Anda di halaman 1dari 5

Dalam konteks ini, profesion keguruan antara profesion yang paling mencabar.

Hal
ini kerana guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Oleh hal yang
demikian, guru sememangnya banyak menyumbangkan bakti dalam pembangunan bangsa
dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Akan tetapi untuk menjadi
seorang guru yang Berjaya, mereka perlu menghadapi pelbagai cabaran-cabaran dan
perubahan dalam sistem pendidikan supaya selaras dengan keperluan pendidikan Negara.
Cabaran boleh didefinasikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan,
ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang
mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan
lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran (Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 :
232).Profesion keguruan merupakan profesion yang mencabar jika dilihat dalam aspek
kemajuan terhadap agama, bangsa dan Negara. Dalam erti kata lain cabaran yang menguji
kemampuan seseorang dalam organisasi. Terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi
oleh guru dalam merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan. Profesion keguruan juga
adalah tidak terkecuali melalui perubahan era Globalisasi yang sangat mencabar. Antara
cabaran-cabaran yang mendepani profesion keguruan pada masa kini adalah cabaran dari
segi era kemajuan teknologi, Cabaran membentuk sahsiah pelajar, cabaran dalam

Cabaran pertama yang perlu dihadapi oleh guru ialah dalam menghadapi era
kemajuan teknologi Ict. Hal ini bermaksud guru perlu mempersiapkan diri dalam
menyediakan golongan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan revolusi maklumat atau
ICT. Dalam erti kata lain, guru perlu melahirkan pelajar yang celik IT. Hal ini supaya pelajar
dapat mengaplikasi ilmu ICT semasa belajar dan kepentingan hidup. Aspek yang
terkandung dalam literasi ICT termasuklah konsep asas ICT, penggunaan komputer,
pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, pangkalan data, pengurusan fail,
penghasilan dokumen, persembahan, serta informasi dan komunikasi (Norton & Wiburg
2003). Hal ini membuktikan bahawa ilmu ICT sangat penting dalam menjalani kehidupan
seharian. Dengan adanya ilmu ICT ini dalam diri mereka, pelajar mudah mencari maklumat
dengan hanya menggunakan hujung jari dan ini menjimatkan masa pelajar untuk belajar.
Perkembangan terkini menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi alat
pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu
pelajar membina pengetahuan baru (Lechner & Boli 2000). Hal ini jelas menunjukkan
bahawa ICT sangat penting untuk dipelajari. Cabaran guru untuk menyediakan pelajar yang
berkemahiran ICT ialah guru perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran dan ilmu ICT
terlebih dahulu. Hal ini supaya mudah untuk guru mengajar dan selaras dengan anjakan
ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Perkara ini bukan mudah untuk guru
menguasai ilmu ICT. Oleh itu, perkara ini dapat menjadikan guru seorang yang berdaya
tinggi dalam mencari ilmu hanya untuk mengajar murid, aktif dalam menggunakan ICT dan
tidak terbelakang daripada zaman teknologi ini. Hal ini juga menjadikan guru seorang yang
mempunyai pelbagai ilmu iaitu bukan sahaja dalam bidang yang diajari malah mahir dalam
bidang ICT.

Selain itu, para guru perlu mencari idea pembelajaran dan bahan bantu mengajar
yang menarik untuk memotivasikan minat dan mewujudkan daya tarikan dalam proses
pembelajaran kurikulum pendidikan (Liew 2007; Sharifah Nor 2010). Hal ini kerana pelajar
mudah bosan dengan hanya belajar menggunakan buku. Oleh itu, sedikit sebanyak belajar
menggunakan ICT menarik minat mereka untuk belajar dan meningkatkan lagi ilmu
pengetahuan tentang ICT. Justeru itu, hal ini menjadikan guru lebih rajin dan aktif dalam
mencari bahan bantu mengajar. Guru juga dapat membentuk jati diri supaya menjadi
seorang yang kreatif dan inovatif daripada sebelumnya. Aspek yang terkandung dalam
literasi ICT termasuklah konsep asas ICT, penggunaan komputer, pemprosesan perkataan,
hamparan elektronik, pangkalan data, pengurusan fail, penghasilan dokumen,
persembahan, serta informasi dan komunikasi (Norton & Wiburg 2003). Hal ini membuktikan
bahawa ilmu ICT sangat penting dalam menuntut ilmu dan menjalani kehidupan seharian.

