Anda di halaman 1dari 8

Asal usul congkak

Congkak ialah permainan yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Congkakmerupakan


sejenis permainan tradisional yang sering dimainkan sebagai aktivitidalaman atau sebagai
pertandingan. Congkak adalah permainan rakyat yang sudahberkembang cukup lama di
kawasan Melayu dengan sebutan yang berbeza-beza. DiMalaysia dan beberapa daerah di
Kepulauan Riau dikenal dengan Congkak, di Filipina disebut sungka,di Srilanka dikenal dengan
cangka,di Thailand Tungkayon dan dibeberapa daerah lain di Indonesia seperti di Sulawesi
disebutmokaotan,maggaleceng ,aggalacang and nogarata. Ada juga yang menyebutnya
congklak, seperti daerah-daerah yang ada di pulau Jawa.

Permainan ini dimainkan oleh kaum wanita khasnya gadis -


gadis. Alat utama permainan ini ialah papan congkak. Papan inidiperbat daripada kayu keras
kira-kira 90 sm panjangnya. Dua baris lubang berukuran7.0 sm panjang dan 7.0 sm dalam
ditebuk di papan itu.Lubang-lubang itu dipanggi lrumah dan barisan-barisan lubang itu
dipanggil kampung. Setiap baris terdiri daripadalima, tujuh atau sembilan rumah. Setiap
pemain memiliki rumah yang besar di sebelahkirinya.Papan congkak ini diukir dengan
cantik menggunakan motif-motif ukiran Melayu tradisional. Antara motif yang digunakan
ialah awan larat dan motif daun.Permainan ini bukan sahaja menjadi permainan untuk
mengisi masa lapang tetapi dapat melatih pemain -
pemain berfikir dan mencongak dengan pantas. Pendidik
pendidik pada hari inimenganggapnya sangat berguna untuk membantu perkembangan
pemikiran kanak kanak. . Permaianan ini digalakkan untuk digunakan sebagai alat bantuan
mengajar dalam pelajaran Matematik
Sejarah
Congkak berasal dari Timur Tengah, yan g menyebar di AsiaTenggara, terutama di kerajaan
Malaka melalui dunia perdagangan. Congkak berasaldari perkataan congak iaitu mengira dan
wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ini kerana kerajaan Melaka pada zaman
keagungannya terkenal sebagaipusat perdagangan utama di rantau Asia Tengara. Permainan
congkak ini terkenaldan hanya dimainkan di istana dan seterusnya berkembang kepada rakyat
jelata. Rekabentuk papan congkak seperti sampan.Melalui reka bentuk tersebut kita dapat
menentukan asal usul permainan congkak.Menurut sumber permainan congkak ini direka
oleh seorang nelayan yang tidak dapatturun ke laut pada musim tengkujuh. Ini menyebabkan
dia kehilangan rezeki dan bagimemenuhi masa lapang, beliau telah mendapat ilham
membentuk papan congkakberdasarkan sampannya. Permainan ini berkembang pada masa
kesultanan Malakapada abad ke-15, yang dimainkan oleh keluarga istana, seperti putri-putri
raja.Dalam perkembangannya, congkak sudah mulai dikenal di daerah Tanjung Pinangpada
awal abad ke-17 sampai 18 M. Pada masa itu, congkak hanya dimainkan olehkeluarga istana,
terutama puteri-puteri raja dan bangsawan di sekitar Istana Penyengat.Selain kerabat istana,
congkak dimainkan juga oleh rakyat biasa, tetapi terbatas padakelompok sosial tertentu,
misalnya kelompok nelayan atau kelompok petani saja.Jadi, pada masa ini permainan congkak
hanya dimainkan oleh orang-orang yangmemiliki status sosial yang sama. Setelah kekuasaan
Kesultanan Riau runtuh, dankemudian diganti oleh kekuasaan penjajahan Belanda, secara
perlahan suasana mulaiberubah. Status sosial antara keluarga istana dengan rakyat biasa
mulai mencair.Rakyat biasa mulai bermain dengan keluarga istana, terutama dengan putri-
putri raja.

Salah satu permainan yang dimainkan pada waktu itu adalah congkak, sehinggapermainan ini
bukan hanya milik keluarga istana atau rakyat biasa saja, tetapi juga milikmasyarakat Melayu,
yang kemudian menjadi salah satu permainan rakyat Melayu.

Asas Permainan
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak
mempunyaikelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi
permainan.permainancongkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak.
Papan congkakboleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh
lubangsebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat
lubangibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang
biasanyasekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Bermain congkak mudah sahaja.

1. Dua orang pemain akan bermain congkak dan mereka duduk berhadapan di sisipapan
congkak. Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak.Pemain hanya
perlu mengisi lubang-lubang rumah masing-masing di "kampung"mereka dengan "buah."
"Buah-buah" yang digunakan mungkin terdiri daripada kulit-kulitsiput, guli, biji-biji asam
jawa ataupun getah yang telah dibersihkan.

2. Pada awal permainan kesemua lubang itu, kecuali dua lubang di hujungnya diisikan
jumlah buah yang sama banyak. Kedua-dua pemain akan memulakan permainan
atau'berjalan' serentak. Dia menjatuhkan sebiji buah ke dalam setiap rumah. Sebiji
buahdiisikan ke dalam rumah besar di hujung papan congkak.Permain-pemain akan
terus"berjalan" ke kawasan lawannya. Rumah lawannya di hujung papan congkak tidakperlu
diisikan. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain.Pemain
yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yangkosong.

3. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati.
Setiappemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan
pemainakan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang
tidakcukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam
giliransebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah
seorangpemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah,
atauapabila kedua-dua pemain sudah bosan.
4. Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dankembali ke
lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya
ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai"tembak". Pemain terpaksa berhenti ketika
buah terakhirnya masuk ke dalam rumahyang kosong. Lawannya akan terus "berjalan"
sehingga dia juga mengalami keadaanyang sama.

5. Pemain tadi boleh terus berjalan setelah lawannya "mati" atau buah terakhir sampaike
lubang kosong. Sekiranya pemain berhenti di kampung sendiri dan terdapat buah dirumah
lawannya dia dikatakan melakukan "tembak' atau "tikam". Buah-buah di dalamrumah
lawannya itu boleh dirampas.

6. Dalam pusingan berikutnya pemain-pemain mungkin kehilangan rumah kerana


tidakcukup buah untuk diisikan. Lubang itu dikatakan "terbakar" dan ditutup untuk
sementarawaktu. Permainan ini akan berterusan sehingga semua rumah di dalam kapung
salahseorang pemain terbakar. Kedudukan ini dinamakan jadi "abu".

7. Pemain-pemain yang cekap akan mengambil masa yang lama untuk mengalahkanantara
satu dengan yang lain. Pemain-pemain berkemampuan memulihkan rumah-rumahnya yang
"terbakar" dalam pusingan-pusingan seterusnya. Pemain-pemain bolehmengambil buah-
buah dari mana-mana rumah di dalam kampungnya. Pemain"berjalan" mengikut putaran
jam.
Permainan dan Peralatan

Congkak dimainkan oleh dua orang perempuan, berumur antara 9-35 tahun. Ada jugaanak
lelaki yang memainkan permainan ini hanya sekadar suka-suka sahaja. Peralatan yang
dIperlukan dalam permainan ini adalah papan (disebut juga rumah congkak) danbuah
congkak. Papan congkak dibuat dari bahan dasar kayu, diukir sedemikian rupasehingga
berbentuk perahu. Ukuran panjang dan lebarnya 50 x 20 cm denganketebalan 8cm. Bahagian
atas pada sisi kiri dan kanannya dibuat 14 buah lubang, setiap sisi terdiri dari 7 lubang,
kemudian di hujung dan pangkal papan congkak dibuat masing-masingsebuah lubang. Lubang
yang berada pada sisi kanan dan kiri papan disebut lubang kampung , sementara lubang yang
ada di ujung dan pangkal dikenal dengan lubang rumah atau lubang induk. Selain itu, dalam
permainan congkak diperlukan juga buahcongkak yang terdiri dari batu-batu kecil sebesar
kelingking, kulit remis, kulit siput atau kucing-kucing, iaitu sejenis siput kecil yang hidup di
pantai pasir. Jumlah buah congkak49 x 2 pemain.
Peraturan permainan
Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:
1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakandengan
kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing
danmemasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan
darikanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan
dalamkampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah
berhenti,sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh
menembakkampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut
kesemua buah (jikaada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu
pusingan.

3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya


mati.Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh
meneruskanpermainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana
kampungsendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan,
makapermainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan
permainanseterusnya hingga mati

4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun


giliranberada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah
kepadapihak lawan.

5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung


denganbuah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap
terbakar.Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua,
ketiga danseterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Pembuatan Congkak
Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya.Terdapat
juga papan congkak yang dibuat dari kayurambutan,nangkadan sebagainya,mengikut
kemampuan si tukang pembuat congkak.
1.Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papancongkak
yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.
2.Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yangdiperlukan
dalam membuat congkak.
3.Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidakterpakai.
Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.
4.Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebukdalam dua
baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangantertentu.
5.Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.
6.Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini pentingsupaya tidak
menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.
7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuktumbuh-
tumbuhan, kosmos,geometridan sebagainya.
8.Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perangkemerahan, perang
atau hitam.Congkak juga dihasilkan daripadalogam ataupuntanahdi kawasan
pendalaman.Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena
tanah.Congkak zamanmoden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu
mampat, dandengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih
( portable),dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja.Buah congkak
lazimnyamenggunakan bijiguli, biji plastik, batu kecil, dan biji getah. Namun demikian,
buahcongkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja yang agak bulat
dansesuai boleh digunakan.

Anda mungkin juga menyukai