Anda di halaman 1dari 8

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

KERTAS KERJA
PROGRAM SIMPULAN KASIH KE RUMAH WARGA EMAS :
INFINITI DALAM UKHWAH

TARIKH:

18 APRIL 2018

HARI :

RABU

TEMPAT:

RUMAH WARGA EMAS NUR EHSAN


KEMPAS, JOHOR

ANJURAN:

UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU
DENGAN KERJASAMA
1M4U

1.0 Pengenalan

Program Simpulan Kasih ke Rumah Warga Emas ini merupakan program anjuran
Unit Psikologi dan Kaunseling IPG Kampus Temenggong Ibrahim sebagai satu usaha
menjadikan aktiviti-aktiviti khidmat bakti merupakan salah satu pengisian penting dan
perlu dianjurkan setiap tahun. Idea penganjuran program ini tercetus hasil
perbincangan dengan barisan pengurusan tertinggi institut dengan misi
meningkatkan keyakinan diri di kalangan guru-guru pelatih dalam berhadapan
dengan masyarakat luar yang kurang bernasib baik. Selain itu, program ini juga
dapat melatih guru-guru pelatih mengenai konsep kesukarelaan melalui aktiviti
kemasyarakatan bagi menjamin kesejahteraan, keharmonian dan bertanggungjawab
dalam menjalankan tugas. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk
melahirkan guru-guru pelatih yang penyayang dan prihatin dalam memberi
sumbangan dan bantuan kepada masyarakat sekaligus dapat mengharumkan nama
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru sebagai sebuah
institut yang mampu melahirkan guru-guru pelatih yang berkemahiran.

2.0 Matlamat

Program “Simpulan Kasih: Infiniti Dalam Ukhuwah” ini dipilih untuk mengeratkan
silaturrahim antara sesama manusia tanpa mengira lingkungan umur, bangsa, dan
agama. Selain itu, guru-guru pelatih dapat mengukuhkan lagi sifat tanggungjawab
dan keprihatinan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik dan memerlukan
lebih perhatian disamping berbudi kepada masyarakat.

3.0 Objektif
Objektif program “Simpulan Kasih: Infiniti dalam Ukhuwah” adalah:

3.1 Meningkatkan keyakinan diri guru-guru pelatih dalam berhadapan


dengan masyarakat luar yang kurang bernasib baik.

3.2 Melatih dan mendidik guru-guru pelatih mengenai konsep kesukarelaan

2 |Unit Psikologi dan Kaunseling


melalui aktiviti kemasyarakatan bagi menjamin kesejahteraan,
keharmonian dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
3.3 Melahirkan guru-guru pelatih yang penyayang dan prihatin dalam
memberikan sumbangan dan bantuan kepada masyarakat yang kurang
bernasib baik.

3.4 Menggembirakan golongan yang tidak bernasib baik dengan aktiviti


yang menceriakan.

3.5 Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah
dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib
baik.

3.6 Meningkatkan jati diri, kemahiran insaniah dan elemen akhlak halus di
kalangan guru-guru pelatih.

4.0 Tema

KESEJAHTERAAN HIDUP YANG UNGGUL

5.0 Tarikh
18 April 2018 ( Rabu )

6.0 Tempat

Rumah Warga Emas Nur Ehsan, Kempas, Johor

7.0 Peserta

Bil Peserta Jumlah

1. Unit Psikologi dan Kaunseling 4


 Ketua Unit Kaunseling
 Kaunselor Pelajar
 Kaunselor Pelatih
2. VIP
 Pengarah IPGKTI 3
 Timbalan Pengarah IPGKTI
 Wakil Pegawai IM4U
3. Sasaran Peserta
 Pembimbing Rakan Siswa IPGKTI 40
4. Warga Emas 30

5. Staf Rumah Jagaan Warga Emas 5

3 |Unit Psikologi dan Kaunseling


JUMLAH 82

8.0 Jawatankuasa Induk

PENAUNG: Tn. Hj. Mohd Zain bin Badui


Pengarah IPG Kampus Temenggong
Ibrahim
PENASIHAT: Dr. Mazlan bin Aris
Timbalan Pengarah IPGKTI
PENGERUSI: Pn Suria Binti Abd Jamil
Ketua Unit Psikologi & Kaunseling
SETIAUSAHA 1: Pn Siti Aisyah binti Samod
Kaunselor Pelajar
AHLI JAWATANKUASA: 1) Kaunselor Pelatih
2) Pembimbing Rakan Siswa

9.0 Anggaran Perbelanjaan


Sumber: IM4U

Bil. Butiran Jumlah


(RM)
Makan dan Minum:

1 Jamuan VIP dan pegawai =7 orang x RM 6.00 x 1 RM 42.00


kaunseling hari

2 Jamuan Warga Emas dan staf=35 orang x RM6.00 x RM 210.00


1 hari
3 Jamuan Peserta Sukarelawan = 40 orang x RM6.00 RM 240.00
x1 hari
Peruntukan Peralatan Untuk Pusat Jagaan Warga Emas:

1 Kipas dinding Panasonic RM 164.50x4buah RM658.00

4 |Unit Psikologi dan Kaunseling


2 Penyaman udara RM 1899.00 x 1 unit RM 1899.00

3 Permaidani RM200.00 x 4 keping RM800.00

4 Sofa kulit RM 1999.00 x 1 set RM 1999.00

5 Cat Jenama Jotun RM 68.00 x6 tong RM408.00

5 |Unit Psikologi dan Kaunseling


Publisiti

1 Banner RM 80.00 x 1 helai RM80.00

Cenderamata Program

1 Sijil perghargaan untuk RM 0.60 x 40 orang RM 24.00


sukarelawan

2 Hamper untuk pengusaha RM 30.00 x 1 orang RM30.00


pusat jagaan warga emas

3 Goodies untuk warga emas RM 5.00 x 30 orang RM 150.00

JUMLAH BESAR RM 6540.00

10. Tentatif Program

HARI/TARIKH MASA PROGRAM

RABU 8.00 pagi-8.30 Bertolak pergi ke Pusat Jagaan Warga Emas


18/4/2018 pagi

8.30 pagi-1.00 Gotong-royong di Pusat Jagaan Warga Emas Nur


petang Ehsan:
1)Mengecat dinding
2)Memasang kipas dinding dan penghawa dingin
3)Memasang permaidani
4)Menyusun kerusi sofa
1.00 petang-1.30 Bertolak pulang ke IPG Kampus Temenggong
petang Ibrahim

6 |Unit Psikologi dan Kaunseling


11. Penutup

Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya serta dapat memberi
manfaat dan pengisian yang baik kepada guru-guru pelatih IPG Kampus
Temenggong Ibrahim Johor.

PENGESAHAN, SEMAKAN, SOKONGAN DAN KELULUSAN

A. Disediakan oleh:
___________________________
(Pn Siti Aisyah binti Samod)
Kaunselor Pelajar,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Temenggong Ibrahim.

B. Disemak oleh:
____________________________
(Pn Suria binti Abd Jamil)
Ketua Unit Kaunseling,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Temenggong Ibrahim.

C. Ulasan KJ HEP:

______________________________________________________________

Tarikh: Tandatangan: _____________________


( )

D. Ulasan Unit Kewangan:

Tarikh: Tandatangan: _____________________


( )

7 |Unit Psikologi dan Kaunseling


E. Kelulusan oleh Pengarah / Timbalan Pengarah:
Kertas kerja / Program / Aktiviti ini diluluskan / tidak diluluskan.

__________________________ Tarikh:

8 |Unit Psikologi dan Kaunseling

Anda mungkin juga menyukai