Oleh itu, dengan adanya cabaran pada masa kini, berlakulah perubahan dalam
sistem pendidikan ini berbanding zaman dahulu. Tugas dan tanggungjawab guru pada masa
kini bukan seperti pada era dahulu. Jika pada zaman dahulu guru boleh memfokuskan
pembelajaran didalam bilk darjah sahaja dan hanya menggunakan kapur, kini golongan
guru perlu lebih kreatif dalam mengetengahkan pembelajaran berasaskan teknologi masa
kini. Sebagai contoh, guru mengajar murid dengan menggunakan “slide” dan memberi
mereka peluang menggunakan kemudahan yang ada di sekolah seperti komputer untuk
mencari maklumat. Sehubungan itu, era teknologi siber telah berubah pendekatan
pembelajaran yang mana pembelajaran secara tidak formal ini sedikit demi sedikit akan
mengubah peranan yang dimainkan oleh guru. 'Dinding-dinding bilik darjah akan runtuh'
kerana pembelajaran yang bersifat 'Iangit terbuka' melalui perisian multimedia, internet, e-
mel, audio-video tele conferencing dan sebagainya (Lee Ong Kim, 1997). Hal ini bermaksud
cara belajar yang lama telah berubah kepada cara yang baru seperti penggunaan ICT.
Selain itu, guru pada masa dulu menumpukan tugasnya mengajar murid dengan ilmu
pengetahuan tetapi pada masa kini menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi,
mendidik murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia,
berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup dan berguna untuk pembangunan negara.
Cabaran kedua yang perlu dihadapi oleh guru ialah membentuk sahsiah murid.
Cabaran Wawasan 2020 yang ketujuh berbunyi, membentuk sebuah masyarakat berbudi
dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat
daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahu pun
individu, tetapi kepada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap (MMKH, hal.4). Hal ini
jelas menunjukkan bahawa penerapan nilai murni dalam diri masyarakat terutama murid
adalah sangat penting dan perkara ini perlu dititikberatkan oleh guru kerana guru
berperanan dalam membentuk sahsiah atau jati diri murid. Hal ini kerana guru lebih dekat
dengan murid selain daripada keluarga murid tersebut. Seterusnya, ada segelintir
masyarakat pada masa kini lebih mementingkan akademik dari membentuk nilai murni
dalam diri. Hal ini kerana mereka mengganggap bahawa akademik mampu menjamin masa
depan mereka berbanding nilai murni yang tiada makna apa-apa bagi mereka. Selain itu,
kepesatan perkembangan teknologi yang tidak selaras dengan pembangunan aspek nilai
dan moral boleh mengakibatkan manusia ketandusan nilai kemanusiaan sejati (Abu Bakar
Abdul Majid & Sarina Othman, 1998; Tajul Ariffin Mohd. Noordin, 1992). Oleh itu, bukan
sahaja mereka mementingkan akademik malah kepesatan teknologi pada masa kini mampu
menghanyutkan manusia daripada sibuk memupuk nilai murni dalam diri. Sebagai contoh,
remaja hanya sibuk bermain telefon bimbit daripada membantu kawan-kawan menyapu
sampah.

Justeru itu, banyak cabaran yang harus ditempuhi oleh guru. Antaranya ialah
memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Para pendidik perlu melihat anak-anak dengan
cara positif atau memikirkanya dengan cara positif, hasilnya akan jadi positif (Wan Mohd.
Zahid Mohd. Noordin, 1993). Dengan kata lain, apabila seorang guru itu pandang positif dan
ikhlas dalam membimbing mereka, maka secara tidak langsung sedikit sebanyak murid itu
akan berubah menjadi seorang positif. Hal ini dapat menjadikan guru itu seorang yang
sentiasa berfikiran positif,ikhlas dan tabah menhadapi pelbagai dugaan. Selain itu, cabaran
untuk menasihatkan dan membimbing murid membetulkan sahsiah diri mereka jika mereka
membuat kesalahan ialah guru perlu menasihatkan dengan cara yang baik dan tidak
menghina mereka. Hal ini kerana layanan yang buruk akan menjejaskan maruah,
kebanggaan, kehormatan dan harga diri. Justeru mereka akan merasa tersinggung, marah
dan terhina yang mengakibatkan fitrah murninya diselubungi oleh dendam dan benci (Sidek
Baba 2006; Mohd. Kamal Hassan 2006). Maka hal ini tidak akan dapat membantu murid
membetulkan sahsiah dirinya sendiri kerana dia berasa terhina jika dinasihatkan dengan
cara tidak baik. Mereka juga akan merasa benci kepada guru, sekolah, pelajaran dan
mungkin hilang kepercayaan kepada manusia. Ia akan dihinggapi dengan tekanan jiwa dan
terdorong melakukan perbuatan salah laku. Sudah tentu pendidik tidak mahu sekolah
memperlihatkan citra sebuah penjara atau citra sekolah budak nakal (Sidek Baba, 2006).
Oleh itu, perkara ini dapat menjadikan guru seorang yang tabah dalam membentuk sahsiah
murid daripada yang buruk kepada yang baik, bertanggungjawab membantu murid membina
modal insan yang berguna dan menjadi seorang yang mampu berhadapan dengan macam-
macam kerenah murid yang harus ditempuhi. Kesimpulannya,menurut Omar (2008),
pendidikan nilai sangat penting bagi membanteras gejala dan masalah sosial yang dihadapi
oleh masyarakat dan Negara. Perubahan dalam sistem pendidikan ialah bentuk pendidikan
masa kini yang juga disebut sebagai pendidikan dunia tanpa sempadan adalah cabaran
yang begitu hebat ke atas sistem pendidikan sebagaimana yang dinyatakan oleh Said
(2000). Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, ia adalah zaman yang masih lagi kurang
terdedah dengan gejala dan masalah sosial seperti vandalisme, merokok dan ponteng
sekolah. Tetapi pada zaman kini, murid sekolah rendah pon sudah mula mengisap rokok.
Hal ini menunjukkan bahawa cepatnya mereka terdedah dengan perkara-perkara tersebut
akibat daripada pengaruh orang disekelilingnya. Seterusnya, jika pada zaman dahulu murid-
murid hormat pada guru tetapi kini ada segelintir murid yang tidak hormat pada guru.
Sebagai contoh, murid mahu menumbuk gurunya sendiri. Diriwayatkan oleh Al–Imam
Baihaqi, Umar bin Khattab mengatakan, “ Tawadhulah kalian terhadap orang yang
mengajari kalian”. Hal ini jelas menunjukkan bahawa murid wajib menghormati guru.

Kesimpulannya, kerjaya seorang guru adalah tidak mudah kerana pekerjaan guru
melibatkan ramai orang murid-murid, ibu bapa dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu
menangani pelbagai cabaran dan kerenah yang ditunjukkan oleh mereka. Maka guru perlu
bersedia dalam apa jua keadaan supaya guru tabah menghadapinya.
Sumber: https://muslim.or.id/25497-adab-seorang-murid-terhadap-guru.html

Anda mungkin juga menyukai