggunaan barang terpakai untuk kepentingan memelihara alam sekitar dapat
mengurangkan penghasilan sampah
e) Indutri barangan terpakai merupakan satu peluang pekerjaan baharu yang kian popular di
Barat dan beberapa buah Negara timur. Ini menunjukkan bahawa bidang ini mempunyai
masa depan yang cerah.

Penutup
- Usaha kerajaan memperkenalkan kempen kitar semula amat wajar kerana dapat
menyelamatkan alam sekitar daripada tercemar.

Soalan 3

Pendahuluan

- Dua minggu yang lalu – memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM25 000 dalam peraduan
di Pusat Beli-Belah Giant

Isi-isi penting
a) Separuh daripada wang kemenangan itu akan disimpan – digunakan ketika melanjutkan
pelajaran ke pusat pengajian tinggi pada tahun hadapan – tidak perlu meminta wang
daripada ibu bapa

b) Menghadiahkan wang tunai Rm5000 kepada ibu dan ayah – mengadakan kenduri kesyukuran
– tidak akan melupakan keluarga dan jiran-jiran

c) Wang tunai RM1000 akan disumbangkan kepada tabung Badan Kebajikan Guru dan
Kakitangan di sekolah – guru banyak membantu

d) Bercadang untuk mendermakan wang tunai RM2000 kepada rumah anak-anak yatim –
menjayakan aktiviti peningkatan akademik

e) Akan membeli sebuah motosikal terpakai – digunakan ketika pergi dan balik dari sekolah –
tidak mahu menyusahkan ayah

Penutup

- Wang sebanyak itu tidak akan digunakan secara membazir – bersyukur atas kemenangan itu
dan berdoa semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

Soalan 4

Pendahuluan

- Perdana Menteri Malaysia telah memperkenalkan konsep 1Malaysia dalam usaha


merealisasikan sebuah Negara maju yang bertunjangkan perpaduan – salah satu cadangan
bagi memperkasakan 1Malaysia adalah dengan mengadakan sekolah satu aliran

Isi-isi

a) Sekolah satu aliran mampu menjayakan 1Malaysia apabila semua kulawangsa sekolah akan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar – tiada lagi prasangka antara pelajar
pelbagai kaum

b) Sekolah satu aliran sebenarnya melambangkan konsep 1Malaysia – semua pelajar berhak
mengakui bahawa sekolah tersebut adalah milik bersama bukan milik mana-mana kaum

c) Sekolah satu aliran menyebabkan pemikiran dan perancangan kerajaan tidak bercapah –
kerajaan akan menjadi lebih focus kepada sekolah tersebut tidak perlu lagi memikirkan
sekolah pelbagai aliran

d) Konsep 1 Malaysia perlu dijayakan oleh individu yang ikhlas dan bukannya bergantung pada
peraturan – pelaksana perlu ikhlas menjayakan konsep 1 Malaysia

e) Sekolah sati aliran tidak menjamin kejayaan 1Malaysia – masyarakat berbilang kaum mungkin
akan memberontak dan menghancurkan impian Perdana Menteri

Penutup
- Konsep 1Malaysia hanya akan dapat direaliasasikan sekiranya semua rakyat mempunyai
semangat cinta akan Negara.

Soalan 5

Pendahuluan

- Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak berbanding dengan
pihak sekolah.

- Pepatah ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’ bermaksud mendidik seseorang anak itu
perlu dilakukan sejak mereka kecil lagi.

Isi-isi Penting

a) Anak-anak yang dilahirkan itu adalah diibaratkan sebagai kain putih dan ibu bapanya yang
berperanan membentuk anak-anak tersebut

b) Kanak-kanak biasanya akan menghabiskan banyak masa di rumah berbanding dengan di


sekolah. Ibu bapa perlu mengisi masa anak-anak ini dengan pelbagai aktiviti pendidikan yang
berfaedah.

c) Kanak-kanak selalunya mudah dibentuk berbanding dengan remaja. Justeru, pada masa
kanak-kanak, ibu bapa harus menerapkan nilai-nilai murni sebagai amalan mereka.

d) Sikap kanak-kanak yang suka meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. Lantaran itu, ibu
bapa harus menjadi model yang terbaik agar dapat dijadikan ikutan anak-anak

e) Kanak-kanak merupakan golongan yang masih belum terpengaruh dengan pergaulan


berbanding dengan golongan remaja yang terpengaruh dengan rakan-rakan dan media
massa menyebabkan mereka sukar dibentuk.

Penutup

- Kesimpulannya, ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan peranan yang berat dalam
mendidik dan membentuk akhlak anak-anak mereka.

Anda mungkin juga menyukai