Anda di halaman 1dari 13

Institut Aminuddin Baki Induk

Nama Kumpulan :
SRBE6 Ambilan 1/K5/2019

Senarai Nama Ahli Kumpulan :


KAMARUDIN BIN JAFFAR
RASHDAN HELMI BIN AHMAD
WONG LEE KEAN
MOHAMAD WALIAL’ASHIKIN BIN HALIM
CHEANG MENG TEK

Judul Buku :
Hacking Leadership

Terbitan :
John Wiley & Sons, Inc.,Hoboken, New Jersey
SRBE6 Ambilan 1/K5/2019

SENARAI KANDUNGAN

Judul Buku
Hacking Leadership

Nama Pengarang
Mike Myatt

Penerbit
John Wiley & Sons, Inc.,Hoboken, New Jersey

Tahun Terbitan
2014

Bilangan Muka Surat


190

NPQEL Versi 2018 - Institut Aminuddin Baki Induk Page 1


SRBE6 Ambilan 1/K5/2019

Kandungan Buku

a. Sinopsis buku
b. Aplikasi kandungan buku kepada peserta sebagai pemimpin sekolah
c. Rumusan
d. Rujukan

NPQEL Versi 2018 - Institut Aminuddin Baki Induk Page 2


SRBE6 Ambilan 1/K5/2019

A. Sinopsis Buku

Hacking Leadership bertujuan untuk membekalkan pemimpin dengan satu rangka kerja
untuk mengenalpasti dan mendekati jurang perbezaan dalam kepimpinan . Penulis Hacking
Leadership, Mike Myatt menyatakan bahawa setiap insan akan mengalami masalah dalam
merancangkan sesuatu yang menyebabkan dia sering mengalami kerugian.

Mike Myatt mengenalpasti 11 jurang perbezaan dalam kepimpinan yang akan


mempengaruhi pencapaian dalam kepimpinan dan perlu diambil tahu oleh seseorang
pemimpin. Buku ini telah mengesyorkan tindakan dan tatacara dalam kepimpinan dan
pengurusan yang perlu ada pada seseorang pemimpin untuk menangani jurang perbezaan
dalam bidang kepimpinan, tujuan dan masa depan organisasi, pengetahuan, inovasi dan
bakat orang bawahan supaya membentuk satu budaya kepimpinan yang sihat dalam
organisasi dan membantu pemimpin mencapai kecemerlangan dalam pengurusan. Penulis
menjelaskan seseorang pemimpin harus mendekati dan membanteras jurang perbezaan
yang ada untuk meningkatkan potensi kepimpinan . Setiap sub topik dalam buku ini telah
memberi pendedahan kepada pemimpin dalam teknik untuk mengenalpasti dan memahami
jurang perbezaan yang ada dan seterusnya melaksanakan penambahbaikan untuk
kecemerlangan organisasi.

NPQEL Versi 2018 - Institut Aminuddin Baki Induk Page 3


SRBE6 Ambilan 1/K5/2019

B. APLIKASI

Dalam bidang kepimpinan, seharusnya ketua yang dipilih itu benar-benar boleh memimpin
dengan menggunakan kemahiran kepimpinan yang dipelajari. Menjadi pemimpin bukan
hanya dilantik tetapi jiga mempunyai ilmu. Jangan menganggap kepimpinan itu suatu yang
mudah. Selain itu seorangh pemimpin juga hendaklah mempunyai pengalaman yang
diperolehi daripada bacaan ataupun daripad orang lain. Seorang epmimpin mestilah sedar
akan kekurangan dirinya dan berharap lepada sokongan dan bantuan orang lain. Kesedaran
pemimpin seperti ini akan menjadikan pemimpin itu dihormati dan disenangi oleh orang
bawahan.

