Anda di halaman 1dari 4

Pulangnya Elisa

Kelihatan sebuah kereta yang berwarna hitam berhenti di hadapan rumah papan Pak
Karim. Seorang wanita dan anak perempuannya yang berumur 10 tahun keluar dari
kenderaan tersebut. Pak Karim amat gembira. Dia telah menyediakan pelbagai jenis makanan
yang enak dan telah pun mengemaskan bilik tidur bagi menjemput kepulangan anak tunggal
dan cucunya yang telah lama menetap di Amerika. Dalam 10 tahun ini, Pak Karim tidak pernah
bertemu dengan cucunya.

Sebaik-baik sahaja anak Pak Karim, iaitu Sabrina masuk ke dalam rumah papan itu,
Sabrina menyuruh anaknya yang bernama Elisa untuk bersalam dengan Pak Karim. Namun
begitu, Elisa tidak mendengar kata-kata ibunya dan yang paling mengecewakan, Elisa tidak
sanggup menyapa datuknya. Sabrina memberitahu Pak Karim bahawa Elisa akan bertinggal
dengannya selama sebulan kerana dia perlu menyelesaikan krisis yang dihadapi dalam
pekerjaannya di Macau. Oleh sebab kesuntukan masa, Sabrina meninggalkan rumah tersebut
tanpa menikmati makanan yang telah disediakan.

Setelah Sabrina telah meninggalkan rumah, Pak Karim pun memesan Elisa untuk
duduk dan menghabiskan makanan. Elisa tidak mempedulikan datuknya dan terus menuju ke
arah bilik tidur. Dia mengeluarkan makanan segera, Pizza dari begnya dan menunjukkan
kepada datuknya. “Hey old man, look! Ini barulah makanan. Yang kat atas meja itu so geli.
Bukan makanan untuk manusia, they are all rubbish, understand?” ejek Elisa.

Pak Karim sangat kecewa dan sedih. “Makanan yang sedang kamu makan tu tak sihat,
Elisa,” balas Pak Karim. “Don’t be a busy body, old man! Saya salu makan Pizza masa saya
di Amerika. Tak pernah pun saya makan makanan kotor kat atas meja tu,” Elisa meninggikan
suaranya sambil menghentam pintu bilik tidur dengan kuat.

“Alahai, apa hal dengan cucu saya ni? Balik dari Amerika dan tidak berperangai
semacam orang Melayu! Tak bersantun! Dah dipengaruhi oleh budaya yang tidak selaras
dengan budaya bangsa Melayu ni. Sudah pun berumur 10 tahun, tapi langsung tak
menghormati orang tua. Berpakaian menjolok mata lagi,” keluh Pak Karim sambil mengurut-
urut dadanya.

Pada keesokan harinya, jiran Pak Karim, iaitu Cik Aishah bertemu dengan Pak Karim
dan Pak Karim pun menceritakan kejadian kepada Cik Aishah. Cik Aishah menasihati Pak
Karim supaya bersabar dengan cucunya dan yang amat penting, Pak Karim sewajarnya cuba
untuk mendekati hati cucunya agar dapat menjalin hubungan yang lebih rapat dengannya.
Menurut kata Cik Aishah, dengan adanya hubungan yang lebih rapat, barulah Pak Karim
dapat mendidik Elisa tentang budaya Melayu dengan lebih mendalam dan pada masa yang
sama, dapat mengubah sikap Elisa yang kurang santun itu.

Selepas mendengar nasihat yang diberi oleh Cik Aishah, Pak Karim bertekad untuk
mengubah sikapnya terhadap Elisa. Semasa Pak Karim sampai ke rumah, Elisa sedang
bermain dengan telefon bimbit. Namun, dia tidak memarahi Elisa. Sebaliknya, dia mengajak
Elisa untuk bersama-sama pergi ke restoran makanan segera untuk menikmati sarapan pagi.

Dengan segeranya, Elisa menukar baju. Dalam perjalanan mereka ke restoran


tersebut, Elisa bersikap cuai dan hampir dilanggar oleh sebuah lori semasa melintas jalan
raya. Pak Karim yang menyelamatkannya. Tanpa disangka, Elisa mengucapkan terima kasih
kepada datuknya.

“Lain kali, kamu kena tengok ke kiri kanan dulu sebelum melintas jalan raya, ok?”,
ajar Pak Karim. “No probelm, Atuk.” Ini merupakan kali pertama Elisa memanggilnya ‘Atuk’.
Tindakan ini telah menyebabkan datuknya terharu sehingga air matanya bergenang di
kelopak mata.

Ketika mereka sampai ke restoran, Elisa menolong Pak Karim untuk memesan
makanan. Kedua-dua orang ini bermula untuk berbual-bual. Elisa juga berkongsi
pengalamannya semasa berada di Amerika dengan Pak Karim.

“Atuk, kenapa tak pernah Atuk melawat saya dan ibu ketika kami stay kat Amerika?” ,
tanya Elisa. “Elisa, bukannya Atuk tak nak melawat kamu, tapi Atuk tak berapa faham bahasa
Inggeris. Hanya beberapa perkataan saja yang Atuk tau,” balas Pak Karim dengan sedih.

“It’s ok, Atuk. Elisa boleh mengajar Atuk then lepas ni, Atuk boleh melawat Elisa
dengan ibu,” kata Elisa dengan gembira.

Selepas hari tersebut, silaturahim antara Pak Karim dan Elisa menjadi rapat. Cara
berpakaian Elisa telah pun bersesuaian dengan budaya Melayu, iaitu berpakaian menutup
aurat. Kadang-kadang, Elisa akan menemani Pak Karim untuk pergi ke pasar pagi bagi
membeli sayur-sayuran dan buah-buahan. Lebih-lebih lagi, dia selalu membantu datuknya
membuat kerja rumah, seperti mengelap lantai, mencuci baju, dan sebagainya.

Setiap kali sebelum mereka makan, Elisa akan memastikan Pak Karim menikmati
makanan terlebih dahulu. Pak Karim pula mengambil kesempatan ini untuk mengajar Elisa
bermain alatan muzik tradisional Melayu, mendeklamasikan sajak Melayu, dan juga cara
menggunakan tangan untuk makan.
Masa berlalu dengan cepat. Tempoh sebulan telah hampir tamat. Seminggu kemudian,
Elisa perlu meninggalkan datuknya dan balik ke Amerika. Elisa amat sedih dan memujuk
datuknya agar balik ke Amerika bersama-sama dengan mereka.

“Elisa akan merindui Atuk dan Elisa enggan tinggalkan Atuk seorang diri di sini. Atuk,
balik ngan Elisa. Elisa boleh menjaga Atuk,” kata Elisa sambil menangis teresak-esak.
Semasa Elisa tidur, Pak Karim meminta bantuan daripada Cik Aishah untuk menjaga Elisa.
Pak Karim mengambil pasport yang telah habis masa berlakunya lalu menuju ke pejabat
imigresen demi memperpanjang pasport tersebut.

Pak Karim mengambil keputusan untuk pergi ke Amerika dengan cucunya. Dia tidak
sanggup untuk melihat cucunya berada dalam kesedihan dan juga, dia tidak berkeinginan
untuk berpisah dengan Elisa serta Sabrina sekali lagi. Pak Karim tidak memberitahu Elisa dan
Sabrina tentang pelannya kerana dia ingin memberi kejutan kepada mereka.

“Mereka pasti akan berasa gembira,” fikir Pak Karim dalam hati.

Elisa menghadiahkan jam tangan, buku cerita, dan lain-lain lagi kepada kawan-
kawannya di kampung sebagai kenangan pada hari terakhir. Sebelum Sabrina sampai ke
rumah, Elisa turut memberi salam kepada jiran-jiran yang lebih tua daripadanya. Pada saat
Sabrina sampai, Pak Karim menolong Elisa untuk mengangkat beg-beg yang agak berat itu
ke dalam bonet kereta.

“Ayah, terima kasih kerana menjaga Elisa selama sebulan ini. Saya akan merindui
ayah,” kata Sabrina. “Anak, kamu mendidik Elisa dengan baik dan dia sangat bersopan.
Tunggu kat sini kejap ya. Ada lagi dua beg di dalam rumah,” kata Pak Karim lalu masuk ke
dalam rumah.

“Ayah, beg ni...,” kata Sabrina dengan kejutan. “Ya, betul. Ayah nak juga pergi ke
Amerika ngan kamu dua. Tengok, ni tiket flight ayah.”

Elisa sangat gembira dan memeluk datuknya sambil menjerit, “Yes Atuk! I love you,
Atuk!” Sabrina pula amat terharu. “Terima kasih ayah!” Semasa mereka berada di dalam kapal
terbang, Pak Karim memberitahu Sabrina bahawa keputusan ini dibuat disebabkan oleh kata-
kata Elisa. Apakah maknanya sekiranya berjauhan dengan ahli keluarga yang tercinta? Oleh
sebab itulah, Pak Karim berasa tidak ada apa-apa pun yang boleh mewakili keluarga.
Keluargalah orang yang terdekat dengan diri. Pak Karim menggunakan bahasa Inggeris untuk
membalas Sabrina, “We are family!”

(1013 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai