Disahkan oleh
Tandatangan Tandatangan
……………………… ……………………
Tarikh : Tarikh :
Kategori : Bahasa Melayu
Sinopsis Projek :
Projek Tanaman Hidroponik yang disediakan ini bermatlamat sebagai satu program yang dapat
membantu meningkatkan pemahaman dan mengukuhkan pengatahuan sedia ada di kalangan
murid prasekolah disamping menguasai semua aspek perkembangan,kemahiran asas justeru
memberi pengetahuan secara mendalam secara beransur-ansur.
Dalam pada itu,projek ini juga lebih memberi pengetahuan yang jelas mengenai proses
pertumbuhan tumbuhan atau pokok. Secara tidak langsung,murid akan didedahkan dengan
pengalaman sebenar menggunakan bahan maujud serta mengenali transformasi dalam
teknologi. Dengan adanya projek seperti ini, sedikit sebanyak telah memberikan impak yang
berguna dalam meningkatkan pemahaman murid prasekolah tentang sesuatu topik yang
dipelajari. Malahan ,proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat dijalankan
tanpa banyak gangguan kerana aktiviti seperti ini menyeronokkan murid serta melibatkan
keseluruhan murid di dalam kelas prasekolah. Ini adalah kerana aktiviti yang dijalankan adalah
beroreintasikan murid.
Kumpulan sasaran
1.Objektif
a) Objektif Am
1. Meningkatkan pengetahuan murid tentang fakta- fakta dan istilah –istilah Sains dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid memahami dan meminati Tunjang
Sains dan Teknologi.
2. Dapat menaikkan minat dan keyakinan diri murid untuk melaksanakan sesuatu yang
baru.
3. Dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada murid semasa eksperimen dijalankan.
Boelh dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan kepada sub topic atau tema yang akan
dipelajari.
4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kerana melibatkan semua murid
sepanjang aktiviti dijalankan.
b) Objektif Khusus :
1. Menanamkan minat murid dalam Tunjang Sains dan Teknologi melalui aktiviti
pembelajaran yang berkesan.
2. Merancang aktiviti dan penggunaan bahan semasa pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
3. Memberikan pendedahan awal kepada murid tentang fakta-fakta sains yang mudah dan
ringkas.
4. Memberikan pendedahan dan pemahaman yang mendalam berkaitan dengan istilah –
istilah sains.
5. Dapat memberikan pemahaman yang nyata tentang sesuatu konsep yang disampaikan
6. Dapat memastikan pencapaian murid –murid melalui perancangan yang dibuat dan
diaplikasikan dalam bilik darjah.
7. Membolehkan guru melihat sejauh mana keberkesanan perancangan dalam
melaksanakan sesuatu idea baru.
8. Mensasarkan sekurang-kurangnya 95% murid Berjaya menguasai konsep Sains dengan
baik.
3.1 Kandungan
a) takung plastik
c) pasu semaian
d) kapas nilon
e) 3 jenis baja
2. Masukkan kapas nilon ke dalam pasu semaian dan kapas tersebut perlu dijuntaikan
diantara 2-3 cm melalui lubang pasu supaya dapat menyerap air.
3. Semaikan sebanyak 5 biji benih bagi setiap pasu semaian di atas kapas yang telah
dibasahkan.
4. Letakkan pasu –pasu yang mengandungi biji benih itu ke dalam takung plastik dan
pastikan takung itu diletakkan di tempat yang tidak telus cahaya. (benih akan rosak jika
terkena matahari yang panas.)
5. Benih akan bercambah selepas lima hingga tujuh hari,kemudian pindahkan pasu
semaian ke dalam lubang –lubang yang terdapat di atas penutup takung.
6. Isikan air ke dalam takung,tetapi pastikan ada ruang udara pada pangkal pokok
dipermukaan air untuk pernafasan akar.
7. Masukkan baja kasar ( putih ) dahulu ke dalam air takung dan kacau sehingga larut dan
masukkan baja halus ( putih ) seterusnya baja ( hijau ). Proses ini adalah untuk
mengelakkan tindakbalas antara baja.
8. Letakkan takung plastik di bahagian patio atau balkoni yang terlindung daripada hujan.
Ia perlu mendapat sinaran matahari sekurang –kurangnya separuh hari atau buat bumbung
yang ringkas.
