Anda di halaman 1dari 2

2.

“Kementerian akan memastikan sistem pendidikan menyediakan peluang kepada


murid untuk berinteraksi dengan individu lain yang berbeza latar belakang
sosioekonomi, agama, etnik dan lokasi geografi serta belajar untuk memahami dan
menerima perbezaan.” (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025)
a. Terangkan corak asas budaya sesorang murid yang akan mempengaruhi
pengajaran dan pembelajaran anda di dalam bilik darjah.
Corak asas budaya boleh dilihat dari aspek perbezaan dalam gaya komunikasi. Contohnya,
dua orang yang berlainan latar budaya, malah dalam budaya yang sama boleh mempunyai
penggunaan bahasa yang berbeza. Justeru, pemahaman terhadap kelainan yang ada ini
perlu disedari agar dapat menghindari sebarang masalah antara individu yang berpunca
daripada salah faham gaya berkomunikasi. Selain itu, dari aspek sikap terhadap konflik pula,
murid yang terdidik dalam keluarga yang mengamalkan pervincangan akan bersikap lebih
terbuka dalam menghadapi masalah konflik. Penyelesaian dalam bentuk berbincang secara
bersemuka mungkin sesuai bagi kelompok ini. Sebaliknya, kebanyakan individu berasa tidak
selesa membincangkan secara terbuka atas sebab tidak mahu menjatuhkan ‘air muka’.
Penyelesaian secara tertutup atau secara bertulis mungkin lebih sesuai. Justeru, guru harus
peka terhadap perbezaan dalam sikap murid terhadap konflik agar dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapi semasa PdP dapat diselesaikan dengan persetujuan orang ramai.
Seterusnya, dari aspek pendekatan untuk mengetahui, setiap murid mempunyai cara
tersendiri dalam proses mengetahui. Contohnya, gaya belajar auditori, visual, kinestetik dan
lain-lain. Oleh itu, guru haruslah dapat mengesan gaya fikir dan gaya belajar murid agar
mereka dapat belajar dengan lebih berkesan.

b. Perincikan program yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan bagi


memastikan kanak-kanak warganegara Malaysia mendapat kesamarataan peluang
pendidikan dan seteruanya mencapai hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025).
Program yang telah dilaksanakan oleh KPM ialah
menanda aras tahap keberhasilan murid dan amalan pembelajaran yang terbaik
diselaraskan mengikut sistem pendidikan berprestasi tinggi. Sistem pendidikan berprestasi
tinggi perlu diguna pakai agar pelajar Malaysia mampu bersaing di peringkat global. Bagi
meningkatkan ekonomi negara, setiap pelajar perlu dipastikan agar menguasai kemahiran
literasi dan numerasi terutamanya dalam bidang matematik dan sains. Mereka akan diajar
mengikut kurikulum yang digubal berdasarkan pendidikan yang berprestasi tinggi.
Pencapaian murid dalam pentaksiran antarabangsa PISA dan TIMMS perlu dipantau.
Pentaksiran TIMSS dan PISA yang dijadikan sebagai penanda aras memungkinkan sistem
pendidikan kita diiktiraf di peringkat antarabangsa. Selain itu, KPM juga melancarkan
kurikulum yang memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi agar setaraf dan
diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kurikulum sekolah rendah dan menengah perlu dirombak
semula agar lebih memberi tumpuan kepada pengajaran berpusatkan murid dan
mempelbagaikan pengajaran serta lebih penekanan kepada penyelesaian masalah.
Standard pembelajaran yang jelas perlu dirangka agar murid dan ibu bapa memahami
kemajuan yang bakal diperoleh oleh anak-anak mereka. Pelajar perlu dilatih untuk berfikir
secara kritis dan mampu mengaplikasi kemahiran yang dipelajari apabila diperlukan. Maka,
penilaian yang diberikan di peringkat sekolah juga perlu memberi lebih tumpuan untuk
menguji kemahiran berfikir aras tinggi. Seterusnya, KPM juga meningkatkan akses Internet.
Murid akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik dan interaktif. Ini kerana
melalui pembelajaran jarak jauh, bukan sekadar pelajar mempunyai pilihan sumber yang
lebih luas malah guru juga mempunyai akses kepada sumber yang mampu membantu
proses pembelajaran dan pengajaran lebih berkualiti setaraf peringkat antarabangsa.
Kemudahan teknologi menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di sekolah, tanpa
jurang pemisah antara bandar dengan luar bandar. Tambahan pula, KPM juga
meningkatkan peruntukan fizikal dan pengajaran kepada pelajar di luar bandar. Misalnya,
pelajar orang asli serta daripada golongan minoriti perlu diberi bantuan tambahan supaya
mereka menerima peluang pendidikan yang sama seperti pelajar lain tanpa perbezaan
bangsa atau teknik. Kemudahan dan peralatan yang disediakan mampu mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif sekaligus menarik minat mereka untuk minat menimba
ilmu dengan lebih mendalam. Pelajar disediakan guru yang telah dilatih untuk memahami
keperluan mereka yang berada di luar Bandar.

Anda mungkin juga menyukai