Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

TARIKH : 7 JULAI 2010


MINGGU : PERTAMA
SETIAUSAHA : NURNADIAH BT KAMARUDIN

Ini adalah minggu pertama perjumpaan kami pada semester kedua bagi ahli- ahli
PPIM IPGM KTI. TCP bagi permulaan perjumpaan pula diketuai oleh saya,
Nurnadiah Kamarudin dari opsyen RBT 2. Agak gementar, apabila berada
dihadapan ahli- ahli puteri yang cantik dan comel- comel semuanya.
Setelah selesai, kami bergerak ke studio bagi memulakan pembelajaran ikatan
dan simpulan. Ia penting bagi aktiviti perkemahan yang bakal dijalankan dalam
semester ini. Kami akan membuat gadget, maka kemahiran ikatan dan simpulan
perlu dikuasai sebelum perkemahan. Kami deiberi nota serta penerangan oleh
Pn Faridah mengenai ikatan dan simpulan. Kami juga diberikan tali untuk
membuat latihan semasa proses P&P berjalan.
Ia agak berlangsung dengan baik kerana apabila kami mengantuk sahaja
menyalin nota, kami akan mula membuat ikatan. Apa yang menariknya apabila
semua ahli persatuan adalah dari golongan puteri apabila kami agak bebas
sedikit bersuka ria apabila kami mengikat rakan- rakan laian atas alasan ingin
membuat latihan.
Pada pendapat saya, semester ini, PPIM akan jadi lebih menarik.
LAPORAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
TARIKH : 21 JULAI 2010
MINGGU : KEDUA
SETIAUSAHA : NURNADIAH BT KAMARUDIN

Minggu ini dimulakan dengan TCP yang diketuai oleh saudari yang berasal dari
sarawak iaitu Jaimah bt Japar dari opsyen RBT 1. Perjumpaan kami kali ini ialah
di Blok C bagi latihan amali membuat ikatan dan simpulan.
Perjumpaan kami dimulakan dengan pembahagian stesyen yang diketuai oleh
pelajar- pelajar opsyen PJ. Mengapa?. Ini kerana mereka sudah
kebanyakkannya mahir dalam ikatan dalam simpulan dan juga ia adalah
sebahgian dari subjek dalam mata pelajaran major mereka.
Maka, setelah mereka membuat persiapan kemahiran dan mengingat langkah-
langkah kami memulan kaedah pembelajaran Competency Based Learning
( CBL ) iaitu menggunakan teknik persediaan stesyen kerja. Terdapat tujuha
stesyen yang akan mengajar kami mengenai ikatan dan simpulan bagi bunga
geti, tindih kasih, simpul pulih, lilit balak, simpul manok, buku sila dan simpul
himpit.
Namun, apa yang menariknya minggu ini ialah Pn Faridah bersama- sama Pn ....
Mengadakan pertandingan antara kumpulan. Kami berlumba- lumba untuk
memenangi pertandingan yang tidak seberapa. Akhirnya, quotes yang saya suka
akhirnya keluar apabila pensyarah pembimbing kami menyatakan ” akhirnya, bila
da ada pertandingan, barulah semua mengeluarkan sikap masing- masing ”.
Tepat sekali!
LAPORAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
TARIKH : 28 JULAI 2010
MINGGU : KETIGA
SETIAUSAHA : NURNADIAH BT KAMARUDIN

Setelah melalui proses pembelajaran dan amali mengenai ikatan dan simpulan,
kami akan membuat persiapan perkemahan seterusnya iaitu persiapan gadget.
Kami memulakan perjumpaan seperti biasa dihadapan surau IPGM KTI dengan
TCP yang agak sempurna diketuai saudari Nurlizawaty dari opsyen PJ. Selepas
itu, kami memulakan proses membuat gadget dengan mengingat semula segala
ikatan serta simpulan yang telah dipelajari dan juga demonstrasi oleh Pn
Faridah. Selepas itu, kami diberikan kepada empat kumpulan untuk membuat
tangga yang mudah tapi kukuh menggunakan ikatan manok / balak dan ikatan.
Silang gunting Kami diberikan tali raffia dan lima batang kayu penyapu. Setelah
berhempas pulas, semua kumpulan berjaya menyiapkan tangga masing-
masing. Diyakini juga kekukuhannya kerana setiap kumpulan perlu membuat
percubaan. Setelah siap membuat percubaan, kami diminta membuka semula
ikatan dan membuat ikatan sambil dipantau oleh pensyarah pembimbing kami.
Perjumpaan tamat setelah semua ahli puteri selesai membuat ikatan tersebut
dan menunjukkan kepada Pn Faridah
LAPORAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
TARIKH : 18 OGOS 2010
MINGGU : KEENAM
SETIAUSAHA : NURNADIAH BT KAMARUDIN

Minggu ini telah dimulakan oleh TCP oleh pelajar PJ iaitu Nur Syahidah bt
Jantan. Dia merupakan seorang yang tegas, maka TCP kali ini tampak serius
dan tegang. Tiada kesalahan major dilakukan dan kami menyanyikan lagu
dengan lebih kuat pada minggu ini.
Minggu ini, Puan Sumilah telah bertanggungjawab untuk memberikan pengisian
rohani kepada ahli- ahli puteri mengenai masalah yang telah menimpa remaja
masa kini memandangkan kami yang berada pada zaman itu sekarang.
Kami juga tela didedahkan mengenai info salah laku, punca, factor, akibat dan
langkah mengatasi kepada permasalah social yang kerap melanda.
Sudah tentu, pergaulan lebih ditekankan kerana kebelakangan ini, kerap kali
terpampang di dada- dada akhbar berita mengenai pembuangan bayi yang
semakin berleluasa. Sebagi guru muslimah yang baik, kami bukan sahaja perlu
mengelakkan diri dari terjebaknya kepada permasalahan malah, perlu
mempersiapkan diri dalam menghadapi pelajar yang telah menjebakkan diri.
LAPORAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
TARIKH : 25 OGOS 2010
MINGGU : KETUJUH
SETIAUSAHA : NURNADIAH BT KAMARUDIN
TCP pada minggu ini telah diketuai oleh Nur Faseeha bt Sabiran dari RBT 2.
TCP kami juga telah diadakan didalam DST yang selesa dan kondusif, namun
malangnya terdapat segelintir pelajar yang tidak dapat mengikut arahan.
Kesimpulannya, TCP perlu diadakan di tempat yang terbuka dan tidak sebegitu
kondusif.
Minggu ini, kami telah berkumpul di blok TMK bagi membahagikan kumpulan
bagi sesi perkemahan nanti. RBT 1 dan RBT 2 telah bercampur aduk dari segi
penyertaan kumpulan manakala, PJ masih tetap setia dengan kumpulan mereka.
Tinggi sungguh, semangat Assabiyah mereka. Namun saya tinggalkan isu itu
disitu. Setelah pembahagian ketiga- tiga kumpulan, kami dikehendaki memilih
nama kumpulan bagi kumpulan kami. Kumpulan pertama ialah kumpulan
Fatimah Az- Zahra, diikuti oleh Summaiyah dan akhir sekali Aisya Hummaira.
Minggu ini, kami telah membincangkan resepi rimba yang akan dijalankan
semasa perkemahan nanti. Kami telah membuat pembentangan bagi resepi
yang dijalankan dan pensyarah kami telah memilih tiga resepi utamam yang
akan dimasak semasa perkemahan nanti iaitu ayam pansuh, roti lilit dan kanji
sagu.
LAPORAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2010
MINGGU : KELAPAN
SETIAUSAHA : NURNADIAH BT KAMARUDIN

Miggu ini kami mulakan dengan TCP diketuai oleh wakil dari RBT 1 iaitu Nazirah
bt Mohd Rozar. Kami melakukan TCP kali ini dengan lebih serius sebagai
persediaan kepada perkemehan yang akan dijalankan pada minggu hadapan
Perjumpaan kali ini, kami membincangkan mengenai senarai barangan yang
perlu dibawa, senarai ajk, senarai tugas, dan tatacara berada di tempat
perkemahan.
Kami juga perlu menyenaraikan barangan yang perlu dibawa sebagai persediaan
dan laporan bagi mengambil barang daripada stor maktab. AJK yang telah
dipertanggungjawabkan ialah Nur Affini Mashudi dan Siti Azilah bt Wabib.
Mereka telah mengambil masa seminggu untuk meneliti dan membuat analisis
barang yang perlu dibawa. Pensyarah kami juga menggariskan etika pemakaian
semasa berada dalam waktu- waktu kerja, rasmi dan lapang.
Selain itu, kami juga membincangkan kaedah untuk membawa segala peralatan
memandangkan kami akan ada dua trip perjalanan. Siti azilah juga
mencadangkan untuk melabel barangan yang dibawa oleh kami lalu dipersetujui
semua.
LAPORAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
TARIKH : 22 SEPTEMBER 2010
MINGGU : KESEMBILAN
SETIAUSAHA : NURNADIAH BT KAMARUDIN

TCP minggu ini diketuai oleh Siti Fasliyana bt Basir dari 4 PISMP RBT 2. Minggu
ini, kami membuat persiapan bagi persembahan yang akan dipertandingkan
semasa perkemahan nanati. Setelah bergerak dalam tiga kumpulan kami
mengambil masa untuk berlatih sebelum membuat persembahan latihan bagi
melihat kumpulan persembahan mana yang akan dipersembahkan semasa
malam persembahan. Setelah melihat ketiga- tiga persembahan, pensyarah
kami mencadangkan untuk menggabungkan ketiga- tiga elemen persembahan
iatu perkusi, drama dan nasyid.
Walaupun terdapatnya perbezaan dari segi pendapat dan kelas, namun kami
berjaya mencapai kata sepakat dan akhirnya mempersembahkan sebuah
persembahan yang baik.
Pensyarah kami juga member komen dan pandangan positif beliau menegnai
mutupersembahan kami.
Selain itu, kami juga menyenaraikan dua trip perjalanan bagi sesi ke tapak
perkemahan. Saya telah dipilih sebagai sesi kedua perjalanan.
LAPORAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
TARIKH : 25 SEPTEMBER 2010
MINGGU : KESEPULUH
SETIAUSAHA : NURNADIAH BT KAMARUDIN

TCP hari ini diketuai oleh Ratna Izattie dari opsyen PJ. Kami telah mengadakan
TCP secara kondusif didalam DST sebelum bergerak ke PKP.
Aktiviti hari ini adalah mengadakan latihan persembahan bagi perkemahan yang
akan dijalankan.
Kami menghabiskan masa selama dua jam dalam berlatihdengan
menggabungkan tiga elemen seni persembahan dan menjadikannya satu
persembahan yang menarik dan penuh mesej.
Walaupun banyak idea yang telah dicurahkan, pendapat dan perbezaan
pandangan namun kami berjaya mencapai kata sepakat.

LAPORAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA


TARIKH : 13 OKTOBER 2010
MINGGU : KESEBELAS
SETIAUSAHA : NURNADIAH BT KAMARUDIN
Minggu ini adalah perjumpaan terakhir kami bagi Pergerakan Puteri Islam
Malaysia. Maka TCP penutupanperjumpaan kami telah diketuai oleh ketua puteri
dihadapan makmal sains.
Pada minggu ini, kami mebentangkan semua laporan perjumpaan, perkemahan
dan aktiviti. Perjumpaan dimilakan dengan pembentangan laporan aktiviti secara
mingguan yang dibentangkan oleh Nurnadiah bt Kamarudin. Diikuti dengan
pembentangan kertas kerja perkemahan oleh Nur Faseeha bt Sabiran. Selepas
itu, kami ditayangkan persembahan multimedia oleh Nurafiqah bt Abdul Rahman
mengenai aktiviti- aktiviti yang dijanalankan sepanjang perkemahan. Tidak lupa
juga pembentangan laporan bertulis oleh Yusnida dari opsyen PJ.
Pada minggu ini juga kami telah mengadakan aktiviti bercerita mengenai kisah-
kisah nabi. Banyak pengajaran yang boleh didapati dan dipelajari sepanjang
penceritaan yang telah dipenglipu larakan. Puan Faridah selaku penasihat PPIM
kami selama setahun iaitu dua semester memberikan nasihat dan peringatan
sebelum kami mengakiri perjumpaan kami. Perjumpaan kami ditutup dengan
jamuan ringkas oleh ahli- ahli PPIM.