9. Proses pertumbuhan daripada biji benih sehingga tiba masa menuai mengambil masa
25-30 hari.
5. Asingkan beberapa semaian bagi mendapatkan semua apa yang diperlukan untuk
membesar dan yang lain letakkan ditempat yang gelap.
1. Perkenalkan kepada murid tentang peralatan yang akan digunakan untuk menjalankan
projek Hidroponik.
2. Penerangan kali ini adalah kesinambungan daripada projek tanaman yang dijalankan
terlebih dahulu.
5. setiap minggu pastikan murid melihat perbezaan yang berlaku dan mancatat dalam kad
yang disediakan.
6. proses yang seterusnya adalah bersoal jawab dengan murid dan membuat rumusan
tentang pemerhatian yang dilakukan.
Perlaksanaan Projek Tanaman Hidroponik ini melibatkan beberapa tunjang utama iaitu :
4 Keberkesanan / Impak :
Program ini telah membuahkan impak yang positif di kalangan murid-murid prasekolah.
Sekiranya pembelajaran hanya dijalankan dalam bentuk teori dan tiada kesinambungan
daripada apa yang diterangkan, murid agak sukar untuk mendapat pemahaman yang lebih
jelas. Hal ini akan membuatkan murid kurang berminat untuk mengikuti pelajaran yang di
sampaikan.
Oleh yang demikian, guru perlu merancang satu aktiviti yang bersesuaian, jelas malahan
menarik serta mudah untuk difahami. Seperti mana projek tanaman hidroponik ini dijalankan,
murid terlebih dahulu telah didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai proses
tumbesaran pokok. Sebagai kesinambungan kepada pelajaran tersebut, teknik tanaman pokok
sayuran dengan kaedah lama dijalankan. Dengan cara ini, murid-murid akan bersama-sama
bergotong-royong untuk menyediakan medium tanaman.
Di samping menerapkan kepelbagaian nilai dalam setiap tunjang, minat murid tidak terus
terkubur, akan tetapi disuntik dengan minat untuk terus menjalankan aktiviti yang agak
mencabar minda. Konsep Tanaman Hidroponik telah memberikan penjelasan yang terperinci
dimana murid boleh melihat sendiri proses pokok itu membesar.
5) Kos Projek :
Bagi menyediakan Projek Tanaman Hidroponik ini tidak memerlukan kos yang tinggi malahan
lebih ekonomik. Ini kerana, bahan eksperimen yang diperlukan mudah diperolehi. Guru perlu
menyediakan kad tarikh semaian dan kad laporan pemerhatian yang akan diisikan oleh murid
sepanjang minggu
Set tanaman hidroponik boleh juga diperbanyakkan dengan menggunakan bahan-bahan yang
diolah supaya menjadi bentuk yang sama seperti set tanaman hidroponik. Bahan yang
diperlukan juga senang untuk diperolehi. Sebagai contoh, guru perlu menyediakan basin,
polisterin, benang, cawan plastik kecil, baja dan biji benih. Dengan cara ini juga, projek tanaman
hidroponik dapat diperbanyakkan.
Dalam pada itu, adalah lebih ekonomik menggunakan bahan terbuang seperti sabut kelapa
atau span yang mudah doperolehi bagi menggantikan benang yang dijual. Sepanjang proses
menyediakan projek ini, didapati ia tidak memakan masa yang agak panjang dan mudah
disediakan kerana guru hanya perlu menyediakan set tanaman. Guru perlu mengagihkan
murid kepada beberapa kumpulan, dan membuat demonstrasi cara melaksanakan
aktiviti.
6) Masa :
Projek ‘Tanaman Hidroponik’ ini dijalankan pada waktu pembelajaran Tunjang Sains Dan
Teknologi. Projek ini merupakan kesinambungan daripada program tanaman pokok sayuran
menggunakan kaedah lama. Projek tanaman menggunakan pasu dan tanah terlebih dahulu
dijalankan. Walau bagaimanapun, projek ini telah dimodifikasikan kepada bentuk hidroponik.
Melalui cara ini, murid dapat membuat perbandingan antara dua jenis kaedah tanaman.
Kesannya, murid dapat melihat proses pertumbuhan bermula dengan semaian, percambahan
biji benih sehinggalah pokok itu membesar dengan lebih jelas.
Sepanjang proses tanaman membesar, murid di berikan tugasan untuk merekod pemerhatian.
Pemerhatian akan dijalankan selang beberapa hari untuk melihat perubahan pada tanaman
tersebut. Proses merekod pemerhatian adalah dengan bimbingan guru.
Dalam pada itu, guru tidak berasa bimbang mengenai keselamatan murid memandangkan set
tanaman akan diletakkan di suatu sudut di dalam kelas. Maka, murid tidak perlu ke luar kelas
untuk melihat tanaman tersebut.
Penutup :
Lazimnya, setiap murid mempunyai kecerdasan dan kadar keupayaan yang berbeza antara
setiap individu. Murid-murid yang lemah dalam pelajaran sering tercicir semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Kebiasaannya murid ini mempunyai sifat kendiri yang agak pasif
serta kurang keyakinan diri malahan tidak mempunyai motivasi untuk belajar.
Sebagai seorang Guru Prasekolah yang mengendali dan berhadapan dengan murid seperti ini,
adalah sewajarnya saya memikirkan suatu langkah alternatif untuk mengatasi masalah ini agar
murid yang lemah tidak terus berakhir dengan kelemahan.
Seperti mana saya difahamkan bahawa guru-guru prasekolah mengalami masalah untuk
menyampaikan pengajaran yang berkaitan dengan Tunjang Sains Dan Teknologi. Ini adalah
disebabkan murid sukar untuk memahami konsep yang cuba disampaikan. Oleh yang
demikian, saya mengambil inisiatif dengan menyediakan pembelajaran yang lebih bersifat
menyeronokkan serta mampu menarik keseluruhan murid untuk mengikutinya.
Walaupun dengan menggunakan kaedah dan bahan yang telah sekian lama diaplikasikan,
murid perlu juga dideahkan dengan teknologi baru malahan dapat melihat suatu konsep yang
disampaikan dengan lebih jelas. Maka, saya telah memikirkan satu alternatif iaitu
menyediakan Projek Tanaman Hidroponik. Pada pandangan saya, proses penyediaan
projek ini sangat mudah dan praktikal memandangkan ia tidak melibatkan kos yang tinggi.
Program ini telah memberikan impak yang positif di kalangan murid prasekolah kerana ia
memberikan pengetahuan dengan lebih jelas berkaitan dengan proses tumbesaran pokok.
Saya berpendapat bahawa projek ini mampu memberikan pengalaman dan pengetahuan
secara menyeluruh.
Saya akan meneruskan Projek ’Tanaman Hidroponik’ ini pada masa-masa akan datang
dengan menyediakan dan menyusun semula aktiviti
dengan lebih sistematik bagi memudahkan murid menjalankan aktiviti. Saya juga berharap
program ini dapat di guna pakai oleh para guru prasekolah yang lain.
Kejayaan murid-murid kita sebenarnya bergantung juga kepada bahan yang sesuai, kaedah
yang tepat, kesungguhan guru dan kesediaan murid pada usia mereka masih kecil. Daya kreatif
seseorang guru telah memberi sumbangan bagi meningkatkan tahap pencapaian seseorang
murid. Walaupun Tunjang Sains Dan Teknologi merupakan satu komponen pengajaran dan
pembelajaran yang sukar untuk disampaikan bagi sesetengah guru prasekolah, namun ianya
dapat diatasi dengan menyediakan suasana pembelajaran yang aktif dan tidak
membosankan.
CADANGAN RANCANGAN MENGAJAR
TAJUK :
CADANGAN MASA :
60 minit
TUNJANG UTAMA :
betul.
• Melihat perubahan pertumbuhan biji benih dari segi ketinggian dan pertambahan.
KONSEP UTAMA :
KOSA KATA
• Biji benih
• Kad pemerhatian
• Lembaran kerja
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN :
Pendahuluan :
3. Menerangkan kepada murid mengenai elemen yang penting bagi hidupan di muka bumi.
(air, udara, cahaya).
Perkembangan :
2. Guru akan membawa murid memerhatikan semaian selepas beberapa hari untuk melihat
perkembangan.
3. Merekod pemerhatian.
Pertaksiran :
Catatan :
1. Guru memastikan supaya semua peralatan yang digunakan oleh murid telah
dibersihkan.