Anda di halaman 1dari 6

1. Kenapa belajar Psikologi? Jelaskan dan berikan contoh-contoh.

Psikologi berasal dari perkataan greek purba iaitu psyce iaitu Jiwa manakala logos pula adalah kajian mengenai sesuatu.
Iaitu Psikologi adalah sains mengkaji proses mental dan tingkah laku manusia. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan
bahawa piskologi adalah “ Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terumatanya berhubung dengan perlakuan manusia
atau haiwan.

Dalam usaha untuk mempelajari tentang masalah dan tingkah laku manusia atau membuat kajian tentang psikologi. Ahli
psikologi perlulah berlandaskan kepada empat matlamat utama iaitu Menerangkan (Describe), Menghuraikan (Explain),
Meramal (Predict) dan Mempengaruhi / Mengawal (Control).

Matlamat yang pertama ialah Menerangkan iaitu ahli psikolgi perlulah memerhatikan tingkah laku manusia dan membuat
gmbaran tentang tingkah laku manusia. Melalui cara ini ahli psikologi cuba memahami sesuatu tingkah laku yang diperhatikan
dan mendapatkan perspektif yang lebih baik tentang kelakuan manusia yang dikatakan normal atau abnormal. Antara
tingkahlaku yang sering diperhatikan adalah pemikiran, perasaan, sikap, matlamat, motivasi, tindakan, dan tindak balas manusia.

Matlamat yang kedua adalah Menghuraikan (Explain). Setelah memerhatikan tingkahlaku manusia dan membuat
gambaran. Ahli psikologi perlulah menerangkan atau menghuraikan apa yang diperhatikan sebagai contoh. Kenapa seseorang itu
menunjukkan tingkah laku demikian? Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan, personaliti, tingkahlaku
sosial, dan masalah kesihatan mental?

Matlamat yang ketiga adalah meramal (Predict). iaitu meramal tentang bagaimana manusia berfikir dan kelakuan manusia
selepas itu. Apabila kita kita memahami apa yang berlaku dan kenapa ia berlaku, kita boleh menggunakan maklumat tersebut
untuk membuat ramalan (bila, kenapa, dan bagaimana) tentang kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang.
Kejayaan meramal sesuatu tingkah laku merupakan salah satu cara terbaik untuk mengetahui sejauh mana kita memahami asas
tingkah laku manusia. Contohnya sekiranya seseorang itu hidup dalam keluarga yang tidak bahagia, kurang kasih sayang atau
selalu didera, kita dapat meramal apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Walaubagaimanapun ramalam bukanlah bukti
yang kukuh, tetapi ia boleh memberikan panduan kepada seseorang dalam membaut keputusan tentang masa hadapan.

Matlamat yang keempat adalah mempengaruhi atau mengawal (Control). Apabila kita memahami apa yang berlaku,
kenapa ia berlaku, dan apa yang akan berlaku pada masa akan datang, maka kita boleh mengawalnya. Melalui cara ini kita boleh
mempengaruhi tingkahlaku manusian dengan mengawal punca-puncanya. Sebagai contoh, sekiranya kita mendapati seorang
pekerja yang bermasalah di tempat kerja kerana selalu ponteng, datang lambar, malas dan sebagainya dan akan mengakibatkan
dia dibuang kerja. Untuk mengatasi daripada dia dibuang kerja. Kita seharusnya mengawal perkara tersebut daripada berlaku
dengan mengambil beberapa langkah yang bersesuaian. Sebagai contoh berbincang dengan pekerja tersebut tentang
permasalahannya ataupun memberikan sesi kaunseling atau sebagainya. Contoh yang lain adalah jika seseorang kanak-kanak itu
dibesarkan dalam keluarga yang tidak bahagia, pecah belah, kurang kasih sayang dari ibubapa. Kanak-kanak itu cenderung untuk
mempunyai tingkahlaku yang agresif, suka memberontak dan akan melakukan kelakuan negatif pada masa hadapan. Oleh itu
kita boleh mengawal tingkah laku tersebut dengan mengambil langkah pencegahan awal seperti sesi kaunseling, menerapkan
ilmu agama dalam diri kanak-kanak tersebut. Mengalam (control) adalah aspek penting jika matlamar psikologi ingin dicapai. Jika
ramalan telah diketahui, maka adalah menjadi kewajipan manusia untuk mengawal tingkah laku yang akan terbentuk agar kekal
menjadi tingkah laku yang sesuai.

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi Persepsi? Jelaskan

Faktor Penerima

Apabila seseorang melihat sasaran dan mencuba untuk menafsirkan apa yang dia lihat, tafsirannya sangat dipengaruhi oleh
ciri-ciri peribadinya yang dibincangkan seperti berikut:

Cir-ciri peribadi yang mempengaruhi persepsi adalah sikap seseorang, keperibadian, minat, motif, pengalaman dan jangkaan
(expectation)
a) Sikap

a) Sebagai contoh, Encik X sedang menemuduga calon untuk jawatan penting di syarikatnya - jawatan tersebut memerlukan
seseorang yang mempunyai kemahiran negotiate dengan supplier kebanyakkannya yang paling sesuah adalah lelaki, Encik X
mungkin merasakan wanita adalah tidak sesuai untuk jawatan tersebut. Sikap ini sudah pasti menjejaskan persepsi beliau
terhadap calon-calon wanita yang beliau akan temubual.

b) Motif.

Ketidakpuashatian atau motif merangsang individu dan akan menjadikan pengaruh yang kuat ke atas persepsi mereka. Sebagai
contoh,seorang bos berasa tidak selamat apabila melihat usaha yang dibuat oleh orang bawahan yang boleh mengancam
kedudukannya sebagai bos. Ketidakpuashatian peribadi ini menyebabkan persepsi terhadap orang bawahan adalah negatif
tanpa mengira niat orang bawahan.

c) Minat

Kepentingan: Fokus perhatian kita kelihatannya dipengaruhi oleh Minat kita. Kerana minat setiap orang adalah berbeza apa yang
orang notis dalam keadaan boleh berbeza dari apa yang dilihat oleh orang lain. Sebagai contoh, penyelia yang baru saja ditegur
oleh bosnya kerana datang lewat lebih cenderung untuk melihat rakan-rakannya lewat datang pada keesokan harinya Jika anda
sibuk dengan masalah peribadi, anda mungkin merasa sukar untuk menjadi perhatian dalam kelas.

Faktor Objek (target)

D) Pengalaman

Jika seseorang menilai individu orang lain. Pengalaman juga memainkan peranan penting dalam persepsi sebagai contoh. Jika
sesorang perempuan pernah ditinggalkan oleh kekasihnya yang berasal dari kelantan. Pengalaman tersebut menyebabkan
persepsi perempuan tersebut terhadap orang yang berasal dari kelantan berubah.

E)

Faktor Objek

Ciri-ciri dalam faktor objek yang sedang diperhatikan dapat mempengaruhi apa yang dilihat. penampilan fizikal memainkan
peranan besar dalam persepsi kita terhadap orang lain. Individu yang sangat menarik atau kurang menarik adalah lebih
cenderung diingati dalam kumpulan daripada individu yang menyukai individu. Faktor-faktor yang mempengaruhi objek adalah
seperti beriku : menarik, pergerakan, suara, saiz dan latarbelakang

Bunyi,

Bunyi yang kuat dan kekerapan bunyi tersebut akan lebih cepat mepengaruhi persepsi.

Faktor situasi

keadaan di mana interaksi antara perceiver dan sasaran berlaku mempunyai pengaruh pada kesan pengandaian terhadap
sasaran.

3. Teori Abraham Maslow 1970, Teori Hierarki, Keperluas Maslow, Lukis Gambarajah
TEORI HIERARKI KEPERLUAN ABRAHAM MASLOW

Teori Hierarki
Keperluan Maslow

(Maslow’s Needs
Hierarchy Theory))

Maslow memperkenalkan lima hierarki keperluan semula jadi manusia yang ditujukan kepada tingkah laku manusia. Keperluan
tersebut ialah keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri.
Menurut Maslow juga, manusia di dorong oleh keperluan yang rendah atau bawah yang perlu dipenuhi telebih dahulu sebelum
dapat meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, keluarga yang berpendapatan rendah lebih banyak menumpukan
usaha untuk memenuhi keperluan asas seperti mendapatkan makanan dan tempat tinggal yang selesa berbanding dari
mendapatkan keperluan lain.

Apabila keperluan-keperluan asas ini tidak dapat memenuhi kehendak mereka, isu-isu lain sering diabaikan seperti pendidikan
anak-anak dan tahap kesihatan keluarga. Jika dikaitkan dengan Teori Hierarki Maslow ini, ternyata pendidikan anak-anak tidak
banyak diberikan perhatian oleh ibu bapa sehinggalah keluarga tersebut menikmati status ekonomi yang memuaskan. Oleh itu,
adalah sukar bagi anak-anak untuk memberi perhatian yang lebih terhadap pelajaran sedangkan pada masa yang sama
memikirkan apa yang perlu dimakan untuk mengelakkan kelaparan, tempat belajar yang tidak kondusif dan tidak mempunyai
duit untuk membeli makanan dan minuman semasa ke sekolah. Keghairahan anak-anak yang masih muda ini untuk belajar
hanya tinggal impian dan seterusnya kejayaan yang diingini tidak akan kesampaian. Keadaan ini dialami oleh keluarga Tok Tijah
dimana anak lelakinya hanya bersekolah di tingkatan tiga sahaja walaupun mempunyai peluang yang cerah untuk meneruskan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini demikian kerana keluarga ini tidak mempunyai wang yang secukupnya untuk
menyara perbelanjaan persekolahan anaknya. Keadaan ini diibaratkan seperti “Yang kaya akan bertambah kaya dan Yang miskin
akan bertambah miskin”.
Selain itu, Maslow juga menerangkan mengenai lima tahap keperluan manusia seperti yang dinyatakan di atas. Tahap keperluan
manusia yang pertama iaitu fisiologi merupakan keperluan manusia yang paling asas untuk hidup. Manusia memerlukan air,
udara, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhi kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sekali
menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi. Keadaan ini dapat dirujuk kepada permasalahan yang berlaku kepada
keluarga Tok tijah dimana mereka hanya mampu untuk memenuhi keperluan ini sahaja. Hal ini demikian kerana, anak sulung
Tok Tijah mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah dan keadaan ini menyebabkan beliau menghadapi masalah
kewangan untuk menyara keluarga beliau. Oleh itu keperluan fisiologi adalah menjadi keutamaan beliau berbanding keperluan
lain.

Tahap kedua pula melibatkan keperluan keselamatan. Keselamatan di sini bermaksud individu akan cuba berusaha bagi
menjamin penerusan hidupnya dengan mendapatkan kerja yang sesuai supaya mampu mendapatkan rumah atau tempat tinggal
yang sesuai. Sebagai contoh, klien saya mempunyai rumah yang agak usang dan memerlukan rumah yang baru bagi menjamin
keselamatannya. Hal ini demikian kerana rumah yang selesa dan sempurna diperlukan untuk menjamin kestabilan hidupnya.

Tahap ketiga ialah keperluan sosial atau kasih sayang. Setelah mencapai keperluan pada tahap yang pertama dan kedua,
individu kini beralih kepada keperluan yang tidak kurang penting dalam hidupnya iaitu keinginan kepada interaksi sosial.
Keadaan ini dapat digambarkan melalui pengalaman saya ketika menemubual klien saya iaitu Tok Tijah di mana mereka
mempunyai perasan malu kepada persekitaran iaitu malu untuk menyertai sesuatu aktiviti sosial yang dianjurkan oleh komuniti
dan malu kepada rakan-rakan serta jiran-jiran. Keadaan ini berlaku disebabkan, mereka merasa sangat merendah diri
disebabkan oleh kemiskinan yang dialami oleh mereka dan tanggapan masyarakat terhadap mereka. Oleh itu keperluan ini harus
dipenuhi oleh setiap manusia kerana manusia sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.