Seorang pemimpin juga hendaklah mengatasi segala kekurangannya dengan belajar


dan terus belajar. Jangan hanya mengharapkan pengetahuan sedia ada yang diperoleh .
pengetahuan tentang kepimpinan ini suatu yang dinamik dan ia tidak berhenti setakat itu
sahaja. Kepimpinan juga memerlukan seseorang individu itu mengetahui akan matlamat dan
tujuan kepimpinannya. Setiap pemimpin mestilah mempunyai tujuan agar hala tuju
kepimpinannya jelas. Kepimpinan yang tiada hala tuju umpa kapal yang berlayar di lautan
luas tanpa tujuan. Seterusnya, pemimpin juga mestilah merancang untuk masa depan .
Pemimpin juga mestilah mengatahui akan jangkaan yang akan berlaku pada masa hadapan.

Dalam bab 4 disebutkan tentang pemimpin janganlah meneruskan perkara yang


biasa-biasa sahaja dalam kepimpinannya. Pemimpin hendaklah berubah dan jangan hanya
melakukan perkara yang rutin dalam kerja tanpa mempunyai matlamat dan cita-cita
kepimpinannya. Mudahnya, tiada misi dan visi dan bekerja seperti biasa dengan bosan dan
hambar.

Dalam bab 5, pemimpin hendaklah mengubah budaya kerja yang rendah kepada
budaya kerja yang tinggi. Budya kerja yang tinggi menggabungkan jiwa dan pemikiran untuk
bekerja dengan penuh kesungguhan. Budaya kerja lama yang tidak menjurus ke arah
kemajuan hendaklah diubah kepada budaya kerja yang proaktif dan kreatif.

Dalam bab 6, disebutkan bahawa setiap pekerja dan setiap pemimpin mempunyai
bakat. Mereka berbakat dalam pelbagai bidang. Bidang ini hendaklah dibangunkan mengikut
kesesuaian keperluan. Pekerja yang berbakat ini hendaklah dicungkil bakat mereka supaya

NPQEL Versi 2018 - Institut Aminuddin Baki Induk Page 4


SRBE6 Ambilan 1/K5/2019

dapat melaksanakan kerja dengan penuh semangat dan iltizam. Jangan dinafikan bakat
setiap pekerja bawahan.

Dalam bab 7 dan 8, dijelaskan bahawa ilmu dan inovasi sangat penting dalam tugas
yang dijalankan. Setiap pekerja perlu dibangunkan ilmunya dan diberi peluang untuk
menambah ilmu melalui seminar dan peluang melanjutkan pelajaran. Mereka juga diberikan
peluang untuk menghasilkan inovasi.

Dalam bab 9, perlu kepada seorang pemimpin itu untuk mempunyai jangkaan pada
masa hadapan. Apabila jangkaan dilakukan, pemimpin boleh merancang langkah-langkah
dan tindakan yang boleh dilaksanakan jika sesuatu kemungkinan itu berlaku.

Dalam bab 10 dan 11, penulis Mike Myatt menyatakan bahawa kerumitan dalam
menjalankan tugas adalah suatu yang perlu ditangani dan bukan merlarikan diri dariapda
masalah. Mereka yang berjaya ialah mereka yang tidak akan takut untuk gagal. Kegagalan
itu sebenarnya menjadikan pemimpin lebih mempunyai semangat yang tinggi dan
berkeyakinan.

C. REFLEKSI KENDIRI BERASASKAN BAHAN BACAAN

1. Pemimpin Mestilah Berubah

Seorang pemimpin perlu membuat perubahan dalam pentadbirannya supaya sesuai


dengan kehendak zaman. Pemimpin dalam sesebuah organisasi mempunyai kelemahan
dan kelemahan itu perlu dibantu oleh orang bawahan yang memppunyai bakat . Ini kerana
Malaysia dalam proses menjadikan pendidikan bertaraf dunia ( World Class Education). Oleh
yang demikian, kepimpinan akan menjadi suatu yang dinamik. saya bersetuju bahawa
sebagai seorang pemimpin sekolah kita perlu menyokong bagi memperbaiki kualiti
kepimpimpinan ke suatu standard tinggi yang mampu menyaingi negara maju yang lain.
Pemimpin hendaklah meningkatkan pemimpin guru yang celik IT dalam menjalankan kerja-
kerja pentadbiran.Selain itu, menyokong pembelajaran sepanjang dalam kalangan
subordinat dengan membenarkan guru-guru melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi. Pemimpin juga perlu berkongsi ilmu dengan guru-guru yang lain terutama apabila ada
hasil kajian baharu yang dilakukan di seluruh dunia.

NPQEL Versi 2018 - Institut Aminuddin Baki Induk Page 5


SRBE6 Ambilan 1/K5/2019

2. Menjaga kualiti kepimpinan dalam pendidikan

Peranan pemimpin sekolah adalah memastikan kualiti pendidikan di sekolah dapat


mencapai petunjuk indeks prestasi (KPI) yang telah ditetapkan oleh KPM. Ini termasuklah
kecemerlangan budaya berfikir, pembangunan teknologi dan sains dan kejayaan
meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

Sebagai bakal pemimpin pendidikan, saya akan memastikan memastikan budaya


pembelajaran sepanjang hayat atau lifelong learning dalam organisasinya untuk
meningkatkan kemahiran atau membangunkan kerjaya demi menghadapi masa hadapan
yang lebih global. Selain itu, ledakan teknologi maklumat dan komunikasi memaksa
pemimpin dan pendidik perlu meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan produktiviti.
Justeru, pemimpin perlu memberi perhatian kepada pelaksanaan program ICT bagi
peningkatan kualiti pendidikan. ICT tak semestinya ada internet. Sebagai contoh, bagi
sekolah kecil yang berada di luar bandar, pembelajaran menggunakan powerpoint sudah
cukup untuk dikatan menggunakan ICT. Kadang-kadang guru-guru silap faham apabila
memahami bahawa ICT itu hanyalah internet sahaja.

Pemimpin sekolah tidak boleh merasakan mereka serba tahu dan beranggapan
semua orang bawahan tidak tahu. Mereka mempunyai bakat yang boleh digunakan untuk
membangunakan organisasi.

3. Kepimpinan Masa Depan

Pemimpin perlu membawa organisasi kepada kepemimpinan yang lebih dinamik dan bersifat
kolaboratif. Di sini saya bersetuju bahawa seorang pemimpin perlu berani menghadapi risiko
dan pemimpin perlu menjadi teladan kepada guru-gurunya dan berpegang kepada
keyakinan bahawa sekolah di di bawah organisasinya akan mencapai kejayaan. Dengan
menggunakan pendekatan empowerment yang betul dalam membuat keputusan. Ini akan
menjadikan seseorang pemimpin itu mempunyai satu komitmen yang amat kuat kepada
pengupayaan guru-guru melalui permuafakatan. Pemimpin hendaklah memandang tiga
tahun atau lima tahun ke hadapan. Jangkaan dan hala tuju sebegini sesuai dengan
kemahiran kompetensi yang perlu ada kepada setiap pemimpin.

NPQEL Versi 2018 - Institut Aminuddin Baki Induk Page 6


SRBE6 Ambilan 1/K5/2019

4. Pemimpin Sebagai Contoh

Kepimpinan transformasional membentuk seorang pemimpin menjadi role model


kepada para guru yang menyuntik semangat kepada mereka. Seorang pemimpin juga perlu
sentiasa memberi motivasi agar pekerja sentiasa fokus dan komited. Pemimpin pendidikan
perlu mempunyai kualiti kepimpinan berkarisma, berwawasan dan berinspirasi

Matlamat kepimpinan transformasional mengekalkan budaya kolaboratif dan


tahap profesionalisme. Dari sini saya memahami bahawa pemimpin perlu membiarkan guru-
guru bereksperimen dengan idea-idea baharu. Berkongsi dan membincangkan penyelidikan
sesama mereka, menggunakan pasukan penyelidik atau pasukan penambahbaik sekolah
sebagai satu cara perkongsian kuasa. Ini akan menjamin keberkesanan sekolah ke arah
sekolah cemerlang.

5. Pemimpin Bukan Sempurna

Pemimpin perlu sedar bahawa manusia tidak ada yang sempurna. Kekurangan sebagai
seorang pemimpin perlu disedari oleh pemimpin. Oleh itu, pemimpin perlu boleh menerima
pandangan daripada orang lain. Menerima pandangan daripada orang bawahan juga sangat
penting kerana kemungkinan orang bawahan mempunyai banyak ilmu dan pengetahuan
dalam bidang mereka. Pemimpin boleh meminta orang bawahan untuk melaksanakan tugas
dan kerja mengikut bidang mereka. Pemimpin boleh menyokong orang bawahan kerana
mereka yang bekerja tanpa motivasi akan merasakan diri mereka tidak dihargai . Pemimpin
yang menerima pandangan orang bawahan dan memberi penghargaan akan terus dihormati
orang bawahan.

C. RUMUSAN

Seseorang pemimpin perlu mempunyai ilmu kepimpinan. Seorang pemimpin yang


mempunyai bakat kepimpinan dan belajar ilmu kepimpinan mempunyai pengaruh yang besar
terhadap pasukan di bawah pimpinannya. Sebagai seorang pemimpin dalam sesebuah
organisasi, mereka perlu mempunyai wawasan serta visi dan misi. Dalam masa yang sama,
mereka juga perlu menetapkan matlamat yang spesifik untuk membangunkan sesebuah
organisasi.

NPQEL Versi 2018 - Institut Aminuddin Baki Induk Page 7


SRBE6 Ambilan 1/K5/2019

Dalam usaha untuk mencapai impian memperkembangkan organisasi, pemimpin


mestilah berani mengambil risiko seperti pepatah “no pain, no gain”. Selain itu, mereka harus
menjana pelan strategik mengikut data dan maklumat yang dikumpul serta melibatkan
pasukannya dalam perbincangan dan menerima idea daripada orang lain dengan fikiran
terbuka seperti kata Benjamin Franklin “If you fail to plan, you are planning to fail.”
Kuasa membuat keputusan terletak di tangan pemimpin namun perlu mementingkan
keperluan dan kehendak organisasi. Pemimpin harus bijak menguruskan masa dan
kewangan organisasi (Steven Covey, 1990).

Penggunaan teknologi yang berkembang pesat mengikut era masa kini, menjadi
satu nilai tambah kepada pemimpin untuk mempromosikan organisasi dengan lebih
berkesan. Ia bukan sahaja dapat menjimat masa dan kewangan malah memberi impak yang
tinggi untuk meningkatkan imej organisasi. Contohnya, dengan gadget baru seperti
penggunaan telefon bimbit untuk membuat pembentangan power point semasa mesyuarat
untuk menggantikan projektor dan seorang ketua sekolah iaitu Guru Besar/ Pengetua
perlulah sentiasa berwaspada dan arif tentang isu semasa dalam negara. Seorang Guru
Besar/ Pengetua perlu sentiasa bersedia untuk menasihati para guru dan komuniti sekolah
supaya seluruh warga sekolah berpandangan jauh dalam menerajui kejayaan bersama.

Pemimpin mestilah berupaya mengaplikasikan ilmunya dalam pentadbirannya.


Pengetahuan yang diperolehi dalam buku ini sesuai untuk diaplikasikan di sekolah.
Pentadbiran dan pengurusan sesebuah sekolah adalah sama dengan pengurusan sebuah
organisasi. Apa yang dipelajari bukan sekadar teori sahaja tetapi dapat dipraktikkan di
dalam kehidupan harian kita. Pemimpin harus berdaya mempamerkan kepimpinan
demokratik, melibatkan pasukannya dalam membuat keputusan bersama.

Sebagai seorang pemimpin yang dihormati dan memenangi kesetiaan pengikutnya,


mereka harus mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan dengan
pelanggan dan orang bawahannya untuk menyelesaikan masalah dan menghapuskan
rintangan. Sebagai seorang pemimpin yang baik, dia harus adil kepada semua orang tanpa
prejudis. Beliau juga perlu menjaga kebajikan ahli pasukannya. Penghargaan dan ganjaran
harus diberikan untuk memotivasikan mereka supaya berusaha untuk membangunkan dan
taat setia kepada organisasi. Orang bawahan dianggap sangat penting dan berharga kerana
seorang pemimpin tidak boleh bergerak sendiri secara lone ranger.

