Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS UNTUK CERAMAH KEPENTINGAN

AMALAN PEMAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG

Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Puan Antonia Binti Dedo


diiringi oleh En Burhanuddin Bin Kaderi Guru Besar Sk Mukah dan
barisan guru penolong kanan.

Para hadirin dipersilakan untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu


Negaraku dan Ibu Pertiwiku. ///////

Hadirin sekalian. Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, semua
hadirin dimohon berdiri bagi menghormati dan menyanyikan lagu
Negaraku, dan Ibu Pertiwiku.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera,.

Yang Dihormati Puan Antonia binti Dedo


Pegawai Pemakanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah

Yang Berusaha En Burhanuddin bin Kaderi


Guru Besar SK Mukah

Yang Berusaha En Mohd Safuani bin Othman


Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Berusaha En Dominic Balo


Penolong Kanan Hem,

Yang Berusaha Pn Dayang Rabiaa’ binti Awang Mohsin,


Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Yang Berusaha Pn Angela binti Bujang


Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Barisan guru, anggota kumpulan pelaksana dan ibu bapa seterusnya


hadirin dan hadirat sekalian.

Alhamdulillah kerana dengan limpah dan Iradatnya kita dapat bersama-


sama berhimpun pada hari ini untuk menjayakan program
Ceramah Kepentingan Amalan Pemakanan Sihat dan Seimbang.
****DOA

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita memulakan majlis kita dengan bacaan doa yang akan
disampaikan oleh Cikgu WAN MOHD SAIFULLAH BIN WAN ALWIE.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Amin-amin ya Rabbal Alamin..


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Cikgu WAN MOHD SAIFULLAH BIN WAN ALWIE atas bacaan
doa itu tadi.

*****UCAPAN ALU-ALUAN
Seterusnya majlis menjemput yang berusaha En Burhanuddin bin
Kaderi, GURU BESAR SK MUKAH untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Burhanuddin di atas


ucapan itu tadi.

****CERAMAH

Hadirin Sekalian,

Untuk tidak melengahkan masa, Majlis diteruskan dengan sesi ceramah


yang bertajuk kepentingan amalan pemakanan sihat dan seimbang yang
akan disampaikan oleh penceramah kita pada hari ini iaitu Puan
Antonia binti Dedo , Pegawai Pemakanan Pejabat Kesihatan
Bahagian Mukah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan


Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Antonia binti
Dedo di atas ceramah yang telah disampaikan. Semoga segala yang
disampaikan akan menjadi panduan dan pedoman buat kita semua..

*****SESI SOAL JAWAB


Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Hadirin dialu-alukan untuk
mengemukakan pertanyaan kepada puan penceramah.

******PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati,


Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha En Burhanuddin bin Kaderi,
Guru BESAR SK MUKAH untuk menyampaikan sijil dan cenderahati
kepada PuaN Antonia binti Dedo, Pegawai Pemakanan Pejabat
Kesihatan Bahagian Mukah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Yang Berusaha En Burhanuddin


bin Kaderi atas penyempurnaan penyampaian cenderamata sebentar
tadi.

******PENUTUP
Hadirin yang sekalian...

Selesai sudah Program Ceramah Kepentingan Amalan Pemakanan


Sihat dan Seimbang, Saya bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih
di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke program ceramah yang
diadakan pada petang ini.
Semoga kita semua dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi di dalam
ceramah ini
Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan
sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah,
yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Saya sudahi majlis dengan
w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh. Dengan ini majlis
bersurai.

Selepas ini para hadirin dijemput untuk sesi bergambar di


__________________________

dan kemudiannya ke jamuan petang yang telah disediakan di


_____________________________\

Anda mungkin juga menyukai