Anda di halaman 1dari 19

MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

1.0 PENGENALAN

Ilmu tamadun dan ketamadunan banyak dipolemikan oleh para sarjana dunia dari
pelbagai aspek khsususnya dari segi isitilah dan etimologi. Menurut Chandra et.al
(2007), perkataan ‘tamadun’ acap kali digunakan untuk menggambarkan kemajuan
kebendaan (material) sesbuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan
‘tamadun’ selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam bidang sains
dan teknologi sejajar dengan penonjolannya dalam tamadun Barat pada era ini. Dari
sudut etimologi, ‘tamadun’ berasal daripada perkataan madanna dalam bahasa
Arab. Madanna merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka
bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti (Abdullah,2000).
Daripada perkataan madanna, terbitlah perkataan madani yang merupakan sifat
nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan
perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Sebenarnya, kedua-dua
perkataan ini berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan
kehidupan beragama. Dalam bahasa Inggeris, terdapat perkataan yang mempunyai
makna dengan tamadun, iaitu ‘civilization’. ‘Civilization’ berasal daripada bahasa
Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar (Brandel dan Fernand, 1995).

Setiap masyarakat di dunia memiliki tafkrifan tersendiri terhadap konsep


tamadun (Nik et.al, 2009). Dari dimensi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan
dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal berkaitan kebudayaan
seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut
pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Goldon Childe, pencapaian lahiriah
merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat. Darcy
Riberio dan R.A Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya menekankan
kepentingan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

Menurut islam, tamadun haruslah mencakupi pembangunan lahiriah dan


rohaniah (Mahayudin, 1987). Hal ini bermakna, islam menekankan pembangunan
yang seimbang dari aspek lahiriah mahupun rohaniah. Kedua-dua elemen ini amat
penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Menurut
pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang
tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Pandangan sarjana
Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui
bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

1
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Pengertian tamadun berdasarkan etimologi seperti yang dikemukakan,


secara tidak langsung menekankan dua perkara yang fundamental dalam memberi
takrifan yang holistik terhadap tamadun. Pentakrifan tamadun yang lengkap harus
menggabungkan kedua-dua perkara tersebut yang berkaitan dengan kehalusan
budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Secara spesifiknya,
tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam
segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan seperti sains dan teknologi, kesenian,
dan kesusasteraan yang tinggi, baik, halus serta sopan ke arah pembentukan
peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang
terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

2
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

2.0 ARTIKEL ILMIAH TAJUK SATU


2.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTERAKSI ANTARA
KEPELBAGAIAN TAMADUN DI ASIA

Secara umumnya, setiap tamadun yang muncul memiliki sifat-sifat, pencapaian-


pencapaian serta keistimewaannya yang tersendiri. Walaupun demikian, tidak
bermakna sesebuah tamadun itu bersifat tertutup dan tidak menerima pengaruh
luar. Sebaliknya, wujud hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada di
peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku
sepanjang sejarah (Chandra et.al, 2007). Interaksi yang berlaku sememangnya
melahirkan impak-impak positif meskipun terdapat juga kesan-kesan negatif.
Interaksi berlaku kerana wujudnya sifat toleransi yang tinggi serta sikap saling
hormat-menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Sifat
keterbukaan ini memberi ruang kepada percambahan buah fikiran dan budaya di
samping melengkapkan sesebuah tamadun itu dalam pelbagai aspek untuk
mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang mengakibatkan kemerosotan
sesebuah tamadun. Interaksi tamadun berlaku disebabkan oleh beberapa faktor
yang boleh dilihat dari pelbagai perspektif. Faktor-faktor tersebut seperti yang
ditunjukkan oleh rajah di bawah.

kepimpinan

Sikap
misi politik golongan
agama

kedudukan
perdagangan
geografi

perkahwinan

Rajah 1.1: Faktor-faktor interaksi tamadun

Faktor kepimpinan merupakan faktor yang amat signifikan dalam proses


interaksi antara kepelbagaian tamadun di Asia. Menurut Abdul (2000), sifat
seseorang pemimpin akan mencorakkan proses interaksi yang dilakukan. Hal ini