NPQEL Versi 2018 - Institut Aminuddin Baki Induk Page 8


SRBE6 Ambilan 1/K5/2019

Pemimpin janganlah takut untuk gagal. Kegagalan itu sebenarnya ilmu baharu yang
diperolehi melalui pengalaman (Aidilla D. Wijaya, 2017). Pengalaman tidak boleh dijual beli .
Pengalaman sendiri akan menjadikan seseorang individu itu lebih matang dan jelas dalam
hala tuju kepimpinannya.

NPQEL Versi 2018 - Institut Aminuddin Baki Induk Page 9


SRBE6 Ambilan 1/K5/2019

D. Rujukan

AB Susanto, Hassan Noor. ( 2010 ) Super Leadership. Kuala Lumpur: S.A. Majeed &
Co. Sdn. Bhd.

Ahmad Amri Zainal Adnan (2010). Rahsia Personaliti Unggul. Selangor: PTS
Millennia Sdn. Bhd.

Aidilla D. Wijaya (2017). Jangan Takut Gagal. Jakarta: Qultummedia.

Azwar Abd. Manan.(2015). Pengurusan Modal Insan (terjemahan). Kuala Lumpur:


Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad.

Balasandran A. Ramiah, Nor asikin Salleh, Junaidah Abdul Jamil (2010). Keupayaan
Kepimpinan untuk Pembangunan Sekolah yang Berterusan

(terjemahan). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad.

Chek Mat (2012).Kursus Kepimpinan Profesional. Kuala Lumpur. Utusan


Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Dale Carnegie & Associates, Inc. (2013). The Leader In You (terjemahan).Selangor:
PTS Profesional .

NPQEL Versi 2018 - Institut Aminuddin Baki Induk Page 10


SRBE6 Ambilan 1/K5/2019

Hairuddin Mohd. Ali, Muhammad Bustaman Abdul manaf (2009). Perancangan


Strategik Sekolah. Selangor: PTS Profesoional Publishing Sdn. Bhd.

Nor Rajiah Ahmad Dawa, Siti Zainun Zainuddin, Sekumaran Suppiah. (2013). Buku
Panduan PrOD, Program Pembangunan POrganisasi untuk Kecemerlangan Sekolah
(PrOD).Pahang: IABKPM.

Rafidah Attas( 2009). Membuat Perundingan Berkesan (terjemahan). Kuala Lumpur:


Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad.

Saodah Wok, Narimah ismail, Mohd. Yusof Hussain (2003). Teori-teori Komunikasi.
Pahang:PTS Publicatoins & Distributors Sdn. Bhd.

Shahril Marzuki, Rahimah Ahmad, Hussein Ahmad. (2010). Kepimpinan Pengetua.


Menjana Modal Insan di Sekolah Berkesan. Selangor: PTS Profesoional Publishing
Sdn. Bhd.

Shaker Mustafa (2012). Mudahnya Coaching & Mentoring. Kuala Lumpur. Inteam
Publishing Sdn. Bhd.

Simon Cooper, (2013). Cemerlang Pemimpin. Kuala Lumpur: Utusan Publications


and Distributors Sdn. Bhd.

Steven R. Cover(1990). Principle Centered Leadership. LLC, Rossetta Book.

NPQEL Versi 2018 - Institut Aminuddin Baki Induk Page 11


SRBE6 Ambilan 1/K5/2019

Zaidatol Akmaliah , Soaib Asimiran, (2011). Transformasi Kepimpinan Pendidikan,


Cabaran dan Hala Tuju. UPM: Penerbit UPM.

Zainal Abidin Mohamed (1999). Pengurusan Strategik di Sektor Pendidikan. UPM:


Penerbit UPM.

Zamri Mohamad, Haeqal Zulqarnain (2010). 30 Strategi Membina Pengaruh.


Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.

NPQEL Versi 2018 - Institut Aminuddin Baki Induk Page 12