Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الرحْ َم ِن‬ َّ ِ‫س ِم هللا‬ ْ ‫ِب‬
‫علَى َءا ِل ِه‬ َ ‫علَى‬
َ ‫س ِي ِدنَا م َح َّمد َو‬ َ ‫سالَم‬َّ ‫صالَة َوال‬ َّ ‫ َوالعَاقِبَة ِل ْلمت َّ ِق ْي َن َوال‬, ‫ب ال َعالَ ِم ْي َن‬
ِ ‫ا َ ْل َح ْمد للِ َر‬
‫ص َحا ِب ِه أَجْ َم ِع ْي َن‬
ْ َ ‫َوأ‬
Segala puji bagi Allah S.W.T. , tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga serta para sahabat
baginda sekalian.

‫يَا هللا يَا ك َِريم يَا َودود‬


Berkati dan rahmatilah pertemuan kami pada hari ini. Satukanlah hati-hati kami .
Kukuhkanlah kesatuan dan kerjasama antara kami. Teguhkanlah muafakat dan
eratkan silaturrahim seantara kami. Hindarilah kami daripada api permusuhan,
pertelingkahan pendapat dan apa jua yang boleh merosakkan perpaduan antara
kami.

‫ت‬ ِ َ‫الله َم يَا ق‬


ِ ‫اض َي ال َحا َجات َو يَا َرافِ َع الد ََّر َجا‬

Berkatilah usaha-usaha kami , di dalam menjadikan sekolah ini sekolah yang


cemerlang, gemilang dan terbilang , disegani dan dihormati, yang melahirkan
pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

‫ب العاَلَ ِمين‬
َّ ‫يَا َرح َمن َيا َر ِحيم يَا َر‬
Perbaikilah segala kesilapan dan kelemahan serta tunjukkanlah kami jalan
kemajuan,kemakmuran dan kesejahteraan.

‫يَا هللا يَا فَتاَّح يَا عَليم‬


Kurniakanlah kepada kami kebijaksanaan di dalam mengurus dan mentadbir
persatuan ini. Hiasilah diri kami dengan sifat mahmudah dan muliakanlah kami
dengan ketakwaan dan perelokkanlah diri kami dengan kesejahteraan.

‫ َولَ تَجْ َع ِل اللَّه َّم‬، ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن َب ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْعص ْو ًما‬، ‫اَللَّه َّم اجْ َع ْل َج ْم َع َنا َهذَا َج ْمعًا َم ْرح ْو ًما‬
. ‫ش ِقيًّا َولَ َم ْطر ْودًا َولَ َمحْ ر ْو ًما‬ َ ‫فِ ْينَا َولَ َم َعنَا َولَ َم ْن يَتْبَعنَا‬
َ َ ‫عذ‬
‫اب النَّار‬ َ ‫س َنة ًَو ِق َنا‬ ِ ‫س َنة ً َوفِي‬
َ ‫األخ َر ِة َح‬ َ ‫َربَّ َنا َءاتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
ِ ‫ َوا ْل َح ْمد ِ َّلِلِ َر‬، ‫سلَّ َم‬
‫ب ال َعا َل ِم ْين‬ َ ‫ع َلى ََ َءا ِل ِه ِ َوصَحْ ِب ِه َو‬ َ ‫ع َلى م َح َّمد َو‬ َ ‫صلَّى هللا‬َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai