Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA

PROGRAM SALAM KASIH TAHUN 1 2015


SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PULAI
PADA 27 DISEMBER 2014
JAM 8.30 PAGI
DI DATARAN PERHIMPUNAN

(1)Sebaran Maklumat Semasa (baca sebelum majlis di dataran


perhimpunan bermula. Baca guna pembesar suara sekolah – nk
nyorok dlu pon xpa… =p)

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan


untuk ibu bapa/penjaga yang dihormati sekalian.

Di sini terdapat beberapa pengumuman penting untuk diberi


perhatian.

Pertama,
- Mohon perhatian ibu bapa atau penjaga untuk membuat
semakan nama anak-anak tuan puan sekalian di papan
kenyataan Hal Ehwal Murid atau di Dewan Terbuka dan
seterusnya membuat pendaftaran mengikut kelas yang telah
ditetapkan.

Kedua,
- Mohon ibu bapa atau penjaga yang masih belum membuat
pendaftaran untuk membuat pendaftaran di Dewan Terbuka
Tuan Syed Putera.

Ketiga,
- Bagi kemudahan para ibu bapa dan penjaga, kantin sekolah
dibuka pada hari ini bagi memberi kemudahan kepada para ibu
bapa / penjaga dan murid.
-
Dan Keempat,
- Mohon ibu bapa membawa masuk anak masing2 ke dataran
perhimpunan untuk perhimpunan pagi apabila loceng
dibunyikan.
1
(2) Perhimpunan di Dataran Perhimpunan Sekolah (majlis semi
formal. Untuk budak sahaja.)

Assalamualaikum w.b.t, dan Salam Sejahtera.

Apa khabar semua? (dapatkan respon)


Alhamdulillah…

Pihak sekolah mengucapkan Selamat datang ke Sekolah


Kebangsaan Telok Pulai kepada anak-anak tahun 1 sesi 2015.

Sesungguhnya, pihak sekolah amat berbesar hati menerima


kehadiran murid-murid semua dan kami berharap, agar murid-murid
sekalian dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran Sekolah
Kebangsaan Telok Pulai ini.

a) Nyanyian Lagu

Murid-murid tahun 1 sesi 2015 yang dikasihi sekalian,

Majlis kita dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Untuk itu,


hadirin dimohon berdiri tegak.

(lagu berkumandang)

Seterusnya, lagu Negeri Selangor.

(lagu berkumandang)

Seterusnya, lagu Sekolah

(lagu berkumandang)

2
b)Bacaan Doa

Indah mentari terbit di kuala,


Tampak cahaya cerah berserakan,
Sebelum majlis kita bermula,
Bacaan doa kita mulakan.

Sebelum kata majlis lebarkan moleklah kiranya tirai Program Salam


Kasih Tahun 1 2014 dimulakan dengan menjemput

Al-Fadhil ________________________________________

untuk memimpin bacaan doa.


Pergi mengail ikan haruan,
Buat selendang kain pelikat,
Terima kasih kepada tuan,
Doa dipohon semoga berkat.

Terima kasih diucapkan kepada ___________________________. Di


atas kesudian menyempurnakan bacaan doa sebentar tadi.

3) Program Kenali Sekolah

Murid-murid sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan program “Kenali Sekolah”

(ulasan minta pada kak hasnita. Minta penerangan tentang


perjalanan majlis tersebut)

_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

3
4) Program Kenali Bilik Tahun 1

(ulasan minta pada kak hasnita. Minta penerangan tentang


perjalanan majlis tersebut)

_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

5) Informasi Bervariasi

(ulasan minta pada kak hasnita. Minta penerangan tentang


perjalanan majlis tersebut)

_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

4
TEKS PENGACARA
PROGRAM SALAM KASIH TAHUN 1 2014
SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PULAI
PADA 21 DISEMBER 2013
JAM 8.45 PAGI
DI Dewan Sri Bertek

Mengumumkan perarakan masuk yang dikasihi Pn. Guru Besar, Pn


Hjh Rozita bt Hj Sulaiman dan Pn Hjh Norizan bt Omar

Que: Ibu bapa/penjaga mengambil tempat

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Assalamualaikum…. dan salam ukhuwah penuh perpaduan.

Yang Berusaha Puan Hajah Rozita binti Haji Sulaiman


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Pulai,

Yang Dihormati Puan Tee Lee Feen


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Siti Aidah binti Mohd Barozah


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Encik Zaharuddin bin Zainal Abidin


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Puan Shahrom binti Shaari


Guru Penolong Kanan Petang.

Yang Berusaha Puan Norhasnita binti Kusairi


Guru Penyelaras Tahun 1 sesi 2014

Yang dihormati,
Ibu bapa dan penjaga yang budiman,
Barisan guru-guru SK Telok Pulai

Seterusnya, siding hadirin sekalian.

5
Alhamdulillah kita ucapkan sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana di atas limpah kurnia dan keizinan-Nya untuk kita dapat
berada di sini bagi bersama-sama meraikan kehadiran anak2 tahun 1
Sekolah Kebangsaan Telok Pulai bagi sesi 2014. Majlis ini
merupakan sesuatu yang sangat bermakna bagi kita sekalian kerana
dalam detik dan ketika inilah kita dapat mengenali dengan lebih dekat
antara satu sama lain, serta melihat sendiri persekitaran tempat
belajar anak-anak tuan/puan sekalian.

Ucapan Guru Besar

Hadirin yang dihormati sekalian,

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata aluan hajatnya kami.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan


_____________________________ Puan Hajah Rozita binti Haji
Sulaiman, Guru Besar SK Telok Pulai,untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Dipersilakan.

Taklimat Pengurusan Tahun 1 oleh PK Petang


(re-check sama ada puan aidah atau puan shahrom)

Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar, atas ucapan


sebentar tadi.

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Memberi kami taklimat pengurusan .

6
Majlis seterusnya menjemput (Puan Siti Aidah bt Mohd Barozah /
Puan Shahrom binti Shaari) Penolong Kanan Petang Sekolah
Kebangsaan Telok Pulai untuk memberikan taklimat tentang
pengurusan tahun 1 sesi 2014. Dipersilakan.

Taklimat LINUS

Terima kasih diucapkan kepada ____________________ atas


taklimat sebentar tadi.

Ibu bapa dan penjaga yang dihormati sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi bagi mendengarkan taklimat tentang


LINUS. Untuk itu, majlis menjemput, Puan Norhasnita binti Kusairi,
Penyelaras LINUS SK Telok Pulai, untuk menjelaskan dengan lebih
terperinci tentang apa itu LINUS dan cara pelaksanaannya. Dengan
segala hormatnya majls mempersilakan.

Taklimat Pentaksiran Berasaskkan Sekolah

Terima kasih diucapkan kepada Puan Norhasnita binti Kusairi di atas


taklimat sebentar tadi.

Tuan2 dan Puan Sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mendengarkan taklimat tentang


Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatan katanya PBS. Untuk
itu, majlis menjemput dan mempersilakan Puan Zunita binti Abdul
Karim, selaku peyelaras PBS SK Telok Pulai untuk menyalurkan
maklumat untuk kita semua. Dipersilakan.

Terima kasih di ucapkan atas taklimat sebentar tadi.

7
Ikrar Ibu Bapa

Hadirin sekalian, majlis kita telah tiba ke kemuncaknya iaitu dengan


bacaan ikrar ibu bapa.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan Telok Pulai
untuk tampil ke pentas bagi menjadi saksi bacaan ikrar ibu bapa,
dipersilakan.

(tunggu semua pentadbir naik pentas)

Dijemput, wakil ibu bapa dan penjaga, ______________________


untuk menerima naskah ikrar daripada Puan Guru Besar, Puan Hajah
Rozita binti Haji Sulaiman, dan seterusnya, mengetuai bacaan ikrar.

(bila dah ambil fail ikrar dari pn guru besar baru dijemput berdiri)

Ibu bapa dan penjaga dimohon untuk berdiri tegak.

Informasi Terkini

Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir.

Hadirin dipersilakan duduk.

(tunggu pentadbir duduk)

Hadirin sekalian,

Majlis kita pada hari ini telah tiba ke penghujungnya. namun sebelum
itu, terdapat beberapa pengumuman penting untuk ibu bapa dan
penjaga sekalian.

8
Pertama,
- Pada 28 Disember 2013 (Sabtu), akan diadakan Hari Bayaran
Pelbagai bagi Tahun 1 hingga Tahun 6, serta penerimaan buku
teks Tahun 1 sesi 2014.
- Ibu bapa / penjaga Tahun 1 akan membuat bayaran pelbagai
mengikut kelas sebenar anak yang akan diketahui selepas
saringan penempatan dijalankan.
- Senarai nama Tahun 1 sesi 2014 yang terkini akan dtampal di
papan enyataan Hal Ehwal Murid di Dewan Terbuka Tuan Syed
Putera bermula 27 Disember 2013.
- Namun begitu, tiada aktiviti yang melibatkan murid Tahun 1
pada hari tersebut.

Kedua,
- Pihak sekolah mengadakan jualan pakaian sukan, lencana dan
tudung sekolah di _________________________________
- Ibu bapa yang ingin membuat pembelian boleh
melaksanakannya pada hari ini dan 28 Disember 2013.

Penutup

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai