Anda di halaman 1dari 1

Ciri- ciri Madu Asli

Beliau pun kata tips ini untuk test dgn kadar segera. Bagi saya masih boleh diterima, terutama yang
titik kat kertas suratkhabar. Madu asli akan membentuk lapisan seperti lapisan lilin. Meresap tetap
meresap sebab kandungan air ada dalam madu asli. Tapi lapisan spt lilin itu boleh diterima.
Manakala yang titiskan madu ke dlm air di gelas itu kurang kuat sikit hujahnya. Sebab kandungan air
dalam madu asli terutama tualang juga tinggi, apalagi madu kelulut, yg dah memang cair seperti air.
Point yg kata tak beku dlm peti ais itu pun kurang kuat juga sebab kandungan air dalam madu
tempatan masih tinggi, kecuali madu arab.
Saya ingin menambah/ memberi beberapa point tentang madu asli selain dari di atas, mudah2an
sedikit membantu:
1. madu asli keruh, madu tiruan transparan.
2. madu asli tidak ada mendapan/kelodak yg mendap.
3. madu asli mempunyai gas. Terutama untuk madu tualang & kelulut, gas memang amat kuat.
Ada kesan sedikit meletup bila dibuka tudung botol. Tapi tidak semua begitu. Hanya madu
yg masih baru ada gas yg agak kuat.
4. madu asli terutama tualang ada buih2 halus. Ini juga lebih kpd yg baru. Kalau dah lama buih
ada juga tp tak banyak atau seolah tiada langsung. Tp jika digoncang kembali, buih akan
muncul semula.
5. madu asli tidak ada rasa gula merah, kecuali madu lama yg dah 5 tahun ke atas, ada sedikit
rasa spt gula merah dan ada rasa sedikit pahit dan menyengat. Madu tiruan ada yg terasa
benar gula merahnya, walaupun masih baru.
6. warna madu asli semakin lama semakin gelap.
7. warna madu asli sekata dari atas hingga bawah botol, tidak berbelang.
8. madu asli terutama tualang akan memberikan tenaga (akan rasa sedikit bertenaga) selepas
anda meminumnya. Anda dapat merasakan walaupun sedikit. Ada orang yg merasa banyak
juga kesan bertenaganya. Madu tiruan tidak memberi apa2 kesan, kadangkala terasa makin
lemah tubuh.
9. madu asli dapat menghentikan batuk & kahak dengan cepat, biasanya 1-2 hari sahaja. Cara
pengambilan yg kerap, tambah sedikit perahan lemon, telan terus, lalukan di tekak, jgn
minum air dulu. Tunggu 20 minit baru minum air. Ada percubaan madu kelulut dapat
menghentikan batuk berkahak hanya dalam 1 hari sahaja (minum 2 sudu, tiga kali sehari, tak
perlu perahan lemon) Madu tiruan atau madu palsu tidak dapat menghentikan batuk sama
sekali, malah tenggorokan semakin berkahak, batuk juga semakin bertambah.
10. madu asli dapat mengering/menyembuh luka dengan cepat.
11. Madu asli yg baharu dituai semut tidak akan kerumun kalau titik/tumpah kat atas meja atau
lantai. Sebab gas yg dihasilkan madu tidak digemari semut. Kalau madu asli yg sudah lama,
gas pun dah kurang, semut merah atau hitam boleh kerumun. Madu baru yg kuat gas
menurut pengalaman, hanya semut angin ( semut paling halus yg ringan) datang
berkeliaran. Madu tiruan/ palsu semut merah & hitam kerumun walaupun yg masih baru.
12. madu asli tidak akan mendap berkelodak, tidak berbelang atau basi serta tiada tarikh luput.
Madu tiruan kalau kita simpan lama (setelah dibuka) contohnya setahun akan rosak, tidak
boleh diminum, masam, basi atau busuk kerana serangan bakteria.
Sekian, semua ini berdasarkan petua orang terdahulu drpd kita dan pengalaman yg diperolehi.
Semoga bermanfaat adanya.