Anda di halaman 1dari 6

ANTARA ELEMEN PENTING ETIKET

1. TERTIB PERKENALAN

a) Prinsip Perkenalan

Perkenalkan lelaki kepada wanita. Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang
lebih penting. Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkatnya kepada orang yang lebih tinggi
pangkatnya. Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua.

b) Keberkesanan dalam perkenalan

Kedua pihak bersedia untuk memperkenalkan dan untuk menerima perkenalan. Sebut nama
dengan jelas dan betul. Perlakuan yang tertib. Pandang ke arah mata orang yang akan
diperkenalkan. Jika terlupa nama orang yang akan diperkenalkan, sebaikbaiknya akui.
Perkenalkan diri sendiri terlebih dahulu. Elakkan perbuatan seperti menepuk bahu dengan kuat
atau menggenggam dengan kuat. Bercakaplah dengan perlahan tetapi jelas.

c.) Tertib Memperkenalkan

i) Izinkan saya memperkenalkan ............... ii) Puan..........inilah Encik.............. iii) Boleh saya
memperkenalkan ...................

d.) Cara Menjawab Yang Sopan

 Apa Khabar ?
 Bertuah dapat berkenalan
 Hello

e.) Larangan Semasa Menjawab Perkenalan

Elakkan bertanya tentang asal usul tempat / daerah / bangsa / agama. Elakkan bertanya tentang
pangkat atau kursus. Elakkan bercakap kasar dan meninggikan suara. iv) Elakkan menjeling
dan menoleh ke tempat lain. Elakkan memandang jijik kepada orang yang diperkenalkan.
Elakkan memberi senyuman sinis / tidak ikhlas.
2. BERJABAT TANGAN (BERSALAM)

a. Pelbagai cara

Jabat tangan ‘Sweaty Palms’, jabat tangan dengan tangan yang basah berkeringat menyatakan
kegugupanmu. Jika berlebihan, bisa jadi ini gejala Palmar Hyperhidrosis. Jabat tangan ‘Dead
Fish’ merupakan jabat tangan yang sangat pasif dan seolah tak bertenaga, lemah dan jabat
tangan pun seolah dilakukan seadanya saja. Jabat tangan ‘Hand Crusher’ atau ‘meremukkan’
tangan lawan bicara. Biasanya jabat tangan ini membuat tangan lawan bicaranya agak sakit
karena cengkaramannya terlalu kuat. Jenis jabat jabat tangan ‘Queen Fingertips’ menunjukkan
posisi yang lebih tinggi dari lawan bicara, bak seorang ratu ketika sedang berjabat tangan. Gaya
berjabat tangan ‘The Hand Hug’, jabat tangan ini memberikan kesan hangat dan akrab. Akan
sangat berguna saat digunakan di forum rasmi dan saat berdiplomasi. Jabat tangan ‘The
Dominator’ akan memberikan kamu kesan mendominasi dan posisi yang lebih superior dari
lawan bicaramu, jadi jika ingin berjabat tangan seperti ini bisa sesuaikan dengan lawan bicara
agar nggak menimbulkan salah paham.

b. Perkara-perkara negatif semasa bersalam

Pengangan yang longgar menunjukkan kurang minat atau sambil lewa. Hujung jari
menunjukkan dingin, separuh berminat dan kurang penting. Tiada kontak mata menunjukkan
tidak penting / kurang suka dan tidak berminat. Genggam dengan kuat menunjukkan dendam
dan perasaan marah. Enggan bersalam menunjukkan rasa tidak menerima atau membenci.
Perempuan hendaklah menghulurkan tangan dahulu. Tempoh adalah mengikut keadaan .
Dalam keadaan biasa, kira-kira lima saat. Sekiranya tidak mahu bersalam, memadai dengan
menundukkan kepala dan letakkan tangan di belakang. Tidak perlu menggunakan pelapik
seperti tudung / sapu tangan untuk bersalam.
3. PERBUALAN SOSIAL

a.) Contoh tajuk perbualan sosial yang sesuai adalah seperti berikut:-

 Hobi.
 Sukan.
 Muzik.
 Rancangan Televisyen.
 Pakaian.
 Menanam bunga (Gardening).
 Makanan.
 Pengembaraan.
 Kesenian.
 Cuaca.

b.) Contoh tajuk perbualan sosial yang tidak sesuai

• Perbualan peribadi.

• Fahaman politik.

• Keagamaan.

• Peperangan.

c) Tertib perbualan sosial

 Kedua-kedua pihak berminat.


 Pandang ke arah orang yang bercakap.
 Dengar dengan teliti.
 Bercakap dengan nada yang biasa.
 Tempoh bercakap berpadan (tidak terlalu lama).
 Bercakap secara bersahaja.
 Beri laluan kepada yang mendengar untuk bercakap.
 Berbual dengan seberapa ramai yang boleh dalam sesuatu kumpulan.
4. TATAHIAS PAKAIAN DAN GAYA

Kepentingan Tatahias Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf
majlis tersebut. Penampilan seseorang individu dalam sesuatu urusan rasmi sentiasa diiringi
oleh dua bentuk imej:-

i.Imej organisasi di mana ianya berkhidmat .

ii.Imej peribadi.

a) Kesesuaian pakaian wanita Perkara seperti berikut harus diberi perhatian

Elakkan daripada memakai kain berkilat / berkilau pada siang hari. Elakkan daripada memakai
satu warna sahaja. Jangan melebihi empat warna pada satu masa Pilihan warna kain hendaklah
berasaskan kepada warna kulit dan bentuk badan. Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin
tidak sesuai. Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang. Bila menggunakan
alat solek, jangan keterlaluan. Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat.

Rambut hendaklah tersisir rapi. Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika
memakai tudung. Jika memakai mini telengkong, warna tudung hendaklah bertentangan
dengan warna baju. Bila gunakan sarung kaki pilih warna ‘skin colour’ Corak fabrik tidak
lebih dari empat warna. Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang
berloceng yang akan membuat bunyi apabila anda berjalan. Jauhi daripada memakai baju yang
banyak rupol (frills) ataupun berbunga besar. Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan
menjolok mata. Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan ditangan yang sama.

b) Kesesuaian Pakaian Lelaki

Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher. Sematkan semua butang baju jika tidak
bertali leher (kecuali butang kolar). Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang.
Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan Panjang Bahagian hujung tali leher mestilah
sampai ke bahagian kepala tali pinggang. Sesuaikan warna tali leher dengan baju. Tali leher
berjalur sesuai dengan baju tanpa corak. Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet
Sesuaikan warna stoking dengan seluar. Kasut hendaklah bersih dan berkilat. Stoking putih
tidak sesuai dalam majlis. Gunakan ‘cologne’ dan deodoron yang kembut. Jika bergaul dengan
orang ramai sapukan ‘cologne’ di kedua belah bahu. Pakai singlet jika memakai bush-jacket
tetapi jangan sampai kelihatan singlet tersebut. Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna
dan bahan (material). Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama.Lain-lain warna tanpa
corak (light and plain) sebagai pilihan kedua. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam
seluar. Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan badan dan tangan.
Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis berjalur keseluruhannya. Seluar jangan
terlalu labuh hingga memecah lantai ataupun singkat hingga kelihatan tergantung. Jangan
memakai seluar yang ketat (drainpipe). Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian
pejabat melainkan berpakaian putih / berpakaian sukan. Kasut bersukan walaupun mahal, tidak
ada tempat dalam urusan rasmi.
References

 https://www.hipwee.com/tips/7-makna-di-balik-sebuah-jabat-tangan-jangan-anggap-
sepele-karena-beda-cara-beda-pula-kesan-yang-didapat/

Anda mungkin juga menyukai