3
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

bermakna, sekiranya pemimpin bersikap adil, bertoleransi dan menghormati


kebudayaan yang lain, proses interaksi akan berjalan dengan lancar iaitu secara
aman dan damai. Sebagai tamsilannya, interaksi tamadun yang berlaku dengan
aman dapat dilihat menerusi kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak
menyekat orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan Madinah. Sebaliknya,
baginda melindungi hak golongan ini di bawah perlembagaan dan undang-undang
yang dikenali sebagai Piagam Madinah. Bagi interaksi antara Tamadun China
dengan Tamadun Jepun, peranan putera Shotoku Taishi (593-622 Masihi) tidak
dapat dipertikaikan. Baginda berperanan dalam mengembangkan agama Buddha,
iaitu unsur penting daripada Tamadun China yang meresap ke dalam Tamadun
Jepun. Beliau ialah wali pertama agama Buddha di Jepun. Walau bagaimanapun,
pemimpin yang bersikap kuku besi dan tidak bertoleransi akan mendatangkan
interaksi tamadun yang berimpak negatif. Hal ini dapat dibuktikan melalui interaksi
antara Tamadun Islam dengan Hindu di India. Terdapat beberapa orang raja Islam
seperti Sultan Shamsuddin Altamish (1211-36 Masihi), Sikunder Lodi (1489-1517
Masihi) dan Aurangzeb (1658-1707 Masihi) yang bertindak keras terhadap
penganut-penganut Hindu. Mereka bertindak mengharamkan beberapanupacara
keagamaan Hindu, memusnahkan kuil-kuil dan patung-patung Hindu.

Faktor seterusnya yang mempengaruhi proses interaksi antara kepelbagaian


tamadun Asia ialah sikap golongan agama. Sikap golongan agama ini menjadi
penentu kepada kelangsungan hidup beragama secara harmoni yang mana
kerukunan hidup bersama-sama insan yang mempunyai agama yang berbeza
diimplementasikan (Munif, 2004). Dalam konteks tamadun Islam, sikap golongan
agama yang berakhlak seperti yang dipamerkan oleh ulama Islam di Alam Melayu
memudahkan proses interaksi dan Islamisasi berlaku. Mereka berjaya memberikan
tasawwur Islam yang sebenar sehingga menyebabkan wujudnya pendidikan formal
melalui institusi seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah (Acheh).
Impaknya, muncul ramai ulama di rantau Alam Melayu seperti Hamzah Fansuri dan
Abdul Rauf al-Singkeli. Namun begitu, terdapat juga golongan agama yang
membangkitkan konflik seperti tindakan Paus Urban II yang mengadakan
perjumpaan besar-besaran dengan penganut Kristian di Perancis pada tahun 1095
M untuk menentang orang Islam yang dikatakan bertindak zalim terhadap penganut
Kristian. Konflik ini juga berlaku dalam interaksi antara Tamadun India dengan
China. Ahli-ahli falsafah Konfusianisme yang berpengaruh semasa zaman
pemerintahan Dinasti Han telah mengakibatkan ramai sami dan penganut agama

4
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Buddha ditangkap dan dipenjarakan. Walaupun begitu, konflik ini tidak memudarkan
kepercayaan dalam kalangan masyarakat Asia kerana agama dan penguasanya
tetap berada pada kedudukan tertinggi.

Kedudukan geografi juga merupakan faktor dominan yang mempengaruhi


proses interaksi dalam kepelbagaian tamadun Asia. Ia melibatkan bentuk muka
bumi dan kemudahan perhubungan dalam sesebuah masyarakat bertamadun
(Ghazali, 2001). Kedudukan geografi yang strategik dan menjadi laluan utama
dalam aktiviti perdagangan menjadi kunci kepada pembentukan interaksi antara
tamadun. Sebagai tamsilan, Tamadun China berinteraksi dengan pelbagai tamadun
lain kerana terdapat dua laluan utama iaitu laluan sutera yang menggunakan jalan
darat dan laut. Laluan sutera darat menghubungkan China dengan Khurasan,
Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking. Manakala, laluan laut pula merentasi Laut
Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di Tenggara China.
Kedua-dua laluan ini membolehkan negara-negara terbabit berinteraksi dan
menjalankan aktiviti perdagangan. Selain itu, Kedudukan Melaka yang strategik
menyebabkan ia menjadi tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara dan
Barat. Menurut Osman (2009), kedudukan Melaka strategik kerana terletak di
tengah-tengah jalan perdagangan antara India dan China. Sementara itu,
pelabuhannya terlindung daripada angin, kedudukan yang dalam dan jauh daripada
paya bakau (Muhammad, 1989). Berlakunya aktiviti perdagangan di Pelabuhan
Melaka adalah impak daripada kehadiran ramai pedagang yang singgah.

