Anda di halaman 1dari 113

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)


MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

MODUL PENDIDIKAN ISLAM

PIMK2023M
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA

Berkuat Kuasa Mulai November 2018


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan
individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini
dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG


BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP).

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan November 2018


Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

ii
KANDUNGAN MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak


i
Pengarang

Kandungan ii

Panduan Pelajar iii

Pengenalan v

Agihan Tajuk dan Unit vi

UNIT 1 STRATEGI PENGAJARAN RASULULLAH SAW DAN ULAMA’ 1

PELAKSANAAN PEDAGOGI DALAM PENGAJARAN DAN


UNIT 2 12
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM


UNIT 3 34
ABAD KE 21

UNIT 4 PERANCANGAN PENGAJARAN BERKESAN 50

REKA BENTUK DAN PEMBINAAN BAHAN SUMBER


UNIT 5 65
PENGAJARAN

UNIT 6 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM 77

Bibliografi 105

Panel 106

Simbol 108

iii
PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih
berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan
gaya pembelajaran terkini.

SASARAN KURSUS
Pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan
Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI


Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan
ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak
dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran
sendiri.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)


Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap
satu jam kredit. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dilaksanakan secara Sepenuh Masa
dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti
persekolahan dan hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40%
interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian).
Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN (DT)


Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah dan pelajar
akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam
yang akan dipelajari diambil dari Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.

SUSUNAN UNIT MODUL


1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Latihan / aktiviti / tugasan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media yang sesuai
jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

iv
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa
peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di
tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar pelajari secara
interaksi bersemuka, modul dan dalam talian.

PENGENALAN
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan pedagogi dalam Pendidikan Islam
untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Menghubungkaitkan kaedah, prinsip, ciri dan teknik pengajaran Rasulullah S.A.W. dan Ulama’
dengan pembelajaran dan pengajaran abad ke 21.

2. Menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang efektif berdasarkan rancangan


pengajaran dan pembelajaran yang dibina.

3. Mengaplikasikan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran mikro dan makro
Pendidikan Islam secara berkumpulan.

v
AGIHAN TAJUK
Panduan Kepada Pengguna

Nama Kursus : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH


Kod : PIMK2023M

Kandungan modul ini dibahagi kepada enam unit. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk
pembelajaran melalui modul, interaksi bersemuka dan dalam talian.
Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran secara
bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi
bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul
pembelajaran.

JUMLAH JAM

INTERAKSI
BERSEMUKA
TAJUK / TOPIK
60%
KESELU 27 JAM MODUL
RUHAN
40%
KULIAH/ 18 JAM
45 Jam DALAM
TUTORIAL/
TALIAN
AMALI
20%
40%
9 JAM
18 jam

1. Strategi pengajaran Rasulullah SAW dan


Ulama’
 Pendekatan dan Kaedah Pengajaran
Rasulullah SAW
- Menjadikan diri sebagai model pendidikan
(K)
- Mengajar secara beransur-ansur (K)
- Meraikan perbezaan pelajar (DT)
- Kemahiran berfikir dan penyelesaian 4
6 1 1
masalah (DT)
- Dialog dan bersoal jawab (M)
- Kiasan dan perumpamaan (M)

 Kaedah Pengajaran Ulama’: (M)


-Kaedah Imam Abu Hanifah
-Kaedah Imam Malik
-Kaedah Imam Syafie
-Kaedah Imam Hambali
-Kaedah Imam al- Ghazali
2. Pelaksanaan Pedagogi dalam Pengajaran
dan
Pembelajaran Pendidikan Islam 6 4

 Strategi dan pendekatan Pengajaran dan


vi
Pembelajaran dalam (M)
- Pendidikan Islam 2
- Pendidikan Syari’ah Islamiyah
- Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
- Tasawwur Islam

 Kaedah dan Teknik dalam bidang :


- Pendidikan Islam (K)
o Permainan
o Sumbang saran
o Simulasi / Main Peranan
o Lakonan

- Al Quran dan As Sunnah (K)


o Talaqqi Musyafahah
o Tasmi’
o Tikrar
o Halaqah

- Pendidikan Syari’ah Islamiyah (K)


o Penerangan
o Tunjuk Cara
o Perbincangan/ Dialog
o Soal jawab / Sokratik
o Bercerita

- Tasawwur Islam (K)


o Projek
o Lawatan
o Penyelesaian Masalah

3. Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan


Islam Abad ke 21
 Prinsip-prinsip pembelajaran abad ke 21
(DT)
- Komunikasi
- Kolaboratif
- Pemikiran Kritis
- Pemikiran Kreatif

 Ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad


ke 21 (M)
- Teknologi sebagai alat pengupaya
6 2 2 2
- Kemahiran menyelesaikan masalah
secara kontekstual
- Refleksi kendiri dan refleksi rakan
- Penilaian murid secara telus.
- Kemahiran maklumat, media dan
teknologi
- Pengajaran berasaskan Projek
- Membentuk kemahiran berfikir (KBAT)

 Aplikasi pendekatan dan kaedah Rasulullah


SAW dan Ulama’ dalam pembelajaran dan
pengajaran abad ke- 21 (K)
4. Perancangan Pengajaran Berkesan

 Pembinaan Rancangan Pengajaran dan


6 1
Pembelajaran Pendidikan Islam KBSM
vii
dan KSSM (K)
- Perancangan 2 3
- Pelaksanaan
- Penilaian

 Persediaan Mengajar
- Rancangan Tahunan / Semester (M)
- Rancangan Mingguan (M)
- Rancangan Pengajaran Harian (DT)

 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


(DT)
- Pra syarat membuat refleksi
-Langkah-langkah menulis refleksi
Kepentingan refleksi

 Pembinaan Rancangan Pengajaran Harian


dalam mata pelajaran : (K, DT,M)

- Pendidikan Islam 3 jam 1 1 1


- Pendidikan Syari’ah Islamiyah
- Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
- Tasawwur Islam
5. Reka Bentuk dan Pembinaan Bahan
Sumber Pengajaran

 Reka Bentuk Bahan dan Pembelajaran


Pengajaran (M)

-Penggunaan Bahan Bercetak


-Penggunaan Bahan Digital
- Penggunaan Bahan Manipulatif

 Bahan Tersedia (DT)

- Prinsip Pemilihan Bahan Tersedia


- Penghapusan Bahan Lama 9 2 2 5
- Penerimaan Bahan Hadiah
- Kawalan Penggunaan Bahan

 Prinsip Membina Bahan (M)

- Pembinaan Bahan audio menggunakan


Podcast

 Menghasilkan Bahan Mengajar dan


Belajar(M)

- Bahan yang dihasilkan oleh guru


- Bahan yang dihasilkan oleh murid
6. Pengajaran Mikro dan Makro Pendidikan
Islam
 Pengajaran Mikro

- Konsep prinsip dan matlamat pengajaran 9 6 2 1


mikro (M)
- Kemahiran asas pengajaran mikro (M)
- Rancangan pengajaran mikro (DT)
- Aplikasi pengajaran mikro (K)
viii
 Pengajaran Makro

- Konsep, prinsip dan matlamat pengajaran


makro (M)
- Rancangan pengajaran makro (K/DT)
- Simulasi pengajaran makro (K)
- Penilaian Pengajaran makro (K)

45 18 9 18

Nota:
K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian

ix
UNIT 1
STRATEGI PENGAJARAN RASULULLAH SAW DAN ULAMA’

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :


1. Menjelas dan menghubungkait pendekatan, kaedah, prinsip, ciri dan
teknik pengajaran Rasulullah SAW secara kritis dengan PAK21.
2. Menghuraikan dan menghubungkait kaedah dan teknik
pengajaran para Ulama’ dalam pengajaran dan pembelajaran dengan merujuk
pelbagai sumber dan PAK21

Sinopsis

Unit ini menerangkan tentang pendekatan dan kaedah pengajaran Rasulullah SAW kepada para sahabat.
Unit ini turut membincangkan kaedah dan teknik pengajaran Para Ulama’ dalam menyampaikan ilmu di
zaman mereka. Strategi pengajaran Rasulullah dan para ulama’ ini akan dikaitkan dengan pembelajaran
dan pengajaran abad ke 21.

KERANGKA TAJUK:

Strategi pengajaran Rasulullah SAW dan Ulama’


 Pendekatan dan Kaedah Pengajaran Rasulullah SAW
 Kaedah Pengajaran Ulamak
 Tugasan/Latihan
 Pembelajaran Dalam Talian

1.0 PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN RASULULLAH SAW


Kejayaan pendidikan Rasulullah SAW berkait rapat dengan kebijaksaan baginda. Baginda selaku
contoh teladan kepada umat manusia merupakan tokoh pendidik yang banyak memperkenalkan
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dalam usaha baginda menyampaikan ilmu serta
berdakwah. Justru, Rasulullah SAW mapu mendidik ummah dalam masa yang singkat. Baginda telah
menggunakan pendekatan yang berkesan dengan kaedah-kaedah pengajaran yang unggul dan
tersendiri. Baginda berjaya mewujudkan generasi celik huruf dan sentiasa menggalakkan umatnya agar
tidak jemu menuntut dan menyampaikan ilmu demi meneruskan pengamalan syariat Islam. Umat Islam
khususnya guru Pendidikan Islam seharusnya mengaplikasi kaedah dan teknik baginda dalam
pembelajaran dan pengajaran mengikut kesesuaian pelajar pada abad ini.

1
1.1 PENDEKATAN PENGAJARAN RASULULLAH SAW

(i) Menjadikan diri sebagai model Pendidikan


Rasulullah SAW menggunakan pendekatan yang pratikal dengan cara menjadikan budi pekerti
sebagai ikutan teladan yang baik kepada para pelajar. Baginda tidak pernah mengarahkan sesuatu
perkara melainkan setelah baginda melakukannya terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti oleh para
sahabat berdasarkan apa yang mereka lihat. Pendekatan inilah yang merupakan bukti paling kukuh
akan kebenaran ajarannya. Baginda mengarahkan sesuatu perkara dan mengamalkan perkara
tersebut terlebih dahulu. Dalam perkara larangan pula, baginda meninggalkannya terlebih dahulu
sebelum meminta para sahabat berbuat demikian. Dalam memberi peringatan pula baginda
merupakan yang pertama sedar dan insaf sebelum menasihati orang lain. Dengan hakikat ini
seluruhnya, menjadikan hukum syarak yang diturunkan ke atas baginda sebagai satu hujjah dan
petunjuk ke arah jalan yang lurus.

(ii) Mengajar secara beransur-ansur


Rasulullah SAW cukup menitikberatkan konsep beransur-ansur semasa dalam menyampaikan
pengajaran. Rasulullah mengutamakan perkara yang lebih penting dalam pengajarannya sebelum
beralih kepada perkara penting yang lain. Tujuan Rasulullah SAW berbuat demikian agar pelajarnya
mudah memahami, mengingati dan mencerna isi pelajaran yang disampaikan.

(iii) Meraikan perbezaan pelajar


Rasulullah SAW sentiasa meraikan perbezaan setiap individu yang belajar sama ada daripada
golongan yang disampaikan seruan dakwah atau yang bertanya. Baginda berinteraksi dengan setiap
individu berdasarkan kefahaman dan bersesuaian dengan kedudukan mereka. Baginda juga

2
menjaga perasaan pelajar baharu, Rasululullah SAW tidak mengajar mereka perkara yang diajar
kepada pelajar lama. Baginda menjawab soalan yang diajukan berdasarkan kepentingan dan situasi
penyoal tersebut.

(iv) Kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah


Kadang kala Rasulullah SAW menyoal para sahabat mengenai perkara yang baginda sendiri sudah
mengetahuinya. Persoalan ini bertujuan membangkitkan kebijaksanaan, menggerakkan pemikiran
dan mencetuskan kecerdikan para sahabat. Baginda menyalurkan ilmu kepada para sahabat
melalui pendekatan mengemukakan hujah agar dapat menilai ilmu yang ada dalam minda mereka
dan menggalakkan mereka berfikir secara kritis sebelum mengeluarkan hujah.

(v) Dailog dan soaljawab


Kaedah yang kerap digunakan oleh Rasulullah SAW dalam pengajaran adalah berbentuk dailog dan
bersoaljawab. Dailog dapat menarik minat dan perhatian pendengar dan mengajar serta mendorong
mereka agar menjawab sesuatu persoalan menggunakan idea yang bernas. Jika para sahabt tidak
dapat menjawab persoalan yang diutarakan maka jawapan yang diberikan oleh baginda mudah
difahami dan amat berkesan dijiwa mereka.

(vi) Kiasan dan perumpamaan


Dalam mendidik, Rasulullah SAW juga membuat kiasan untuk para sahabat baginda dan
memberikan alasan logik mengenai sesuatu hukum. Pendekatan ini digunakan apabila perkara
tersebut mengelirukan dan hukumnya susah untuk diketahui. Dengan kaedah kiasan, kesamaran
dan kekeliruan tersebut boleh tersingkap. Justru, bahasa kiasan bertindak sebagai satu pendekatan
memahami hukum syarak dan matlamatnya yang luas.

3
1.2 KAEDAH PENGAJARAN RASULULLAH SAW

Rajah 2 : Kaedah Pengajaran Rasulullah SAW

(i) Kuliah dan Khutbah


Antara cara pengajaran Baginda ialah kuliah dan khutbah yang biasanya disampaikan di masjid dan
di rumah, terutama khutbah setiap jumaat. Sebelum baginda wafat, dalam Hajjatul Wada’, banyak
pengajaran disampaikan oleh baginda dalam ucapan baginda melalui khutbah. Pada musim haji
tersebut baginda telah banyak berucap di Arafah, Mina, Perigi Ghadir dan Uhud.
(ii) Perbincangan
Rasulullah juga menggunakan kaedah dialog atau perbincangan dalam pengajaran baginda.
Baginda pernah berdialog dengan sekumpulan pemuda Bani al-Marith bin Ka’ab bertujuan supaya
mereka menerima Islam dengan prinsip yang betul. Baginda berbincang agar penerimaan Islam
mereka bukan kerana kebaikan Khalid bin al-Walid yang telah dihantar kepada mereka. Dalam hal
ini, mereka dengan tegas telah menjawab kepada Rasulullah SAW ; “Kami sekali-kali tidak
memujimu dan juga tidak memuji Khalid”. Lantas Baginda bertanya: “Siapa lagi kamu puji?”
Mereka menjawab; “Kami memuji Allah SWT yang memberi petunjuk kapada kami mengikutmu
wahai Rasulullah”. Baginda berkata; “Kamu benar” (Muhammad Afif al-Za’bi, 1977). Corak
pengajaran yang sempurna ini adalah berbentuk dua hala, iaitu daripada pihak guru dan pihak
murid.

(iii) Hafalan

4
Teknik hafalan merupakan satu teknik yang wujud pada diri Rasulullah SAW. Keadaan ini jelas
kepada kita apabila turun sahaja wahyu kepada baginda, baginda terus bersungguh-sungguh
menghafalnya supaya tidak lupa sehinggalah turun jaminan Allah yang akan menetapkan ingatan
baginda terhadap wahyu, melalui firman-Nya dalam Surah al-Qiyaamah 75 : 16 – 19 yang
bermaksud :

Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Quran Yang
diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan
kepadamu. Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu),
dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu. Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan
bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.
Kemudian, Sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang
memerlukan penjelasan.

(iv) Perdebatan
Teknik perdebatan dalam penyampaian ajaran Islam telah digunakan oleh Rasulullah SAW.
Baginda bercerita tentang perdebatan Nabi Ibrahim AS dengan Namrud. Al-Quran telah
menjelaskan hal ini, melalui firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, 2 : 258 yang bermaksud :

Tidakkah Engkau (pelik) memikirkan (Wahai Muhammad) tentang orang Yang berhujah membantah
Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu
Kuasa pemerintahan? ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang
mematikan". ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata
lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah Dia dari barat?"
maka tercenganglah orang Yang kafir itu (lalu diam membisu). dan (ingatlah), Allah tidak akan
memberikan petunjuk kepada kaum Yang zalim.

(v) Bercerita
Rasulullah SAW dalam menyampaikan ajaran Islam, banyak menggunakan kaedah bercerita. Hal
ini dapat dilihat dengan jelas kerana dalam al-Quran banyak terdapat cerita-cerita lampau seperti
kisah nabi-nabi dan juga umat-umat terdahulu. Antara ayat yang menerangkan hal ini ialah firman
Allah dalam Surah an-Nisa’, 4 : 164 yang bermaksud :

Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul Yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu
sebelum ini, dan Rasul-rasul Yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. dan Allah telah
berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).

(vi) Menggunakan Gaya atau Isyarat


Baginda juga sering menggunakan gaya atau isyarat dengan anggota badan baginda. Contohnya,
ketika baginda menjawab pertanyaan tentang orang yang memelihara anak yatim, sabda
Rasulullah SAW :

‫س ِط‬
َ ‫الو‬
َ ‫ع‬ َ ‫وأشار السبابة وأصبو‬
َ ‫أنا وکافِ ُل اليتيم کهاتَين‬
Maksudnya : Aku dan orang yang memelihara anak yatim seperti dua ini (sambil diisyaratkan ibu
jari dan jari tengah)

5
Baginda juga pernah menjelirkan lidahnya ketika ditanya oleh Sufyan bin Abdullah al-Bajali
tentang apa yang paling ditakuti. Baginda mengisyaratkan lidah sebagai benda yang paling ditakuti
dalam usaha berpegang pada jalan yang lurus (Abdullah Nasih Ulwan, 1983).

(vii) Menggunakan Lakaran


Rasulullah SAW mengajar kaum muslimin dengan bersungguh-sungguh. Baginda pernah
menggunakan ranting kayu untuk menggaris di atas tanah dalam menafsirkan ayat al-Quran Surah
al-An’am, 6 : 153 yang bermaksud:

Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam) Yang betul lurus, maka hendaklah kamu
menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-
jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan Yang demikian itulah Allah
perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

(viii) Pengajaran Secara Praktikal atau Demonstrasi


Rasulullah SAW bukan sahaja mengajar secara teori kepada kaum muslimin bahkan segala tingkah
laku baginda menunjukkan apa yang diajar. Hal ini adalah kerana baginda bukan sahaja Rasul
yang mengajar manusia, malahan menjadi ikutan sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-Quran
melalui Surah al-Ahzaab 33: 21 yang bermaksud:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi
orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula
menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

(ix) Pengulangan
Rasulullah SAW mengulangi pengajaran yang disampaikan bagi menguatkan ingatan dan
menegaskan kepentingan isi kandungannya. Pengulangan ini bertujuan supaya para pendengar
dapat memahami, mencerna dan mengingat perkara yang disampaikan oleh baginda. Menurut
Imam Bukhari ( Bukhari : 93) Ababila berbicara, Rasulullah SAW akan mengulangi sebanyak tiga
kali agar ia dapat difahami.

(x) Galakan Mempelajari Bahasa Asing


Untuk menentukan umat Islam mendapat faedah daripada tamadun lain yang ada di sekeliling
negara Islam. Rasulullah SAW menggalakkan para sahabat berusaha menterjemahkan khazanah
ilmu mereka ke dalam bahasa Arab. Antara sahabat, terdapat orang yang mahir dalam bahasa
Farsi, Rumawi dan Habsyi tetapi tidak terdapat sahabat yang mahir dalam bahasa Siryani yang
digunakan oleh kaum Yahudi. Baginda telah memerintahkan Zaid bin Thabit supaya mendalami
bahasa tersebut.
Diriwayatkan bahawa Zaid bin Thabit telah menjelaskan dengan ungkapan bermaksud :
“Rasulullah SAW pernah memerintahkan aku mempelajari bahasa dan tulisan Siryani. Demi Allah,
orang Yahudi sendiri tidak percaya akan tulisanku. Aku sudah menguasai bahasa itu dalam masa
kurang daripada setengah bulan. Pada ketika itu, aku menjadi penulis baginda untuk menulis surat

6
kepada mereka (Yahudi) dan membacakan surat-surat yang datang daripada mereka.” (Yusuf al-
Qardhawi, 1989).

1.3 KAEDAH PENGAJARAN ULAMA’

Terdapat ramai tokoh ulama’ Islam yang boleh dijadikan ikutan dan contoh teladan dalam penyampaian
ilmu. Mereka telah menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang dapat mempengaruhi sikap dan
pemikiran umat di zaman kegemilangan Islam. Kaedah dan teknik ini juga masih diguna pakai oleh
para guru dalam penyampaian ilmu di bilik darjah.

(i) Kaedah Imam Abu Hanifah

Dalam menyampaikan pengajaran, banyak kaedah yang beliau gunakan bergantung pada
keadaan atau situasi pembelajaran serta keadaan persekitaran. Antara kaedah yang digunakan
oleh beliau secara umumnya adalah seperti berikut ;
- Kaedah Mujadalah
Kaedah ini banyak digunakan ketika beliau berdepan dengan pelajarnya yang dewasa. Beliau
sama sekali tidak membenarkan mereka bertaklid sahaja, sebaliknya dididik berfahaman merdeka.
Mereka bebas berfikir untuk memecahkan persoalan-persoalan dan dibenarkan membantah
pengajaran atau pendapat Imam Abu Hanifah yang dianggap bertentangan dengan wahyu Allah
dan hadis nabi yang disertai dengan akal yang bersih dari segala bentuk pengaruh.
- Kaedah Menyelesaikan Masalah
Kaedah ini banyak digunakan oleh beliau ketika berhadapan dengan golongan pembesar, ketua-
ketua jabatan dan orang yang datang menemui beliau dengan membawa beberapa masalah atau
persoalan untuk diselesaikan. Sering kali timbul masalah-masalah baharu yang tidak menemui
hukum atau keputusan berdasarkan al-Quran dan hadis berjaya beliau selesaikan berdasarkan
ijtihadnya. Imam Abu Hanifah merupakan seorang yang bijak menyelesaikan masalah yang rumit
bagi orang lain untuk menyelesaikannya.

7
- Kaedah Nasihat
Kaedah lain yang sering digunakan oleh beliau ialah kaedah memberi ajaran dalam bentuk nasihat
secara langsung kepada pelajarnya, sama ada yang berkaitan dengan soal keagamaan, adat
kekeluargaan, adab bergaul dan sebagainya. Contohnya, nasihat yang telah beliau berikan kepada
beberapa orang pelajarnya seperti Abu Yusuf Yaacob bin Ibrahim, al-Qadhi dan rakan-rakannya.
Nasihat tersebut dianggap sebagai nasihat yang luar biasa. Beliau telah membawa satu
perlembagaan yang aneh tentang cara berbudi bahasa terhadap raja-raja dan juga orang ramai.
Beliau menunjukkan kepada pelajarnya jalan bagi mendapat taufik dan kejayaan dalam bidang
ilmu pengetahuan dan pengajaran.
- Kaedah Teladan Yang Baik
Kaedah ini merupakan satu cara tidak langsung semasa beliau menyampaikan ajaran kepada
pelajarnya. Beliau banyak menunjukkan contoh, sikap, tindakan serta tutur kata yang baik, yang
dapat dilihat dan dicontohi oleh mereka. Secara tidak langsung, beliau mendidik pelajarnya melalui
contoh teladan baik yang beliau tunjukkan kepada umum. Contohnya, beliau telah menunjukkan
satu ajaran melalui sikapnya yang tidak menyukai atau tidak bekerjasama dalam hal rasuah,
ganjaran kebendaan dan sebagainya yang terlalu berbentuk keduniaan. Kisahnya, pada suatu
masa khalifah al-Mansur telah berselisih faham dengan isterinya dan mereka berdua datang
mengadu kepada Imam Abu Hanifah. Kebenaran berpihak kepada isterinya lantas beliau
menghantar hadiah kepada Imam Abu Hanifah, tetapi ditolak oleh beliau dan berkata; “Sampaikan
salamku kepada mereka berdua dan katakan kepada mereka aku berjuang kerana Allah. Aku
mengikut apa yang diredhai Allah, aku tidak sekali-kali berniat hendak berdamping diri kepada
sesiapa dan aku tidak berharap kepada sesiapapun dalam hal agama”.
Imam Abu Hanifah berpendapat, tidak harus bagi seseorang menjadi Kadi jika dia menerima
rasuah atau lain-lain dalam hukumannya dan hendaklah dia tinggalkan pekerjaan itu dan beliau
berkata :
“Siapa yang menerima rasuah, dia tidak lagi menjadi kadi walaupun imam atau ketua negeri tidak
lagi melucutkan jawatannya”

(ii) Kaedah Imam Malik

- Kaedah Syarahan
Kaedah syarahan atau kuliah merupakan kaedah yang paling banyak digunakan oleh Imam Malik
dalam menyampaikan pengajaran. Majlis kuliah beliau diadakan di Masjid Madinah dan di rumah
beliau sendiri. Dalam majlis tersebut, imam Malik seorang sahaja yang menyampaikan ucapan dan
syarahan sementara orang lain mendengar dengan penuh perhatian. Tidak ada sedikitpun suara
yang membantah atau seumpamanya. Para pendengar tunduk dan tenang mendengar
pengajaran yang beliau sampaikan.
Imam Malik mula menyampaikan kuliah atau syarahan sejak berusia 17 tahun. Beliau tidak
mengajar melainkan setelah mendapat pengakuan daripada 70 orang gurunya.
- Kaedah Menyelesaikan Masalah

8
Kaedah menyelesaikan masalah juga digunakan oleh imam Malik khususnya dalam perkara yang
berkaitan dengan hukum. Setiap masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh pelajarnya akan
dirujuk kepada beliau. Sepanjang hidup imam Malik, beliau banyak dihujani dengan bermacam-
macam masalah yang berkaitan dengan hukum. Masalah yang dikemukakan kepada beliau bukan
sahaja datang daripada penduduk sekitar Madinah malahan daripada wilayah-wilayah yang jauh.
Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, Imam Malik tidak suka kepada masalah andaian
atau khayalan yakni masalah yang direka-reka dan tidak pernah berlaku. Baliau akan
menyelesaikan masalah yang benar-benar berlaku dalam masyarakat atau masalah yang waqi’i
sahaja. Imam Malik amat berhati-hati dalam menyampaikan jawapan kepada masalah yang
dikemukakan. Beliau tidak akan menjawab sebelum memikir dan mengkaji dengan mendalam.

