Anda di halaman 1dari 7

DI SEDIAKAN OLEH: ZAIDIRAZALI : http://zaidirazali.

com/blog

JENIS-JENIS DOKUMEN PERNIAGAAN ANTARABANGSA

1)DOKUMEN PERNIAGAAN 2)DOKUMEN PENGANGKUTAN 3)DOKUMEN INSURANS


4)DOKUMEN KASTAM 5)DOKUMEN PEMBAYARAN
PERNIAGAAN

• Pesanan bertulis oleh pengimport


kepada pengeksport atau ejennya
untuk memesan barang. Terdapat 2
jenis inden, iaitu inden terbuka dan
inden tertutup.
INDEN • Inden terbuka- nama pengeluar
tidak ditetapkan.hanya menyebut
jenis dan jumlah barang yang
diimport.
• Inden tertutup- nama pengeluar
tertentu dinyatakan.
INVOIS • Menyerupai invois perdagangan
EKSPORT dalam negeri
• Disediakan dalam 2 salinan. 1
salinan untuk disertakan bersama
bil muatan. 1 salinan untuk
simpanan pengeksport untuk
rujukan.
• Dokumen yang dikeluarkan oleh
negara pengimport sebagai
kebenaran untuk pengeksport
membawa masuk barang ke
negaranya.
INVOIS • Boleh didapati di pejabat
KONSULA konsul/kedutaan negara pengimport
R • Disediakan dalam 3 salinan iaitu 1)
syarikat perkapalan 2) pihak
konsulat 3) pihak Kastam
• Invois proforma digunakan jika
harga barang masih belum
ditentukan
• Dokumen yang memberikan
maklumat tentang negara asal yang
mengeluarkan sesuatu barang.
• Dikeluarkan oleh dewan
SIJIL ASAL
perdagangan/ Kementerian
USUL
perniagaan
• Pengeksport bertanggungjawab
menyediakan dokumen ini untuk
pihak kastam negara pengimport
Satu resit rasmi yang dikeluarkan
PENGANGKUTAN

oleh syarikat perkapalan sebagai
akuan penerimaan barang-barang
ke dalam kapal dan kontrak untuk
mengangkut kargo itu ke destinasi
pelabuhan.
• Merupakan dokumen hak milik
• Berfungsi sebagai bukti akuan
penerimaan barang, bukti kontrak,
BIL nota makluman dan nota serahan
MUATAN • Disediakan dalam 5 salinan. 1-
Pengeksport 2-Pengimport 3-
Nakhoda kapal 4-Jabatan Kastam 5-
Pihak pelabuhan
• Bil Kotor- Bil muatan yang
merekodkan kerosakan barang
• Bil Bersih- Bil muatan yang tidak
mempunyai catatan kerosakan
barang

BIL UDARA • Dokumen yang dikeluarkan oleh


syarikat penerbangan kepada
pengeksport yang hendak
mengeksport dengan pengangkutan
udara.
• Merupakan dokumen bukan hak
milik
• Berfungsi sama seperti bil muatan
iaitu sebagai bukti akuan
penerimaan barang, bukti kontrak,
nota makluman dan nota serahan
• Disediakan dalam 3 salinan. 1-
Pengeksport 2-Syarikat
penerbangan 3-Pengimport
• Dokumen yang dihantar oleh
syarikat perkapalan kepada pihak
NOTA lembaga pelabuhan
PERKAPAL • Tujuan untuk meminta mereka
AN memunggah barang ke dalam kapal
yang dinamakan.

Dokumen yang dikeluarkan oleh


INSURANS


syarikat insurans untuk menjamin
barang yang diangkut itu dilindungi
oleh syarikat insurans daripada
segala risiko seperti kecurian,
POLISI kebakaran dan kerosakan atau
INSURANS kehilangan semasa dalam
perjalanan
• Boleh buat tuntutan ganti rugi dari
syarikat insurans dan buat pinjaman
bank

2 jenis borang perakuan Kastam. 1-


KASTAM


Kemasukan barang-barang percuma
2-Kemasukan barang bercukai
• 2 jenis borang kemasukan barang
BORANG
bercukai 1-Kegunaan dalam negeri
PERAKUA
(jika mahu keluarkan barang dari
N KASTAM
pelabuhan dengan segera) 2-
Pergudangan ( jika mahu tangguh
bayar cukai barang)
Perintah bertulis yang dikeluarkan
PEMBAYARAN

oleh pemiutang(pengeksport)
kepada penghutang(pengimport)
untuk memerintahkannya
membayar sejumlah wang tertentu
kepadanya, pada suatu tarikh akan
datang
BIL • Bil ini boleh dijadikan cagaran untuk
PERINTAH mendapatkan pinjaman bank atau di
BAYAR diskaunkan di bank untuk
mendapatkan bayaran.
• Jika pemiutang membalik balik
pinjaman dengan segera, dia boleh
menjual bil tersebut kepada bank
setelah ditolak komisen yang
disebut kadar diskaun

KREDIT • Adalah Surat kredit dari bank


BERDOKU pengimport yang disokong oleh
MEN dokumen seperti surat cagaran, bil
muatan, invois eksport dan polisi
insurans
• Surat kredit mewakili jaminan yang
diberi oleh bank pengimport untuk
membayar semua bil pembayaran
yang dikemukakan oleh
pengeksport kepada pengimport
• Dokumen yang dihantar oleh
pengeksport kepada bank
pengimport.
• Bank pengimport diberi kuasa untuk
SURAT menjual barang oleh pengeksport
CAGARAN sekiranya pengimport gagal
membuat bayaran atau enggan
menerima barang tersebut yang
sudah tiba di pelabuhan

LATIHAN

1) APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN:

a) BIL MUATAN

b) BIL UDARA

c) NOTA PERKAPALAN

d) BIL PERINTAH BAYAR

e) KREDIT BERDOKUMEN

f) SURAT CAGARAN

g) POLISI INSURANS

2) NYATAKAN PERBEZAAN ANTARA BIL MUATAN KOTOR DAN BIL MUATAN BERSIH

3) BERIKAN 2 PERBEZAAN ANTARA BIL MUATAN DAN BIL UDARA

4)SENARAIKAN PIHAK YANG AKAN MENERIMA BIL MUATAN DALAM AKTIVITI


PERNIAGAAN ANTARABANGSA

5) NYATAKAN 3 FUNGSI BIL PERINTAH BAYAR

Selamat menggunakan bahan bantu mengajar ini. Semoga kita sama2 dapat
menghasilkan pelajar yang cemerlang… 

ZaidiRazali
http://zaidirazali.com/blog