Di samping itu, faktor perkahwinan memainkan peranan fundamental dalam


pembentukan interaksi antara kepelbagaian tamadun Asia. Hal ini dapat dilihat
menerusi lembaran sejarah dan salasilah masyarakat di rantau Alam Melayu.
Penduduk tempatan telah berinteraksi dengan pedagang Arab sehingga terdapat
segelintir pedagang yang telah berkahwin dengan gadis tempatan kerana telah
bermukim di pelabuhan Alam Melayu sementara menunggu angin monsun (Abdul,
2000). Perkembangan ini secara tersirat telah menjurus ke arah proses Islamisasi.
Hal ini kerana, untuk membolehkan wanita tempatan berkahwin dengan pedagang
Arab yang beragama Islam, wanita tersebut harus diislamkan terlebih dahulu.
Berdasarkan sejarah silam, perkahwinan ini tidak sahaja mengislamkan gadis
tempatan yang dikahwini pedagang Arab itu tetapi kaum keluarga gadis tersebut
turut menerima Islam. Selain itu, perkahwinan tidak hanya berlaku di kalangan
rakyat jelata, malah turut berlaku dalam kalangan golongan bangsawan dan
pemerintah. Contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.

5
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Aktiviti perdagangan turut menjadi faktor penjalin interaksi antara tamadun.


Hal ini dapat dibuktikan dengan hubungan perdagangan yang terjalin antara Arab
dan Cina melalui jalan darat dan laut. Hubungan ini telah wujud seawal 3 Masihi lagi
dan semakin rancak pada abad 8 Masihi (Ismail et.al, 1997). Pedagang dari Arab
dan Parsi telah membuat penempatan seperti di Canton, Chang Chow dan Chuan
Cow. Mereka juga telah membangunkan masjid di Guangzhou dan Guanzhou.
Keadaan ini menunjukkan berlaku Islamisasi di wilayah ini.

Faktor lain yang mempengaruhi proses interaksi antara kepelbagaian


tamadun Asia ialah misi politik. Faktor ini menggalakkan berlakunya interaksi
dalam suasana harmoni seperti mana yang dapat dilihat pada hubungan diplomatik
antara Alam Melayu dengan Cina. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan Cina
telah terjalin sejak tahun 1404 M (Muhammad, 1989). Pada tahun-tahun yang
berikutnya, Melaka telah menerima beberapa utusan dari Cina yang kemudiannya
Melaka telah membalas utusan tersebut. Matlamat Melaka mengadakan hubungan
baik dengan Cina adalah untuk mendapat perlindungan dari ancaman Siam.
Persetujuan Cina terbukti dengan penghantaran Laksamana Cheng Ho yang
beragama Islam ke Melaka. Dasar perlindungan Cina terhadap negeri-negeri di
rantau Alam Melayu yang bertunjangkan politik secara tidak langsung
menggalakkan Islamisasi di rantau Alam Melayu. Perlindungan ini juga memberikan
kesan yang sama kepada negeri-negeri di Kepulauan Melayu yang lain seperti
Kedah, Johor dan Kampar.

Deduksinya, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi proses interaksi


antara kepelbagaian tamadun Asia. Meskipun setiap tamadun yang wujud berbeza-
berbeza antara satu dengan yang lain, namun perbezaan antara tamadun itulah
yang menyatukan sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain kerana hadirnya
sifat saling memerlukan antara satu sama lain. Setiap tamadun memainkan peranan
yang signifikan dalam menyumbang kepada pencapaian dan pembangunan dalam
segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan seperti sains dan teknologi, kesenian,
dan kesusasteraan yang tinggi, baik, halus serta sopan ke arah pembentukan
peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang
terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

(1149 Patah Perkataan)