(iii) Kaedah Imam Syafie

Kewibawaannya sebagai seorang guru yang berpengaruh terserlah ketika beliau masih kecil lagi.
Ini terbukti ketika beliau membacakan ayat-ayat suci al-Quran yang telah memberi kesan yang
mendalam kepada pendengarnya sehingga semuanya dapat menghayati maksud al-Quran dan
disusuli dengan titisan air mata kesedaran. Antara kaedah pengajaran yang dilakukan oleh Imam
Syafei dalam pengajarannya adalah seperti berikut :
- Secara Kuliah
Semasa menetap di Makkah, pemusatan pengajarannya ialah di Masjidil haram (Muhammad Abu
Zuhrah, 1367). Beliau mengajar dengan duduk di atas kerusi dikelilingi oleh murid-muridnya. Masa
ini merupakan saat-saat yang paling subur dalam keilmuannya, di mana imam as-Syafei
menumpukan pemikiran dalam kuliahnya dan bersama murid-muridnya mencari jalan pengeluaran
hukum yang ganjil dan membandingkan antara sumber perundangan yang pelbagai. Selama
sembilan tahun, imam as-Syafei menghabiskan masanya di Makkah bersama-sama para ilmuan
yang lain membahas, mengajar, mengkaji disamping berusaha untuk melahirkan satu intisari dari
beberapa aliran dan juga persoalan yang sering bertentangan yang ditemui pada masa itu.
Di Mesir, beliau juga mengajar di sebuah masjid bernama Masjid Amru bin Ash. Kuliahnya
bermula pada setiap hari dari pagi hingga tengahari (setelah selesai solat subuh hingga waktu
zohor). Selesai solat zohor, baharulah beliau pulang ke rumah bersama dengan pelajar yang rapat
dengan beliau antaranya ialah al-Muzani, al-Rabi’ dan Muhammad bin Abdullah.

(iv) Kaedah Imam Hambali

Imam Ahmad telah menggunakan teknik-teknik berikut dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya ;
- Bercerita
Bercerita merupakan satu teknik yang telah lama digunakan. Teknik yang sama juga digunakan
oleh Imam Ahmad. Teknik bercerita mudah menarik minat seseorang agar dapat menumpukan
perhatian mereka dan menjadikan pembelajaran berjalan dengan baik. Dengan itu, pembelajaran
dalam keadaan yang ideal penerimaannya akan menjadi lebih kekal. Ini dapat dijelaskan semasa
Imam Ahmad menyampaikan hadis, ia akan menceritakan tentang rawi-rawinya satu persatu
9
sehingga sampai kepada Rasulullah SAW. Ini amat penting dalam pengajaran hadis kepada sifat-
sifat perawinya dari segi amalan mereka, thiqah, kuat ingatan dan lain-lain lagi akan menentukan
kesahihan sesuatu hadis.
- Bersyarah
Bersyarah bukan sahaja sekadar membaca, tetapi memberi interpretasi dan menghuraikan idea-
idea supaya para pelajar dapat memahaminya. Teknik ini juga digunakan oleh guru-guru yang
masyhur, termasuk nabi-nabi dan para bijak pandai. Teknik yang sama juga telah digunakan oleh
Imam Ahmad dalam pengajarannya.

(v) Kaedah Imam al- Ghazali

Dalam menyampaikan pengajarannya, banyak kaedah yang digunakan oleh Imam al-Ghazali.
Antaranya ialah ;
- Kaedah Perbandingan
Kaedah perbandingan digunakan dalam pengajaran, perbincangan dan untuk membuktikan
kebenaran fikiran dan kepercayaan mereka kepada karya-karyanya. Dalam kitab Ihya Ulum Ad-
Din, Imam al-Ghazali menerangkan perbezaan pendapat dalam kalangan cerdik pandai tentang
kebaikan dan keburukan akhlak. Antaranya menurut Hassan Basri, kebaikan akhlak itu adalah
manis muka, memberi kelebihan dan mencegah kesakitan. Al-Wasiti pula berpendapat kebaikan
akhlak ialah tidak bertengkar dengan orang lain dan tidak bertengkar dengannya kerana makrifat
kepada Allah SWT.
- Kaedah Halaqah
Kaedah ini terus menerus digunakan oleh yayasan-yayasan pendidikan dalam dunia Islam.
Semenjak bermulanya dakwah Islamiah, pelajar-pelajar mengelilingi gurunya dalam separa
bulatan untuk mendengar syarahannya. Al-Ghazali telah mendirikan sebuah sekolah berhampiran
rumahnya untuk penuntut-penuntut ilmu dan sebagai tempat singgah bagi golongan sufi. Maka
tidak dapat dielakkan, Imam al-Ghazali juga melaksanakan kaedah halaqah di sekolah tersebut
ketika menyampaikan ilmu kepada penuntut-penuntutnya.
- Kaedah Petunjuk dan Bimbingan
Imam al-Ghazali ialah seorang peneliti dan selalu mengadakan percubaan sebelum memberikan
pendapatnya. Pendapat-pendapat beliau diperah daripada kemurnian hidup yang dihayatinya,
dimensi-dimensi ilmu pengetahuan yang dicapainya melalui percubaan-percubaan yang telah
dilakukan dan daripada beberapa kesulitan yang dialami di dalam kehidupannya. Misalnya, dalam
menanamkan dasar-dasar agama kepada anak-anak, Imam al-Ghazali memulakan dengan meniru,
iaitu menunjuk cara, diikuti dengan meyakini dan menguatkan dengan dalil-dalil, membaca ayat-
ayat al-Quran dan menerangkan kandungan serta maknanya (Fathiyyah Hassan Sulaiman, 1986).
- Kaedah Dialog dan Perbincangan
Kaedah dialog adalah kaedah yang berdasarkan dialog, perbincangan melalui soal jawab untuk
sampai kepada fakta yang tidak dapat diragukan, dikritik dan dibantah lagi. Imam al-Ghazali pernah
menggunakan kaedah perbincangan dan dialog bagi mendalamkan lagi kefahaman seseorang
terhadap ilmu pengetahuan (Abdullah Ishak, 1989). Kaedah ini dapat mengasah otak dan
10
memperkuatkan pendapat di samping kepercayaan kepada diri sendiri dan berkemampuan untuk
berbicara tanpa teks.

TUGASAN

Hasilkan satu rumusan berbentuk peta konsep tentang persamaan dan perbezaan
antara kaedah pengajaran Rasulullah SAW dengan ulama’ menggunakan peta
pemikiran i-Think yang sesuai.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu sesi.

B. Tajuk Pembelajaran: Strategi pengajaran Rasulullah SAW dan Ulama’

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

i. Meraikan perbezaan pelajar.


ii. Kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi pembelajaran dalam
talian.

11
UNIT 2 PELAKSANAAN PEDAGOGI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat;


1. Membincangkan secara kritis pelbagai strategi dan pendekatan
yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam
2. Perincikan kemahiran menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah.
.

Sinopsis
Unit ini membincangkan tentang kaedah dan teknik yang sering digunakan dalam merancang dan
melaksanakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam. Sebagai
seorang guru Pendidikan Islam, penguasaan kemahiran mengendalikan dan melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran amat
dituntut bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan berkesan, menyeronokkan dan
mengggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran mereka.

KERANGKA TAJUK:
Pelaksanaan Pedagogi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam
 Strategi dan pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran dalam
 Kaedah dan Teknik dalam bidang
Pendidikan Islam
Al Quran dan As Sunnah
Pendidikan Syari’ah Islamiyah
Tasawwur Islam
 Tugasan/Latihan
 Pembelajaran Dalam Talian

2.1 STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


(i) Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan (Kamus Dewan,
2007). Strategi pengajaran merupakan aplikasi kaedah-kaedah pilihan yang bersesuaian dan
digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran untuk memastikan penyampaian dan turutan
pengajaran dapat membantu murid untuk belajar. Strategi pengajaran yang digunakan oleh guru akan
menentukan pendekatan yang akan digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran. Strategi
pengajaran selalunya berkait rapat dengan keperluan dan minat murid untuk meningkatkan

12
pembelajaran dengan berdasarkan kepada pelbagai gaya pembelajaran (Ekwensi, Moranski,
&Townsend-Sweet, 2006).

Rajah 4 : Jenis-jenis Strategi Pembelajaran dan Pengajaran

a. Strategi Berpusatkan Guru


Strategi berpusatkan guru merupakan pendekatan lama yang diamalkan dalam pembelajaran dan
pengajaran. Guru memainkan peranan utama menguasai dan mengawal segala aktiviti sewaktu
proses pengajaran dijalankan. Pelajar hanya mendengar sahaja penerangan guru. Komunikasi
berlaku sehala sahaja. Gurulah yang banyak bercakap manakala pelajar hanya mendengar.
Terdapat beberapa ciri di dalam strategi ini:
i. Komunikasi antara guru dan murid adalah sehala
ii. Kepimpinan guru adalah bersifat autokratik.

Strategi ini lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru dan penyebaran ilmu
pengetahuan lebih diutamakan berbanding penyebaran nilai murni dan perkembangan emosi.
Selain itu, perkara yang diutamakan ialah pencapaian murid dalam keputusan peperiksaan dan
ujian serta teknik pengajaran guru ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafaz. Oleh
yang demikian, murid tidak dapat membuat interpretasi sendiri dan mereka menjadi kurang pasif
serta sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk.
Seorang guru yang masuk ke dalam bilik darjah menggunakan pendekatan berpusatkan
guru akan menunjukkan ciri-ciri berikut:
guru bercakap lebih daripada murid semasa pengajaran;
 Pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas;
 Buku teks merupakan panduan untuk apa yang diajar dalam kelas;
 Setiap episod dalam pengajaran ditentukan oleh guru;
 Meja dan kerusi diatur dalam barisan, mengadap papan kapur; dan
13
 Murid tidak bebas untuk bergerak dalam bilik darjah.

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah
kaedah-kaedah seperti berikut;
 Demontrasi.
 Syarahan/Kuliah.
 Bercerita.
 Penerangan.

b. Strategi Berpusatkan Murid


Sekiranya strategi berpusatkan guru adalah strategi pengajaran secara langsung, maka strategi
berpusatkan murid pula adalah strategi pengajaran secara tidak langsung. Murid memainkan
peranan penting dan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid digalakkan untuk
bergiat aktif dalam proses PdP dan guru hanya sebagai pemimpin untuk membimbing murid dalam
menjalankan aktiviti sama ada secara berkumpulan atau individu. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran lebih banyak masa diperlukan bagi aktiviti pembelajaran murid. Isi kandungan yang
disampaikan perlulah sesuai dengan aras kebolehan dan kontektual murid. Aktiviti-aktiviti perlulah
melibatkan murid secara aktif.
Kajian menunjukkan bahawa strategi berpusatkan murid ini mempunyai kelebihan untuk
memperkembang sikap yang positif, mewujudkan motivasi, memperkembang sahsiah peribadi
dalam menggalakkan kemahiran sosial kumpulan. Bilik darjah yang berpusatkan murid juga
menunjukkan perkembangan yang lebih dalam perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi.
Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah
kaedah-kaedah seperti berikut;
 Kumpulan  Bermain
 Inkuiri penemuan  Simulasi
 Perbincangan  Sumbangsaran
 Penyelesaian masalah  Projek
 Main peranan  Penyoalan

14
Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial (JERIS). Selain itu, ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap kali
digunakan untuk mengesan kelemahan murid. Penyampaian guru pula ditumpukan kepada
pengajaran yang bermakna supaya murid memahami maklumat yang disampaikan dan mereka
berupaya membuat kesimpulan sendiri. Di bawah strategi ini, murid dapat melibatkan diri secara
aktif serta menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.
Guru-guru mestilah mahir dalam mata pelajaran yang diajar. Setiap guru perlu mengetahui
struktur, mengenal pasti konsep-konep penting dan memilih atau mengembangkan pengalaman-
pengalaman yang bermakna kepada murid dan memberi peluang kepada mereka untuk meneroka
dan menemui apa yang guru hendak mereka pelajari.
Unsur-unsur utama yang dapat kita perlihatkan dalam bilik darjah yang menggunakan
pengajaran berpusatkan murid:

 Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak dijalankan
secara keseluruhan kelas
 Pelbagai bahan pengajaran disediakan untuk murid menggunakan secara individu atau dalam
kumpulankumpulan kecil
 Bentuk hala tuju pengajaran ditentukan oleh murid ketika berinteraksi dengan guru.
 Cara menyusun perabot dalam bilik darjah memudahkan murid bekerja secara individu atau di
dalam kumpulan
 Murid dapat bergerak dengan bebas sekiranya perlu membuat tugasan
 Selain guru, murid juga diberi peluang untuk menyuarakan pendapat
-
c. Strategi Berpusatkan Aktiviti
Menurut Merill (2002), pembelajaran akan meningkat apabila murid terlibat dalam melaksanakan
tugas atau aktiviti pembelajaran termasuk demonstrasi atau aplikasi kemahiran-kemahiran belajar
tertentu. Strategi berpusatkan aktiviti ini akan dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya murid
terlibat sepenuhnya dengan aktiviti yang telah diberikan kepada mereka. Sesuatu aktiviti yang
kompleks memerlukan murid mengaplikasikan pelbagai maklumat dan kemahiran (Kamarul Jasmi,
2007) Apabila guru memilih strategi berpusatkan aktiviti, guru perlu memastikan bahawa tugas itu
diberi mengikut tahap iaitu bermula dengan aplikasi kemahiran serta maklumat asas. Setelah
murid memperolehi kemahiran yang mencukupi baharulah aktiviti yang lebih kompleks diberikan.
Merill telah mengemukakan prinsip pertama pengajaran yang merupakan prinsip-prinsip
yang saling berkaitan dan akan dapat meningkatkan pembelajaran murid iaitu prinsip berpusatkan
aktiviti, pengaktifan, demonstrasi, aplikasi dan integrasi.

5. Integrasi 2. Pengaktifan
Pembelajaran berlaku apabila murid Pembelajaran berlaku apabila murid
mengintegrasikan kemahiran baru mengaktifkan pengetahuan sedia ada
dalam kehidupan harian mereka yang relevan.

1. Tumpuan aktiviti
Pembelajaran berlaku apabila murid
memperoleh konsep dan prinsip dalam
konteks dunia sebenar.

4. Aplikasi 3. Demonstrasii
Pembelajaran berlaku apabila murid 15
Pembelajaran berlaku apabila murid
mengaplikasikan pengetahuan dan memerhatikan kemahiran yang perlu
kemahiran baru dipelajari dipelajari
Rajah 5 : Prinsip pertama pengajaran (Merill, 2007)

d. Strategi Berpusatkan Bahan


Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang menekankan kepada penggunaan bahan bantu
mengajar (BBM) seperti slaid, video, gambar, kaset, radio, model, komputer dan sebagainya. Dalam
strategi ini, guru menggunakan BBM tersebut ketika proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Ia bertujuan supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan
penyampaian maklumat dapat dilakukan secara berkesan. Murid-murid juga dapat belajar dengan
bersemangat sekiranya guru pandai menggunakan BBM yang sesuai.
BBM memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan
menggunakan strategi ini guru dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik dan
berkesan. Murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan
aktiviti pembelajaran secara individu atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan-bahan
yang digunakan perlulah memenuhi ciri-ciri seperti berikut;
 Ketepatan
 Kejelasan
 Keluasan
 Kepelbagaian

Strategi yang dirancang perlulah:


 Dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
 Bersifat fleksible - mengikut situasi dan keadaan murid pelbagai aras
kebolehan
 Berpusatkan murid.
 Memberi penekanan kepada pengajaran yang bermakna, kreatif dan
inovatif.
 Menggalakkan Inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah.
 Pengajaran secara kumpulan dan individu digalakkan

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-
kaedah seperti berikut;
 Audio-visual.
 Pengajaran terancang.
 Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran.
 Modul.
 Penggunaan buku teks dan rujukan.

Dalam pembelajaran berpusatkan bahan, peranan guru termasuklah:


 membimbing pelajar di mana untuk mendapat maklumat;
 membantu mereka mencari/membentuk soalan yang sesuai untuk
dikemukakan;
 mengatasi masalah sekiranya mereka di dalam kesusahan;
 memberi galakan apabila mereka menemui kegagalan; dan
 membeolehkan mereka berinteraksi dalam kerja kumpulan.

16
(ii) Pendekatan Pengajaran
Pendekatan merujuk kepada cara guru mengurus isi pelajaran supaya objektif jangka panjang
dapat dicapai. Ia adalah satu bingkai yang besar di dalamnya mengandungi strategi, kaedah dan
teknik. Dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam anda boleh menggunakan apa juga jenis
pendekatan asalkan ia mengandungi ciri-ciri berikut :
 Memberi ilmu - kognitif
 Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah- afektif
 Membina kemahiran dan amalan – psikomotor
 Memupuk dan menanam penghayatan – afektif
 Membentuk pandangan, sikap dan akhlak – afektif
 Mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid
 Menyepadukan faktor dan nilai
 Merentas kurikulum
 Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai
 Memotivasikan murid dalam pembelajaran

Jenis-jenis pendekatan berikut adalah yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Islam:

a. Pendekatan Bersepadu
Dalam pendekatan ini, guru melaksanakan semua unsur-unsur yang terdapat di dalam kurikulum
secara bercantum atau bersatu. Semua ilmu diajar dengan cara saling berkaitan di antara satu
sama lain. Hasil daripada kefungsian menyeluruh dan harmoni menunjukkan bahawa proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Ianya bertujuan untuk menjalin dan
mengadunkan unsur-unsur ilmu, nilai, kemahiran belajar dan penggunaan bahasa yang baik.
Contohnya, semasa mengajar, guru akan mengaitkan dengan isu semasa, menggabungjalinkan
dengan mata pelajaran lain, mengambil kira kemahiran generik bestari, melibatkan aplikasi pelbagai
kecerdasan, pelbagai strategi dan kaedah, menggunakan pelbagai gaya pembelajaran, dan
sebagainya.
Teori Pelbagai Kecerdasan (Howard Gardner, 1994) telah membuka ruang yang luas untuk
membolehkan guru menggunakan pelbagai strategi pengajaran dalam konteks bersepadu.
Menurut Gardner, tidak ada satu set strategi pengajaran yang paling baik untuk semua murid
dalam semua waktu. Memandangkan setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tidak
sama, maka guru dinasihatkan agar menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang disepadukan
dengan elemen-elemen pembelajaran yang lain, termasuk daripada pelbagai disiplin ilmu semasa
mengajar dalam kelas. Kunci utama pendekatan bersepadu ialah murid akan dapat mengenal pasti
isi kandungan pelajaran yang lebih relevan dan bermakna melalui kesepaduan penggabungjalinan
ilmu dan kemahiran agar mereka dapat bertindak balas dalam situasi dunia sebenar.

b. Pendekatan Induktif
Pendekatan ini menggunakan cara pengajaran dengan memperlihatkan bahagian-bahagian kecil
(khusus) sampai kepada perkara-perkara besar atau umum. Pendekatan ini merangkumi beberapa
strategi dan aedah pengajaran termasuk penyelesaian masalah, inkuiri, berasaskan projek,
berasaskan kes dan inkuiri penemuan. Contohnya, guru akan meminta murid- murid
menyenaraikan jenis air yang mereka tahu. Kemudian meminta mereka untuk mengkategorikannya
17
pula mengikut jenis-jenis yang asli dengan yang tidak. Contoh air milo dengan air paip. Kemudian
kita membimbing murid mengaitkan air yang asli dengan air mutlak dan hukumnya.
Ciri-ciri pendekatan induktif:
i. Mengutamakan pengantaraan deria untuk mendapatkan pengetahuan
ii. Kekerapan ulangan diperlukan dalam pelbagai konteks bagi menguasai
sesuatu kemahiran
iii. Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit
iv. Murid-murid berpeluang sepenuhnya belajar di bawah bimbingan guru
v. Mengutamakan penglibatan murid secara aktif dan aspek lisan
vi. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.

Contoh-Contoh Amalan Prinsip Umum

Guru memberikan data Murid diminta Adab dan kemahiran


atau contoh tentang memptaktikkan tingkah laku belajar dapat membantu
tingkah laku (cara belajar) dan cara belajar di dalam mencapai
murid cemerlang. kelas. kecemerlangan.

Rajah 6 : Proses Pendekatan Induktif

c. Pendekatan deduktif
Cara pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan
induktif. Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang berkaitan
contoh hukum halal, haram, rukhsah, azimah dan kemudiannya murid-murid dikehendaki
memberikan contoh atau huraian daripada rumus atau teori yang dikatakan. Contoh-contoh khusus
memerhati, mengkaji, mengenalpasti, mentafsir dan membuat generalisasi.
Dalam konteks pengajaran berpusatkan murid, guru boleh bermula dengan mengemukakan
konsep atau teori, memberi sedikit penjelasan sebagai perancah (scaffolding) atau meminta murid
memberikan penjelasan berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka dan meminta murid
mengemukakan contoh-contoh berkaitan. Misalnya, guru mengemukakan konsep hukum dalam
bermuamalat dan menjelaskan peraturan mengenainya. Seterusnya murid diminta memberikan
contoh untuk mendapatkan penjelasan serta mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada mereka.
Akhirnya murid akan menggunakan konsep tersebut dalam pelbagai keadaan berpandukan
kepada contoh-contoh yang telah mereka berikan.
Ciri-ciri pendekatan deduktif:
i. Mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi
ii. Menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu
iii. Memulakan penyusunan isi daripada keseluruhan yang lebih kompleks
iv. Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal

Prinsip Umum Contoh-Contoh Amalan


18
Guru mengemukakan Mengemukakan contoh- Murid mengamalkan adab
adab menghormati contoh bagaimana bentuk menghormati al Quran
kitab al Quran perlakuan yang semasa belajar dalam
menunjukkan kitab al kelas seperti
Quran dihormati ketika menggunakan tangan
menggunakannya dalam kanan ketika membawa
bilik darjah. kitab al Quran.

Rajah 7 : Proses Pendekatan Deduktif

d. Pendekatan Eklektik
Pendekatan eklektik ialah cara pengajaran dengan menggunakan kedua-dua pendekatan (induktif
dan deduktif) secara serentak. Ia merupakan gabungan pendekatan-pendekatan yang digunakan
untuk melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dalam pendekatan ini pengajaran dan
pembelajaran boleh bermula menggunakan pendekatan induktif iaitu dengan mencari contoh
ataupun huraian, kemudiannya diikuti dengan pembinaan konsep dan seterusnya membuat huraian
atau contoh yang berkaitan. Pendekatan eklektik ini amat sesuai digunakan dalam situasi pelajar
yang mempunyai ragam belajar yang berbeza.

e. Pendekatan Pemusatan Murid


Guru dan murid bersama-sama memainkan peranan dalam proses pengajaran–pembelajaran.
Murid aktif menyertai aktiviti pembelajaran. Komunikasi berbentuk dua hala . Guru menyoal dan
murid menjawab dan sebaliknya. Suasana kepimpinan bersifat demokratik. Dalam pendekatan ini,
pencapaian objektif pembelajaran murid diutamakan.

f. Pendekatan Tematik
Pengajaran tematik bermaksud suatu pengajaran yang disampaikan melalui idea yang besar.
Contoh tema-tema seperti solat, perkara –perkara yang berkaitan dengan bersuci dan lain-lain.
satu-satu tema kemudian dipecahkan kepada komponan-komponan yang kecil dalam setiap
komponan terdapat lagi topik kecil yang boleh dibincangkan. Dalam pendekatan ini guru mengenal
pasti tema-tema yang hendak dijadikan idea utama pengajaran bagi suatu jangka masa. Tema-
tema yang dipilih perlulah sesuai dengan peringkat umur pelajar.
Daripada tema yang dipilih, guru perlu menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang berkaitan dengan
tema tersebut.

g. Qudwah hasanah

19
Guru menjadi model kepada murid. Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar dan mendidik
bakal-bakal pemimpin negara malah mereka juga merupakan model bagi para pelajarnya (role
model). Pelajar akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya begitu
juga bagi keadaan sebaliknya (Najib, 2005). Sikap guru memainkan peranan yang sangat penting
bagi menghasilkan kesan pengajaran kepada pelajar. Oleh itu guru perlulah sentiasa
mempamerkan perilaku yang baik.

2.2 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan satu perancangan atau prosedur bagi
melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Ia merupakan langkah-
langkah atau peringkat- peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan berurutan bagi mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan
pembelajaran guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai terutama kaedah-kaedah yang dapat
memenuhi keperluan murid. Perancangan prosedur tersebut boleh dilakukan dengan cara-cara
seperti berikut:
 Kenalpasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan.
 Tentukan bahan yang hendak disampaikan mengikut peruntukan masa.
 Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang diperkenalkan.
 Susun langkah secara berperingkat

20
Rajah 8 : Kaedah pengajaran yang baik dan proaktif

Teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah atau
cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran.Ia merangkumi aktiviti, perlakuan dan
kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Ia juga ditakrifkan sebagai kemahiran guru
dalam mengelolakan kaedah dan cara menjalankan pelbagai langkah dalam aktiviti pengajaran. Ia
memberi penekanan bagaimana menggunakan sumber-sumber pengajaran serta menimbang
langkah-langkah pengajaran. Dalam menjalankan apa sahaja kaedah/ teknik prinsip-prinsip di
bawah boleh dijadikan panduan:
 Melibatkan murid secara aktif.
 Menggalakkan pengalaman secara langsung
 Menekankan amalan dan penghayatan.
 Mengambil kira kebolehan dan kemampuan murid.
 Menyampaikan pengetahuan dan pengalaman secara bersepadu

Rajah 9 : Tujuan mengadakan teknik pengajaran dan pembelajaran

21
Rajah 10 : Contoh jenis-jenis teknik

(i) Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Bahagian ini memberi penekanan kepada kefahaman dan pelaksanaan kaedah dan teknik yang
boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kebijaksanaan guru memilih
kaedah dan teknik akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

a. Permainan

Bermain sambil belajar merupakan satu kaedah atau teknik yang baik untuk melatih murid sebagai
seorang manusia dan menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kaedah main,
apabila digunkan secara berkesan boleh meningkatkan respon pelajar terhadap sesuatu situasi,
menambah repertoir respon dan kepekaan kepada perasaan orang lain. Pelajar boleh
meningkatkan kebolehan empati, menambah kepekaan proses interaksi dan memiliki kebolehan
menganalisis situasi secara objektif. Kanak-kanak akan akan memperolehi pembelajaran yang
paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan berfaedah
kepada mereka.

Di antara permainan yang biasanya digunakan dalam bilik darjah ialah teka silang kata, teka-teki,
sahibba, domino, kad-kad bergambar, kad perkataan, membentuk perkataan dari kad-kad huruf,
menyambung titik-titik, cantuman gambar, kad nombor, dam ular dan sebagainya. Guru bleh
memikirkan teknik yang bersesuaian seperti berpasangan, koperatif, kolaboratif, perbincangan dan
sebagainya.

22
Kepentingan Main
i. Bermain menjadi fitrah murid dimana dlm proses ini mereka akan
meneroka, membuat inkuiri penemuan dan memperolehi pengalaman
langsung secara semulajadi.
ii. BMB memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana fleksibel
tanpa kongkongan.
iii. Aktiviti bermain membentu perkembangan murid secara menyeluruh
kerana aktiviti bermain dapat memenuhi keperluan kognitif psikomotor
dan efektif.

Rajah 11: Jenis-jenis permainan


b. Sumbang saran

Sumbangsaran merupakan kaedah aktiviti kumpulan yang dapat menggalakkan murid untuk
memberikan tumpuan kepada topik pelajaran dan membolehkan murid menyumbangkan idea
secara bebas. Kaedah dan teknik sumbangsaran telah dikenal pasti sebagai yang paling berkesan
untuk menyelesaikan masalah. Guru boleh memulakan sesi sumbangsaran dengan
mengemukakan soalan atau masalah atau memperkenalkan tajuk atau topik pelajaran. Murid
seterusnya diberi peluang untuk mengemukakan segala kemungkinan jawapan, idea atau
perkataan yang relevan dengan perkara yang dikemukakan. Kesemua idea, jawapan atau
perkataan tersebut akan diterima tanpa syarat, pertimbangan atau kritikan. Lazimnya terdapat
murid yang agak keberatan untuk bercakap dalam kumpulan tetapi melalui kaedah sumbangsaran
yang tidak judgemental akan dapat menggalakkan murid untuk turut serta memberikan sumbangan.
Melalui peluahan idea dan mendengar idea daripada rakan-rakan, murid akan membuat
penyesuaian dan penambahbaikan kepada pengetahuan sedia ada serta pemahaman serta
meningkatkan tahap kesedaran.
Guru pula perlu menekankan kepada kemahiran mendengar secara aktif semasa
berlangsungnya sesi sumbangsaran. Murid juga digalakkan untuk mendengar secara teliti segala
sumbangan rakan-rakan.

23
c. Simulasi / Main Peranan

Kaedah simulasi ialah melakukan satu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja
diwujudkan sama dengan situasi sebenar.

Tujuan kaedah simulasi


 Meningkatkan kebolehan pelajar mengaplikasikan konsep tertentu dalam
menjalankan latihan menyelesaikan maslah.
 Menilai pendapat atau pandangan orang lain
 Membolehkan mereka berinteraksi sesame sendiri untk menyelesaikan
masalah

Jenis simulasi yang biasa dilakukan ialah sosio-drama dan main peranan. Bagi kaedah main
peranan ia sangat mudah dilakukan guru untuk mengajar, ia tidak memerlukan skrip. Guru hanya
memainkan peranan dan menimbulkan situasi pelajar melakonkannya secara spontan. Antara
pengajaran ibadah yangs esuai untuk kaedah ini ialah:
 Ibadah Haji
 Sembelihan dan aqiqah
 Peranan Hakim menjatuhkan hukuman
 Perkahwinan
 Jenis-jenis solat

Kaedah ini merujuk kepada guru mewujudkan satu situasi yang hampir sama dengan yang
sebenarnya bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya, di dalam keadaan terkawal
dan selamat. Contohnya masalah disiplin, adab sopan, peraturan-peraturan, persitiwa-peristiwa
yang berlaku samada di sekolah, jalanraya, pasaraya dan sebagainya. Penggunaan kaedah ini
melibatkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi
atau peristiwa secara berpura-pura dalam keadaan yang terkawal. Melalui lakonan murid-murid
dapat menunjukkan cara bagaimana sesuatu masalah diselesaikan.

Secara spesifik kaedah ini membantu / melatih murid-murid menguasai:


 Kemahiran komunikasi dan bersosial
 Mengubah sikap negatif dan membina sikap positif,
 Kemahiran berfikiran secara kritis dan kreatif
 Perkaitan isi pelajaran dengan aspek afektif (emosi)

Langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah simulasi


Sebelum sesi pengajaran:
 Tentukan objektif dan kandungan tunjuk cara
 Berikan penerangan tentang tunjuk cara
 Sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar
 Pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai bagi kaedah tersebut
 Pastikan keadaan pelajar selesa dan keselamatannya terjamin

Semasa Sesi Pengajaran:

24
 Mulakan dengan set induksi yang menarik untuk merangsang mereka
 Pilih pelajar secara sukarela dan menunjukkan komitmen yang baik
 Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian dan peranan mereka dalam
simulasi tersebut
 Murid diminta memahami tugas yang diberikan kepada mereka
 Berikan tugasan kepada murid lain yang tidak mengambil bahagian

Selepas sesi Pengajaran:


 Lakukan soal jawab bersama pelajar mengenai tajuk dipelajari
 Adakan sesi perbincangan untuk mengesan tahap kefahaman
 Beri peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan dan soalan
 Berikan mereka aktiviti susulan
 Guru membuat penilaian sama ada objektifnya tercapai atau tidak

d. Lakonan

Kaedah lakonan merupakan kaedah pengajaran berbentuk drama pendek atau sketsa melibatkan
lebih dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang diperlukan mengikut
skrip atau isi pengajaran. Sebagai contoh dalam pengajaran akhlak, pelajar diminta melakonkan
watak Imam Ghazali dengan penyamun semasa beliau mengembara menuntut ilmu pengetahuan.
Pelajar terpilih melakonkan watak tersebut dan murid lain memerhatikannya. Dalam kaedah ini,
murid-murid menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang merasai sendiri situasi dan masalah.
Murid juga digalakkan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dikumpulkan semasa sesi
lakonan dijalankan.

Pada akhir pelajaran guru dan murid akan memberi ulasan. Melalui kaedah ini juga pelbagai
kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran lisan, membuat nota dan catatan, menulis dan
mengarang serta kemahiran membuat keputusan.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam kaedah lakonan ialah:
i. Peristiwa yang sesuai
ii. Pelakon hendaklah memahami situasi
iii. Penjelasan kepada penonton tentang apa yang akan mereka saksikan
nanti
iv. Pelakon yang sesuai
v. Lakonan secara bebas, tidak perlu terikat dengan skrip.
iv. Guru perlu membimbing mereka supaya tidak tersasar.
vii. Perbincangan selepas lakonan supaya pelajar benar-benar memahami
viii. peristiwa yang mereka pelajari.

(ii) Pengajaran dan Pembelajaran Al Quran dan As Sunnah

Beberapa kaedah dan teknik yang sesuai boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Al
Quran dan As Sunnah. Guru-guru boleh memilih kaedah dan teknik yang dicadangkan supaya
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

a. Talaqqi Musyafahah

25
Kaedah talaqqi musyafahah merupakan kaedah yang digunakan oleh Saidina Jibril ketika mula-
mula menyampaikna wahyu Allah S.W.T. kepada baginda Rasulullah S.A.W.. Ia merupakan
kaedah pengajaran secara berdepan antara guru dan murid.

Kaedah ini digunakan untuk mengajar membaca al Quran dengan cara guru membacakan
ayat-ayat al Quran mengikut hukum-hkum tajwid yang betul dan diikuti dengan bacaan murid.
Pelaksanaannya perlu dibuat secara bersemuka dan kemahiran mendengar secara aktif
merupakan kemahiran utama yang diperlukan pada murid. Pada asasnya kaedah talaqqi
musyafahah mengutamakan bacaan dengan sebutan yang betul dan tepat melibatkan makhraj
huruf dan hukum-hukum tajwid. Meskipun secara bersemuka, kaedah ini boleh dilaksanakan sama
ada secara individu atau kumpulan.

b. Kaedah Tasmi’

Kaedah tasmik dilaksanakan dengan murid diberi tugas menghafaz ayat tertentundi rumah atau di
luar waktu sekolah. Pada hari yang ditetapkan, murid membaca ayat yang sudah dihafaz di
hadapan guru untuk ditasmik. Guru tasmik hafazan murid tersebut. Murid yang sudah hafaz dicatat
sebagai sudah hafaz, manakala murid yang belum hafaz diminta menghafaz lagi. Setiap guru al-
Qur’an wajib mengetahui dan memahami panduan dan teknik menghafaz al-Qur’an dengan betul
supaya mereka dapat mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan
mencapai hasil yang diharapkan.
Teknik menghafaz al-Qur’an: - Membaca ayat berkenaan dengan sebutan yang betul dan
perlahan-lahan (tartil). Jika ayat panjang ambil sebahagiannya sahaja. [Bacaan berpandukan
mashaf] - Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar. - Setelah lancar baca ayat
berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir). - Ulang beberapa kali dengan bacaan tadwir - Cuba
mengingati ayat-ayat berkenaan tanpa melihat mushaf. Kalau tersangkut barulah lihat mushaf.
Kemudian teruskan bacaan secara hafazan. - Setelah dapat ingat tanpa lihat mushaf, baca pula
ayat sambungannya mengikut langkah-langkah di atas. - Setelah dapat mengingati ayat kedua ini,
mula balik membaca ayat pertama dan ayat kedua secara hafaz, kecuali kalau tersangkut bolehlah
merujuk sekejap kepada mushaf. - Ulang bacaan beberapa kali secara tadwir supaya lancar tanpa
merujuk mushaf. - Baca ayat-ayat yang dihafaz itu dalam solat.

Perhatian:
Metodologi dan psikologi pendidikan al-Qur’an dan As Sunnah hendaklah diterapkan secara
maksimum dan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar tidak mudah jemu,
cepat ingat dan tidak mudah lupa, belajar dalam keadaan tidak tertekan dan berlumba-lumba untuk
menghafaz. Tanamkan semangat ukhuwah dan kasih sayang di antara guru dan murid.
Guru-guru al-Qur’an hendaklah menjaga personaliti mereka. Antaranya ialah boleh
membaca dengan baik, fasih dan bertajwid serta menjadi contoh bacaan kepada anak-anak
didiknya. Selain itu, mereka mestilah ikhlas dan mempunyai keperibadian yang luhur.

26
c. Tikrar

Kaedah ini adalah serupa dengan kaedah latih-tubi. Guru memperdengarkan bacaan kepada murid
berulang-kali supaya murid dapat menanggapi sebutan dan bacaan guru dengan baik. Murid pula
berulang-kali mengulangi sebutan dan bacaan di bawah bimbingan guru dengan betul sehingga
guru berpuas hati dengan sebutan dan bacaan murid.

Kaedah tikrar dilaksanakan dengan cara;


i. Murid mengulangi bacaan guru. Selepas guru membaca, murid-murid ikut.
ii. Murid mengulangi bacaan murid. Selepas seorang murid membaca, murid-murid
lain ikut.
iii. Murid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain
mendengar sahaja.
iv. Seorang murid membaca, murid lain mendengar sahaja.

d. Halaqah

Kaedah halaqah telah wujud sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. lagi. Rasulullah menyampaikan
ilmu kepada para sahabat menggunakan kaedah halaqah. Kaedah ini memerlukan guru berada di
tengah-tengah lingkungan murid yang berbentuk bulatan atau separa bulatan.

(iii) Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Syari’ah Islamiyah

Beberapa kaedah dan teknik yang sesuai boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Syari,ah Islamiyah.. Guru-guru boleh memilih kaedah dan teknik yang dicadangkan
supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

a. Kaedah Penerangan

Kaedah penerangan merupakan kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru. Maksud
kaedah ini ialah, guru memberi penerangan tentang sesuatu tajuk pelajaran atau isi pengajaran
secara lisan. Bagi menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan serta memberi kefahaman
kepada pelajar, guru perlu menggunakan alat bantuan mengajar seperti gambar, carta atau LCD di
samping dapat menarik minat pelajar dalam pelajaran tersebut. Melalui kaedah penerangan, guru
perlu memastikan pelajar dapat memahami penerangan yang disampaikan oleh guru dalam
sesuatu tajuk. Semasa melaksanakan kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap
kedudukan pelajar di dalam kelas supaya setiap individu dapat melihat guru dan mendengar
percakapan guru dengan jelas. Semasa memberi penerangan, guru perlu bertutur dengan jelas dan
terang serta menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar.
Pelaksanaan kaedah penerangan ialah penerangan hendaklah diberikan pada masa yang
sesuai seperti ketika menyampaikan pengajaran baru. Guru hendaklah menyampaikan penerangan
dengan ringkas dan bernas. Setiap penerangan guru perlu diikuti dengan soal jawab secara lisan
atau bertulis untuk menguji kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang telah disampaikan guru.
Penerangan boleh digabungjalinkan dengan teknik-teknik lain seperti soal jawab, perbincangan
supaya pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Kaedah-kaedah yang diperkenalkan dalam
27
strategi pengajaran dan pembelajaran, keseluruhannya adalah baik dan berkesan bagi setiap guru
dalam menyampaikan pengajaran. Keberkesanan kaedah ini adalah bergantung kepada
kebijaksanaan guru menyesuaikannya dengan tahap pencapaian pelajar serta suasana
persekitaran dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai.

b. Tunjuk Cara

Kaedah ini sangat memerlukan kemahiran guru untuk mendemonstrasikan langkah-langkah aktiviti
bersama pelajar. Biasanya ia melibatkan aktiviti penerangan,demonstrasi guru bersama aktiviti
pendengaran dan penglihatan,amali serta percubaan pelajar. Kaedah ini menuntut pemerhatian
yang lebih dari murid terhadap sesuatu proses. Sebenarnya kaedah ini memberi peluang kepada
pelajar berinteraksi secara langsung dengan isi dan situasi pembelajaran yang akan memberikan
mereka pengalaman, pengetahuan dan kemahiran.
. Perlakuan solat boleh dilakukan tunjukcara oleh guru. Guru boleh menunjukcara bagaimana
kedudukan saf dalam solat berjamaah. Perkataan tunjukcara membawa maksud ‘menunjukkan
cara bagaimana sesuatu perlakuan itu seharusnya dilakukan’. Kaedah tunjukcara merujuk kepada
seorang guru/individu melakukan sesuatu perbuatan /perlakuan /prinsip di hadapan murid-
muridnya untuk menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan/ perlakuan / prinsip itu seharusnya
dilakukan. Proses ini mempunyai prosedur dan memerlukan kemahiran guru untuk
melaksanakannya, mendemonstrasikan cara atau langkah – langkahnya dihadapan murid-murid.
Bagi pembelajaran ibadah, kaedah ini sangat praktikal dilakukan kerana ia melibatkan
ibadah amali, dengan ini pelajar mampu mempraktikkan ibadah tersebut di luar waktu pengajaran.
Antara contoh tajuk memerlukan kaedah tunjuk cara ialah:
i. Cara menyucikan najis
ii. Jenis solat
iii. Tayammum
iv. Haji
v. Mandi Wajib
vi. Wudhu’

Kaedah ini telah dilakukan oleh malaikat Jibril ke atas nabi Muhammad saw ketika baginda
diajar berwudhu’ dan melakukan solat.
Tujuan kaedah ini dilaksanakan ialah:
 Pelajar dapat melihat dengan jelas perkara yang belaku
 Pelajar dapat melakunkan semula dengan cara yang betul dan sah
 Memotivasikan pelajar melakukan ibadah di luar waktu sekolah

Langkah-langkah Pengajaran Pendidikan Syariah Islamiyah dengan kaedah Tunjuk Cara

Sebelum Sesi Pengajaran


 Tentukan objektif dan kandungan tunjuk cara
 Berikan penerangan tentang tunjuk cara
 Sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar
 Pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai bagi kaedah tersebut
 Pastikan keadaan pelajar selesa dan keselamatannya terjamin

28
Semasa sesi Pengajaran
 Jalankan kaedah tunjuk cara apabila murid telah bersedia
 Perhatikan tindak balas pelajar
 Galakkan penyertaan murid
 Tarikkan perhatian murid mengenai aspek penting
 Demonstrasi itu dapat dilihat seluruh pelajar
 Libatkan pelajar secara bersama dalam demonstrasi tersebut

Selepas sesi Tunjuk cara


 Lakukan soal jawab bersama pelajar mengenai tajuk dipelajari
 Adakan sesi perbincangan untuk mengesan tahap kefahaman

Berikan mereka aktiviti susulan

c. Perbincangan / Dialog

Satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran, berkongsi
maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan mencari penyelesaian.

Tujuan Perbincangan
 Menggalakkan perkembangan mental.
 Memupuk pemikiran kritis, analitis dan kreatif.
 Menggalakkan perkongsian pendapat.
 Mengikis sikap angkuh dan mendorong dan menerima pandangan orang
lain.
 Membolehkan kewujudan idea yang lebih bernas dan berguna.
 Menggalakkan pemupukan pemikiran yang rasional.
 Menajamkan kemahiran untuk mengemukakan satu-satu pandangan
dalam kumpulan.
 Memupuk semangat kerjasama antara ahli dalam kumpulan.

Perlaksanaan Sesi Perbincangan


Sebelum
 Guru beri penjelasan tentang tugasan dan peraturan perbincangan
 Agih tugas kepada ahli kumpulan
 Guru bimbing perlantikan pengerusi dan pencatat
 Bantu murid tentukan hala aktiviti perbincangan

Semasa
 Bantu murid bincang pandangan/idea yang dikemukakan
 Awasi perbincangan agar tidak terpesong dari tajuk
 Bantu murid beri idea
 Betulkan kesilapan
 Bari galakan kepada setiap ahli supaya mengambil bahagian

Selepas
 Guru boleh tamatkan perbincangan setelah setiap kumpulan mempunyai
bahan yang mencukupi
 Hasil perbincangan boleh disusun, disunting dan dicetak untuk diedarkan
kepada semua murid
 Beri ulasan dan rumusan

Prinsip Perbincangan
29
 Tajuk yang sesuai
 Maklumkan tujuan perbincangan
 Lantik pengerusi, pencatat dan pelapor
 Pastikan pelajar tahu cara perbincangan
 Guru sebagai fasilitator
 Penglibatan pelajar perlu aktif
 Pelajar digalakkan catat idea yg disarankan
 Adakan rumusan akhir
 Peruntukkan masa untuk guru buat ulasan
 Beri pujian dan galakan

Jenis-jenis Perbincangan
 sesi buzz,
 sumbangsaran
 seminar
 forum
 Perbahasan

d. Soal jawab / Sokratik

Kaedah soal jawab merupakan kaedah di mana guru mengemukakan soalan, manakala pelajar
pula memberi jawapan. Kaedah soal jawab juga biasanya berdasarkan kepada dialog dan
perbincangan untuk mendapatkan jawapan serta fakta yang tidak dapat diragui kebenarannya atau
dikritik lagi. Proses pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah soal jawab disepadukan dengan
kaedah perbincangan kerana ia dapat menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran di samping
membantu meningkatkan kecerdasan otak, mencungkil bakat dan dapat menghidupkan suasana
pembelajaran. Oleh itu guru digalakkan mempraktikkan kaedah ini semasa proses PdP kerana ia
merupakan kaedah interaksi dua hala yang melibatkan pelajar dan guru, di samping itu ia turut
menyumbang kepada kesan yang positif dan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada
kepada pelajar.

e. Bercerita

Dalam konteks pendidikan, kaedah bercerita ialah seorang guru menyampaikan isi pengajaran dan
pembelajaran secara bercerita dalam suasana menghiburkan. Bagaimapun, guru perlu mematuhi
perinsip bercerita supaya ia sesuai dengan murid yang mendengar cerita tersebut.

Antara prinsip bercerita ialah:


Ketika sesi pengajaran dijalankan, guru hendaklah bercerita secara ikhlas dan ada unsur dakwah
dengan tujuan mendidik murid supaya berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah swt. Justeru itu,
cerita yang dipilih hendaklah mempunyai unsur didikan dan pengajaran. Elakkan membawa cerita
berunsur khayalan, seks, karut dan khurafat.

Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Bercerita:


 Sediakan senarai tajuk yang sesuai
 Tentukan penyelidikan secara individu atau kumpulan
 Menerangkan dengan jelas cara menjalankan penyelidikan
 Memastikan murid menyediakan soalan sekiranya melibatkan temubual
30
atau pemerhatian

Guru hendaklah memastikan:


i. Cerita mestilah mempunyai tema yang sesuai dengan umur, latarbelakang
dan pengalaman murid
ii. Mestilah menggunakan bahasa yang sesuai, mudah, tepat dan jelas
iii. Plotnya hendaklah disusun atur dari permulaan hingga kesudahannya
iv. Penyampain menarik, jelas dengan intonasi yang sesuai
v. Gerak badan dan ekspresi wajah mesti sesuai dengan suasana dan mood
cerita seperti riang, sedih atau marah

Bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai, guru perlu terlebih dahulu merangka langkah-
langkah bercerita iaitu:

1. Sebelum sesi bercerita


 Memilih cerita sesuai dengan tema dan isi pelajaran
 Wujudkan suasana memberangsangkan dan sesuai dengan isi cerita
 Menyediakan soalan yang sesuai untuk sesi bercerita
 Sediakan bahan bantu mengajar yang sesuai

2. Permulaan Pengajaran
 Gunakan set induksi yang sesuai
 Kemukakan beberapa soalan
 Tunjukkan gambar, rajah dan peta.
 Membuat kuiz dan teka teki

3. Semasa sesi bercerita


 Gaya dan nada suara yang sesuai
 Pandang semua pelajar dan adakan kontak mata
 Gunakan gerak isyarat atau bahasa badan
 Gunakan soalan apabila pelajar mula bosan
 Libatkan murid dalam aktiviti bercerita
 Terapkan nilai-nilai keIslaman dalam cerita

4. Selepas sesi bercerita


 Beri peluang murid bertanya soalan
 Menyoal pelajar tentang pengajaran cerita
 Melakukan aktiviti sesuai sebagai tugasan susulan

(iv) Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Tasawwur Islam

a. Projek

Satu kaedah di mana murid-murid menjalankan sesuatu aktiviti atau kegiatan dalam situasi yang
sebenar. Ia juga melibatkan penyelidikan atau kajian yang terperinci tentang sesuatu tajuk yang
dilakukan oleh murid secara individu atau berkumpulan di dalam atau di luar bilik darjah. Contohnya
projek gotong royong membersihkan kawasan surau sekolah, membuat buku skrap salasilah
keluarga dan lain-lain. Ciri-ciri ;
 Garis panduan merangkumi maklumat tentang tujuan, hasil yang akan
diperolehi, prosedur-prosedur dan tarikh projek hendaklah disediakan
terlebih dahulu
 Peranan utama guru sebagai pembimbing dan pendorong

31
 Murid bebas mengemukakan pendapat dan memilih projek

Projek dapat meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan
kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain
Murid- murid mendapat pengetahuan yang baharu dan dapat mennggunakan pengetahuan sedia
ada kepada situasi kehidupan seharian.

b. Lawatan

Kaedah pengajaran yang dilaksanakan dengan cara melakukan kunjungan atau lawatan sambil
belajar di luar kelas biasa. Murid memperoleh pengertian yang jelas dengan apa yang dilihat dan
dialami. Melalui kaedah lawatan boleh menimbulkan minat murid untuk mengetahui denganlebih
lanjut lagi mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat dilihat dengan jelas semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas.

Ciri-ciri
 Mempelajari sesuatu yang tidak boleh dibawa atau dipindahkan ke bilik
darjah
 Menarik minat dan menumpukan kepada situasi atau masalah yang
memerlukan kajian
 Mendapat gambaran yangsebenar tentang amalan dan tindakan operasi
kerja secara realistik
 Menghubungkan teori dengan praktikal

Langkah-langkah
 Sediakan senarai tempat lawatan yang sesuai
 Tentukan tugasan secara individu atau kumpulan
 Menerangkan dengan jelas aktiviti semasa lawatan
 Pastikan murid membuat laporan /menghantar tugasan selepas lawatan

c. Penyelesaian Masalah

Kaedah penyelesaian masalah sebenarnya merupakan cara pengajaran yang berdasarkan


penyiasatan yang saintifik. Berikut adalah langkah-langkah strategi penyelesaian masalah:
Rajah 12: Penyelesaian masalah

32
TUGASAN

UNIT INI TIADA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

33
UNIT 3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
ISLAM ABAD KE 21

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan Prinsip-prinsip kemahiran pembelajaran abad 21.


2. Menjelaskan ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21.
3. Menghuraikan persekitaran bilik darjah abad ke-21
4. Mengaplikasikan kemahiran dalam menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran abad ke-
21 dalam pengajaran Pendidikan Islam

Sinopsis
Unit ini disediakan bagi membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran dalam menggunakan strategi
pengajaran dan pembelajaran abad 21. Pelbagai maklumat disediakan untuk membantu pelajar mendapat
gambaran yang jelas tentang Prinsip-prinsp dan ciri-ciri pembelajarn abad 21 dan persekitaran bilik darjah
abad 21.

Kemahiran mengaplikasi strategi pengajaran dan pembelajarn abad 21 merupakan satu daripada
kemahiran yang perlu dimiliki oleh guru-guru. Dengan menggunakan kemahiran ini guru dapat
menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran serta merangsang mereka
untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Selain daripada itu ia dapat mempertingkatkan tumpuan pelajar
untuk terus belajar tanpa jemu dan memahami dengan lebih mendalam tentang isi pelajaran yang
disampaikan.

Kerangka Tajuk
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Abad ke 21
 Prinsip-prinsip pembelajaran abad ke 21
 Ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21
 Aplikasi pendekatan dan kaedah Rasulullah SAW dan Ulama’
dalam pembelajaran dan pengajaran abad ke- 21
 Tugasan/Latihan
 Pembelajaran Dalam Talian

34
3.1 Prinsip-prinsip pembelajaran abad ke 21

Prinsip-prinsip kemahiran pembelajaran abad ke-21


- Ittisaliyah (Komunikasi)
- Ta’allum Ta’awuni (Kolaboratif)
- Tafkir al-naqdi (Pemikiran Kritis)
- Tafkir ibda’i (Pemikiran Kreatif)

Rajah 6: Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21

35
3.1.1 Ittisaliyah (Komunikasi)

Dunia moden memerlukan warga yang boleh memproses dan menganalisis jumlah komunikasi yang
banyak dengan berkesan. Mereka harus boleh menapis, membezakan, dan mengenal pasti maklumat
yang benar, palsu, dan bagaimana maklumat itu boleh digunakan.

Selain daripada itu, komunikasi dalam abad ke-21 tidak terhad kepada perkongsian maklumat secara jelas,
ringkas, dan padat tetapi turut merangkumi pilihan bentuk komunikasi yang sesuai dan kebolehan
mengurus konflik serta menjalin interaksi yang berkesan dengan orang daripada pelbagai latar belakang,
budaya, dan negara (NEA, 2010).

Pusat Penyelidikan Pendidikan dan Teknologi Pendidikan (CREET) dalam penyelidikan mengenai kualiti
pertuturan melalui Projek Pemikiran Bersama dalam Bilik Darjah Sekolah Rendah di United Kingdom
mendapati bahawa terdapat tiga bentuk pertuturan dalam kalangan pelajar:

 Pertuturan Kumulatif di mana pelajar berkongsi pengetahuan dan menerima pendapat orang lain
secara tidak kritikal
 Pertuturan Pertikaian di mana pelajar berpegang teguh kepada pendirian mereka dan tidak cuba
memahami idea dan pandangan orang lain.
 Pertuturan Penerokaan di mana pelajar mempersoalkan dan mempertimbangkan idea masing-masing
secara beradab sebelum beralih untuk membuat keputusan bersama.

Daripada ketiga-tiga bentuk pertuturan tersebut, pertuturan penerokaan merupakan cara yang paling
berkesan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Ia menekankan penaakulan, perkongsian pengetahuan,
dan komitmen untuk berkolaborasi.

Para pelajar dalam abad ke-21 dikatakan perlu memiliki ciri-ciri kemahiran komunikasi berikut (NEA, 2010):
 Kebolehan mengartikulasi fikiran dan idea dengan berkesan menggunakan kemahiran
komunikasi verbal, bukan verbal, dan tulisan dalam pelbagai bentuk dan konteks
 Mendengar dengan berkesan untuk mentafsir makna, ilmu, nilai, sikap, dan niat.
 Menggunakan komunikasi untuk pelbagai tujuan berupa untuk menyampai, mengajar,
memotivasi, dan memujuk.
 Kebolehan menggunakan pelbagai media dan teknologi, dan mengetahui bagaimana untuk
menilai impak dan keberkesannya.
 Kebolehan berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai persekitaran yang merentas
bahasa dan budaya.

Kajian literatur oleh Westbrook et. al. (2013) daripada lebih 400 kajian dalam bidang pedagogi, kurikulum,
amalan pengajaran, dan pendidikan guru di negara- negara membangun mendapati bahawa penggunaan
strategi komunikasi oleh guru menggalakkan amalan pedagogi yang interaktif dan memberi kesan positif
kepada pembelajaran murid. Kajian turut menunjukkan bahawa enam amalan komunikasi berikut telah
memberi kesan positif kepada hasil pembelajaran:
 Penerangan guru bersandarkan ilmu pengetahuan yang mantap
 Pelajar berkongsi tugasan melalui perbincangan kelas, kumpulan dan
secara berpasangan.
36
 Kekerapan menggunakan bahan pembelajaran yang relevan selain buku teks
 Penggunaan bahasa tempatan
 Merancang dan mempelbagaikan urutan pengajaran.

Pengaruh teknologi maklumat dan media amat besar dalam kehidupan pada abad ke-21 dan situasi ini
berkehendakkan pengajaran kemahiran komunikasi satu perkara yang sangat penting. Sungguhpun aspek
kemahiran menulis dan membaca amat ditekankan dalam sistem persekolahan (contoh: 3M – membaca,
menulis, mengira) tetapi realitinya adalah masih ramai murid yang tidak menguasai kemahiran-kemahiran
asas komunikasi ini apabila mereka meninggalkan alam persekolahan dan masuk ke alam pekerjaan.
Kelemahan dalam penguasaan kemahiran komunikasi ini khususnya dalam Bahasa Inggeris telah
mencapai satu tahap yang agak membimbangkan baik di negara ini mahupun di negara lain (P21, 2006).

Selain daripada itu, sistem ekonomi yang semakin terjalin secara global (contoh: ASEAN, TPP)
berkehendakkan tenaga kerja yang boleh bekerja merentas ruang lingkup zon masa, sempadan negara,
budaya. Warga kerja abad ke-21 perlu kemahiran komunikasi yang membolehkan mereka mendengar
dengan berkesan, berhujah, berunding, dan melakukan pelbagai interaksi lain yang kompleks merentas
bahasa dan budaya.

Perlu ditegaskan di sini bahawa kemahiran komunikasi tidak boleh dipisahkan dengan kemahiran
kolaboratif yang akan diterangkan selepas ini.

3.1.2 Ta’allum Ta’awuni (Kolaboratif)

Aktiviti kolaboratif memerlukan murid bekerjasama dengan murid lain untuk mencapai sesuatu matlamat.
Dalam proses kerjasama itu, seseorang perlu kemahiran-kemahiran lain yang lebih fleksibel, kebolehan
melayan keperluan dan kehendak yang pelbagai, memahami elemen dinamika kumpulan, menyedari
tanda-tanda atau isyarat yang eksplisit dan implisit, dan bermacam-macam lagi.

Murid-murid dalam abad ke-21 dikatakan perlu memiliki ciri-ciri kemahiran kolaboratif berikut (NEA, 2010):
 Kebolehan untuk bekerja dengan berkesan dan menghormati orang lain.
 Menunjukkan fleksibiliti dan kesanggupan untuk berkompromi untuk
mencapai matlamat bersama.
 Menerima tanggungjawab bersama untuk kerja kolaboratif dan menghargai
sumbangan setiap ahli kumpulan.

Pembelajaran Kolaboratif atau Ta’allum Ta’awuni adalah situasi dimana terdapat dua orang atau lebih
belajar atau berusaha untuk belajar sesuatu secara bersama-sama. Tidak seperti belajar sendirian, orang
yang terlibat dalam pembelajaran Kolaboratif memanfaatkan tenaga, usaha dan keterampilan satu sama
lain dengan meminta maklumat antara satu sama lain, menilai idea-idea satu sama lain, dan memantau
pekerjaan satu sama lain. Lebih khusus, pembelajaran kolaboratif didasarkan kepada model di mana
pengetahuan dapat dibuat dalam suatu populasi di mana anggotanya secara aktif berinteraksi dengan
berkongsi pengalaman dan mengambil peranan yang berbeza antara mereka.

37
Dengan kata lain, pembelajaran secara kolaboratif menumpukan kepada kaedah setiap murid melakukan
tugas umum di mana setiap individu tergantung dan bertanggung jawab satu sama lain. Kolaboratif juga
boleh berlaku di luar bilik darjah dalam pelbagai bentuk. Contohnya sekolah atau murid yang mempunyai
kemudahan ICT yang baik di rumah boleh melibatkan diri dalam kolaborasi secara dalam talian. Hal ini
juga termasuklah percakapan dengan cara bersemuka dan berbincang melalui komputer seperti forum
online, chat rooms dan lain-lain.

Dalam bilik darjah kolaboratif boleh berlaku dalam dua keadaan;


 Kolaboratif berlaku antara murid dengan guru: Guru dan murid berkongsi pendapat, menentukan
aktiviti dan membuat keputusan yang akan dilaksanakan.
 Kolaboratif antara murid: Murid belajar bersama-sama secara aktif, saling membantu untuk
mencapai objektif pembelajaran.

Kelebihan berkolaboratif terbukti melalui hasil-hasil kajian yang telah dibuat. Surowiecki (2004), sebagai
contoh mendapati bahawa dalam sistem ekonomi baharu, kumpulan individu dari latar belakang yang
berbeza mampu menghasilkan ramalan yang lebih tepat dan keputusan yang lebih baik berbanding
dengan seorang pembuat keputusan yang paling baik. Menurut beliau lagi, kolaboratif boleh
mengenemukan pelbagai idea dan perspektif dan dengan itu boleh membuahkan hasil yang lebih
menyeluruh dan holistik di samping memupuk pertambahan ilmu kepada mereka yang terlibat.

Kemahiran komunikasi dan kolaboratif saling berkait dan sukar dipisahkan. Kemahiran komunikasi berupa
kemampuan untuk menyampaikan idea dengan jelas melalui penulisan dan pertuturan. Ia sering juga
diganding dengan kemahiran kolaboratif iaitu mengaplikasikannya dalam aktiviti-aktiviti berkumpulan untuk
mencapai sesuatu matlamat bersama (Seefeldt, 2011).

Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan kepada pembelajaran koperatif di mana apabila elemen-
elemen dalam pembelajaran koperatif yang dibantu oleh guru telah dikuasai dan dikendalikan sendiri oleh
murid sendiri, maka teknik itu telah beralih dari pembelajaran koperatif kepada pembelajaran kolaboratif.
Seringkali, definisi yang diberikan untuk pembelajaran kolaboratif ialah usaha dua atau lebih murid untuk
belajar sesuatu secara bersama-sama dengan memanfaatkan sumber daya dan ketrampilan antara ahli
kumpulan. Maka dengan itu, kedudukan kerusi meja dalam bilik darjah perlulah memberi peluang kepada
murid untuk berinteraksi dan belajar secara berpasangan atau berkumpulan.

3.1.3 Tafkir al-Naqdi (Pemikiran Kritis)

Pemikiran kritikal atau kritis yang merangkumi kebolehan untuk menganalisis maklumat dan menawarkan
penyelesaian untuk masalah merupakan kemahiran penting dalam pendidikan abad ke-21. Pelajar yang
berpemikiran kritikal dikatakan memiliki ciri- ciri berikut (NEA, 2010):

 Berkemampuan menggunakan pelbagai bentuk penaakulan (cth: induktif deduktif) bersesuaian


dengan situasi
38
 Berkebolehan menganalisis dan memahami interaksi antara komponen- komponen dalam system
yang kompleks
 Berkebolehan menganalisis dan menilai bukti-bukti, hujah, dakwaan, dan pendirian
 Berkebolehan menganalisis dan menilai sudut pandangan yang berbeza
 Mensintesis dan memberi makna kepada maklumat
 Mengintepretasi maklumat dan membuat kesimpulan berdasarkan hasil analisis
 Membuat refleksi yang kritikal mengenai pengalaman pembelajaran dan proses-proses yang terlibat

Pihak British Council (2016) pula mendefinisikan pemikiran kritikal sebagai:


 Pemikiran pandu kendiri yang menghasilkan idea yang baharu dan inovatif yang mampu
menyelesaikan masalah.
 Kemampuan untuk membuat refleksi secara kritikal atas pengalaman dan proses serta mampu untuk
membuat keputusan yang berkesan dengan mengelak daripada pemikiran sempit, mengenepikan
evidens, menggunakan perasaan, dan seumpamanya.

Kemahiran pemikiran kritikal dapat dipupuk apabila guru mengubah kaedah mengajar daripada memberi
maklumat kepada murid kepada meminta murid mencari maklumat itu sendiri. Aktiviti pengajaran harus
mempromosikan pemikiran kritikal yang berfokus kepada pemikiran murid kepada usaha pencarian
maklumat dan jawapan yang dikehendaki. Apabila murid sudah selesa dengan cara ini, mereka dikatakan
dapat mengaplikasikannya dalam bidang yang berbeza.

Kebolehan dan keupayaan untuk berpemikiran kritikal dan menyelesaikan masalah adalah penting untuk
murid kerana ia dikatakan dapat membantu dalam perkembangan kemahiran lain berupa tahap konsentrasi
yang lebih tinggi, kebolehan membuat analisis mendalam, dan peningkatan dalam pemprosesan
maklumat.

Anggota masyarakat abad ke-21 juga harus merupakan pemikir kritikal aktif yang dapat membandingkan
evidens, menilai pendapat dan tuntutan yang berbeza di samping dapat membuat keputusan yang rasional.
Ini amat perlu memandangkan bahawa kehidupan seharian memerlukan setiap anggota masyarakat untuk
meneliti, menyemak, dan menyaring pelbagai maklumat mengenai pembelian barangan, kewangan,
kesihatan, kerohanian, rekreasi, dan bermacam-macam lagi sebelum bertindak atau membuat keputusan
tertentu.

Dalam alam pekerjaan, setiap orang perlu menggunakan kemahiran pemikiran kritikal untuk memberikan
perkhidmatan yang lebih bermakna kepada pelanggan, mereka bentuk produk yang lebih unggul, di
samping meningkatkan ketrampilan diri sendiri dalam dunia dan ekonomi yang sering berubah. Ahli-ahli
ekonomi telah meramalkan bahawa ‘dunia baharu’ memerlukan warga yang berpemikiran hebat dan
mampu membuat jalinan komunikasi yang kompleks. Berdasarkan kaji selidik kemahiran kritikal pada
tahun 2010 yang dijalankan oleh Persatuan Pengurusan Amerika, 73.3 peratus eksekutif perniagaan yang

39
dikaji menyatakan bahawa pemikiran kritikal merupakan elemen utama dalam kemajuan kerjaya,
pengurusan bakat, dan kenaikan pangkat seseorang (AMA, 2000).

3.1.4 Tafkir ibda’i (Pemikiran Kreatif)

Pemikiran Kreatif sering dikaitkan dengan inovasi dan ‘pemikiran di luar kotak’. Pengertian kreativiti boleh
diluaskan untuk merangkumi pertukaran idea, pembelajaran cara inkuiri, dan pengumpulan idea untuk
kegunaan masa hadapan. Henderson (2008), mengatakan bahawa kreativiti, kebijaksanaan, dan inovasi
merupakan kunci kejayaan dalam sistem ekonomi global yang sentiasa berubah. Piirto (2011),
membahagikan kemahiran kreativiti kepada tiga kategori iaitu berfikir secara kreatif, bekerja secara kreatif
dengan orang lain, dan melaksanakan inovasi.
Kreativiti dikatakan sebahagian daripada ciri semulajadi manusia. Kanak-kanak dikatakan memiliki daya
kreativiti yang tinggi tetapi ia semakin berkurangan apabila disekat oleh guru yang berkehendakkan
suasana pengajaran yang lebih terkawal. Usaha menggalakkan kreativiti tidak semestinya membawa
kepada huru hara dan ketidaktentuan dalam kelas kerana proses kreatif sebenarnya merupakan usaha
pencarian kaedah baharu atau yang lebih baik untuk melakukan sesuatu seperti yang ditunjukkan dalam
rajah kitaran berikut:

Merancang

Menilai Menghasil

 Membuat perubahan kecil untuk memperbaiki sesuatu


 Menghasil dan mencubanya
 Menilai semula agar perubahan boleh dibuat
 Kitaran kedua…

Murid-murid dalam abad ke-21 dikatakan perlu memiliki ciri-ciri kemahiran kreativiti berikut (NEA, 2010):

 Berfikir secara kreatif


o Boleh menggunakan pelbagai teknik untuk menjana idea (contoh: sumbangsaran, round
table, round robin)
o Mampu menjana idea baharu
o Mampu menghurai, menyaring, dan menganalisa idea asal untuk menghasilkan idea baharu.

40
 Bekerja secara kreatif dengan orang lain
o membentuk, melaksana, dan menyampai idea baharu kepada orang lain dengan berkesan
o bersikap terbuka dan responsif kepada perspektif baharu dan menerapkan input dan
maklum balas dalam idea asal
o menunjukkan keaslian dan inovasi dalam tugas tanpa membelakangkan limitasi yang
dihadapi
o menganggap kegagalan sebagai peluang untuk belajar. Memahami bahawa kreativiti dan
inovasi merupakan sebahagian daripada perjalanan jangka panjang hasil daripada kejayaan
kecil dan kegagalan yang ditempohi.

 Melaksanakan inovasi
o bertindak terhadap idea baharu agar hasilnya dapat menyumbang kepada bidang yang
diceburi.

Mengikut Robinson (2011), masa depan dimiliki oleh orang yang mempunyai cara pemikiran yang
berbeza, orang yang mampu mereka cipta, berempati, celik pola, dan mentafsir makna. Mereka inilah
yang mampu menerima ganjaran tertinggi dan berkongsi kebahagiaan kepada orang lain. Sekiranya para
pelajar kita yang meninggalkan bangku sekolah tidak dilengkapi dengan kemahiran kreativiti dan inovasi,
mereka akan kurang bersedia untuk menghadapi cabaran dan kehendak masyarakat dan alam pekerjaan.

Menurut Robinson (2011) lagi, dalam situasi persaingan peringkat global dan peningkatan automasi,
kemahiran kreativiti dan inovasi merupakan keperluan asas untuk alam kehidupan dan profesional. Di
samping itu, kreativiti turut dikatakan sebagai satu aspek yang sama penting dengan kemahiran literasi,
dan seharusnya diberikan penekanan dan status yang sama. Sternberg (2007) pula mengatakan bahawa
individu yang berjaya pada masa hadapan merupakan mereka yang memiliki kreativiti menjana visi untuk
menghasilkan dunia yang lebih baik untuk orang lain; memiliki kemahiran analitikal untuk menilai visi
mereka dan visi orang lain; dan kemahiran praktikal untuk memastikan visi mereka tercapai. Dalam situasi
lambakan produk komersial dalam pasaran kini, reka bentuk produk yang baik dan unik sahaja yang dapat
membezakan sesuatu produk dengan pesaingnya dalam pasaran. Oleh yang demikian, kreativiti dan
inovasi merupakan kemahiran yang amat dikehendaki dalam pasaran kerja. Gardner (2007) mengatakan
bahawa minda mencipta merupakan satu daripada lima minda yang diperlukan pada masa hadapan.
Proses memupuk minda mencipta memerlukan sistem pendidikan yang menitikberatkan proses inkuiri,
cabaran, dan toleransi untuk kegagalan dalam proses mencuba. Florida (2005) pula mengatakan bahawa
dunia masa depan merupakan dunia kreativiti kerana penjana utama masa hadapan adalah kreativiti yang
merupakan asas kepada sesebuah ekonomi.

Dalam mendepani abad ke-21, seseorang guru perlu memiliki kemahiran pedagogi yang sesuai dengan
kemahiran pembelajaran abad ke-21 yang bercirikan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi,
dan kemahiran hidup. Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam

41
menguasaikemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21
ialah:
a. Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
b. Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
c. Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
d. Literasi Maklumat (Information Literacy)
e. Literasi Media (Media Literacy)
f. Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and
Technology Literacy)
g. Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
h. Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
i. Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
j. Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
k. Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

3.2 CIRI-CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing
pada milenium baru. Kemahiran abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan
pada zaman ini. Kemahiran abad ke-21 ialah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran
berkomunikasi, kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis), kemahiran sains dan teknologi,
kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya. Bagi mencapai hasrat negara untuk
membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru perlu menguasai pelbagai
bidang, mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi (pengajaran
dan pembelajaran), menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan
pembentukkan akhlak dan sahsiah yang baik.

42
Dalam menjalani abad ke-21, kemahiran pedagogi seseorang guru perlu memiliki kemahiran pembelajaran
dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan kemahiran hidup. Selain itu terdapat pelbagai
elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut
adalah seperti yang berikut;
- Teknologi sebagai alat pengupaya
- Kemahiran menyelesaikan masalah secara kontekstual
- Refleksi kendiri dan refleksi rakan
- Penilaian murid secara telus.
- Kemahiran maklumat, media dan teknologi
- Pengajaran berasaskan Projek
- Membentuk kemahiran berfikir (KBAT)
- Penggunaan Peta Pemikiran ( i-Think)

3.2.1 Teknologi sebagai alat pengupaya

Perkembangan teknologi yang pesat dan meluas telah memberi kesan yang sangat besar kepada
pendidikan. Namun demikian, perlu ditegaskan di sini bahawa teknologi sahaja bukanlah penyelesaian
kepada pelaksanaan pendidikan abad ke-21. Teknologi bukan satu bidang atau subjek yang
berasingan tetapi suatu alat (tool) yang boleh digunakan oleh guru dan murid dalam bilik darjah untuk
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Perkara yang ingin dititikberatkan dalam
pendidikan abad ke-21 adalah pengintegrasian teknologi merentas kurikulum supaya murid boleh
menggunakan teknologi sebagai perantara bagi membangunkan kemahiran 4C (pemikiran kritikal,
komunikasi, kolaborasi dan kreativiti), penyertaan sosial dan penyelidikan.

Keberkesanan teknologi dalam bilik darjah abad ke-21 bergantung kepada penggunaannya yang boleh
memenuhi keperluan murid untuk menghadapi dunia yang kian mencabar. Sebagaimana pemilihan
strategi pengajaran, penggunaan mana-mana teknologi pembelajaran hendaklah berasaskan tema dan
objektif pembelajaran. Dalam erti kata lain, objektif pembelajaran dan asas pedagogi yang kukuh
menentukan teknologi mana yang sesuai digunakan untuk menguasai kemahiran-kemahiran abad ke-21.

Satu lagi isu dengan teknologi yang sering dihadapi ialah sekolah membelanjakan wang yang banyak
untuk membeli alatan dan bahan teknologi tanpa mengetahui apakah tujuan dan bagaimana
menggunakannya. Akhirnya, teknologi seperti papan putih interaktif (Smartboard) berakhir menjadi set
televisyen atau hanya digunakan sebagai papan putih biasa dalam bilik darjah. Dalam hal ini,
penggunaan papan putih interaktif membawa kepada pembelajaran berpusatkan guru dan
sememangnya tidak selaras dengan pembelajaran berpusatkan murid yang ditekankan dalam PA21.
PA21 turut berkehendakkan murid mempelajari teknik-teknik mencari maklumat secara berkesan dan
kritis dengan bantuan teknologi. Murid perlu mempu menggunakan pelbagai alatan digital untuk
mengakses pelbagai sumber, meneroka, memahami, dan menyampaikan pandangan mereka. Dalam
aspek ini, guru perlu menjadi contoh teladan yang baik dengan menunjukkan cara-cara teknologi dapat
digunakan bagi meningkatkan kualiti PdP dalam bilik darjah masing-masing.

43
3.2.2 Kemahiran menyelesaikan masalah secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual adalah pembelajaran sebagai proses adaptasi antara pengetahuan
diperolehi melalui transformasi pengalaman seseorang (Kolb,1984). Pengalaman dan aktiviti yang
dilakukan oleh murid adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan sekiranya teori yang berbentuk abstrak boleh dipelajari oleh murid secara praktikal dan
kontekstual (Abell & Lederman, 2007).

3.2.3 Refleksi kendiri dan refleksi rakan


Refleksi menurut kamus dewan ialah bayangan, gambaran (dalam cermin, fikiran, dan lain-lain). Refleksi
merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui
renungan dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru. Refleksi juga boleh dilihat sebagai
menjadikan satu situasi bermasalah dalam amalan seseorang itu sebagai satu cara memperoleh
pemahaman atau pengertian baru dalam amalannya.

Amalan refleksi ini diperkenalkan oleh Donald Schon dalam bukunya “The Reflective Practitioner” dalam
tahun 1983. Menurut beliau, amalan reflkesi merangkumi pengalaman dalam minda apabila menggunakan
pengetahuan teori yang berubah menjadi aplikasi praktikal. Secara amnya, refleksi adalah pengalaman
hidup peribadi seseorang itu. Konsep amalan refleksi ini dimulakan oleh Dewey (1993), yang melihat
refleksi sebagai sesuatu tindakan yang aktif, dan mengambil kira apa sahaja kepercayaan atau bentuk
pengetahuan yang menyokong dan membuat kesimpulan tentang pengetahuan tersebut. Menurut Dewey
lagi, proses membuat refleksi bermula apabila mereka mengalami kesukaran, atau berhadapan dengan
masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan segera.

Ciri-cirinya refleksi adalah:


a. Bermula dengan mengingat kembali.
b. Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu.
c. Menentukan usaha secara sedar (conscious effort).
d. Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif.

Dalam kemahiran pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 refleksi bukan sahaja menjadi amalan guru
semasa proses PdP, bahkan ia juga hendaklah dilakukan oleh murid semasa proses pembelajaran. Setiap
murid perlu mempunyai kemahiran membuat refleksi kendiri dan membuat refleksi secara kritikal terhadap
rakan terhadap pengalaman-pengalaman yang lalu bagi menentukan kemajuan tugas masa depan.

2.2.4 Penilaian murid secara telus.

Proses pentaksiran dan penilaian murid merupakan satu aspek penting di sekolah kerana hasil
pentaksiran murid boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Terdapat tiga bentuk pentaksiran utama di

44
sekolah iaitu pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning), pentaksiran tentang
pembelajaran (assessment of learning) dan pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning).

Di samping untuk tujuan pelaporan dan penilaian tahap pencapaian seseorang murid, kepentingan
pentaksiran dalam pendidikan abad ke-21 adalah untuk tujuan ‘pentaksiran untuk pembelajaran’ iaitu
menggunakan hasil pentaksiran untuk membuat pengubahsuaian dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran, dan dalam merancang aktiviti pengukuhan dan pemulihan yang sesuai. Selain daripada itu,
para murid juga perlu digalakkan untuk membuat pentaksiran sebagai pembelajaran agar mereka
membuat penilaian kendiri dan secara berterusan supaya mereka boleh membuat penambahbaikan
terhadap pembelajaran mereka sendiri.

3.2.5 Kemahiran maklumat, media dan teknologi

Dalam amalan pendidikan abad ke-21, teknologi perlu digunakan secara menyeluruh untuk menyokong
pembelajaran murid melalui kaedah dan amalan PdP yang inovatif. Teknologi sepatutnya memainkan
peranan sebagai pengupaya atau merupakan alat pembelajaran yang lebih relevan dan berpusatkan
murid. Teknologi seharusnya digunakan untuk memainkan peranan berikut:
 Meningkatkan kualiti PdP
 Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik
 Meningkatkan pencapaian murid
 Meningkatkan penglibatan murid
 Mentaksir prestasi murid
 Memudahcara dan komunikasi
 Memaksimumkan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah
 Membangunkan kecekapan murid dalam kemahiran abad ke-21

3.2.6 Pengajaran berasaskan Projek


Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu model aktiviti bilik darjah yang berbeza dari kebiasaan.
Pendekatan aktiviti pembelajaran ini mempunyai jangkamasa yang panjang, menginterasikan pelbagai
disiplin ilmu, berpusatkan murid dan menghubungkaitkan pengamalan kehidupan sebenar. Projek
ditakrifkan sebagai tugasan, pembinaan atau siasatan yang teratur yang menjurus kepada matlamat yang
spesifik. Murid berupaya belajar menggunakan ICT semasa proses menyediakan projek dan murid juga
boleh meneroka atau membuat kajian terhadap projek dengan menggunakan ICT.

3.2.7 Membentuk kemahiran berfikir (KBAT)


Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,kemahiran
dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan,berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2013). Pemikiran aras tinggi berkait rapat
dengan pemikiran kreatif dan kritis yang perlu dikuasai oleh murid dalam pendidikan abad ke-21.
Pengintegrasian KBAT, pemikiran kreatif dan kritis boleh dilakukan dalam beberapa kaedah. Antaranya:
i. Penyelesaian masalah
ii. Penyoalan yang melibatkan pemikiran aras tinggi

45
iii. Pelaksanaan projek
iv. Integrasi i-think dalam proses pembelajaran

Rajah 8 menunjukkan Kemahiran aras tinggi dan rendah dalam Taksonomi Bloom. Pemikiran aras tinggi
melibatkan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom.

3.2.8 Penggunaan Peta Pemikiran ( i-Think)


Program i-THINK merupakan program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir
dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. i-THINK
membawa maksud innovative THINKing (Pemikiran Inovatif). Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran
berfikir. Objektif program i-THINK adalah bagi melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai
pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya
saing. Objektif program i-THINK diharap akan dicapai dengan cara menggunakan alat berfikir seperti lapan
peta pemikiran oleh guru dan murid dalam PdP dan menggunakan teknik menyoal dan menaakul untuk
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi – Blooms taksonomi dan Versi Lorin Anderson.

3.3 Aplikasi pendekatan dan kaedah Rasulullah SAW dan Ulama’ dalam pembelajaran dan
46
pengajaran abad ke 21
Guru-guru abad ke-21 perlu mempunyai ciri-ciri guru berikut:
a. Menguasai subjek (Kandungan Kurikulum)
b. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi
c. Mengesan perkembangan murid-murid dan menyokong mereka
d. Memahami psikologi pembelajaran (Cognitive Psychology)
e. Memiliki kemahiran kaunseling
f. Menggunakan teknologi terkini
g. Manakala ciri-ciri murid yang diharapkan hasil pembelajaran abad ke-21 ialah:
h. Berupaya membuat hubung-kait
i. Bijak menyoal
j. Yakin berkomunikasi
k. Mengambil risiko
l. Dahagakan ilmu
m. Ingin tahu
n. Menjana idea
o. Fleksibel
p. Tidak berputus asa
q. Mendengar dan membuat refleksi
r. Berkemahiran kritis
s. Menguasai kemahiran literasi
t. Berani mencuba
u. Mampu berfikir sendiri
v. Membuat inisiatif
w. Mampu bekerja dengan orang lain
x. Membuat perubahan
y. Berintegriti
z. Berkeperibadian tinggi

Perlaksanaan pembelajaran abad ke-21 ini terdapat cabaran-cabaran yang perlu di hadapi oleh guru dan
pemimpin sekolah. Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang
menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik darjah atau ruang
pembelajaran yang lebih dinamik. Namun cabaran utama adalah bagaimana guru-guru menggunakan
pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa. Untuk mendepani cabaran ini,
guru secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi
(pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang. Cabaran pendidikan
abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik darjah atau ruang pembelajaran yang lebih dinamik. Namun cabaran
utama adalah bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat
bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan
perkembangan semasa. Untuk mendepani cabaran ini, guru secara berterusan perlu mengemaskini
pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan
keperluan semasa dan akan datang.

47
KESIMPULAN

Pembelajaran pada abad ke-21 memerlukan guru untuk menjadi pembimbing kepada murid supaya
mereka mempunyai kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan berkolaboratif.
Sehubungan dengan itu, guru perlu melengkapkan diri dengan minda serta ciri-ciri pendidik abad ke-21, di
samping bersedia untuk menghadapi cabaran dalam sistem pendidikan. Perubahan pedagogi perlulah
melalui satu transformasi agar dapat menghasilkan kemenjadian murid yang lebih bermakna untuk
kehidupan dan kemajuan negara.

TUGASAN

Pendekatan dan kaedah Rasulullah SAW dan Ulama’ dalam pembelajaran dan pengajaran abad ke 21
boleh diaplikasikan dengan baik. Bincangkan.

48
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 2
iii. jam bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran: Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam abad ke 21


i. Prinsip-prinsip pembelajaran abad ke 21

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
i. Komunikasi
ii. Kolaborasi
iii. Pemikiran Kritis
iv. Pemikiran Kreatif

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi pembelajaran dalam
talian.

49
UNIT 4
PERANCANGAN PENGAJARAN BERKESAN

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit murid dapat :

1. Menghuraikan elemen pembinaan Rancangan Pengajaran Pendidikan Islam bagi KBSM


dan KSSM.
2. Membincangkan tiga persediaan mengajar yang perlu dilakukan oleh seseorang guru
Pendidikan Islam.
3. Membincangkan gaya penulisan refleksi dan kepentingannya dalam meningkatkan
profesionalisme guru.

Sinopsis

Unit ini memberi penekanan kepada kefahaman dan kemahiran bagi pembinaan perancangan
pengajaran, pelaksanaan dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bagi
semua bidang. Unit ini juga membincangkan tentang gaya dan kepentingan penulisan refleksi selepas
setiap pengajaran dan pembelajaran dijalankan

KERANGKA TAJUK
 Perancangan Pengajaran Berkesan
 Pembinaan Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam KBSM dan KSSM
4. Persediaan
Membina Rancangan
Mengajar Pengajaran Harian yang berkesan
 menggunakan
Refleksi strategi
Pengajaran yang sesuai dengan format terkini.
dan Pembelajaran
 Pembinaan Rancangan Pengajaran Harian dalam mata pelajaran
 Tugasan/latihan/aktiviti

 Pembelajaran dalam talian

4.0 PENGENALAN
Pengajaran ialah satu proses yang kompleks. Pengajaran yang berjaya menghasilkan pembelajaran yang
berkesan perlu mengandungi kepelbagaian aktiviti. Proses pengajaran dan pembelajaran ini memerlukan
gabungan aktiviti di antara guru dan murid. Pengajaran akan gagal sekiranya hanya satu pihak sahaja
yang terlibat. Pengajaran yang berjaya akan menghasilkan suatu perubahan tingkahlaku murid. Proses
perubahan tingkahlaku ini dikenali sebagai pembelajaran (JPPG, 2006). Menurut Shamsina (2015), istilah
pengajaran sebenarnya berkait dengan pembelajaran kerana pengajaran sebenarnya bermaksud
mengajar murid untuk belajar.
Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan memerlukan para guru memahami
peranannya, muridnya dan persekitarannya. Ini disebabkan para guru dan murid kerap kali membawa

50
pengalaman mereka dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana dalam usaha melaksanakan pengajaran,
guru berperanan untuk menyampaikan segala maklumat yang mereka miliki kepada murid. Sebagai
seorang guru yang baik, ia perlu menentukan samada sesaorang murid itu memmuridi sesuatu atau
sebaliknya. Kesan sesuatu pembelajaran itu boleh dinilai apabila murid menunjukkan perubahan pada
tingkah laku (Zaidatol & Habibah, 2000). Untuk berjaya, ia perlu penglibatan kedua-dua pihak secara aktif
dimana para murid perlu memiliki kesanggupan untuk menerima semua maklumat yang disampaikan oleh
guru. Kegagalan melahirkan proses P&P yang berkesan boleh menyebabkan berlakunya pelbagai
masalah di sekolah.

3.1 PEMBINAAN RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Rajah 13 : Struktur Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan

(i) Perancangan Pengajaran

Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya berdasarkan kepada skatan pelajaran
serta latar belakang murid. Semasa merancang, guru perlu membuat keputusan mengenai
keperluan, matlamat dan objektif pengajarannya yang perlu dicapai dan dikuasai murid. Guru juga
perlu merancang motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya,
sesuatu persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: pertama, mengenai murid
dan perkara yang akan diajar; dan kedua, catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-
murid dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Kamarul Azmi (2007), seorang guru perlu mengetahui secara mendalam apa yang
hendak disampaikan kepada murid kerana pengetahuan dan kemahiran guru akan menimbulkan
rasa percaya dalam dirinya. Kepercayaan murid juga akan bertambah terhadap guru. Manakala
Akhiar (2015) pula berpandangan bahawa guru mesti mengetahui isi kandungan yang mereka
hendak sampaikan dan tahu cara untuk memindahkan ilmu tersebut dalam bentuk yang boleh
diterima oleh muridnya.
Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk
dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah
ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid
51
mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk
mengajar.

 ILMU PENGETAHUAN : yang berkaitan dengan mata muridan.


 KEMAHIRAN : penentuan objektif, pemeringkatan dan pemilihan
isi muridan, cara penyampaian dan lain-lain.
 SIKAP : Perubahan tingkahlaku.
 NILAI : Nilai murni.

(a) Kepentingan Perancangan Pengajaran

1. Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar ke dalam bilik darjah /
makmal / bengkel.
2. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran: Objektif, pengetahuan sedia ada
yang berkaitan, peralatan / bahan bantu mengajar yang diperlukan, isi muridan, strategi dan
52
kaedah penyampaian yang berkesan, aktiviti guru-murid, penilaian, penutup, tugasan
pengukuhan, dan sebagainya.
3. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara / aspek yang perlu
diajar sebagaimana yang disarankan dalam sukatan pelajaran.
4. Mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu digunakan untuk menyampaikan
sesuatu isi pelajaran.
5. Merancang serta menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap,
kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
6. Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan
bersistem.
7. Menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu yang diperuntukkan
supaya segala objektif pengajaran dapat dicapai dengan berkesan.
8. Membuat pertimbangan yang sesuai bagaimanakah cara menggunakan teknik terbaik untuk
menyampaikan isi muridan serta menilai pembelajaran murid.
9. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, di mana setiap aspek yang diajar
dapat dikaitkan antara satu dengan lain, secara jelas.
10. Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan cara mengaitkan
tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan murid
semasa diluar bilik darjah.
11. Menilai objektif kemampuan mereka untuk merancang dan menulis sesuatu aktiviti
pengajaran dengan berkesan (refleksi kendiri), seterusnya mengambil langkah positif ke
arah mengatasi sebarang kelemahan.

(b) Pemilihan Pendekatan Dan Kaedah yang sesuai

Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai sangat penting untuk mencapai hasil
pembelajaran yang maksimum. Perancangan strategi dan pemilihan kaedah perlu mengambil
kira tajuk pelajaran, tahap kebolehan murid dan situasi bilik darjah. Guru perlu
mempelbagaikan kaedah kerana tahap keupayaan murid dan cara pembelajaran mereka
berbeza. Jangka masa pembelajaran 30 atau 60 minit bagi satu waktu akan menyebabkan
murid bosan dengan satu atau dua kaedah sahaja. Sebaik-baiknya kaedah yang dipilih itu
lebih berpusatkan kepada murid supaya mereka menjadi aktif.

(ii) Pelaksanaan Pengajaran

Setiap proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tiga peringkat, iaitu pengenalan,
penyampaian dan penutup. Tumpuan utama dalam setiap peringkat ini adalah mengarah kepada
pencapaian objektif yang dirancang.
Sebelum menyampaikan konsep atau fakta, guru perlu melibatkan fikiran atau menarik minat
murid terlebih dahulu. Jika guru masuk ke kelas dan terus menulis tajuk serta mengajar, biasanya
murid akan merasa bosan kerana mereka masih belum bersedia untuk mengikuti pelajaran dan
tidak jelas kepentingan tajuk yang akan dipelajari.
Guru boleh menggunakan berbagai pendekatan yang melibatkan fikiran serta menarik minat
murid terhadap pelajaran yang akan diajar. Misalnya, guru boleh memulakan pengajaran dengan
membuat cerita ringkas atau membincang isu semasa yang berkaitan. Sebagai contoh, bagi
mengajar tajuk Pekerjaan Nabi Semasa Kecil (tajuk sirah), guru boleh memulakan pengajaran
dengan berbincang tentang jenis-jenis pekerjaan yang halal. Semasa berbincang, guru hendaklah
memastikan semua murid terlibat dan bersedia untuk belajar melalui sesi soal-jawab.
Walaubagaimanapun, guru perlu mengubah tajuk perbincangan seandainya bahan yang
53
dibincangkan tidak dapat mempengaruhi fikiran atau minat murid. Tegasnya, minat, keperluan
dan pengalaman murid boleh diguna sebagai asas untuk memulakan sesuatu pengajaran.

(a) Set Induksi


Set induksi berperanan sebagai montaj dalam sesuatu persembahan. Menarik atau
tidaknya sesuatu pengajaran bergantung kepada cara guru menggunakan 5 minit pertama
pengajarannya. Bahagian set induksi memainkan peranan penting untuk menarik dan
mengekalkan minat murid, seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Sebelum menyampaikan konsep atau fakta, guru perlu melibatkan fikiran atau menarik
minat murid terlebih dahulu. Pelbagai pendekatan perlu digunakan oleh guru untuk melibatkan
fikiran dan menarik minat murid terhadap tajuk yang akan diajar. Misalnya, memulakan
pengajaran dengan membuat cerita ringkas atau membincang isu semasa yang berkaitan.

(b) Penyampaian
Penyampaian merangkumi segala langkah yang perlu diambil atau dilakukan untuk mencapai
objektif pengajaran. Penyampaian merupakan pengajaran sebenar. Penyampaian yang
berkesan melibatkan usaha guru mengaplikasikan segala kemahirannya, melalui peralatan,
kaedah, strategi dan pendekatan tertentu untuk menyampaikan bahan pengajaran. Semasa
proses ini guru perlu melibatkan murid secara aktif, membimbing dan menilai pembelajaran
mereka selaras dengan objektif pengajaran.

(c) Penutup Pengajaran


Pada peringkat akhir sesuatu pengajaran, guru perlu memberi pengukuhan terhadap
pembelajaran murid, di samping mendapatkan maklumbalas mengenai prestasi murid ke arah
pencapaian objektif yang dirancang. Segala konsep, prinsip, fakta atau kemahiran penting
yang telah dibincang hendaklah dinyatakan kembali.
Terdapat dua jenis penutup pengajaran iaitu:
Penutup Kognitif
Merumus dan mengulang segala fakta penting. Aktiviti yang dicadangkan ialah: pemetaan
konsep, melukis gambarajah dan sebagainya.
Penutup Sosial
Menimbulkan perasaan pencapaian murid-murid. Aktiviti yang dicadangkan ialah peneguhan
positif, mewujudkan perasaan ingin tahu dan sebagainya.

(iii) Penilaian
Penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat
tentang strategi dan aktiviti dan untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil
tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya
dengan cara yang lebih berkesan.
54
(a) Tujuan Penilaian

Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di


samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. Penilaian dapat
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dan membantu guru memperkukuhkan
kekuatan murid.
(b) Kaedah penilaian

1. Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedah:
- pemerhatian
- lisan
- penulisan
2. Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:
- hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
- kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.
3. Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk
mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan,
perkembangan dan kemajuan murid. Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk:
- Mengesan serta-merta hasil pembelajaran dalam pengajaran harian dan tidak
memerlukan instrumen yang khusus.
- Mengesan kemajuan (kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran)
 perlu dirancang secara individu atau kumpulan
 menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja,ujian
bertulis
- Mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program
 perlu dirancang secara teratur
 dijalankan dengan menggunakan senaraisemak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian
lisan

A. Penilaian secara pemerhatian

 Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukardikesan melalui kaedah lisan dan
penulisan seperti:
- sikap - kemahiran manipulatif
- perlakuan/amalan - kemahiran bersosial
- amali - kemahiran belajar
- kemahiran mereka cipta - kemahiran kinestetik
- kemahiran literasi komputer

 Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan,buku skrap, kraf tangan dan
kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.

55
 Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran
mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.
 Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.

B. Penilaian secara lisan.

 Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:


- murid dengan guru
- murid dengan murid
- murid dengan bahan pembelajaran
 Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:
- kefahaman konsep - sebutan dalam berbahasa
- pengetahuan fakta - kecekapan mencongak
- kecekapan mendengar - gaya persembahan
- penggunaan bahasa yang tepat - pertuturan dan sikap
- kefasihan menghafaz
 Instrumen Penilaian Lisan
Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
- bacaan kuat - hafazan
- syarahan - temu bual
- perbahasan - soal jawab
- bercerita - nyanyian
- perbincangan - deklamasi sajak
mendengar dan memberi respon secara lisan

- mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan


bertutur secara gramatis.
- mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
- mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
- mengesan kelancaran dalam sebutan.
- mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

 Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang
memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen guru perlu
dipastikan:
- soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
- aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
- pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
- aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.
56
C. Penilaian secara penulisan.

 Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemakdan memeriksa tugasan dan


hasil penulisan murid sepertiyang berikut:
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
 Instrumen penilaian penulisan
Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang
meliputi kemahiran seperti yang berikut:
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- penggunaan tanda baca
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
 Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil
kira:
- soalan menepati kemahiran yang akan diuji
- bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
- bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan
- aras kesukaran soalan dipelbagaikan
- skema pemarkahan disediakan
 Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:
- soalan subjektif
- soalan objektif

Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat


rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap
pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan
pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid
untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.

4.2 PERSEDIAAN MENGAJAR

57
Rajah 15 : Hiraki Pembinaan Persediaan Mengajar

Kurikulum pendidikan merupakan asas kepada segala persediaan mengajar seorang guru.
Kurikulum ini dirancang dan dibahagikan kepada rancangan tahunan atau rancangan semester
yang seterusnya diperhalusi pula kepada rancangan mingguan dan harian. Rancangan mengajar
pula dirancang daripada rancangan mengajar harian yang telah ditetapkan bagi satu unit
pengajaran dan pembelajaran.
Persediaan Mengajar merupakan suatu program pembelajaran yang dicerakinkan dan
disusun atur dengan teliti yang disediakan oleh guru sebagai panduan bagi melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah (Kamarudin dan Siti Hajar, 2003). Asas kepada
rancangan pengajaran ialah sukatan pelajaran yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Sukatan pelajaran itu perlu sebagai rujukan utama untuk menentukan tahap, kadar dan
skop kemahiran bagi satu tahun pengajaran. Rancangan pengajaran terdiri daripada rancangan
tahunan atau semester penggal, mingguan dan harian.

(i) Rancangan Tahunan / Semester

Satu jadual perancangan yang dibuat dengan mengagihkan sukatan pelajaran mengikut tahun
atau semester. Rancangan Tahunan atau Semester merupakan perancangan kurikulum bagi
satu tahun atau semester tertentu (Kamarudin dan Siti Hajar, 2003). Biasanya rancangan
tahunan atau semester disediakan selepas ditolak cuti umum dan cuti hujung minggu dan hari
aktiviti sekolah, ujian dan peperiksaan sebagaimana yang tercatat dalam takwim sekolah. Baki
daripada hari bersekolah tersebut kemudiannya dirancang untuk rancangan tahunan atau
semester.
Perkara penting bagi guru Pendidikan Islam ialah menyusun rancangan tahunan
atau semester mengikut kesesuaian tajuk dengan situasi sepanjang tahun. Sebagai contoh, tajuk
tokoh seperti Rasulullah S.A.W boleh diletakkan dekat dengan hari sambutan kelahirannya, tajuk
58
puasa diletakkan pada masa yang hampir dengan bulan Ramadhan, tajuk haji diletakkan hampir
dengan tempoh musim haji dan begitulah seterusnya. Tujuannya supaya murid dapat
menghayati terus pengajaran dan pembelajaran dengan situasi semasa yang mereka alami.
Rancangan pengajaran ini dibina daripada rangka kerja setahun atau sesemester atau
penggal (Kamarudin dan Siti Hajar, 2003). Rancangan pengajaran ini mengandungi :
1. Objektif yang hendak dicapai untuk satu tahun atau sesemester atau sepenggal.
2. Senarai kemahiran yang disusun untuk dikuasai oleh murid bagi satu tahun atau
sesemester. Rancangan penguasaan kemahiran mestilah melihat kepada penguasaan dari
tahap aras yang mudah ke tahap yang susah, serta tempoh sesuatu kemahiran yang
hendak dikuasai oleh murid. Guru juga harus mengambil kira prasarana yang sedia ada.
3. Rancangan ulangan untuk kemahiran tertentu bagi semester atau penggal berikutnya agar
pengukuhan penguasaan kemahiran benar-benar dikuasai oleh murid.

(ii) Rancangan Mingguan

Rancangan ini merupakan rancangan terperinci yang dibina daripada rancangan tahunan atau
semester. Rancangan mingguan ini mengandungi perkara berikut:

1. Objektif yang hendak dicapai dalam minggu tertentu.


2. Senarai kemahiran yang disusun mengikut kadar kesukarannya.
3. Perincian isi kandungan yang dipilih daripada program pembelajaran.
4. Ruangan aktiviti dan alat atau bahan.
5. Ruang catatan dan penilaian.

(iii) Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


Rancangan pengajaran harian merupakan pembahagian rancangan mingguan kepada harian
secara terpeinci. Rancangan ini dirancang mengikut kemajuan murid hari demi hari dan
dibentuk berdasarkan objektif pelajaran mingguan yang ditentukan. Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) juga merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran yang disediakan
oleh untuk beberapa waktu muridan. Sebelum merancang dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran seseorang guru perlulah:
• Mengkaji dan mentafsir sukatan muridan secara mendalam
• Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
• Merancang pengajarannya
• Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran
• Menyediakan bahan bantu mengajar/ belajar
• Menyediakan penilaian

Rancangan pengajaran harian biasanya mengandungi dua elemen iaitu maklumat


umum dan prosedur pengajaran. Maklumat umum mengandungi perkara-perkara berikut :
- Kelas
- Tarikh dan masa
- Bilangan murid
- Tajuk pelajaran
- Kemahiran
- Pengetahuan sedia ada

59
- Standard Kandungan
- Standard Pembelajaran
- Objektif
- Penerapan nilai
- Penggabungjalinan
- Penyerapan/ rentasa
- Bahan bantu

Prosedur pengajaran pula meliputi tiga peringkat iaitu pendahuluan, perkembangan dan
penutup. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, kelas bermula dengan bacaan doa yang
dilaksanakan pada peringkat pendahuluan dan diikuti dengan set induksi. Kebiasaannya
terdapat tiga atau empat langkah pengajaran disediakan dalam peringkat perkembangan
mengikut kesesuaian strategi yang dipilih, objektif yang ditentukan serta masa yang
diperuntukkan.
Sesi pengajaran diakhiri dengan penutup yang akan merumus pengetahuan yang
dipelajari serta menilai kemahiran yang telah diperolehi melalui aktiviti pembelajaran. Guru
juga perlu merancang penutup sosial yang dapat mengikat jiwa murid dengan ilmu yang
diterima dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Guru perlu merancang cara mengajar berpandukan kepada objektif pembelajaran. Guru
juga perlu memikirkan aktiviti atau langkah pengajaran yang sesuai untuk mencapai objektif
yang ditetapkan dan murid dinilai secara berterusan. Rancangan pengajaran harian
merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran harian ini merupakan satu
garis panduan kepada guru dalam menjamin pencapaian objektif bagi sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Rancagan pengajaran harian ini penting bagi guru sebagai persediaan mengajar
supaya dapat melaksanakan semua yang dirancang secara sistematik dan teratur. Rancangan
pengajaran ini juga penting sebagai bahan bukti bahawa guru telah bersedia sebelum
mengajar. Tambahan pula, melalui rancangan pengajaran harian ini guru dapat meningkatkan
keyakinan diri dalam mengajar mengikut seperti yang telah dirancangkan. Ini dapat membantu
dalam kelancaran penyampaian input sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.
 Antara kepentingan-kepentingan rancangan pengajaran harian ialah:
- Menentukan objektif pengajaran tercapai.
- Menyakinkan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
- Mengelakkan sebarang penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar.
- Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa-masa yang
diperuntukkan.
- Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.
- Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang yang sesuai.
- Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian.
- Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih
tersusun dan bersistem.
- Mengawal bilik darjah dengan baik
- Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa
pengajaran
- Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
- Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan
60
pembelajaran

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Penulisan Rancangan Pengajaran Harian dengan
merujuk pelbagai sumber seperti buku-buku pendidikan abad ke 21 serta melayari internet. Anda juga
disarankan membuat perbincangan dengan rakan-rakan untuk mengambil kefahaman daripada maklumat
tersebut bagi menulis Rancangan Pengajaran Harian yang berstruktur menggunakan strategi yang sesuai
dengan format terkini.

4.3 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Refleksi pengajaran adalah satu proses yang dibuat selepas tamat sesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Refleksi pengajaran dibuat untuk memahami kelemahan dan kekuatan seseorang
guru. Disamping itu refleksi juga memberikan satu gambaran tentang pencapaian objektif pengajaran
dan pembelajaran seserang guru. Refleksi membantu guru membuat penilaian kendiri. Selain
daripada itu, refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru
daripada pengalaman yang dilaluinya.

Dengan adanya refleksi pengajaran guru dapat menganalisis dan menilai kekuatan dan
kelemahan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya, lalu dapat memikirkan cara membaiki serta
mengubahsuai rancangan pengajarannya mengikut tahap dan minat muridnya. Ini juga dapat
membantu guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan
menarik minat murid serta dapat menjadikan suasana bilik darjah yang harmoni pada masa akan
datang.
Peningkatan kualiti sesuatu pengajaran dapat dilihat dengan adanya refleksi. Justeru, bagi
membantu mengubah atau menambahbaik amalan pengajaran setiap apa yang dinilai perlu
direkodkan. Rekod ini boleh dilaksanakan secara penyediaan log pembelajaran. Log atau diari ini
perlu mencatatkan perkara berikut:
61
- Dapatan daripada refleksi kendiri
- Perubahan yang diperlukan/dicadangkan
- Perkara tertentu yang perlu diberi perhatian untuk memperbaiki pengajaran
- Rancangan bagi memperbaiki pengajaran
- Tindakan susulan yang patut dilaksanakan

Selain itu refleksi juga merupakan satu proses di mana guru berusaha mengingat dan
merenung kembali aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dialaminya. Amalan menulis
refleksi selepas selesai sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran amatlah penting untuk
meningkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi pengajaran penting untuk membuat penilaian
kendiri serta berfikir secara analitik , kritis dan kreatif. Ia juga penting kerana dapat menganalisis
perkara - perkara penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mencari jalan
penyelesaiannya.

(i) Prasyarat membuat refleksi


a. Keterbukaan
- Melihat masalah dari semua aspek.
- Mengambil kira semua maklumat yang diperoleh sebelum membuat keputusan pengajaran.
b. Bertanggungjawab
- Bertanggungjawab di atas segala kejayaan dan kegagalan.
c. Kerelaan
- Komitmen sepenuhnya terhadap pengajaran.
- Rajin mengajar semua murid.
- Dapat memenuhi keperluan profesion.

(ii) Langkah-langkah menulis refleksi

Langkah-langkah menulis refleksi adalah seperti berikut:


1. Fikirkan satu isu atau cabaran yang kritikal untuk direnungkan.
2. Mengapakah ia merupakan cabaran kepada diri anda?
3. Apakah punca cabaran itu?.
4. Nyatakan perasaan anda dan apakah falsafah/ kepercayaan anda terhadap isu ini.
5. Nyatakan kesedaran baru dari pengalaman tersebut.
6. Nyatakan cadangan dan tindakan susulan.

(iii) Kepentingan refleksi

Kepentingan amalan refleksi kepada para guru :


1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan.
2. Menjadikan refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan.
3. Menjadikan refleksi sebagai asas kepada penulisan jurnal.
4. Sentiasa berfikir tentang tujuan, isi kandungan dan tindakan dalam konteks pengajaran.
5. Berusaha memperbetulkan sebarang kesilapan dan perlakuan semasa merancang dan
melaksanakan pengajaran.
6. Sentiasa mempelajari daripada apa yang dibuat agar memberi makna kepadanya dalam
konteks peribadi, profesion, masyarakat dan Negara.
7. Boleh menghubung kaitkan apa yang dipelajari atau dialami dengan tugas dan kehidupan
harian.
8. Sentiasa melihat sesuatu isu, situasi atau masalah dari pelbagai perspektif agar penyelesaian
terbaik dapat dibuat dengan lebih sistematik.

62
9. Sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada pengalamannya yang
telah dilalui.

Minot (2007) telah memnyatakan beberapa kelebihan kepada guru-guru yang sering membuat
refleksi. Antaranya ialah:

 Refleksi sebagai aktiviti kognitif


Melibatkan proses pemikiran yang aktif dalam keadaan sedar dan berfokus, serta bebas
daripada pemikiran yang samar-samar seperti dalam pemikiran umum atau khayalan (Gelter,
2003). Pemikiran refleksi akan bertindak dengan menyesuaikan setiap pemikiran tersebut
secara sedar dalam konteks permasalahan dan memilih yang terbaik untuk diaplikasikan.
Proses penapisan pemikiran berlaku dan minda bertindak mengeluarkan pemikiran tidak
relevan dalam memberikan fokus kepada pemikiran relevan.
 Refleksi sebagai penyelesaian masalah
Sebagai proses penyelesaian masalah dengan satu kitaran pembelajaran yang melibatkan guru
melihat semula maklumat dan menguji idea-idea, menganalisis dan refleks pada tindakan yang
lalu, meramal dan menganalisis hasil-hasil yang berpotensi untuk tindakan akan datang dan
memantau dan merekod tindakan yang diambil.
 Refleksi sebagai proses penambahbaikan
Suatu proses pembangunan diri seseorang guru. Membantu guru memperluas dan mendalami
perkara yang baru dipelajari supaya dapat dimanfaatkan pada masa akan datang. Memudahkan
guru mengaplikasikan konsep yang dipelajari kepada pelbagai masalah yang menghalangi
penyampaian mata pelajaran dalam dunia kerjaya yang sebenar.
 Refleksi sebagai proses mempertingkatkan kefahaman
Proses soal jawab dan penyusunan semula selepas sesi pengajaran memberi peluang kepada
guru untuk melihat segala maklumat dan idea yang diperolehi dalam satu bentuk yang baru.

TUGASAN

63
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 2 jam bagi satu sesi. (rujuk
Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran:
i. Persediaan mengajar, refleksi, pembinaan rancangan pengajaran harian

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
i. Rancangan pengajaran harian
ii. Refleksi (Pra syarat, langkah-langkah, kepentingan refleksi)
iii. Pembinaan rancangan pengajaran harian

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi pembelajaran dalam
talian.

64
UNIT 5 REKA BENTUK DAN PEMBINAAN BAHAN SUMBER
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5.0 Hasil Pembelajaran


Di akhir topik ini, pelajar dapat:
1. Menguasai, memilih dan menilai sumber pengajaran dan pembelajaran.

2. Mengaplikasikan kemahiran sumber pembelajaran dan pengajaran dalam pelajaran


Pendidikan Islam.

3. Menyenaraikan kepentingan sumber pembelajaran dan pengajaran dalam pelajaran


Pendidikan Islam.

4. Menghasil dan menggunakan sumber pembelajaran dan pengajaran secara berkesan di


dalam bilik darjah.

5.1 Sinopsis

Unit ini disediakan bagi membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran dalam menggunakan
sumber pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai maklumat disediakan untuk membantu pelajar menghasil
dan menggunakan sumber pembelajaran dan pengajarankerana sumber pembelajaran dan
pengajaranmerupakan bahan yang sangat utama dan penting bagi membantu dan meningkatkan proses
pembelajaran dan pengajaran agar lebih menarik dan berkesan. Ia terdiri daripada bahan-bahan grafik,
fotografi, bahan visual, bahan maujud, model dan carta.

KERANGKA TAJUK
i. Reka bentuk bahan dan pembelajaran pengajaran.
ii. Bahan tersedia.
iii. Prinsip membina bahan.
iv. Menghasilkan bahan mengajar dan belajar.
v. Latihan/Aktiviti
vi. Pembelajaran dalam talian.

5.1 KONSEP UMUM SUMBER PENGAJARAN

Menurut Ikhsan dan Norila (2006), sumber pengajaran merujuk kepada bahan-bahan pembelajaran
dan pengajaran (P&P) yang perlu digunakan oleh guru bagi menggerakkan proses P&P ke arah mencapai
objektif sesuatu P&P yang ditetapkan. P&P memerlukan bahan-bahan sebagai medium untuk
menyampaikan pengetahuan, kemahiran ataupun nilai sebagaimana yang diobjektifkan kepada kumpulan
sasar iaitu murid-murid.Tanpa medium sebagaimana yang dimaksudkan, proses penyampaian dalam

65
pembelajaran dan pengajaran adalah kurang lancar serta kurang memberi kesan yang
diharapkan.Jamaludin et al. (2000) pula merujuk sumber pengajaran kepada teknologi pendidikan.
Teknologi pendidikan ialah aplikasi prinsip-prinsip saintifik untuk membina dan membentuk sesuatu
bahan bagi melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran. Secara ringkasnya teknologi pendidikan
ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, pengetahuan dan kemahiran, teknik dan organisasi
yang digunakan secara terancang dan teratur (proses dan produk) bagi menghasilkan kecekapan di dalam
proses pengajaran dan keberkesanan di dalam pembelajaran.

5.1 Rasional Bahan Sumber digunakan dalam Pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam.

Seterusnya, menurut Jamaludin et al. (2000) dan Ikhsan dan Norila (2005), antara rasional menggunakan
sumber atau bahan-bahan dalam proses PdP ialah;
1. Memotivasikan Pelajar
Penggunaan Alat bantu mengajar (ABM) yang pelbagai dapat menarik minat, menggalakkan
penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran dan juga menambahkan persepsi kawalan iaitu mereka
suka dengan apa yang mereka lakukan. Sebagai contoh ialah melihat video, bermain perisian-perisian
pendidikan dan melihat gamabr-gambar yang menarik.
2. Mengaitkan dengan Kehidupan
Pemilihan bahan-bahan yang kontekstual dan relevan oleh guru dapat membantu murid-murid
menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berguna untuk kehidupan seharian mereka.
3. Alat sokongan dan Perkongsian
Ini kerana suasana fizikal dan suasana psikologikal yang kondusif untuk murid-murid dapat
meneruskan pembelajarannnya.Ini kerana variasi yang wujud dalam aktiviti ini dapat mengelakkan
pelajar daripada cepat berasa bosan.
4. Memartabatkan Profesion
Meningkatkan kualiti profesion perguruan kerana penggunaan ABM di dalam kelas dapat menjamin
keberkesanan penyampaian seseorang pendidik.
5. Mengurangkan Kos
Menjimatkan masa kerana sesuatu maklumat boleh digunakan berulangkali seperti maklumat di
tranperansi di samping penggunaan komputer dalam proses pengiraan.

5.2 Kriteria-kriteria yang perlu diambilkira bagi seseorang guru untuk memilih Bahan bantu
Mengajar dalam PdP yang dirancang.

Pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu guru melaksanakan sesi pengajaran
yang lebih berkesan dan seterusnya mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran yang telah
dirancang. Sehubungan dengan itu guru perlu mengambilkira kriteria berikut dalam pemilihan bahan
sumber:

66
5.3 Matlamat dan faedah-faedah penggunaan Sumber Pembelajaran dan pengajaran

Pembelajaran sesuatu konsep bermula dari peringkat konkrit ke peringkat abstrak. Penggunaan
bahan sumber yang sesuai akan menyebabkan peralihan ini berlaku dengan lancar. Matlamat utama
penggunaan bahan sumber dalam proses pengajaran pembelajaran ialah;
(a) Pelajar dapat menguasai konsep atau kemahiran tertentu yang diajar oleh guru .
(b) Menggalak dan memperkukuhkan pembelajaran yang dilalui oleh pelajar.

Seterusnya, menurut Jamaludin et al. (2000) berdasarkan kajian-kajian, terdapat enam kesan dan
faedah penggunaan bahan atau sumber dalam pembelajaran dan pengajaran. Antaranya seperti berikut;

1. Menjadikan Pendidikan Lebih Produktif


Penggunaan sumber yang sesuai dalam pendidikan boleh mempercepatkan kadar P&P dan
guru akan mempunyai masa yang lebih untuk menjalankan kerja-kerja perancangan dan penyelidikan.
Beban kerja guru juga akan berkurangan dan kurikulum dapat diselesaikan mengikut perancangan.
Penggunaan TV pendidikan, contohnya boleh menggantikan peranan guru untuk suatu jangka masa
tertentu. Guru hanya dikehendaki bertindak sebagai fasilitator.

2. Pengajaran Bersifat Individual


Menggunakan pelbagai sumber P&P yang sesuai dan berkesan akan memberi peluang
kepada guru menggunakan lebih banyak teknik-teknik pengajaran. Contohnya, penggunaan media
teknologi seperti slaid dan rakaman, filem jalur, televisyen, radio, overhed projektor dan komputer multi
media boleh meyakinkan guru tertentu menggunakan banyak teknik pengajaran tersendiri.

3. Pengajaran Berasaskan Kajian Saintifik

67
Dapatan daripada kajian-kajian dan penyelidikan selalunya dijadikan dasar dalam pemilihan
bahan-bahan semasa merancang penggunaan teknologi dalam pendidikan menentukan program-
program. Dengan itu pengajaran akan menjadi lebih berkesan. Oleh itu sebelum menghasil atau
mengaplikasikan sesuatu bahan sumber pengajaran, guru perlu melakukan kajian dan penyelidikan
saintifik agar sumber yang dibina dan diaplikasi itu sesuai dan dapat melancarkan proses P&P dan
tidak hanya sekadar bergantung kepada konsep andaian yang belum pasti.

4. Pengajaran yang Bersemangat dan Bertenaga


Penggunaan sumber juga boleh merangsang persekitaran P&P. Contohnya dengan
membawa peristiwa-peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang jauh kepada pelajar seperti yang
terdapat dalam filem-filem. Ini dapat memudahkan pelajar faham dan mengetahui tentang sesuatu
peristiwa atau fenomena yang berlaku sekaligus akan mewujudkan suasana P&P yang bersemangat
dan bertenaga dari pihak guru dan pelajar.
5. Pengajaran Yang Hampir Kepada Keadaan Sebenar
Penggunaan sumber juga boleh membantu mendekatkan jurang antara dunia luar dengan
alam persekitaran sekolah. Sebagai contoh, pelaksanaan kurikulum sekolah akan menjadi lebih
dinamik menerusi televisyen, tayang filem dan media-media lain. Maklumat-maklumat yang berbentuk
ilmu pengetahuan dan perkara sebenar yang dipilih dari buku-buku teks boleh disampaikan kepada
pelajar secara kumpulan dan ini akan memudahkan pelajar berbincang bersama rakan dan
memahaminya dengan panduan daripada guru mereka.
6. Pendidikan yang Lebih Seimbang
Keadaan persekitaran sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain tidak mungkin sama.
Maka melalui media teknologi sebagai sumber P&P, pelajar daripada sekolah yang kurang kaya
persekitarannya akan mendapat peluang untuk melihat, mengalami dan mempelajari bahan-bahan
yang ada di kawasan yang lebih maju daripada tempatnya. Justeru itu pelajar boleh melihat dan
mempelajari bahan tersebut menerusi siaran langsung atau rakaman.
 PembinaanBahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

- Bahan Bercetak dan Bahan Bukan Bercetak


- Bahan sumber beraskan TMK
- Proses penyediaan dan penggunaan sumber pengajaran
- Pelbagai bahan sumber pengajaran Pendidikan Islam
- Kategori dan keberkesanan bahan sumber pengajaran Pendidikan Islam

5.3. REKA BENTUK PEMBINAAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN


5.3.1. Kategori Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

1. Bahan Cetak
Bahan-bahan bercetak boleh dibahagikan kepada tiga kriteria iaitu;

(a) Buku-buku

68
Ia terdiri daripada mashaf-mashaf, kitab-kitab tafsir, buku-buku teks, buku rujukan, buku-buku latihan,
kamus, atlas, buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen, ensiklopedia, autobiografi dan sebagainya. Contoh
yang berkaitan dengan Pendidikan islam ialah kitab-kitab agama.

(b) Terbitan Berkala


Ia terdiri daripada semua jenis akhbar harian, mingguan dan bulanan, majalah yang diterbitkan secara
bulanan, tahunan, dwi tahunan ataupun terbitan khas. Selain daripada itu, semua jenis risalah, jurnal,
nota-nota dan skrip juga termasuk dalam kategori ini. Contoh yang sesuai dengan Pendidikan Islam
ialah Majalah al-Islam, sisipan jawi Utusan Malaysia
(c) Gambar foto
Ia terdiri daripada gambarfoto-gambarfoto yang menunjukkan keadaan asas atau semulajadi yang
diambil atau dirakam oleh jurufoto. Contoh yang berkaitan dengan Pendidikan Islam gambar-gambar
masjid, kaabah dan sebagainya.
2. Bahan Bukan Cetak
Bahan-bahan bukan cetak juga boleh dibahagikan kepada tiga kriteria iaitu;
(a) Bahan Perisian
Sumber bahan-bahan perisian pula ialah seperti lembaran lutsinar (transparensi) OHP, filem jalur, filem
sisipan, filem 16 mm atau 8mm, kaset pita audio, kaset pita video, carta, kad-kad untuk papan flannel,
kad imbasan, disket dan cakera padat. Contoh yang berkaitan dengan Pendidikan Islam ialah seperti
CD Holy Quran, CD Qari-qari dan sebagainya.
(b) Bahan Tiga Dimensi
Bahan-bahan tiga dimensi pula terdiri daripada realia (iaitu bahan sebenar seperti objek maujud, bahan
hidup, dan bahan semulajadi), glob, replika, model-model, bahan-bahan permainan seperti catur dan
sahibba.Contoh yang berkaitan dengan Pendidikan Islam ialah seperti memerhatikan alam sekitar,
replika masjid dan kaabah dan sebagainya.
(c) Bahan Perkakasan

Bahan perkakasan ini boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu;


69
Bil. Kategori Contoh
1. Bahan-bahan bukan tayang Papan tulis, papan magnet, papan flannel, bingkai carta pusing,
imej primer, imej printer ‘transparency marker’ dan mikro
komputer.
2. Bahan-bahan audio Radio, radio kaset, pita kaset dan ‘audio card reader’
(pendengaran)
3. Bahan-bahan visual (tayangan) Overhed projector (OHP), projector filem slaid, projector filem jalur,
episkop dan epivisor
4. Bahan-bahan audio vsual Televisyen, projector slaid dengan suara, projector jalur filem
(pendengaran dan tayangan) dengan kaset, komputer, CD Holy Quran, CD Qari-qari dan
sebangainya.

5.3.2. Proses penyediaan dan penggunaan sumber pengajaran


Bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran adalah sebagai media pengajaran yang membantu
guru yang membantu guru dan para pelajar mendapatakan ilmu pengetahuan dan kemahiran. proses
penyediaan dan penghasilan sumber yang sesuai mestilah selaras dengan matlamat dan objekif sukatan
pelajaran, dasar serta hala tuju pendidikan negara secara keseluruhannya.
Proses tersebut secara ringkasnya adalah seperti dalam rajah dibawah ;

5.3.3. Pelbagai Bahan Tersedia


Terdapat banyak contoh-contoh peralatan serta bahan-bahan yang biasa diguna pakai di dalam
bilik darjah atau makmal bagi tujuan membantu guru atau pelajar dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Di sini dijelaskan beberapa contoh cara penyediaan dan menggunakan bahan sumber
pengajaran yang sering dan sesuai digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam.

1. Bahan Cetak
Bahan cetak yang sesuai digunakan dalam Pendidikan Islam ialah buku, majalah, risalah, surat
khabar, carta dan graf, peta, ensiklopedia, kamus, atlas, buku panduan dan bahan-bahan terbitan berkala
yang relevan.
a. Buku-buku
b. Majalah
C. Surat Khabar

2. Grafik
Di antara contoh bahan grafik ialah ;
a. Poster
70
Poster merupakan suatu gambaran yang boleh dijelaskan melalui perkataan dan gambar
serta ilustrasi atau gambar sahaja. Penerbitan sesuatu poster mestilah memenuhi prosedur
perancangan supaya ia dapat membantu proses pembelajaran dan pengajaran guru.
Prosedur tersebut ialah;
i. kerja melakar
ii. pengumpulan bahan
iii. penghurufan
iv. penerbitan huruf untuk tajuk dan label
v. ‘layout’ bahan visual

b. Carta
Carta ialah sesuatu susunan maklumat yang sistematik. Carta biasanya mengandungi huruf,
angka, gambar, jadual, gambarajah, lakaran, nota ringkas, rangkai kata simbol dan lukisan.
digunakan untuk menghuraikan proses sesuatu idea atau menunjukkan pembahagian
elemen-elemen secara terasing. Aliran proses dan elemen-elemen dapat ditunjukkan secara
berorganisasi. Pembinaan sebuah carta merangkumi tajuk utama, sub tajuk dan huraian
ringkas. Manakala prinsip asas pembinaan carta adalah ;
i. Penerbitan mestilah jelas dan cukup besar untuk memuatkan perincian yang
kompleks.
ii. Rancangkan ‘layout’ dan teknik gambaran yang membolehkan mesej dijelaskan.
iii. Reka bentuk tidak akan mengelirukan pemahaman pelajar.
iv. Penghurufan di dalam carta seboleh-bolehnya menggunakan penghurufan unistensil,
tiga dimensi atau penghurufan komputer dengan saiz min 5 cm.

Namun begitu, sekarang terdapat pelbagai jenis carta, antaranya ialah ;


i. Carta Flip/Selak
ii. Carta Pusing
iii. Carta Aliran
iv. Carta Graf
v. Carta Pai

c. Lakaran dan Kartun


Bahan lakaran mengandungi suatu ‘hint’ atau petunjuk mengenai hal sebenar. Lakaran ini
adalah satu tanda garisan atau objek secara ringkas untuk mengambarkan sesuatu subjek
atau insiden.
d. Peta
Penggunaan peta dapat mendekatkan murid-murid kepada keadaan sebenar selain
daripada dapat menarik minat murid. Prosedur menyedia dan menerbitkan peta yang kreatif
ialah ;
i. Gelapkan kawasan yang difokus.
ii. Lengkungkan perkara yang hendak dijelaskan kepada pelajar.

71
iii. Menggunakan lorekan, bentuk dan warna kepada ilustrasi yang digambarkan di
dalam peta.

3. Fotografi
Antara cara persembahan fotografi ialah ;
1. Visual bersama audio
2. Visual bersama penyataan
3. Visual bersama penerangan
5. Bahan Audio
Bahan audio ialah bahan PdP yang berasaskan suara atau bunyi-bunyian. Contoh bahan-bahan
audio yang boleh digunakan adalah seperti yang terdapat pada kaset, cakera laser, audio cakera padat
(CD) dan sebagainya. Dalam PdP, bahan-bahan audio boleh digunakan apabila kandungannya
bersesuaian dengan isi pelajaran serta objektif sesuatu PdP. Medium ini jika dikelolakan dengan kreatif,
jauh lebih menarik dan menyeronokkan daripada pembelajaran melalui pembacaan.

Antara prosedur penghasilan bahan audio meliputi ;


1. Perancangan - merangkumi penentuan objektif, kumpulan sasaran, garis panduan isi
kandungan dan bantuan lat lain.
2. Persediaan untuk rakaman - meliputi skrip, muzik dan kesan bunyi, penyampai dan pelakon,
peralatan rakaman.
3. Rakaman - guru mestilah memahami panduan teori dan praktikal rakaman.
4. Aktiviti susulan - penyediaan panduan pengguna dan lembaran kerja berkaitan.

6. Bahan Audio Visual


Antara contoh bahan audio visual ialah adalah bahan-bahan PdP yang berasaskan gambar atau bahan-
bahan visual. Contoh-contohnya seperti kaset video, video cakera padat (VCD) dan cakera video digital
(DVD). Guru-guru mempunyai pilihan sama ada membeli yang ada di pasaran setelah memastikan
kandungannya sesuai dengan tajuk serta objektif sesuatu PdP atau membangunkan sendiri perisian yang
difikirkan sesuai.

7. Teknologi Maklumat Sebagai Sumber Pengajaran


Menurut Jamaludin Badusah et al. (2000) terdapat tiga komponen utama teknologi maklumat iaitu ;
i. Komputer
ii. Rangkaian komunikasi
iii. Kebolehan menggunakan teknologi

Antara bahan teknologi maklumat yang boleh digunakan sebagai sumber PdP ialah ;
a) Bahan Komputer
Jenis-jenis perisian yang boleh dihasilkan ialah ;
 Tutorial
72
 Latih tubi secara interaktif
 Simulasi situasi sebenar
 ‘game’ berunsur pendidikan
 Penyelesaian masalah secara proses

Manakala ciri-ciri perisian yang baik ialah ;


 Isi yang sesuai dengan objektif dan kognitif pelajar
 Mudah digunakan
 Grafik menarik
 Suara dan muzik yang sesuai
 Interaktif

b) Bahan Multimedia
Multimedia bermaksud pelbagai media yang kerap merujuk kepada gabungan unsur-
unsur seperti teks, warna, gambar, bunyi, video dan animasi. Manakala menurut Von Vodtke
(1993), multimedia masa kini merujuk kepada integrasi media seperti teks, bunyi, grafik,
animasi dan video ke dalam sistem komputer. Ringkasnya multimedia ialah kesepaduan
antara pelbagai media seperti teks, numerik, grafik, imej, video, animasi dan suara dalam
suatu persekitaran digital, di samping mempunyai keupayaan interaktif bagi membolehkan
pengguna mencapai maklumat atau keperluan tanpa mengikut urutan (Ab. Halim et al.
2004).

Penggunaan multimedia sangat berkesan bagi tujuan PdP kerana ;


i. Membantu memotivasikan pelajar untuk belajar secara lebih menyeronokkan.
ii. Memastikan pelajar memainkan peranan aktif dalam pengajaran mereka di mana
pelajar boleh belajar mengikut tahap kebolehan sendiri kerana pelajar boleh
mengulangi beberapa kali sehingga faham.
iii. Membolehkan pelajar memperoleh maklumat dengan lebih senang.
iv. Menyediakan peluang belajar secara penemuan dan menjadikan pelajar lebih
berdikari.
v. Pelajar belajar secara spontan, leih natural dan berkesan berdasarkan mod deria
yang digemari.
vi. Penggabungan pelbagai media di samping latihan yang direka bentuk secara
interaktif membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman mereka dengan
menerokai pembelajaran sendiri dan tidak hanya menunggu untuk memperilehi
maklumat secara pasif. dengan mengambil peranan yang aktif dalam pembelajaran
dan menggunakan deria untuk memahami peristiwa baru mereka dapat
menyelesaikan tugasan dengan pemahaman yang lebih luas dan mendalam
(Halimah 1996)

73
Pada zaman kepesatan teknologi maklumat ini, bahan-bahan multimedia sangat
bermanfaat untuk dijadikan sumber pengajaran Pendidikan Islam sekiranya sesuai
dan diurus dengan baik. Walau bagaimanapun guru boleh menyediakan sendiri
bahan-bahan yang diperlukan agar sesuai dengan kumpulan murid yang akan
menggunakan bahan berkenaan.
c) Internet
Antara cara menggunakan internet dalam PdP Pendidikan Islam ialah ;
 Guru menyediakan tugasan dan meminta pelajar membuat penyelidikan lanjutan
dalam topik-topik tertentu dari sumber internet.
 Guru menggunakan laman-laman web Islam seperti jalinan keluarga, solat.net,
ikhlas.com, islam.gov.my, ikim.gov.my dan sebagainya.
 Guru menyediakan tugasan lanjutan dengan meminta pelajar menggunakan
perkhidmatan yang disediakan di laman web tertentu seperti JAKIM, IKIM dan
Tabung Haji untuk menjawab dan menyelesikan tugasan yang berkaitan dengan
mata pelajaran Pendidikan Islam.

8. Bahan Tiga Dimensi


Penggunaan bahan tiga dimensi sebagai sumber PdP yang mempunyai faedah yang lebih banyak
berbanding dengan bahan dua dimensi. Bahan tiga dimensi kelihatan nyata dan benar. Antara bahan tiga
dimensi ialah ;
i. Realia – merupakan bahan yang senang didapati dan senang diolah. Ia boleh dibawa ke dalam
kelas atau sekiranya ia sukar dialih, pelajar boleh dibawa keluar kelas untuk mendekatinya. Antara
jenis bahan realia ialah spesimen batuan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan kecil, bahan awet basah
dan kering. Bahan-bahan ini sesuai untuk pengajaran akidah dan Ibadah dalam Pendidikan Islam.
ii. Model – merupakan bahan gantian yang dapat mewakili bahan sebenar. Antara contohnya ialah
model sebuah rumah, kedai, binatang, kaabah dan sebagainya.
iii. Diorama – satu reka bentuk bahan-bahan real, patung dan model diletakkan dalam satu susunan
kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga
dimensi. Contohnya diarama di muzium, diarama meja pasir, diarama bilik gerakan ataupun
diarama di sawah padi.

5.4 Prinsip Pemilihan dan Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran

Bagi memastikan bahan-bahan PdP dapat berfungsi dengan berkesan maka beberapa garis panduan perlu
diikuti. Antara garis panduan yang dimaksudkan adalah seperti berikut ;
i. Sesuai bagi mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran, iaitu sesuai dengan tajuk dan
kurikulum yang ditetapkan.
ii. Praktikal untuk digunakan, iaitu merujuk kepada kemudahan untuk dibawa, disimpan dan
dikeluarkan semula apabila diperlukan.
iii. Menumpukan perhatian murid kepada proses pembelajaran dan pengajaran. Murid tidak terpegun
dengan alat atau bahan yang digunakan sehingga tidak memberi tumpuan kepada isi pelajaran,
juga tidak menjemukan sehingga murid mengalihkan tumpuan kepada yang lain.
74
iv. Mempunyai ciri keberkesanan kos seperti mudah bina atau diperbaiki, tahan lama, murah dan
sebagainya.
v. Lebih baik jika maujud. konkrit dan kontekstual kerana murid-murid sekolah rendah mempunyai
pemikiran konkrit.
vi. Bersifat interaktif kerana penyesuaian diri kepada persekitaran adalah faktor yang penting untuk
perkembangan kognitif individu.
vii. Kepelbagaian bagi mengelak jemu atau bosan serta selaras dengan tajuk-tajuk yang berbeza.
viii. Jumlah yang mencukupi untuk tidak menjejaskan disiplin murid dan kawalan kelas akibat daripada
perebutan bahan dan sebagainya.
ix. Selaras dengan nilai serta budaya yang ada kerana pertembungan nilai dan budaya boleh
menyebabkan konflik.

Proses Penilaian Sumber Pembelajaran dan Pengajaran


Keberkesanan sumber PdP dapat dinilai dari aspek-aspek berikut ;
1. Bahan sumber yang digunakan haruslah sesuai dengan objektif pelajaran dan dapat
membantu usaha guru dalam menyampaikan isi pelajaran di samping sesuai dengan tahap
pemahaman dan perkembangan kognitif murid.
2. Pengalaman berinteraksi secara langsung dengan sumber pengajaran dapat menggalakkan
proses PdP di antara guru dan murid.
3. Sumber PdP dapat menarik minat dan perhatian pelajar di samping dapat menerapkan nilai
murni melalui interaksi pelajar dengan sumber tersebut.
4. Sumber PdP tersebut perlu mudah digunakan, di bawa dari satu tempat ke satu tempat yang
lain dan mudah disimpan.
5. Sumber PdP yang digunakan perlu berkualiti seperti tahan lasak, tidak mudah rosak,
menepati sukatan dan piawai pendidikan di samping mesejnya penggunaannya dapat
diterima dengan berkesan oleh pelajar.
6. Kos penghasilan dan kos penyelenggaraan sumber PdP perlu berpatutan dan tidak
membebankan mana-mana pihak yang terlibat.

Rumusan
Setelah mengenal pasti pelbagai jenis dan bahan yang boleh dijadikan sebagai sumber pengajaran
dan pembelajaran guru terutamanya guru Pendidikan Islam perlu peka, bersedia dan bijaksana dalam
membuat keputusan dalam memilih bahan atau sumber pengajaran yang paling berkesan untuk diguna
dan diaplikasikan dalam sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran. Di samping itu, guru Pendidikan
Islam khususnya, perlu bersedia dan mahir menggunakan pelbagai jenis sumber, baik yang bercetak
mahupun yang tidak bercetak seperti peralatan audio visual, komputer, multimedia dan sebagainya untuk
meningkatkan kualiti dan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Di samping itu, dalam usaha
meningkatkan proses PdP, guru Pendidikan Islam juga perlu mempunyai kemahiran mengoptimumkan
penggunaan sumber seperti boleh menggunakan authorware untuk mencantumkan bahan daripada
sumber audio kaset, pita video, perisian multimedia dan bahan internet dalam word prosessor atau
elektronik presenttion untuk menghasilkan bahan PdP yang menarik dan berkesan.

75
TUGASAN

Bincang dengan rakan anda tentang bahan sumber yang anda boleh
gunakan di dalam pengajaran mana-mana bidang Pendidikan Islam. Bina
dan aplikasikan di dalam kelas anda. Dapatkan komen dan respon dari rakan
sekelas.

Dapatkan maklumat tambahan dari laman sesawang bahagian Teknologi


Pendidikan berkenaan ”Educational Courseware Standards”

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 2 jam bagi satu sesi.
(rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelaran:
i. Reka bentuk dan pembinaan bahan sumber – Bahan tersedia

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:


i. Prinsip pemilihan bahan tersedia
ii. Penghapusan bahan lama
iii. Penerimaan bahan hadiah
iv. Kawalan penggunaan bahan

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi pembelajaran dalam
talian.

76
UNIT 6
PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

Di akhir topik ini, pelajar dapat:


1. Menjelaskan tentang definisi pembelajaran mikro dan makro
2. Menghuraikan tentang pelaksanaan pembelajaran mikro dan makro
3. Mengaplikasi Bahan Bantu Mengajar pengajaran mikro dan makro
4. Mengaplikasi aktiviti pembelajaran mikro dan makro

SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai konsep, prinsip, komponen, dan
aplikasi mikro dan makro dalam pengajaran dan pembelajaran. Aspek penggunaan bahan sumber dan dan
kaedah pengajaran diaplikasikan dalam simulasi mikro dan makro dalam pengajaran.

KERANGKA TAJUK
 Pengajaran Mikro dan Makro Pendidikan Islam
o Pengajaran Mikro
o Pengajaran Makro
 Tugasan/Latihan
 Pembelajaran Dalam Talian

Pengenalan
Pengajaran mikro adalah suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dalam masa di antara
lima hinggga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran bagi sekumpulan pelajar. Jumlah pelajar
biasanya antara sepuluh hingga lima belas orang sahaja. Pengajaran mikro bertujuan membina kemahiran
guru berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pengajaran mikro memperlihatkan bagaimana seseorang pelajar dapat menyampaikan satu-satu
kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasainya secara praktik. Ia melibatkan teknik-teknik penggunaan
set induksi, penyoalan, variasi rangsangan, penerangan dengan contoh-contoh, ilustrasi atau
bahan bantu mengajar, penggunaan papan kapur / putih, pengukuhan dan penutup.
Melalui pengajaran mikro, anda berpeluang mempraktikkan teori pengajaran dalam sesuatu situasi
yang terkawal. Anda perlulah tahu, kebiasaannya pengajaran ini hanya menumpukan kepada satu jenis
kemahiran mengajar sahaja. Untuk memerhati dan menilai aktiviti pengajaran yang dilaksanakan, anda
digalakkan membuat rakaman video. Setelah aktiviti pengajaran ini selesai anda perlu berbincang dengan
rakan-rakan tentang kekuatan dan kelemahan bagi aktiviti pengajaran yang telah anda laksanakan.
Hasil perbincangan tadi bolehlah digunakan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kemahiran
yang telah dilaksanakan.

77
1.1.1 Kemahiran-Kemahiran Dalam Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro merupakan suatu teknik simulasi yang bertujuan untuk memberikan anda pengalaman
mengajar serta menguasai kemahiran-kemahiran mengajar dalam satu situasi yang hampir sama dengan
aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. Kemahiran mengajar yang dipilih merupakan kemahiran-kemahiran
mengajar yang penting dan kerap digunakan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. Di
antara kemahiran-kemahiran yang biasanya dipilih untuk sesi pengajaran mikro ialah :
1. Kemahiran Penyampaian set induksi
2. Kemahiran Menerang dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran
dan pembelajaran
3. Kemahiran Teknik penyoalan
4. Kemahiran Pengelolaan variasi rangsangan
5. Kemahiran Penggunaan papan tulis
6. Kemahiran Pengurusan aktiviti pengukuhan
7. Kemahiran Penutup

Untuk melaksanakan sesuatu sesi pengajaran mikro anda hendaklah memilih salah satu daripada
kemahiran mengajar tersebut di atas dan merancang satu persediaan mengajar berdasarkan prinsip,
objektif dan komponen-komponen kemahirannya. Kemahiran mengajar yang dipraktikkan dalam
pengajaran mikro hanya merupakan sebahagian kecil daripada satu waktu pelajaran yang sebenar. Masa
penyampaian kemahiran mengajar ini dalam sesuatu sesi pengajaran mikro akan mengambil masa antara
5 hingga 10 minit sahaja, bergantung kepada keperluan sesuatu jenis kemahiran mengajar dalam sesuatu
aktiviti pengajaran.

1. Kemahiran Penyampaian Set Induksi

Sesuai dengan
pengalaman, kebolehan
dan umur murid

Tujuan tercapai
dalam masa Berkait dengan
yang singkat Prinsip isi pelajaran
Set Induksi

Menarik minat dan


perhatian murid
Berkait dengan
pengetahuan murid

78
Set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Ia bertujuan membina aliran
pemikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti
pengajaran yang hendak disampaikan.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menyampaikan set induksi . Antaranya
penggunaan alat bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal, mengulangkaji topik yang berkaitan,
membimbing murid mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari dan sebagainya.
Oleh kerana set induksi cuma bertujuan membina aliran pemikiran murid sahaja dan bukan
merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa yang diperuntukkan tidak
seharusnya melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran.

Objektif Set Induksi:

 Menarik perhatian murid


 Membina aliran pemikiran murid
 Memotivasikan murid
 Mengaitkan pengetahuan yang lepas dengan yang baru
 Mencadangkan cara melaksanakan sesuatu aktiviti
 Menyatakan had tugas dalam aktiviti pembelajaran
 Membantu murid belajar dengan lebih mudah

Komponen Set Induksi:

 Menggunakan nada suara


 Menggunakan alat bantu mengajar
Menarik perhatian  Menggunakan gerakan,isyarat,
hubungan mata
 Menunjukkan satu aktiviti yang luar biasa

a
Mewujudkan motivasi
 Bangkitkan rasa ingin tahu
 Guna teknik cerita
 Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna
 Menggunakan soalan yang mencabar

Mengaitkan:
 pengetahuan lepas murid
 isi pelajaran baru
Membuat perkaitan  peristiwa semasa
 minat dan pengalaman murid

 Menyatakan had tugas yang akan dijalankan


Menstruktur  Menggunakan satu siri soalan yang berkaitan
 Menyatakan cara-cara melaksanakan tugas
 Menyatakan aktiviti, tugas atau projek

79
2. Kemahiran Menerang
Kemahiran Menerang biasanya digunakan pada peringkat perkembangan untuk menyampaikan maklumat,
konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid. Semasa menggunakan kemahiran menerang guru
memberi penerangan kepada murid tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi
atau sumber pelajaran. Ketika memberi penerangan guru boleh menggunakan kapur untuk menulis isi-isi
penting pada papan tulis/kapur supaya membantu murid memahami dan merekodkan dalam buku nota.

Prinsip-Prisip Penggunaan Kemahiran Menerang


 Rancang aktiviti pengajaran
 Tentukan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran yang akan digunakan
 Masa hendaklah sesuai
 Kekalkan minat murid terhadap penerangan guru
 Perkataan dan istilah hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid
 Penerangan berdasarkan pengetahuan lepas murid
 Alat Bantu mengajar sesuai dengan isi pelajaran, diuruskan dengan teknik yang berkesan
 Galakkan murid bertanya

Komponen-Komponen Kemahiran Menerang


Arah Permulaan
Penerangan guru:
 Menarik dan mengekalkan perhatian murid
 Membangkit minat murid untuk belajar
 Jelas, ringkas, tepat
Kemahiran Ilustrasi
Pengunaan contoh / sumber pelajaran
 Contoh / sumber yang cukup
 Contoh / sumber yang sesuai
 Contoh / Sumber jelas dan menarik
 Kecekapan mengurus contoh / sumber
Penyusunan Idea
Pengurusan kemahiran menerang:
 Idea dikembang secara teratur
 Variasi rangsangan berjaya digunakan
 Penerangan lisan jelas dan tepat
Penutup
Rumusan dan kesimpulan:
 Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis
 Isi-isi penting disusun secara teratur
 Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas

80
3. Kemahiran Penyoalan
Teknik penyoalan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat permulaan
kemahiran penyoalan digunakan untuk membantu murid mengingat kembali pelajaran lepas. Pada
peringkat perkembangan ianya digunakan untuk mencungkil pemikiran murid. Manakala pada peringkat
penutup ianya digunakan untuk menilai pencapaian objektif.
Prinsip Penggunaan Kemahiran Penyoalan:

Komponen-Komponen Kemahiran Penyoalan


 Aras soalan sesuai dengan murid
Pembentukan Soalan  Rancang jenis-jenis soalan
 Mudah difahami
 Ubah bentuk soalan dari masa ke semasa
 Mendorong murid berfikir

 Kemukakan soalan , berhenti


sekejap, kemudian sebut nama
Teknik kemukakan  Soalan dituju kepada semua murid
soalan  Sebut soalan sekali sahaja dengan jelas
 Suruh murid ulang jawapan

 Beri pujian bagi jawapan murid


 Guru ulang jawapan murid
 Minta murid lain ulang
 Lengkapkan jawapan yang kurang lengkap
Penerimaan Jawapan
 Bantu murid beri jawapan yang lengkap
 Elak jawapan beramai-ramai
 Elak ejek jawapan murid

Objektif Penyoalan
 Uji pengetahuan murid
 Rangsang pemikiran
 Menarik perhatian
 Menilai keberkesanan
 Membantu mengulangkaji pelajaran
 Memperkukuhkan kefahaman baru
 Menimbulkan minat dan perasaan ingin tahu
 Memperkembangkan daya pemikiran
 Penglibatan murid secara aktif
 Menggalak murid berani menyoal

 Jelas, ringkas dan tepat


 Fokus tunggal : Soalan ditumpukan
kepada satu idea dan konvergen
 Fokus pelbagaian : Soalan ditumpukan
Bentuk soalan
lebih daripada satu idea dan divergen
 Sebaran : Soalan disebarkan kepada
seluruh kelas.

81
4. Kemahiran Pengukuhan
Kemahiran ini digunakan apabila murid memberi jawapan / reaksi yang betul dalam satu-satu aktiviti .
Pujian merupakan satu teknik pengukuhan tingkahlaku.

Prinsip Pengukuhan:

 Berubah dari masa ke semasa


 Diberi sebaik sahaja selesai menjawab
 Teknik pengukuhan sesuai dengan tahap pelajar
 Diberi dengan ikhlas

 Memberi galakan dalam aktiviti P & P


 Memperkukuhkan konsep dalam ingatan
Objektif
 Menggalakkan murid tunjuk tingkah laku positif
Pengukuhan
 Memupuk semangat keyakinan diri
 Memperbaiki disiplin kelas

Kesan Kemahiran Pengukuhan:

 Menimbulkan semangat ingin belajar


 Meningkatkan murid bersifat cubajaya
 Murid akan berubah ke arah tingkah laku positif
 Usaha murid dihargai
 Wujudnya hubungan yang baik guru dan murid

82
Lisan Positif
 Guru gunakan sebutan:
Bagus / baik / ya /
betul
 Guru mengulang jawapan
murid

Gerak Isyarat positif


Guru menunjukkan
 Senyuman
 Anggukan kepala
 Tepuk tangan
Komponen  Angkat ibu jari
Kemahiran
Pengukuhan
Dampingan
 Mendampingi murid
 Berdiri disebelah murid
 Duduk disisi murid

Sentuhan
Sentuhan mengikut adat
 Menyentuh kepala
 Menyentuh bahu
 Menyentuh bahagian
belakang badan

Elakkan komen negatif !

Gerakan isyarat negatif


Gerakan isyarat negatif
• Menggeleng-gelengkan kepala
• Menunjukkan muka marah
• Menggoyangkan tangan

Lisan negatif
 Bukan, Salah, Tidak
 Kurang lengkap, jawapan buruk
 Menyindir

83
5. Variasi Rangsangan
Teknik mempelbagaikan kaedah penyampaian guru bertujuan menarik perhatian dan minat murid. Ia
meliputi kemahiran mengubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti,menukar corak interaksi dan
mempelbagaikan kaedah pengajaran

Prinsip

 Perubahan kaedah dan teknik penyampaian dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran
 Perubahan aktiviti dikaitkan dengan langkah penyampaian
 Penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai
 Setiap langkah pengajaran mengandungi aktiviti yang berbeza
 Hendaklah mengubah rangsangan berdasarkan maklumbalas murid

Objektif

 Memfokuskan perhatian murid dan mengekalkan minat


 Melibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
 Mempelbagaikan saluran deria murid
 Memotivasikan murid
 Memberi peluang murid menikmati kepelbagaian aktiviti
 Mewujudkan suasana pembelajaran yang positif

84
Perubahan pergerakan langkah guru
Kiri – kanan, depan – belakang

Perubahan pergerakan anggota guru


tangan - kepala, tangan -hentian

Perubahan nada suara


Komponen Mendatar – lantang
Variasi Lantang - senyap
Rangsangan

Perubahan deria murid


Mendengar – menonton
Melihat - merasa

Perubahan bentuk lisan murid


Menyoal – menjawab
Menulis – membaca
Bercerita - berbincang

Perubahan bentuk fizikal


murid
Menulis – melukis
Duduk - berdiri

6. Kemahiran Penggunaan Papan Tulis / Kapur / Putih


Suatu kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam bilik darjah. Ia memerlukan kemahiran guru
merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambar rajah. Guru yang menguasai kemahiran ini dengan
baik, memudahkan murid membaca dan memahami serta dapat menarik minat murid.

Prinsip

 Guru harus merancang penggunaannya lebih awal


 Memahirkan diri dalam kemahiran melukis gambar rajah
 Tulisan hendaklah jelas
 Penggunaan kapur warna

85
 Penggunaan aktiviti hendaklah dipelbagaikan
 Penglibatan murid dalam penggunaan papan kapur
 Masa yang sesuai

Objektif

 Menjelas sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak


 Menarik perhatian murid di setiap peringkat pengajaran
 Memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan
 Mendemontrasikan langkah penyelesaian masalah
 Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran
 Memberi peluang kepada murid mencatat nota

Susunan (layout) ;
Penggunaan ruang seimbang
Susunan jelas
Komponen Nota disusun bersistematik

Penggunaan

Papan kapur Penonjolan / Penekanan:


Penggunaan kapur warna yang sesuai
dan menarik

Teknik Persembahan berjaya :


membentuk konsep jelas dan tepat
memudahkan konsep yang susah
melibatkan murid dlaam aktiviti
pembelajaran
menggunakan masa yang sesuai

7. Kemahiran Penutup
Penutup adalah bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian
biasanya diadakan dalam bahagian ini. Guru menggunakan bahagian ini untuk membantu murid-murid
mengukuhkan konsep atau kemahiran baru yang dipelajari dengan merumuskan isi-isi penting atau
memberi aktiviti susulan. Guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian
objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hasil penilaian ini akan
digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap pelajaran berikutnya.

86
Terdapat dua jenis penutup
Kognitif - bertujuan mengukuhkan isi dan kemahiran yang dipelajari
Caranya:- murid buat rumusan / kesimpulan
Beri kerja bertulis/ latihan / lembaran kerja
Beri aktiviti pengayaan
Penyoalan isi-isi penting
Sosial - bertujuan membangkitkan perasaan ingin terus belajar atau aplikasi apa yang dipelajari dalam
kehidupan harian.
Caranya - menggunakan teknik peneguhan atau tugasan lanjutan.

Prinsip-prinsip penggunaan kemahiran penutup:


 Pastikan sesuai dengan objektif, isi dan kemahiran yang baru dipelajari
 Aktiviti rumusan, pengukuhan dan susulan perlu dirancang dengan teliti
 Sediakan juga penutup sosial di samping penutup kognitif
 Aktiviti penilaian juga boleh diadakan di peringkat penutup

 Membuat rumusan
 Mengulangi isi-isi penting
 Menjalankan aktiviti
penilaian
Perkaitan
 Mencadangkan aktiviti
Komponen- kognitif
susulan
komponen  Menjalankan aktiviti
Kemahiran pengukuhan
Penutup

 Menimbulkan perasaan
Perkaitan
ingin melaksanakan
Sosial
 Memberi peneguhan positif
 Mewujudkan perasaan
ingin tahu
 Memotivasikan murid mahu
belajar
 Mengaitkan dengan pelajaran
akan datang

6.1.2 Kepentingan Pengajaran Mikro


Pengajaran mikro merupakan satu pengajaran sebenar walaupun saiznya dikurangkan.
Pengajaran mikro mempunyai faedah-faedah yang amat positif. Antaranya ialah:
1. Pelajar dapat menjalankan latihan amali dalam keadaan tenang dan tenteram tanpa gangguan
terhadap dirinya, tanpa berasa takut dan sebagainya.
2. Pelajar berpeluang mempraktikkan teori-teori dan kemahiran yang telah dipelajarinya.
3. Pelajar dapat menjalani latihan mengajar dalam situasi yang terkawal.

87
4. Pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran mengajar secara beransur-ansur berlandaskan
peringkat-peringkat kemahiran yang dikuasainya.
5. Pelajar dapat mengurangkan berbagai-bagai masalah daripada pengajaran biasa di sekolah.
6. Pelajar dapat memperbaiki aspek pengajarannya hasil dari komen yang diberi oleh guru dan rakan
sebaya ke arah menjadi guru yang lebih efektif pada masa hadapan.
7. Pelajar dapat menyaksikan sendiri segala perlakuan dan tingkah lakunya sepanjang pengajaran melalui
tayangan semula video. Justeru, mereka dapat memperbaiki diri.
8. Pelajar akan sentiasa berusaha meningkatkan aras keyakinan dirinya dalam situasi pengajaran yang
sebenar.
9. Perbincangan tiga hala antara pelajar, guru dan rakan sebaya dapat melahirkan input baharu yang
sebelum ini tidak mereka ketahui.

6.1.2 APLIKASI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MIKRO

Cara melaksanakan sesi praktik pengajaran mikro.


6.2.1 Peringkat pengenalan
(a) Pensyarah menerangkan konsep pengajaran mikro kepada pelajar.
(b) Pensyarah menentukan apakah kemahiran yang dipilih.
(c) Borang bimbingan diedarkan kepada para pelajar supaya mereka
mengetahui kriteria-kriteria mengesan kelemahan-kelemahan yang
mungkin berlaku dalam sesi pengajaran mikro.
(d) Pensyarah menunjukkan contoh kemahiran yang dilakonkannya sendiri
atau melalui tayangan video.
(e) Pensyarah berbincang dengan para pelajar tentang hasil penilaian
berdasarkan rekod yang tertulis dalam borang bimbingan.
6.2.2 Peringkat Perancangan
(a) Memilih pelajar untuk sesi mengajar dan memberikan peluang untuk
membuat persiapan.
(b) Pelajar yang dipilih akan merancang satu persediaan mengajar
berdasarkan kemahiran yang dipilih.
(c) Pensyarah menentukan sama ada hendak menggunakan rakaman video
atau audio.
6.2.3 Peringkat Pelaksanaan
(a) Seramai 8 hingga 10 orang pelajar akan berlakon sebagai murid-
murid dan pensyarah memainkan peranan sebagai penyelia.
(b) Pelajar yang dipilih memulakan pengajarannya, sementara pelajar lain
membuat pemerhatian serta menyemak borang.
(c) Biasanya aktiviti pengajaran dirakam dalam alat perakam video.

6.2.4 Peringkat maklum balas

88
(a) Pensyarah membuat perbincangan dengan pelajar berkenaan, kemudian
diadakan perbincangan terbuka dengan para pelajar yang memerhati.
(b) Pensyarah mengemukakan segala kelemahan dan kekuatan pelajar
tersebut semasa aktiviti pengajaran mikro dijalankan.
(c) Aktiviti yang dirakamkan juga ditayangkan semula untuk membolehkan
pelajar membuat rujukan.
(d) Pelajar membuat persediaan semula berdasarkan teguran-teguran yang
dibuat oleh pensyarah.
(e) Pelajar dikehendaki mengajar semula kepada satu kumpulan pelajar lain.

6.2.5 PEMBINAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN UNTUK KEMAHIRAN MIKRO

Contoh : RPH (Kemahiran Set induksi)

‫خاتنت‬ ‫خادغن اكتيؤييت‬ ‫ايسي كاندوغن‬ ‫لغكه‬


: ‫قاعدة‬ ‫موريد مندغر باخاءن‬ .1 ‫سيت‬
‫ سوءال جواب‬- ‫خونتوه دري قاري يغ‬ ‫ باخاءن قاري‬: ‫*خونتوه‬
: ‫باهن بنتو مغاجر‬ 6-5 ‫ايندوكسي سورة الزلزلة ايات‬
‫دفيليه‬
‫ ؤيديو‬- : ‫ مينيت) سوءالن‬3(
‫برسوأل جواب انتارا‬ ‫باضايمان باخاءن قاري‬-
:‫فنرفن نيالي‬ .2
‫موريد دغن ضورو‬ ‫تادي‬
‫ يقني دغن ککواساءن‬- ‫ بوليهكه كامو ممباخ سفرتي‬-
‫هللا‬ ‫جوافن موريد دكاءيتكن‬ .3 ‫قاري كامو تادي‬
‫هاتي‬-‫فرلو برهاتي‬- ‫ برافاكه كلمة يغ دباخ‬-
‫دغن تاجوق فالجرن‬
‫دامل سضاال تيندقن‬ .‫هاري اين‬ ‫دغوغ قدر دوا حراكة‬
‫كيت كران اهلل مها‬
‫ضورو منوليس تاجوق‬ .4
‫عاديل فرهيتوغنث‬
‫د فافن توليس‬

89
6.3 PEMBELAJARAN MAKRO

Pengajaran makro merangkumi proses pengajaran yang lengkap yang mengandungi kemahiran-kemahiran
yang pelbagai dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kelas sebenar. Ia sekurang-
kurangnya mempunyai satu unit kemahiran dalam satu-satu masa pelajaran. Di dalam proses makro
meliputi tiga peringkat pengajaran iaitu pemulaan pengajaran, perkembangan dan penutup. Ia merupakan
simulasi satu pengajaran yang lengkap di dalam satu kelas biasa. Simulasi boleh dilakukan di dalam bilik
darjah, makmal atau bilik tayangan. Pengajaran makro merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran
mikro yang disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yang sekian lama dipelajari.

Pengajaran makro adalah simulasi pengajaran yang bersifat praktikal oleh guru dengan
diperhatikan oleh rakan pelajar yang lain. Pengajaran makro dilaksanakan berdasarkan masa pengajaran
sebenar seperti yang ditetapkan, samada menggunakan masa 30 minit atau 40 minit. Ianya bertujuan
membantu guru membiasakan diri melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran,
disamping mereka dapat memperbaiki kelemahan sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran
sebenar di bilik darjah di sekolah.

6.3.1 PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MAKRO

6.3.2 Objektif pengajaran makro

Di antara objektif-objektif pengajaran makro ialah menyediakan guru dengan pengalaman mengajar yang
menggunakan suatu kemahiran lengkap. Melalui pengajaran makro semua guru dapat mempraktikkan
suasana sebenar apabila mengajar dan ini sekaligus akan memperbaiki kelemahan-kelemahan pengajaran
yang berlaku di samping mengukuhkan kelebihan mengajar mereka. Selain itu, pengajaran makro juga
bertujuan supaya guru dapat memahami ciri-ciri perancangan pengajaran dan membina rancangan
pengajaran mengikut format latihan seterusnya dapat mengaplikasikannya pada sesi pengajaran dalam
bilik darjah yang sebenar.
Secara ringkasnya, objektif pengajaran makro yang lain boleh disenaraikan seperti berikut :
 Memberi keyakinan kepada guru
 Menguasai kemahiran mengajar
 Mengenal pasti potensi guru
 Mengenal pasti kelemahan guru
 Mewujudkan semangat kekitaan dan bekerjasama
 Memahami ciri-diri perancangan pengajaran makro,
 Membina rancangan pengajaran makro mengikut format latihan, dan
 Mengaplikasikan sesi pengajaran makro dalam bilik darjah.

6.3.3 Aspek-aspek penting dalam persediaan mengajar


Pengajaran makro dimulai dengan persediaan pengajaran. Antara aspek-aspek penting dalam persediaan
tersebut adalah seperti berikut :
1. Perancangan pendahuluan
 Guru hendaklah menentukan topik yang hendak diajar

90
 Guru perlu mengenalpasti kebolehan sedia ada murid-murid
 Guru perlu menetapkan objektif dan hasil pembelajaran

2. Perancangan penyampaian
 Guru hendaklah menentukan kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran
 Guru hendaklah menentukan tempoh masa pengajaran yang telah ditetapkan
 Guru hendaklah memeringkatkan isi pelajaran yang akan diajar
 Guru perlu memilih sumber pengajaran yang sesuai termasuklah bahan audio visual, slaid dan
carta bergambar

3. Perancangan penilaian
 Guru hendaklah memastikan pelajar dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan
 Guru hendaklah menganalisis respon dan maklum balas pelajar
 Guru hendaklah membuat pengubahsuaian penilaian sekiranya perlu

6.4 Situasi pengajaran makro

Dalam melaksanakan pengajaran makro yang berkesan, guru perlu menyediakan perkara-perkara berikut :
1. Kelas sebenar yang terdiri daripada 25 hingga 30 orang murid,
2. Mempunyai guru dan murid sebenar yang terdiri daripada rakan-rakan guru
3. Guru mengajar sepenuh masa (30 – 40 minit),
4. Memberi tumpuan kepada pelbagai kemahiran mengajar,
5. Membina situasi pengajaran yang sebenar, dan
6. Menyediakan perancangan pengajaran yang menyeluruh untuk satu sesi pengajaran.

6.5 Rasional Pelaksanaan Pengajaran Makro

Pengajaran makro penting dilaksanakan oleh guru-guru. Antara rasional pelaksanaan pengajaran makro
adalah seperti berikut :

1. Proses pengajaran adalah suatu yang kompleks, memerlukan pengetahuan dan kemahiran
tertentu dalam pelbagai bidang,
2. Proses yang kompleks ini boleh dianalisa dan dipecahkan kepada pendekatan-pendekatan
dan kemahiran-kemahiran yang khusus,
3. Sebahagian besar kemahiran boleh dipelajari dalam situasi simulasi dan latihan di dalam
bilik darjah,
4. Ia merupakan proses latihan bersistematik untuk menguasai pelbagai kemahiran,
5. Ia dapat membina keyakinan diri,
6. Efektif dalam situasi pengajaran sebenar, dan
7. Ia merupakan latihan awal yang melibatkan program bimbingan sebelum pengajaran
sebenar.

6.6 Keperluan dalam pengajaran makro


1. Permulaan pengajaran
Guru perlu merancang set induksi pengajaran yang baik dan menarik perhatian serta minat murid kepada
pengajaran yang hendak disampaikan dan dapat menggalakkan pembelajaran yang . Set induksi juga
digunakan bagi mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Jangka
masa yang baik bagi set induksi ialah antara tiga hingga lima minit.

91
2. Perkembangan pengajaran
Perkembangan pengajaran merujuk kepada langkah-langkah mengajar yang disusun berperingkat-
peringkat berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran. Pelajar juga perlu merancang langkah-langkah
pengajaran yang berurutan, disusun dengan baik dan mencatat anggaran masa yang sesuai. Langkah-
langkah yang dirancang ada kaitannya dengan objektif khusus yang telah dicatat.

3. Memilih dan menyusun isi pelajaran


Pelajar perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang hendah disampaikan. Isi pelajaran tersebut
hendaklah sesuai dengan kebolehan serta minat murid. Isi pelajaran perlu dipertingkatkan dan
dipertambahkan lagi dengan teliti supaya situasi pembelajaran yang unggul dapat diwujudkan. Ketika
melakukan pemeringkatan isi, pelajar hendaklah menyenaraikan semua topik yang hendak diajar,
kemudian difikirkn sub topik atau isi yang manakah yang perlu diawalkan dan yang dikemudiankan. Untuk
itu, pelajar perlulah memikirkan prinsip-prinsip berikut :
 pengetahuan sedia ada murid kepada ilmu yang belum dipelajari
 mudah kepada kompleks
 konkrit kepada abstrak
 dekat kepada jauh
 dalam pengalaman kepada yang diluar pengalaman

4. Penyampaian isi
Bagi menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan, guru hendaklah memikirkan strategi mana yang akan
digunakan. Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian
sesuatu pelajaran. Hal ini adalah kerana strategi pengajaran yang sesuai dapat meningkatkan mutu
penyampaian dan akan menjadikan pelajaran itu lebih bermakna dan menyeronokkan.

5. Penilaian
Guru juga harus menjalankan aktiviti untuk mengukur sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran
telah tercapai. Aktiviti penilaian boleh dijalankan secara pemerhatian terhadap aktiviti susulan,
pemeriksaan kerja murid atau melalui ujian lisan atau tulisan. Maklumat-maklumat yang didapati daripada
pentafsiran penilaian ini akan menjadi asas untuk membuat pengubahsuaian terhadap pengajaran
seterusnya.

6. Penutup
Penutup merupakan bahagian terakhir satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Dalam bahagian penutup,
guru membantu murid menyimpul dan membuat rumusan yang berkaitan dengan isi-isi penting serta
memberikan latihan atau aktiviti pengukuhan kepada pelajar. Guru juga perlu memberikan rasa kepuasan
belajar dan menggerakkan murid-murid supaya bersedia untuk pelajaran akan datang.

92
7. Penilaian kendiri
Penilaian kendiri dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah
berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam
pelajaran akan datang. Antara perkara yang boleh dibuat refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas
dan penglibatan murid serta keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.

6.7 PEMBINAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (untuk pengajaran makro)

BAHAGIAN – A (17 item)


 Matapelajaran
 Kelas
 Tarikh/masa
 Masa
 Bilangan murid
 Tajuk
 Pengetahuan sedia ada
 Standard kandungan
 Standard pembelajaran
 Objektif pembelajaran
 Kemahiran berfikir
 Gabung jalin (antara bidang dalam subjek Pendidikan Islam)
 Penyerapan (subjek lain selain Pendidikan Islam)
 Penerapan nilai
 Elemen Merentas Kurikulum (EMK) –Keusahawanan dan kreativiti
 Penilaian PNP
 Bahan bantu mengajar

BAHAGIAN –B
• Pendahuluan
• Set induksi
• Perkembangan langkah
 Langkah pertama
 Langkah kedua
 Langkah ketiga dan
 Langkah keempat
• Penutup
Catatan:
Perkembangan pengajaran (bahagian B) hendaklah disediakan mengikut format latihan perguruan
dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:
 Langkah / Masa
 Isi kandungan / pelajaran
 Cadangan ktiviti murid dan guru
 Catatan kaedah, teknik dan sumber

BAHAGIAN – C
 Refleksi
 Ulasan pensyarah penyelia
 Ulasan guru pembimbing

93
‫رانخغن فغاجرن هارين‬
‫فنديديقن إسالم تيغكاتن ‪1 :‬‬
‫فنديديقن إسالم ( تجويد)‬ ‫‪ .1‬مات فالجرن‬
‫‪ 1‬خمرلغ‬ ‫‪ .2‬كلس‬
‫‪ 3‬جماد االخير ‪ 3 /1435‬افريل ‪ /2014‬خميس‬ ‫‪ .3‬تاريخ ‪ /‬هاري‬
‫( ‪ 11.20 – 12.00‬فاضي) ‪ 40‬مينيت‬ ‫‪ .4‬ماس‬
‫‪ 30‬اورغ ( لالكي ‪ ، 13 :‬فرمفوان ‪)17 :‬‬ ‫‪ .5‬بيلغن موريد‬
‫حكوم نون ساكنة دان تنوين‬ ‫‪ .6‬تاجوق‬
‫فالجر تله ممفالجري كلبيهن بالجرحكوم تجويد دالم فالجران يغ اللو‬ ‫‪ .7‬فغتاهوان سديا اد‬
‫مغنل فستي دان مباخ ايات يغ مغندوغي حكوم تجويد نون ساكنة دان‬ ‫‪ .8‬ستندرد كاندوغن‬
‫تنوين‬
‫مغنل فستي دان مباخ ايات يغ مغندوغي حكوم تجويد نون ساكنة دان‬ ‫‪ .9‬ستندرد فمبالجرن‬
‫تنوين دغن بتول‬
‫سلفس فروسيس فغاجرن دان فمبالجرن فالجر دافت ‪:‬‬
‫‪ .1‬مثبوت تعريف نون ساكنة دان تنوين دغن بتول ستله فربينخغن برسام‬ ‫‪ .10‬اوبجيكتيف‬
‫ضورو‬ ‫فمبالجر ن‬
‫‪ .2‬مثبوت خونتوه باضي ستاف حكوم دغن بتول ستله مندافت بيمبيغن ضورو‬
‫‪ .3‬مغافليكاسيكن حكوم جتويد دامل باخاءن القراءن سلفس اكتيوييت تلقي دان مشافهه‬
‫بنديغ بيذا باخأن فد كلمة يغ مغاندوغي دان تنوين‬ ‫‪ .11‬كماهرين برفيكير‬
‫ادب (ادب ممباخ القرءان)‬ ‫‪ .12‬ضابوغجالني‬
‫موزيك (ترمن‪ -‬انتوناسي سوارا)‬ ‫‪ .13‬فثرفن‬
‫خشوع ‪ ,‬برسوغضوه‪ , ٢‬ادب ممباخ‬ ‫‪ 14‬فنرفن نيالي‬
‫*نيالي دالم ايات‬
‫‪.1‬كأوسهاونن ‪ :‬موريد برساءيغ انتوق ممفرسمبهكن باخاءن يغ باءيق‬ ‫‪ .15‬اي‪.‬م‪.‬ك‬
‫‪.2‬كرياتيؤيتي ‪ :‬باخاءن برترنم‬
‫‪ .16‬فنيالين ف دان ف ‪ .1‬ممباخ سخارا كلس ‪ ,‬كومفولن دان اينديبيدو‬
‫‪.2‬لمبرن كرجا*‬
‫‪ .17‬باهن بنتو مغاجر مصحف القرءان‬
‫لمبرن كرجا*‬
‫سالءيد‬

‫‪94‬‬
‫خاتنت‬ ‫خادغن اكتيؤييت‬ ‫ايسي كاندوغن‬ ‫لغكه‬
‫‪ .1‬سأورغ فالجر دمينتا اوليه ضورو‬ ‫مقدمة باخاءن دعاء ‪(:‬خونتوه‬
‫فنرفن نيالي‪:‬‬
‫مغتواءي باخاءن دعاء‪.‬‬ ‫(‪ 3‬مينيت) سهاج)‬
‫‪ -‬خشوع‬ ‫‪ .2‬موريد‪ ٢‬الءين دمينتا مغيكوت باخاءن‬
‫‪ -‬توکل‬
‫دعاء برساما‪-‬سام ‪ /‬مغامينكن باخاءن دعاء ‪-‬‬
‫‪ -‬ادب‬
‫مسوا موريد ملفظ كلمة شهاده برساما‪ -‬سام‪.‬‬
‫بردعاء‬

‫باخاءن شهادة‪:‬‬

‫خاتنت‬ ‫خادغن اكتيؤييت‬ ‫ايسي كاندوغن‬ ‫لغكه‬


‫قاعدة ‪:‬‬ ‫موريد مندغر باخاءن خونتوه دري‬ ‫‪.5‬‬ ‫سيت‬
‫‪ -‬سوءال جواب‬ ‫قاري يغ دفيليه‬ ‫*خونتوه ‪ :‬باخاءن قاري سورة‬
‫باهن بنتو مغاجر ‪:‬‬ ‫برسوأل جواب انتارا موريد دغن‬ ‫‪.6‬‬ ‫ايندوكسي الزلزلة ايات ‪6-5‬‬

‫‪ -‬ويديو‬ ‫ضورو‬ ‫(‪ 4‬مينيت) سوءالن ‪:‬‬


‫جوافن موريد دكاءيتكن دغن تاجوق‬ ‫‪-‬باضايمان باخاءن قاري تادي‬
‫فنرفن نيالي‪:‬‬ ‫‪.7‬‬
‫فالجرن هاري اين‪.‬‬ ‫‪ -‬بوليهكه كامو ممباخ سفرتي‬
‫‪ -‬يقني دغن ککواسأن هللا‬ ‫قاري كامو تادي‬
‫‪-‬فرلو برهاتي‪ 2‬دامل‬ ‫‪ -‬برافكه كلمة يغ دباخ دغوغ قدر‬
‫سضاال تينداقن كيت‬ ‫دوا حراكة‬
‫كران اهلل مها عاديل‬
‫فرهيتوغنث‬
‫خاتنت‬ ‫خادغن اكتيؤييت‬ ‫ايسي كاندوغن‬ ‫لغكه‬
‫اي‪.‬م‪.‬ك ‪:‬‬ ‫موريد مندغر فنراغن ضورو تنتغ‬ ‫‪.1‬‬ ‫فغرتين حكوم نون ساكنة دان تنوين‬
‫تيكنولوخي معلومت‬ ‫فغرتين حكوم نون ساكنة دان تنوين‪.‬‬ ‫بهاضني نون ساكنة دان تنوين ‪:‬‬
‫دان كومونيكاسي‬ ‫‪1‬‬ ‫لغكه‬
‫موريد‪ ٢‬مبوات فربينخغن دغن‬ ‫‪.2‬‬ ‫‪ .1‬ادغام‬
‫قاعدة ‪:‬‬ ‫(‪12‬‬
‫ضورو تنتغ فغرتين حكوم نون‬ ‫‪ ‬ادغام مع الغنة‬
‫‪ -‬تلقي مشافهة‬ ‫‪ ‬ادغام بال الغنة‬ ‫مينيت)‬
‫‪ -‬فنرغن ‪ /‬سوءال‬ ‫ساكنة دان تنوين‪.‬‬ ‫‪ .2‬اظهار‬
‫‪ ‬اظهارحلقي‬
‫جواب‬ ‫‪ .3‬برسؤال جواب برسام ضورو‬ ‫‪ ‬اظهارمطلق‬

‫‪101‬‬
‫باهن بنتو مغاجر ‪:‬‬ ‫‪ .3‬اخفاء حقيقي‬
‫‪ .4‬اقالب‬
‫‪ -‬سالءيد فاور‬
‫فوءين ت‬
‫فنرفن نيالي‪:‬‬
‫خشوع ‪ ,‬برسوغضوه‪٢‬‬
‫خاتنت‬ ‫خادغن اكتيؤييت‬ ‫ايسي كاندوغن‬ ‫لغكه‬
‫اي‪.‬م‪.‬ك ‪:‬‬ ‫ضرق كرجا اينديؤيدو‬ ‫لغكه ‪2‬‬
‫خونتوه ‪ 2‬حكوم نون ساكنة دان ‪ .1‬سخارا كومفولن موريد دمينتا مغنل تيكنولوخي معلومت‬
‫(‪ 8‬مينيت)‬
‫فستي كليمة يغ مغاندوغي نون ساكنة دان كومونيكاسي‬ ‫تنوين ‪:‬‬
‫دان تنوين‬ ‫‪ .1‬ادغام‬
‫‪ .2‬موريد ممباخ كليمة يغ مغندوغي قاعدة ‪:‬‬ ‫‪ ‬ادغام مع الغنة (سورة‬
‫‪ -‬تلقي مشافهة‬ ‫يوسف اية ‪)75‬‬
‫حكوم نون ساكنة دان تنوين ترسبوت‬
‫‪ -‬فنرغن‬ ‫‪ ‬ادغام بال الغنة (سورة‬
‫سخارا التيه توبي دغن بيميغن ‪ -‬التيه توبي‬ ‫محمد اية ‪)8‬‬
‫ضورو‬
‫‪ .3‬موريد ممباخ كسلوروهن ايات دغن‬ ‫‪ .2‬اظهار‬
‫بيمبيغن ضورو سخارا برتجويد‬ ‫‪ ‬اظهارحلقي (سورة الفاتحة‬
‫‪ .4‬موريد دمينتا مغحفظ ستياف خونتوه‬ ‫اية ‪)7‬‬
‫باضي ستياف حكوم‬ ‫‪ ‬اظهارمطلق (سورة التوبة‬
‫اية ‪)110‬‬
‫‪ .3‬اخفاء حقيقي ( سورة النمل اية‬
‫‪)11‬‬
‫‪ .4‬اقالب (سورة ال عمران اية‬
‫‪)44‬‬
‫خاتنت‬ ‫خادغن اكتيؤييت‬ ‫ايسي كاندوغن‬ ‫لغكه‬
‫قاعدة ‪:‬‬ ‫ضرق كرجا كومفولن‪:‬‬ ‫لغكه ‪ 3‬افليكاسي حكوم جتود ‪:‬‬
‫‪ -‬تلقي مشافهة‬ ‫موريد دبهاضيكن كفد انم حلقه‬ ‫‪.1‬‬ ‫(‪ 8‬مينيت) مالزميي باخاءن القراءن دغن مراعيكن‬
‫‪ -‬برسوءال جواب‪.‬‬ ‫موريد مندغر باخاءن برترنم دري‬ ‫‪.2‬‬
‫‪ -‬فنرغن‬ ‫حكوم جتويد‬
‫قاريء‬
‫‪ -‬فربينخغن‬ ‫موريد ممباخ سخارا حلقه دان‬ ‫‪.3‬‬
‫باهن بنتو مغاجر ‪:‬‬ ‫‪ .1‬ادغام‬
‫اينديودو‬
‫‪ -‬سالءيد فاور‬ ‫موريد دفنتاو اوليه ضورو سماس‬ ‫‪.4‬‬
‫‪ ‬ادغام مع الغنة (سورة‬
‫فوءين ت‬ ‫سسي باخاءن برلغسوغ‬ ‫يوسف اية ‪)75‬‬
‫‪ ‬ادغام بال الغنة (سورة‬
‫‪102‬‬
‫فنرفن نيالي‪:‬‬ ‫محمد اية ‪)8‬‬
‫‪ -‬براني‬ ‫‪ .2‬اظهار‬
‫‪ ‬اظهارحلقي (سورة الفاتحة‬
‫‪ -‬بكرجاسام‬ ‫اية ‪)7‬‬
‫‪ ‬اظهارمطلق (سورة التوبة‬
‫اية ‪)110‬‬
‫‪ .3‬اخفاء حقيقي ( سورة النمل اية‬
‫‪)11‬‬
‫‪ .4‬اقالب (سورة ال عمران اية‬
‫‪)44‬‬
‫خاتنت‬ ‫خادغن اكتيؤييت‬ ‫ايسي كاندوغن‬ ‫لغكه‬
‫فنرفن نيالي‪:‬‬ ‫موريد داوجي اوليه ضورو تنتغ خونتوه‬ ‫فنوتوف كوضنيتيف‬ ‫فنوتوف‬
‫‪ -‬برتغضوغجواب‬ ‫ستياف حكوم‬ ‫‪ .1‬ادغام‬ ‫(‪5‬‬
‫‪ ‬ادغام مع الغنة (سورة‬ ‫مينيت)‬
‫يوسف اية ‪)75‬‬
‫‪ ‬ادغام بال الغنة (سورة‬
‫محمد اية ‪)8‬‬
‫‪ .2‬اظهار‬
‫‪ ‬اظهارحلقي (سورة الفاتحة‬
‫اية ‪)7‬‬
‫موريد دأيغتكن سنتياس ممباخ القرءان‬ ‫‪ ‬اظهارمطلق (سورة التوبة‬
‫سخارا برتجويد‪.‬‬ ‫اية ‪)110‬‬
‫ضورو ممبري كرجا رومه كفد فالجر‪.‬‬ ‫‪ .3‬اخفاء حقيقي ( سورة النمل اية‬
‫‪)11‬‬
‫‪)44‬‬ ‫‪ .4‬اقالب (سورة ال عمران اية‬
‫فنوتوف سوسيال‬
‫كرجا لنجوتن‬

‫‪SIMULASI PENGAJARAN MAKRO‬‬

‫‪PENILAIAN PENGAJARAN MAKRO‬‬

‫‪103‬‬
TUGASAN

1. Bina rancangan pengajaran harian untuk salah satu kemahiran mikro dan
aplikasikan di dalam kelas.
2. Bina borang penilaian pengajaran mikro bagi setiap kemahiran mikro.
3. Bina rancangan pengajaran harian untuk satu sesi pengajaran makro
Pendidikan Islam selama 30 minit dan aplikasikan di dalam kelas.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 2 jam bagi satu
sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran: Rancangan pengajaran mikro dan makro

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
i. Membina rancangan pengajaran mikro
ii. Membina rancangan pengajaran makro

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

104
BIBLIOGRAFI
Bahan Cetakan:

Abdul Fattah Abu Ghuddah Al-Halabi Al-Suri. Terj oleh Haji Shuhadak Mahmud.
(2011). 40 Teknik Rasulullah mengajar. Al-Azhar Media : Seremban. Edisi
Ketiga.

Abdul Halim Tamuri & Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff. (2010). Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Selangor.

Ahmad Mohd Salleh (2011). Kurikulum, metodologi dan pedagogi Pendidikan Islam.
Edisi Kedua. KPLI Pengajian Islam & j-QAF

Akhtiar Pardi., & Shamsina Shamsuddin. (2015). Rancangan pengajaran harian dalam
pengajaran dan pembelajaran. Puchong: Sasbadi Sdn. Bhd.

Borich, Gary D. (2014). Effective teaching methods: Research-based practice. 8th ed.
United States of America: Pearson Education, Inc.

Faridah Nazir., Faizah Shamsuddin., & Amran Bakar. (2016). Pengajaran dan
pembelajaran abad 21. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Ismail Abas et.al. (2007). Pengenalan Pendidikan Islam. Seri Kembangan: UNITEM
Sdn.Bhd.

Kamarudin Hj Husin (1994) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri (2007). Pendidikan Islam kaedah pengajaran
& pembelajaran. Skudai, Johor : UTM Press.

Shamsina Shamsuddin & Akhiar Pardi (2015). Pedagogi Pendidikan Islam. Pelangi
Professional Publishing Sdn. Bhd.: Bangi. Selangor. Cetakan Pertama.

105
Shamsina Shamsuddin. (2013). Penggubalan Item Ujian. Kuala Lumpur : Freemind
Horizons Bhd.

Silberman, M. (2009). Pembelajaran aktif: 101 strategi untuk mengajar apa jua subjek.
Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2007). Buku Panduan Pelaksanaan
Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2006). Buku Panduan j-QAF Model
Pengajaran dan Pembelajaran Islam . Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran
Malaysia.

106
PENYELARAS MODUL PDPP

Bil. Nama Pegawai Akademik

1 En. Othman Bin Loman Bidang Pendidikan Islam

PANEL PENGGUBAL MODUL PDPP

PIMK2023M
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH

NAMA KELAYAKAN AKADEMIK


Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam) (UKM)
Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) (UKM)
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (MPI)
RABAISHAH BINTI AZIRUN Kursus Sijil Perguruan Khas (Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran)(MPPM)

Sarjana Pendidikan Awal Kanak-kanak (UKM)


SHAMSINA BINTI SHAMSUDDIN Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah &
Kepimpinan)(UKM)
Sijil Perguruan

Sarjana Pendidikan (Arabic Language) (UKM)


NORMAH BINTI IDRIS Sarjana Muda Pendidikan (UIAM)
Sijil Perguruan Asas Pengajian Islam (SM)

FADZILAH BINTI MUSTAPA Sarjana Muda Usuluddin ( UM )


Diploma Pendidikan (UIA)

107
NAMA KELAYAKAN AKADEMIK
Doktor Falsafah Pengajian Islam (Pendidikan Islam)
(UM)
Dr. SABARIAH BINTI BAHRUN Sarjana Pengajian Islam (Pendidikan Islam) (UM)
Sarjana Muda Syariah (UM)
KPLI Pengajian Islam (Maktab Kent)

SIMBOL PEMBELAJARAN

Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/ maksud seperti yang dinyatakan

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada


pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam


penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting


dengan membuat ulasan.

108
Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam


modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat


sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang


lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah
dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual,
lukisan).

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

Bahan Pembelajaran

Pembelajaran dalam talian

109
Media Sosial

1010

Anda mungkin juga menyukai