Anda di halaman 1dari 3

Tajuk Nak Ke Tak Nak !

Penulis buku Dr. HM Tuah Iskandar


Bahasa buku Melayu
Bilangan muka surat 320
Tarikh tulis dan tarikh sah 4 Mac 2019
Synopsis Buku bertajuk “Nak Ke Tak Nak !” ini merupakan sebuah buku yang
memaparkan kisah-kisah benar teladan dan pengajaran yang boleh
meningkatkan tahap motivasi diri seseorang. Di samping itu juga,
intipati buku ini memberi inspirasi kepada seseorang untuk
membina keyakinan diri dan kejayaan tanpa rasa takut untuk
berhadapan dengan risiko
Nilai Pengajaran yang terdapat dalam buku ini adalah setiap orang
pengetahuan/pengajaran perlukan motivasi sebagai penggerak untuk meneruskan
kelangsungan hidup. Selain itu intipati buku ini mengajar untuk
tidak takut gagal kerana gagal itu mungkin membuka peluang yang
lebih besar
Aplikasi ilmu dalam Terdapat segelintir pelajar yang kurang berjaya dalam pelajaran
organisasi/ Pnp adalah disebabkan kurang motivasi dalam diri mereka.akibat kurang
motivasi dalam diri pelajar takut untuk gagal dan malas untuk
berusaha mencapai kejayaan. Melalui buku ini saya dapat
mengaplikasikan beberapa ilmu yang boleh dipraktikkan untuk
mencetuskan motivasi dalam diri pelajar dan mendorong mereka
untuk berjaya

Tajuk Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan


Penulis buku Prof. Dato. Dr Mohamad Najib bin Abd. Ghafar
Bahasa buku Melayu
Bilangan muka surat 250
Tarikh tulis dan tarikh sah 4 Mac 2019
Synopsis Buku ini disediakan untuk membantu para pendidik khususnya
guru-guru yang berminat memahami dengan lebih terperinci
konsep penyelidikan pendidikan terutamanya yang menggunakan
reke bentuk tinjauan sola selidik. Bahagian awal buku ini
membincangkan tentang asas penyelidikan pendidikan iaitu
pengukuran dan penilaian perubahan pengalaman seseorang hasil
rangsangan dan perubahan pemikiran dan tingkahlaku.
Nilai Nilai pengetahuan yang dapat dikongsikan dalam penulisan ini ialah
pengetahuan/pengajaran berkaitan dengan reka bentuk dalam sesuatu penyelidikan yang di
jalankan. Seorang guru yang berminat dengan bidang penyelidikan
mestilah menguasai aspek-aspek teknikal sesuatu kajian dengan
mendalam. Selain itu, aspek kajian seperti menganalisis data perlu
diberi penekanan sebagai seorang penyelidik bagi memastikan
kejituan dan kesahan dalam kajian.
Aplikasi ilmu dalam Kemahiran dan ilmu penyelidikan perlu ada dalam diri setiap
organisasi/ Pnp individu khususnya seorang guru. Hal ini kerana, guru akan
melaksanakan kajian-kajian yang berkaitan dalam dunia pendidikan
misalnya kajian tindakan. Justeru itu, ilmu dan kemahiran
penyelidikan ini perlu dihayati dan dipelajari oleh semua guru
Tajuk Reka bentuk penyelidikan, Falsafah, Teori dan Praktis
Penulis buku Prof. Dr. Sidek Mohd Noah
Bahasa buku Melayu
Bilangan muka surat 320
Tarikh tulis dan tarikh sah 5 Mac 2019
Synopsis Buku ini membincangkan berkaitan dengan konsep penyelidikan
iaitu proses yang saintifik. Seorang penyelidik wajar sedar tentang
beberapa peringkat di dalam penyelidikan dan perlu kemahiran
melaksanakan proses penyelidikannya pada peringkat yang
berkenaan. Penyelidik yang tekun dan beriltizam dengan tugasnya
akan dapat merasakan kepuasan apabila kajian dapat disiapkan.
Selain itu, buku ini turut mengemukakan beberapa petua kepada
penyelidik tentang cara memudahkan analisis data dalam usaha
menulis laporan kajian. Pengarang turut membimbing penyelidik
tentang cara mengatasi masalah yang sering berlaku sains social
berkaitan kejituan dalam kajian
Nilai Penyelidikan merupakan suatu proses saintifik berkaitan dengan
pengetahuan/pengajaran sesuatu permasalahan atau isu yang ditimbulkan. Penyelesaian dan
cadangan dalam sesuatu penyelidikan amat bermakna dan
mempunyai signifikan. Kajian yang mempunyai impak tinggi mampu
memberikan penyelesaian kepada sesuatu permasalahan yang
berlaku.
Aplikasi ilmu dalam Seorang guru yang berkarisma perlu menguasai kemahiran dalam
organisasi/ Pnp penyelidikan. Penyelidikan yang dijalankan akan dapat memberikan
cadangan penyelesaian terhadap sesuatu isu/permasalahan yang
berlaku. Inovasi dan kreativiti dalam sesuatu penyelidikan
terutamanya dalam dunia pendidikan dapat meningkatkan lagi
mutu dan tahap pendidikan (pengajaran dan pembelajaran) agar
setaraf dengan negara maju.

Tajuk How to sell yourself


Penulis buku Arch Lustberg
Bahasa buku Inggeris
Bilangan muka surat 256
Tarikh tulis dan tarikh sah 5 Mac 2019
Synopsis Buku ini berkaitan cara “menjual” mesej komunikasi kepada
penerima. Antara perkara yang perlu dijual aialah kompetensi, jati
diri, keyakinan, isyarat yang betul, keluaran, kepimpinan dan
nasihat yang baik. Seseorang individu yang ada perwatakan dan
keterampilan yang hebat serta ianya boleh dilatih dengan latihan
yang baik. Pementoran dan bimbingan daripada pakar perlu untuk
meningkatkan lagi konsep kendiri dan keyakinan diri seseorang
Nilai Pengajaran yang terdapat dalam buku ini ialah murid sekolah tidak
pengetahuan/pengajaran hanya menjadi lebih baik hanya kerana dibekalkan computer di
setiap meja mereka. Sebaliknya kualiti generasi masa hadapan lebih
dipengaruhi oleh faktor kasih sayang, perkongsian dan perhatian ibu
bapa, guru dan pihak sekolah.
Aplikasi ilmu dalam Guru hendaklah peka terhadap elemen komunikasi yang mampu
organisasi/ Pnp memastikan bahawa mesej berjaya ‘dijual’ kepada murid. Begitu
juga dengan tahap komunikasi murid mesti ditingkatkan dari
semasa ke semasa supaya matlamat pembelajaran tercapai dengan
optimum