6
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

3.0 ARTIKEL ILMIAH TAJUK DUA


3.1 CIRI-CIRI UNIK YANG TERDAPAT DALAM TAMADUN CINA

Gambar 1: kedudukan Tamadun Cina

Tamadun Cina merupakan salah sebuah tamadun yang tertua di dunia. Tamadun ini
dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM) (Azam dan
Zuleikha, 1990). Tamadun Cina pada asasnya merupakan sebuah tamadun yang
berorientasikan agraria atau pertanian yang dipengaruhi oleh faktor cuaca dan sifat
geografi dalam proses pembangunan dan perkembangan. Proses pembangunan
Tamadun Cina mengambil masa yang panjang (Ahmad, 1985). Ia dibina dan
diperkembangkan selama 4000 tahun dan telah membawa kepada era
kegemilangannya dalam beberapa bidang seperti pentadbiran, falsafah, sastera,
unsur moral, penciptaan dan sains. Sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dengan
tamadun-tamadun lain, integratif dan dinamik menyebabkanya menjadi lebih
mampan walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain. Meskipun
mengalami perubahan-perubahan dalam proses perkembangan yang panjang,
namun identitinya masih dikekalkan sebagai satu tamadun yang berkesinambungan
dan kekal pada keseluruhannya. Dalam konteks ini, perkara yang akan
dibincangkan mencakupi beberapa ciri unik yang terdapat dalam Tamadun Cina
antaranya termasuklah seni bina, seni muzik, seni perhiasan, dan seni penulisan
serta sumbangannya yang masih kekal sehingga kini.

7
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Dari dimensi seni bina dalam Tamadun Cina, ia mempunyai keunikan


tersendiri dari segi struktur, bentuk bumbung dan warna yang banyak dipengaruhi
oleh tradisi masyarakat Cina (Lok, 1998). Kayu merupakan bahan binaan struktur
utama dan juga medium kesenian seperti ukiran, lukisan dan perhiasan tradisional.
Struktur bangunan diperbuat daripada batang kepingan kayu yang disambung
dengan rekaan cantuman yang khas dan tanpa dipaku. Tiang pula daripada kayu
balak besar, batu kapur, menyokong bumbung dan batu manakala jubin pula
digunakan untuk membuat lantai, dinding, membina makam, jambatan dan tugu
peringatan. Secara amnya, seni bina Cina meliputi beberapa bangunan tersendiri
seperti istana-istana, tempat ibadah dan taman-taman maharaja. Selain itu, kota-
kota lama China seperti Anyang dan Changan juga direka berdasarkan pembinaan
tembok-tembok besar bagi menghalang kemaraan musuh. Secara umumnya,
bangunan-bangunan lama Cina mempunyai beberapa ciri utama. Ciri yang pertama
ialah kebanyakan bangunan lama atau tradisi dibina berdasarkan material kayu dan
batu bata. Ciri yang kedua, bangunan-bangunan penting seperti istana-istana dan
kuil-kuil mempunyai ukiran yang tersendiri. Visual patung seperti naga, harimau,
singa dan sebagainya akan menghiasi perkarangan bangunan tersebut atau diukir
pada dinding-dinding atau atap sesebuah bangunan tersebut. Ciri yang ketiga ialah
mempunyai tembok yang besar, khususnya istana-istana lama yang dibina akan
dipagari oleh tembok besar. Hal ini dapat dilihat menerusi pembinaan Tembok
Besar Cina. Ciri yang keempat, pembinaan bangunan bergantung kepada
kepercayaan orang China seperti konsep Yin dan Yang dan Feng Shui. Ciri yang
terakhir dalam seni bina Cina ialah warna merah merupakan satu kelaziman bagi
bangunan-bangunan utama. Warna ini dikatakan melambangkan keberanian dan
kesejahteraan kepada pemiliknya. Contohnya, pembinaan dagoba iaitu tugu
peringatan yang bumbungnya melengkung (kubah) dan berunsur Buddishism.
Kedua, pagoda iaitu kuil atau bangunan suci yang berbentuk menara dan terdiri
daripada banyak tingkat seperti Pagoda Songyue dan Pagoda Forest. Ketiga,
pavilion iaitu bangunan kecil yang menyerupai pondok sebagai tempat teduhan,
bertakafur atau tempat melakukan aktiviti komunikasi sosial. Keempat, stupa iaitu
kubah Buddha yang menegak dan bertujuan untuk mengenangkan seseorang yang
berjasa atau sebagai tempat kesucian.

Dari aspek seni muzik pula, bidang ini telah lama berkembang dalam
Tamadun Cina. Malah, Confucius turut menyokong perkembangan muzik kerana
beliau berpandangan bahawa muzik merupakan suatu kaedah untuk manusia

8
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

mengekspresikan kegembiraannya (Nik et.al, 2009). Perkembangan seni muzik


dapat dilihat sejak zaman kuno Tamadun Cina. Hal ini dapat dibuktikan menerusi
penemuan buku berkaitan muzik iaitu Kuan Tzu pada abad ke-4 SM. Sewaktu
dinasti Tang, perkembangan muzik digiatkan lagi dengan menjadi medium untuk
mengumpulkan bahan-bahan dan menambah lagu-lagu rakyat. Terdapat dua
pembahagian muzik dalam perkembangan Tamadun Cina iaitu muzik rakyat dan
muzik golongan atasan. Pada dasarnya, muzik rakyat merupakan asas kepada
perkembangan muzik Cina. Hal Ini kerana, muzik mempunyai perkaitan dengan
kehidupan rakyat. Namun, kemunculan muzik untuk golongan atasan telah
mengubah struktur muzik rakyat itu sendiri. Dalam Tamadun Cina, muzik menjadi
platform untuk menyampaikan nasihat dan gambaran kepada penduduk di samping
menjadi bahan hiburan kepada pendengarnya pada ketika itu. Antara alat muzik
tersebut termasuklah Seruling, Pipa, Yangqin Dan Erh-Hu.

