Anda di halaman 1dari 1

PERMULAAN

 Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu


dengan menaiki bas. Dia tidak gembira dengan
percutiannya pada kali ini kerana sudah mempunyai
perancangan lain dengan kawan-kawannya sebelum ini.
Namun, dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya
ibunya tidak berasa kecil hati.

 Lili berkenalan dengan seorang gadis India bernama


Geetha ketika menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Dungun.
Geetha turun di Pekan Sentosa manakala Lili turun di
Pekan Sejahtera. Lili juga bertemu dengan Danel. Dia
telah menyerahkan buku Lili yang tercicir sewaktu Lili
turun daripada bas ekspres.

 Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh


nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang. Lili pergi
menemui neneknya yang sedang leka menyemai benih
padi di petak semaian. Lili mencium tangan neneknya dan
menghulurkan wang kiriman ibu kepada nenek.

Anda mungkin juga menyukai