Anda di halaman 1dari 6

SKRIP MAJLIS PENYERAHAN E-BOOK & BANTUAN

PAKAIAN SEKOLAH TAHUN 2010


PERINGKAT DUN CHUKAI

Mengumumkan ketibaan YB Dato’ Hj Mohamad b Awang Tera, Ahli Dewan


Undangan Negeri DUN Chukai.

Bismillahirrahmanirrahim……

1. Yang Berhormat Dato’ Hj Mohamad b Awang Tera


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar,
Usahawan & Koperasi Negeri merangkap ADUN Chukai.

2. Yang Berbahagia Toh Puan Hjh Wan Zaharah bt Wan Yahya


Isteri kepada YB Dato’.

3. Yang Berbahagia En Nasir b Ismail


Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT,
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
MEWAKILI Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

4. Yang Berbahagia, En Zakaria b Hussin


Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman.

5. - Dif-dif Kehormat
- Ketua-ketua Jabatan
- Ahli-ahli J/kuasa Kemajuan Kampung
- Pengetua-pengetua
- Guru Besar-Guru Besar
- Para guru
- YDP-YDP PIBG bersama Jawatankuasa
- Ibu bapa-Ibu bapa
- Murid-murid
- Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

ASSALAMUALAIKUM……
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

Syukur Alhamdulilah, di pagi yang berbahagia ini, kita dapat berhimpun senada seirama,
seia sekata, dalam majlis penuh harmoni, Majlis Penyerahan E-Book & Bantuan Pakaian
Sekolah Tahun 2010 Peringkat DUN Chukai.
Selamat datang diucapkan kepada YB Dato’ serta isteri, dan sekelian yang hadir bagi
menjayakan lagi majlis pada pagi ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

1. Nyanyian Lagu Negaraku


Pembuka tirai aturcara pada pagi ini, Nyanyian Lagu Negaraku.
Untuk itu, tuan-tuan dan puan-puan diminta berdiri.

- NYANYIAN LAGU NEGARAKU-

2. Bacaan Doa
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan Al-Fadhil Utz
Muhamad Ridhuan b Yusof bagi memimpin bacaan doa.. Dipersilakan..

- Bacaan Doa-

Terima kasih diucapkan kepada Utz Muhamad Ridhuan atas bacaan doa itu tadi.

3. Ucapan Aluan Pengarah Pelajaran Terengganu


Meneruskan aturcara pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berbahagia En Nasir b Ismail mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan…

- Ucapan Wakil Pengarah Pelajaran Terengganu –

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En Nasir atas ucapan itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan..

4. Ucapan Perasmian
Tiba saatnya kita ke kemuncak acara..Majlis dengan ini mempersilakan Yang
Berhormat Dato’ Hj Mohamed b Awang Tera bagi menyampaikan ucapan,
seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan
YB Dato’.

- Ucapan Perasmian –

Terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ atas ucapan perasmian itu tadi. Dengan ini
maka rasmilah sudah Majlis kita pada pagi ini.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

5. Majlis Penyerahan e-Book


Aturcara diteruskan lagi dengan penyerahan e-Book kepada Murid-murid Tahun 5 dari
13 buah sekolah kawasan DUN Chukai.

Untuk itu sekali lagi dipersilakan YB Dato’ diiringi oleh Yang Berbahagia En Zakaria b
Hussin , Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman bagi menyempurnakan majlis. Dengan
segala hormatnya dipersilakan..

1. SK Sultan Ismail
Mendahului senarai , dipersilakan Guru Besar SK Sultan Ismail bersama sejumlah
194 orang murid diiringi ibu bapa atau penjaga murid masing-masing naik ke pentas
untuk menerima e-Book. Dipersilakan..

2. SK Bukit Mentok 2.
Seterusnya dipersilakan Guru Besar SK Bkt Mentok 2, Tn Hj Haris b Endot bersama
148 orang murid untuk menerima e-Book masing-masing. Dipersilakan..

3. SK Pusat
Penyampaian e-Book diteruskan lagi dengan mempersilakan murid dari SK Pusat
bersama GB sekolah berkenaan, En Khalid b Sulong. Seramai 153 orang terlibat
menerima e-Book dari sekolah ini.

4. SK Kampung Tengah
Penerima e-Book seterusnya, SK Kg Tengah. Dipersilakan Pn Zaini bt Mat Nor, GB
SK Kg Tengah, bersama 97 orang murid diiringi ibu bapa dan penjaga masing-
masing untuk naik ke pentas.

5. SK Seri Geliga
Mengambil giliran ke-5, SK Seri Geliga dengan jumlah penerima e-Book paling
ramai iaitu seramai 248 orang murid. Dipersilakan En Omor b Deraman, GB SK Seri
Geliga bersama ibu bapa dan murid naik ke pentas untuk menerima e-Book.

6. SK Binjai
Seterusnya dipersilakan SK Binjai
GB - Tn Hj Rameli b Mamat
Bil murid - 204 orang murid

7. SK Chukai
Penerima e-Book seterusnya, SK Chukai.
GB - Tn Hj Mohd Yusof b Muda
Bil murid -142 orang murid
8. SK Mak Lagam
Seterusnya SK Mak Lagam.
GB-
Bil. Murid – 96 orang

9. SK Seri Iman
Seterusnya SK Seri Iman
GB – En Ahmad Kamal b Ismail
Bil murid – 135 orang

10. SK Seri Kemaman


Seterusnya SK Seri Kemaman
GB –
Bil murid – 96 orang murid

11. SJKC Kuala Kemaman


Seterusnya SJKC Kuala Kemaman
GB – Chia Gaik Nooi
Bil murid – 17 orang

12. SK Bukit Mentok


Seterusnya SK Bukit Mentok
GB – Muhamad b A.Bakar
Bil murid – 96 orang murid

13. SJKC Chukai


Seterusnya SJKC Chukai
GB – Khaw Kian Hup
Bil murid – 91 orang
6. Penutup
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Dato’ kerana sudi
menyempurnakan majlis penyerahan e-Book pada kali ini.

Dengan berakhirnya penyerahan e-Book dan bantuan pakaian sekolah DUN Chukai
itu tadi, maka majlis kita berakhir di sini. Sebelum mengundurkan diri,
Sekalung budi, seuntai kasih dihulurkan.

Orang berbudi kita berbahasa


Orang memberi kita merasa.

Sekalung tahniah kepada penerima e-Book dan penerima bantuan pakaian sekolah,
terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan majlis ini.
Segala kesempurnaan milik Allah jua, manakala segala kekurangan adalah dari
kelemahan kami jua. Maaf atas segala kekhilafan. Semoga bersua lagi di masa akan
datang.

7. Jamuan

Sebelum majlis bersurai, dipersilakan YB Dato’ bersama isteri diiringi oleh dif-dif
kehormat serta semua jemputan beredar untuk menikmati jamuan.

Tuan-tuan dan puan-puan juga dipersilakan untuk menikmati jamuan yang


disediakan..

Dengan ini saya sudahi majlis dengan lafaz yang mulia, wabillahhitaufik wal
hidayah……….

Sekian, terima kasih.


Pengumuman dr masa ke semasa.

1. HP – Silent mode
Perhatian kpd semua yang yang berada di dalam dewan, mohon kerjasama supaya
dapat mematikan telefon bimbit anda ketika majlis berlangsung .

2. Kedudukan ikut sekolah.


Perhatian kepada semua ibu bapa dan penjaga, murid-murid dan guru-guru, sila
pastikan anda berada di tempat duduk yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan
mengikut sekolah masing-masing.

3. Naik ke pentas mengikut guru-guru sekolah masing-masing.


Adalah diingatkan kepada semua murid dan ibu bapa, sila naik ke pentas dengan
mengikut guru sekolah masing-masing selepas nama sekolah diumumkan.

4. Selepas terima e-Book, tolong duduk semula di tempat duduk masing-masing.


Pohon kerjasama kepada semua ibu bapa dan penjaga serta murid-murid, anda tidak
dibenarkan meninggalkan dewan sebaik sahaja menerima e-Book. Sebagai
menghormati majlis, Sila berada di tempat duduk masing-masing sebaik selesai
menerima e-Book. Kerjasama anda kami dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.