Aspek seni perhiasan dalam Tamadun Cina dapat dilihat menerusi


kesenian seramiknya. Seramik dan tembikar merupakan seni Cina yang popular
kerana kebanyakan tamadun merujuk tembikar sebagai “China”.Terdapat dua jenis
seramik, iaitu seramik Seladon yang berasal dari Dinasti Sung dan Tembikar biru-
putih yang berasal Dinasti Yuan (Mongol) dan Dinasti Ming (Afifah, 2006). ‘Seladon’
ialah istilah yang digunakan untuk menunjukkan seramik yang mempunyai lapisan
kaca berwarna biru hijau atau kelabu hijau serta menyerupai batu permata Jed. Bagi
orang Cina, batu Jed melambangkan kebaikan, keluhuran budi pekerti dan
kemuliaan. Ia adalah perhiasan yang paling digemari kerana dipercayai mampu
melanjutkan usia dan membawa kesejahteraan kepada pemakaianya. Dalam aspek
ini juga, terdapat seni pakaian. Di Cina, pakaian menunjukkan perbezaan tidak
hanya di dalam kelas dan jantina, tetapi juga etnik, memandangkan kedua-dua
kumpulan etnik utama iaitu Han Cina dan Manchu memakai pakaian yang berbeza.

Dari aspek kesusasteraan China Klasik, sejarahnya bermula seawal kurun


ke-14 SM dan perkembangannya berterusan sehingga lebih daripada 3,000 tahun
(Lok, 1998). Perkembangan kesusasteraan Cina tidak pernah menerima gangguan
atau sekatan. Sifat bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan
membolehkan kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset kebudayaan
masyarakat Cina yang amat berharga. Terdapat pelbagai genre sastera Cina Klasik
antaranya termasuklah puisi, prosa, drama dan fiksyen. Puisi Cina yang terawal
bertajuk Shijing (Klasik Puisi) (Afifah, 2006). Antologi ini mengandungi 305 buah
nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang wujud pada tempoh antara

9
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

zaman Zhou Barat hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh dan dihimpun dari
kawasan Lembah Huanghe. Ia dipercayai disusun pada lebih kurang masa
Konfusius (551SM-479SM). Puisi-puisi dalam antologi ini penuh dengan pelbagai
idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan memberi inspirasi kepada
penyajak serta penulis generasi kemudian. Chu ci (Nyanyian Chu) yang juga
berasal dari muzik dan tarian dianggap mewakili antologi puisi Cina awal dari
selatan di sekeliling kawasan Sungai Yangzi. Puisi-puisi yang berasal dari kawasan
selatan ini menunjukkan pola irama yang agak berbeza daripada Shijing, misalnya
baris-baris lebih panjang dan kurang tetap menyebabkan puisinya lebih sesuai
dideklamasikan. Dalam Shijing, hadir bersama empat klasik lain iaitu Yijing (Klasik
Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual) dan Chun qiu (Klasik
Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik) yang
sangat dihormati oleh sarjana- sarjana Cina. Prosa Cina juga mempunyai fungsi
sosial dan politik. Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian,
sesebuah prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika. Satu
daripada tujuan penulisan prosa adalah untuk menunjukkan jalan atau cara dari segi
moral dan etika. Genre seterusnya ialah Drama. Drama Cina berkembang agak
lewat. Pada dinasti Yuan (1279-1368), prestij tradisi lama mulai merudum di bawah
pentadbiran Mongol, dan kawasan utara China, di mana penakluk asing mendirikan
pusat pentadbiran mereka, menjadi satu persekitaran yang unik dengan aktiviti
sastera yang bukan konvensional seperti drama berkembang. Drama Cina yang
paling menarik ialah jenis zaju iaitu sejenis sastera yang berbentuk puisi yang
digubah mengikut alunan muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan.
Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama. Zaju banyak
menyokong nilai-nilai Cina tradisional khususnya nilai seperti zhong (kesetiaan),
xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), jie (kesucian seseorang wanita) dan yi
(keadilan). Genre terakhir dalam sastera Cina Klasik ialah fiksyen. Hasil karya
berbentuk fiksyen begitu banyak dihasilkan dan kebanyakannya merupakan naratif
yang panjang. Sebahagiannya adalah dalam bentuk roman sejarah. Sebagai
tamsilan, fiksyen yang mempunyai nilai estetika yang tinggi termasuklah Honglou
meng (Mimpi Loteng Merah), yang melukiskan kehidupan dan nasib sebuah
keluarga besar pada zaman dinasti Qing. La merupakan sebuah novel dengan
pencapaian sangat cemerlang kelihatan dari aspek perwatakan dan pelukisan
gambaran yang mendalam serta bermaklumat tentang kehidupan dan adat resam
orang Cina. Terdapat juga fiksyen yang bertemakan hasil ilham oleh catatan agama

10
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Buddha. Contohnya, ialah Xiyou ji, yang menceritakan dengan penuh imaginasi
perjalanan seorang sami Cina ke India untuk mendapatkan kitab suci Buddha.

Sehingga masa kini, masih terdapat beberapa ciri-ciri unik dalam


Tamadun Cina yang masih kekal. Dari segi seni bina, terdapat banyak binaan
dalam Tamadun Cina yang masih kekal sehingga ke hari ini meskipun ia sudah
tidak berfungsi seperti dahulu misalnya Tembok Besar Cina dan Kota Larangan.
Tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih wujud pada hari ini
sangat berkurangan disebabkan sebahagian bahan-bahan yang digunakan, iaitu
kayu, tidak dapat bertahan lama kerana pengaruh iklim dan cuaca. Meskipun begitu,
ia masih mampu menyumbang kepada pendapatan negara berkenaan melalui
pelancongan kerana ia merupakan sebahagian daripada tarikan pelancong. Dari
segi perhiasan, Tamadun Cina mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.
Oleh itu, perhiasan seramik dan tembikar masih wujud sehingga ke hari ini. Seni
lukis juga masih terdapat dan kekal terutamanya di bahagian-bahagian bangunan
tokong dan kuil. Dari segi seni muzik, antara alat muzik Tamadun Cina yang masih
wujud dan menjadi terkenal pada hari ini dalam kalangan masyarakat dunia ialah
Seruling, Pipa, Yangqin dan Erh-Hu. Sememangnya setiap alat muzik tersebut
memiliki nilai estetikanya yang tersendiri. Dari segi kesusasteraan pula, karya Sun
Tzu yang terkemuka iaitu ‘Art of War’ turut diaplikasikan sebagai taktik dalam
urusan perniagaan di seluruh dunia. Ini jelas menunjukkan bahawa karya yang
dihasilkan dalam tamadun ini amat berkualiti dan penulisnya juga berfikiran jauh ke
hadapan. Dari aspek sistem tulisan dalam tamadun ini, ia terus berkembang dan
digunakan secara meluas dalam bidang penulisan dan percetakan serta digunakan
oleh orang Korea dan Jepun. Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China.
Selain itu, kepercayaan terhadap konsep Yin dan Yang serta Feng Shui masih
terdapat dalam masyarakat Cina sehingga kini.

Secara keseluruhannya, setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan ciri-


ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Begitu juga
dengan Tamadun Cina yang sememangnya amat unik. Perkembangannya bersifat
holistik meliputi unsur-unsur seperti sastera, seni bina, seni perhiasan, seni muzik
dan banyak lagi.Perkara yang paling penting sekali ialah setiap tamadun
memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan kepada dunia serta
membawa dunia ke taraf yang lebih tinggi.

(1400 Patah Perkataan)

11
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Pagoda Songyue Kota Larangan

Tembok Besar Cina Drama Cina

Contoh Karya Puisi Alat Muzik Klasik


Klasik Cina Tamadun Cina

Rajah 1.2: Gambar-Gambar Bukti Bagi Tamadun Cina

12
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

KESIMPULAN

Daripada pelbagai istilah tamadun yang dikemukakan oleh para sarjana, walaupun
terdapat perbezaan dalam setiap tafsiran itu, tetapi izhar kelihatan ianya
menunjukkan perkaitan dan saling memperkukuhkan antara satu sama lain.
Berdasarkan kepada pergertian-pergertian yang dikemukan, konsep ketamadunan
sepatutnya dilihat dari perspektif yang luas meliputi pencapaian tatasusila dan moral
yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna.
Sebenarnya kemuncak sesebuah tamadun bukanlah digambarkan dengan limpahan
kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umran yang
digunakan oleh Ibn Khaldun. Dapatlah diringkaskan bahawa maksud tamadun ialah
kecemerlangan dan kemajuan dalam semua aspek kehidupan samada berbentuk
material mahupun spiritual.

setiap tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri


tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Keunikan ini
membuatkan setiap tamadun menyimpan keistimewaannya yang tersendiri. Selain
itu nilai-nilai murni yang dibawa dalam setiap tamadun diguna pakai sehingga ke
hari ini sebagai garis pandu untuk membentuk masyarakat harmoni masa kini.
Tambahan lagi, terdapat banyak unsur seni bina tamadun-tamadun ini digunakan
dalam pembinaan masa kini. Hal ini kerana, keunikan seni bina tamadun-tamadun
ini tidak dapat ditandingi maka idealoginya diguna pakai sehingga kini.

Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya


diperolehi dari hasil sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan
pengaruh tamadun lain. Sesungguhnya wujud ikatan atau interaksi antara tamadun
sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang
berlaku sepanjang sejarah. Hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-
kesan positif dan negatif.

Akhir kalam, kemunculan dan kejatuhan sesuatu tamadun itu mempunyai


sebab yang tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai generasi muda untuk
mengambil pengajaran daripada pengalaman dahulu bagi menjaga ketamadunan
negara dan agama kita.

13
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

REFLEKSI

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, saya dapat
menyiapkan kerja kursus MPU 3052, Tamadun Islam dan Tamadun Asia dengan
jayanya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya, iaitu Encik
Khairul Zamri bin Othman atas dorongan dan bimbingan kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada ahli
keluarga saya kerana sedikit sebanyak memberikan saya semangat dan dorongan
untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, saya ingin mengalungkan ribuan
apresiasi buat rakan sekelas saya kerana sanggup meluangkan masa untuk
melaksanakan tugasan secara berkolaboratif dan membantu saya menyiapkan
tugasan ini.

Semasa menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak input baharu yang saya
peroleh berkaitan dengan ilmu ketamadunan. Antaranya ialah dapat mengetahui
konsep umum tamadun dan tamadun Islam, faktor-faktor yang mempengaruhi
interaksi di antara kepelbagaian tamadun di Asia. Seterusnya, saya juga dapat
membuat perbandingan kepelbagaian tamadun Asia antara tamadun Melayu, Cina,
India yang terdapat di Malaysia dari aspek sosio budaya, ekonomi dan pendidikan.
Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan penulisan
illmiah yang berbentuk artikel ilmiah. Dalam konteks ini, tugasan mengkehendaki
saya untuk menghasilkan dua artikel ilmiah berkaitan faktor-faktor yang
mempengaruhi interaksi di antara kepelbagaian tamadun di Asia dan beberapa ciri
unik yang terdapat dalam sesebuah tamadun dari aspek seni bina, seni muzik, seni
perhiasan (barang kemas/pakaian) dan seni penulisan (sastera), serta menjelaskan
apa yang masih dikekalkan sehingga kini.

Untuk tugasan ketiga dalam kursus ini ialah soalan kuiz. Soalan kuiz
tersebut mencakupi beberapa bab yang terdapat dalam Kursus MPU3052 iaitu
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Soalan kuiz yang digubal ini sememangnya
menguji minda kerana ia memerlukan pembacaan yang luas dan kritis dalam bidang
ilmu ketamadunan itu sendiri untuk membolehkan seseorang untuk menjawabnya.
Sebelum kuiz dijalankan, saya dan rakan-rakan telah dimaklumkan lebih awal. Oleh
itu, saya dan rakan-rakan lain mengambil inisiatif untuk membuat ulang kaji
terhadap topik-topik yang akan keluar dalam soalan kuiz tersebut. Alhamdulillah,
semuanya dipermudahkan kerana saya dan rakan-rakan dapat menjawab soalan
kuiz tersebut.

14
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Melalui tugasan ini juga, saya dapat mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan diri sendiri. Kekuatan yang telah saya dapat kenal pasti ialah saya
mampu untuk menghasilkan tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia dengan
jayanya walaupun agak mencabar kognitif kerana tugasan ini memerlukan ketelitian
dan kemahiran berfikir aras tinggi untuk memenuhi kehendak soalan. Terdapat
banyak dugaan yang saya hadapi sewaktu menyiapkan tugasan ini, namun saya
amat bersyukur kerana dapat menyiapkannya.

Namun, di sebalik kebolehan, terselit juga beberapa kelemahan yang dapat


saya kenal pasti. Salah satunya ialah saya kurang memanfaatkan penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam melaksanakan tugasan ini
terutamanya dalam tugasan kedua iaitu menghasilkan persembahan slaid
PowerPoint untuk beberapa tajuk dalam kursus ini iaitu konsep umum tamadun dan
tamadun Islam serta perbandingan kepelbagaian tamadun Asia antara tamadun
Melayu, Cina, India yang terdapat di Malaysia dari segi sosio budaya, ekonomi dan
pendidikan. Walau bagaimanapun, saya akan berusaha dari semasa ke semasa
untuk meningkatkan kemahiran saya dalam bidang tekonologi maklumat ini agar
dapat menghasilkan tugasan yang lebih baik pada masa hadapan. Di samping itu,
pengurusan masa. Saya terlalu banyak membuang masa melakukan perkara-
perkara yang tidak mendatangkan faedah yang menyebabkan tugasan saya terabai.
Oleh itu, saya akan berusaha mendisiplinkan diri sendiri untuk mematuhi jadual
harian saya yang telah saya hasilkan agar apa yang saya rancang dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Saya juga akan belajar untuk menghargai masa
kerana masa itu adalah emas.

Konklusinya, terdapat banyak input, kekuatan dan kelemahan yang dapat


saya ketahui sewaktu menyiapkan tugasan ini. Saya amat bersyukur dengan
adanya Kursus MPU 3052 iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini, saya dapat
mempelajari pelbagai cabang ilmu yang lebih luas berkaitan dengan bidang
ketamadunan secara holistik. Sememangnya ilmu ini amat bermanfaat dan perlu
dikuasai oleh semua guru khususnya guru pengkhususan dalam bidang Bahasa
Melayu dalam misi mencapai Wawasan 2020.

15
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

RUJUKAN

BUKU

Abdul Rahman Abdullah. (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum
dan Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sendirian Berhad.
Abdul Rahman Nawas, Nawawee Mohamma, Omardin Haji Ashaari & Arip. (1995).
Tamadun Islam. Pustaka Haji Abd Majid.
Abdullah Alwi Hassan. (2000). Pengenalan Ilmu Ketamadunan, Satu Analisis
Tamadun Islam dan Tamadun Melayu, Prosiding Tamadun Islam dan
Tamadun Asia. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA.
Afifah Abu Yazid. (2006). Pengajian Tamadun Asia. Selangor: Penerbit PTS
Profesional.
Ahmad Nazri Abdullah. (1985). Melayu dan Tanah: Tumpuan Khusus kepada
Tanah Simpanan Melayu. Petaling Jaya: Media Intelek Sendirian Berhad.
Azam Hamzah dan Zuleikha Yusoff. (1990). Tamadun Islam: Konsep dan

16
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Pencapaiannya. Kuala Lumpur: Hizbi.


Chandra Muzaffar et.al (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Ismail Hussien et.al (1997). Tamadun Melayu Menyonsong Abad Kedua Puluh
Satu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lok Chong Hoe. (1998). Tamadun Cina, Falsafah Hidup dan Aspek-aspek
Kesenian. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaya (USM).
Mahayudin Hj. Yahya. (1987). Ensiklopedia Sejarah Islam. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Taib Osman dan A. Aziz Deraman. (2000). Tamadun Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Yusof Hashim. (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman et al.. (2009). Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah: Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Osman Bakar. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Asia. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya (UM).
Syed Naquib Al-Attas. (1969). Islam di dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.
Kuala Lumpur: Penerbitan ABIM.

INTERNET

Cikgu Muzik. (2012). Warisan Tamadun India. Dilayari pada 13 Mac 2016 daripada

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5729-warisan-budaya-
india.html

Shukeri Hamzah. (2012).Warisan Seni Bina. Dilayari pada 14 Mac 2016 daripada

http://facesofmalaysia.wordpress.com/2010/06/08/budaya-warisan-senibina.html

Galaksi Ilmu 89. (2010). Tamadun Islam. Dilayari pada 17 Mac 2016 daripada

https://www.openlearning.com/courses/tamadunislamtamadunasia.html

JURNAL

Mohd Fathi Bin Adnan. (2010). Interaksi Tamadun Asia dengan Tamadun Islam.
Jurnal Sejarah Malaysia. 39(1), 19-26

17
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

18
MPU 3052: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

LAMPIRAN

19

Anda mungkin juga menyukai