Anda di halaman 1dari 2

Amalan berkelah dan bersantai dengan keluarga jelas semakin menipis dalam

kehidupan keluarga moden hari ini. Jelaskan kepentingan aktiviti sedemikian


kepada sesebuah keluarga

Pada era kemodenan ini, masyarakat mempunyai kehidupan yang sibuk


dengan kegiatan harian dan pekerjaan. Ibu bapa terlalu sibuk dalam memenuhi
keperluan anak-anak. Maka, mereka tidak mempunyai masa untuk bersama anak-
anak. Oleh itu. Ibu bapa harus terlibat dalam aktiviti riadah seperti berkelah dan
bersantai agar mendapat pelbagai kebaikan untuk keharmonian negara.

Amalan berkelah dan bersantai dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan


merupakan kebaikan yang boleh didapati untuk kesejahteraan keluarga. Hal ini
disebabkan oleh ahli keluarga dapat berbincang masalah peribadi dan stres dalam
kehidupan. Dengan ini, ahli keluarga dapat memahami satu sama lain dan
mengeratkan hubungan silaturahim.

Seterusnya, anak-anak dapat menjejak langkah ibu bapa dengan berkelah


dan bersiar-siar bersama keluarga. Hal ini demikian kerana anak anak akan terlibat
dalam aktiviti harian ahli keluarga yang akan menjadikan anak-anak lebih
memahami kepentingan berkhidmat untuk masyarakat dan negara. Lebih-lebih
lagi, anak anak akan dapat memahami ajaran ibu bapa semasa meluangkan masa
bersama mereka. Dengan itu, mereka dapat mengaplikasikan ajaran dan nasihat ibu
bapa dalam kehidupan harian.

Di samping itu, aktiviti berkelah dan bersantai dapat membantu


mengurangkan stres. Ahli keluarga dapat bersantai di tepi pantai dan melihat
pemandangan yang harmoni. Dengan itu, ahli keluarga data mengurangkan stres
yang boleh membawa penyakit.

Oleh itu, ahli keluarga harus berkelah dan bersantai agar dapat mempunyai
kehidupan aman dan harmoni. Dengan ini, aktiviti berkelah dan bersantai dapat
menjamin kesejatheraan keluarga.
HI TEACHER,
I NEED TO WRITE 600-650 PATAH PERKATAAN.
I DON’T KNOW HOW TO WRITE.