Anda di halaman 1dari 6

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN ILMU SKKT 2009 DAN

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 2009


Mengumumkan ketibaan Yg Berbahagia Tn Hj Mat Saat @ Puteh b
Abdullah. YDP PIBG SKKT

Bismi……..

1. Yg Berbahagia Tn Hj Mat Saat @ Puteh b Abdullah


YDP PIBG SKKT

2. Yg Berusaha Tn Hj Ramlan b Ramli


GB SKKT

3. Yg dihormati –
- Guru-guru Penolong Kanan
- AJK PIBG
-Guru-guru
-Para ibu bapa

Seterusnya, para pelajar anak-anak didik khususnya penerima anugerah yang dikasihi
sekalian.
ASSALAMUALAIKUM…….

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas pekenan


limpah kurnia dan inayahNya jua, kita dapat bersua lagi dalam majlis penuh gilang
gemilang, majlis meraikan dan mengiktiraf kejayaan anak-anak kita dalam majlis yang
dinamakan “HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN ILMU 2009”. Buat julung
kalinya juga majlis pada hari ini turut meraikan pelajar-pelajar Tahun 6 dalam Majlis
Graduasi kerana berjaya menamatkan persekolahan peringkat sekolah rendah dengan
jayanya.

Majlis juga ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih tidak terhingga kepada sekalian yang hadir bagi menjayakan lagi
majlis yang penuh bermakna ini. Sokongan , kerjasama dan kecaknaan tuan-tuan dan
puan-puan semua pastinya menjadi penggerak dan pemangkin dalam usaha mencapai
kejayaan di masa-masa akan datang. InsyaAllah.
1. Bacaan Doa

Pembuka tirai , sebelum majlis pada pagi ini diteruskan, sama-samalah kita
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al Fadhl Utz Ahmad Saiful b Ibrahim. Dgn
segala hormatnya dipersilakan….

-BACAAN DOA-

Amin amin ya Rabbal Alamin..Terima kasih diucapkan kepada Utz Ahmad Saiful atas
bacaan doa itu tadi. Semoga majlis pada pagi ini mendapat rahmat dan keberkatan
dariNya jua. InsyaAllah..

2. UCAPAN TN GURU BESAR


Meneruskan aturcara pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg
Berusaha Tn Hj Ramlan b Ramli, GB SKKT, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan..

-UCAPAN GB –

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yg Berusaha Tn GB atas ucapan itu tadi.

3. UCAPAN PERASMIAN
Hadirin hadirat yang dimuliakan.
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan Yg Berbahagia Tn Hj Mat
Saat @ Puteh b Abdullah bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis kita
pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan…

UCAPAN PERASMIAN

Terima kasih diucapkan kepada Yg Berbahagia Che Puteh. Dengan ucapan perasmian itu
tadi, maka rasmilah sudah Hari Anugerah Kecemerlangan Ilmu dan Majlis Graduasi
Tahun 6 2009.

4. PERSEMBAHAN TARIAN DAN GERAKAN “CHICKEY DANCE”

Tirai dibuka, agenda pun bermula


Saat dinantikan telah pun tiba
Anugerah dan penghargaan kepada yang Berjaya..

Bagi meredakan resah di jiwa, debar di dada.. Sama-samalah kita saksikan persembahan
istimewa oleh murid-murid Prasekolah, nyanyian dan gerakan berjudul “Chikey Dance”.
Persembahan ini adalah di bawah bimbingan Pn Nur Edziani dan Pn Aini. Dengan
sukacitanya dipersilakan….
PERSEMBAHAN CHICKEY DANCE

Terima kasih buat anak-anak comel, murid-murid PraSekolah SKKT atas persembahan
memikat hati itu tadi..

5. MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PENGHARGAAN KHAS


Tirai dibuka penuh makna
Hadiah dan penghargaan tanda kemenangan
Usaha gigih semangat waja
Menggapai impian menuju kecemerlangan

Bagi menyempurnakan majlis pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
…………………………………………………..diiringi…………………………………
bagi menyampaikan hadiah. Dipersilakan…
Dimulakan dengan Kategori.
- Kehadiran Penuh
- Bilik darjah cemerlang
- Pelajar terbaik Intervensi (Penderasan)
- Pelajar Terbaik j-Qaf
- Pelajar Terbaik KAFA

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


……………………………………….kerana sudi menyampaikan hadiah.

6. PERSEMBAHAN SAJAK
Persembahan sajak penuh emosi
Murid Prasekolah empunya persembahan
“Demimu Malaysia Tercinta” puisi dideklamasi
Mohd Alif Afnan dan Mohd Feddly sedia menghiburkan..

Di bawah bimbingan guru-guru dan pembantu prasekolah, dipersilakan adik Mohd Alif
Afnan dan Mohd Fedly untuk menyampaikan persembahan. Dipersilakan…

PERSEMBAHAN SAJAK

Terima kasih buat dua orang murid pra atas persembahan sajak itu tadi.

7. PENYAMPAIAN HADIAH
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Majlis penyampaian hadiah pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan
………………………………………………….diiringi
………………………………….untuk menyampaikan hadiah . Dipersilakan…
-Pengawas Pusat Sumber
-Pengawas Kedai Sekolah
-Ketua Murid
-Tokoh Nilam
Majlis merakamkan ribuan tkasih kepada …………………………….atas
kesudian menyampaikan hadiah itu tadi.

8. PERSEMBAHAN TARIAN MELAYU


Langkah diayun penuh harmoni
Tarian Melayu zaman berzaman
“Embun Sok Sek judul diberi
Tahun 5 dan 6 mengambil giliran.

Di bawah bimbingan Pn Suryani Ismail dan Pn Norhidawati, sama-samalah kita saksikan


sebuah persembhan tarian..Dipersilakan…

PERSEMBAHAN TARIAN
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Tahun 5 dan 6 atas persembahan istemewa
itu tadi..

9. PERSEMBAHAN PENGAKAP –ACI-ACI BUKA PINTU


Hadirin hadirat warga dewan yang dimuliakan,.
Acara pada pagi ini diteruskan lagi dengan sebuah persembahan khas daripada unit
beruniform Pengakap. Persembahan ini adalah di bawah bimbingan Pn Zainab bt Sukor
selaku salah seorang guru pemimpin pengakap sekolah. Dipersilakan Unit beruniform
Pengakap dengan “ACI-ACI BUKA PINTU”.

PERSEMBAHAN
Terima kasih pasukan pengakap sekolah atas persembahan melucukan itu tadi..

10. PENYAMPAIAN HADIAH


Acara penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan kategori seterusnya. Bagi
menyempurnakan majlis, dipersilakan …………………………………………diiringi
oleh ………………………………………………bg menyampaikan hadiah.
Dipersilakan…..

- Kedudukan dalam Kelas


- Pencapaian terbaik mata pelajaran

Terima kasih diucapkan kepada …………………………………………..

10. PERSEMBAHAN KOIR THN 6


Hadirin hadirat yang dimuliakan..
Sebelum aturcara penyampaian hadiah diteruskan apa kata, kita berehat seketika dengan
menyaksikan sebuah persembahan koir oleh murid-murid Tahun 6 Murni dibawah tajuk “
Season in the sun”.
Persembahan ini dipimpin oleh Pn Zizi Azira dan Pn Rohayu Ismail. Dipersilakan murid-
murid Thn 6 untuk menyampaikan persembahan.

PERSEMBAHAN

Terima kasih pelajar-pelajar Tahun 6 atas persembahan itu tadi.

11. PENYAMPAIAN HADIAH


Hadirin hadirat sekalian,
Seterusnya acara penyampaian hadiah diteruskan lagi bagi kategori selanjutnya. Bagi
menyampaikan hadiah dipersilakan ……………………………………………..diiringi
oleh …………………………………………………untuk menyampaikan hadiah .
Dipersilakan….

-Atlit Harapan
Pelajar Cemerlang Kokurikulum
Pelajar Cemerlang Sahsiah
Unit Beruniform Cemerlang
Persatuan Cemerlang
Anugerah Khas Kecemerlangan Sukan
Pelajar Cemerlang Akademik
Tokoh Murid(Baca biodata)

12. Majlis Graduasi Thn 6


Hadirin hadirat yang dihormati sekalian.
Sebagai tanda penghargaan dan tamatnya persekolahan di peringkat sekolah rendah,
pihak sekolah berbesar hati mengadakan majlis graduasi bagi pelajar-pelajar Thn 6 .
Bagi menyampaikan sijil tamat persekolah di peringkat sekolah rendah, majlis
mempersilakan ……………………………………………………..
diiringi………………………………………………. bg menyempurnakan majlis.
Dipersilakan.
Dimulakan dengan Thn 6Murni…………………………

MAJLIS GRADUASI

Tkasih diucapkan kpd ………………………………………….dan sekalung tahniah buat


semua pelajar Thn 6 yang Berjaya menamatkan sesi persekolahan di peringkat sek
rendah. Mudah-mudahan selepas ini andalah lebih cemerlang di peringkat sekolah
menengah. InsyaAllah.

13. PERSEMBAHAN PENTOMIN (THN 5)


Kita sudah sampai ke penghujung acara,
Penutup tirai majlis pada hari ini, sama-samalah kita saksikan sebuah persembahan
pentomin
Oleh murid-murid Thn 5 yang akan menyampaian pesembahan pentomin berjudul
“Alam Barzakh”. Persembahan dipimpin oleh dua orang utzh iaitu Pn Yusniza dan Pn
Zainun. Dipersilakan…

PERSEMBAHAN PENTOMIN

Tkasih diucapkan…

14. PENUTUP

Dengan berakhirnya persembahan pentomin itu tadi, maka majlis Hari Anugerah
Kecemerlangan Ilmu Peringkat Sekolah Sesi 2009 melabuhkan tirai. Kami bagi pihak
majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan trima kasih di atas segala kerjasma
dan keprihatinan yang diberikan. Diizinkan Tuhan InsyaAllah bersua lagi di tahun
hadapan. Serangkap pantun menyusul bicara

Awal mula dengan bismillah


Alhamdulilah penyudah kata
Tersilah kata bicara tersalah
Ampun maaf jua dipinta.

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah jua manakala segala kekurangan adalah atas
kelemahan kami jua. Wallahhu a lam..
Sekian, saya sudahi dgn lafaz yang mulia Wabillah……………………….
Tkasih.

Yan 09’