Anda di halaman 1dari 7

SMK SEKSYEN 5 WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR

DOKUMENTASI
PEMANTAPAN SOLAT 2016

Bismillahirrahmanirrahim…

1. PENGENALAN

Fenomena negatif yang berlaku di kalangan anak-anak muslim akhir-akhir ini amat
membimbangkan. Kes buli, gangsterisme, pergaulan bebas, black metal dan lain-lain lagi
wajar dibendung dan diatasi dari akar umbinya. Solat yang sepatutnya menjadi benteng
pertahanan yang kukuh lagi mampan untuk menghalang perkara keji dan mungkar telah
diabaikan oleh muda mudi dewasa ini. Hal ini sesuai dengan maksud firman Allah S.W.T
“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara-perkara keji dan mungkar”

Atas dasar inilah dan sebagai memenuhi tanggungjawab fardu kifayah maka Panitia
Pendidikan Agama Islam SMK Seksyen 5 Wangsa Maju menganjurkan Program
Pemantapan Solat untuk para pelajar tingkatan dua sekolah ini. Ianya juga terkandung
dalam sukatan perkara asas fardhu ain (PAFA) dan wajib dinilai bagi setiap pelajar di
sekolah menengah.

2. TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 25 Mac 2016 / 16 Jamadilakhir 1437H (Jumaat)

3. JANGKAMASA MAJLIS

2.45 ptg–4.45 ptg

4. TEMPAT

Dewan Terbuka SMK Seksyen 5, Wangsa maju, Kuala Lumpur.

5. MATLAMAT

Sebagai salah satu usaha untuk memperbetulkan, memperkemaskan dan memperkasakan


segala hal yang berhubung kait dengan solat seterusnya menyahkan kekeliruan, kealpaan,
ketidakfahaman di dalam melaksanakan Ibadah solat serta menyuntik kefahaman tentang
peri pentingnya tuntutan ibadah solat itu dalam kehidupan seharian sehingga menjadi
hamba tuhan yang sejati dapat pula dijadikan benteng pertahanan diri dari perkara keji dan
mungkar.
6. OBJEKTIF

1. Untuk memberi kefahaman tujuan menunaikan solat.


2. Untuk mendedahkan kepada para peserta kepentingan solat sebagai tiang agama.
3. Untuk mendidik diri supaya bertanggungjawab dalam mengerjakan solat.
4. Untuk memberi motivasi dan kefahaman bahawa solat yang sempurna adalah
benteng dari melakukan perkara-perkara keji dan mungkar.

7. JAWATANKUASA PROGRAM PEMANTAPAN SOLAT 1437 HIJRAH / 2016 M

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn.Nor Adib bt Jalil - Pengetua

Naib Pengerusi I : Tn. Hj. Yusny b Yusoff - PK Petang

Naib Pengerusi II : Pn. Puspa bt Agus Salim - PK Tadbir & Kurikulum

Naib Pengerusi III : Pn. Hjh Kamilah bt Abdul - PK HEM


Rahman

Penyelaras : Pn. Mazlina binti Adnan - Ketua Panitia Pendidikan


Islam

Setiausaha : Cik Manal binti Mahamad

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Majlis : En. Sulaiman bin Hasim

Sambutan Penceramah : En. Badrul Sham b Nawawi

Persiapan Tempat : Pn. Nafisah binti Ismail

AJK Buku : Pn. Hafizah bt Othman


Aturcara/Dokumentasi : Pn Nur Halwani bt Anuar

AJK Disiplin : Pn Siti Rohaiza bt Mohd Yusoff


Cik Manal binti Mahamad
Semua guru Pendidikan Islam Sesi Petang
Guru-guru Mata Pelajaran Tingkatan Dua
8. CATATAN MAJLIS

8.1 Ceramah Agama


Ceramah Agama untuk sesi petang telah disampaikan penceramah
jemputan iaitu oleh Ustaz Ahmad Shahir Bin Jiri daripada Sekolah
Kebangsaan Pantai Dalam, Bangsar. Beliau menyampaikan ceramah
bertajuk “ Penghayatan Solat”.

9. POST MORTEM
9.1 Pandangan Positif
 Aktiviti telah dapat berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama
daripada pentadbir, guru-guru dan para pelajar.
 Penceramah telah dapat menyampaikan mesej yang berkesan dan
dapat mengawal audiens dengan baik

10. PENUTUP
Panitia Pendidikan Islam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dengan program Pemantapan Solat samada secara langsung
atau tidak langsung. Sokongan dan kerjasama erat antara warga sekolah telah
membolehkan majlis berjalan lancar.

11. DOKUMENTASI INI DISEDIAKAN OLEH;

………………………………….
PN HAFIZAH BINTI OTHMAN
Guru Pendidikan Islam

DISEMAK OLEH;

…………………………………
PN ZAIRILAN BINTI YAHYA
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum

DISAHKAN OLEH;

……………………………………
PN HAJAH NOR ADIB BINTI JALIL
Pengetua
SMK Seksyen 5 Wangsa Maju
LAMPIRAN
LAPORAN BERGAMBAR
LAPORAN KEWANGAN
BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH
RM

1 BAYARAN PENCERAMAH RM 250 250.00

2 BANNER RM130 130.00

3 HADIAH RM 5 X 5 HADIAH 25.00

JUMLAH KESELURUHAN 405.00

Anda mungkin juga menyukai