Tahap keempat pula ialah keperluan penghargaan kendiri. Dalam tahap ini individu mungkin sudah mempunyai pekerjaan dan
status yang agak kukuh. Oleh itu, mereka inginkan pula rasa tanggungjawab yang sesuai, pengiktirafan dan sentiasa ingin kepada
pencapaian yang lebih baik. Mereka akan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai hal ini supaya timbul perasaan dihargai
sama ada di tempat kerja atau di rumah. Namun begitu, apabila individu tidak dapat mencapai apa yang diingini menyebabkan
mereka akan rasa kekurangan harga diri, dan seterusnya akan timbul perasaan rendah diri, tidak bermaya dan tidak
bersemangat dalam kehidupan harian.

Tahap yang terakhir ialah tahap kesempurnaan kendiri. Dalam tahap ini, individu sepatutnya telah dapat merasakan apa yang
sepatutnya dicapai. Ini merupakan tahap pemenuhan diri di mana individu telah berupaya mempunyai perasan puas terhadap
apa yang telah dicapai selama ini. Perasaan ini hanya dapat dirasai oleh individu yang telah dapat memenuhi kesemua
tahap-tahap keperluan sebelum ini dengan baik.

4. Motivasi - cara meningkatkan motivasi pekerja? 1. Kenalpasti keperluan pekerja. 2. mengurangka jurang antara pegawai
dan kakitangan bawahan agar

5.

Apakah Itu Motivasi?

 Untuk berjaya di dalam sesuatu usaha, setiap kerja mungkin perlu dilakukan secara berulangkali. Melakukan sesuatu
kerja itu pula, memerlukan motivasi diri yang cukup tinggi untuk mencapai target atau sasaran yang diinginkan.
 Motivasi seringkali dikaitkan dengan dorongan dalaman individu untuk mencapai sesuatu matlamat atau kemahuan.
Tanpa motivasi, kerja itu mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk gagal dilakukan pada percubaan kali yang pertama.
Justeru, dorongan dalaman diperlukan untuk meneruskan percubaan untuk berjaya.

Cara Meningkatkan Motivasi Pekerja

 Kenal pasti keperluan pekerja.


 Kenalpasti keperluan atau harapan kakitangan kita yang boleh meningkatkan motivasi mereka.
 Ini penting agar langkah meningkatkan motivasi kakitangan kita lebih berkesan kerana ianya selari dengan aspirasi
mereka dan dapat memuaskan hati mereka.
 Kajian terdahulu mendapati kepuasan seseorang turut mempengaruhi tahap motivasinya.
 Mengurangkan jurang antara pegawai dan kakitangan bawahan agar komunikasi lebih berkesan.
 Syarikat Air Asia juga mengurangkan halangan komunikasi dengan melenyapkan jurang antara kakitangannya.
 Mereka tidak bersaing sesama sendiri, sebaliknya bekerjasama bagi mencapai matlamat organisasi.
 Pekerja dan majikan boleh makan bersama untuk berbincang idea dan bertukar-tukar fikiran.
 Dengan yang demikian juga, sebarang ketidakpuasan boleh dibincang bersama. Ia boleh membuatkan pekerja rasa
pendapat mereka dihargai.
 Dalam Islam pula, tiada jurang antara pangkat atau darjat di dunia. Manusia yang terbaik adalah manusia yang lebih
baik keimanan dan ketaqwaannya.
 Justeru, program-program peningkatan ketaqwaan perlu diterapkan dalam organisasi.

 Mewujudkan semangat berpasukan dan cintakan organisasi.


 Orang Jepun sanggup bekerja lebih masa kerana kesetiaan dan komitmen mereka kepada syarikat. Kesetiaan pekerja
Jepun terhadap organisasi bukan berasaskan ganjaran dan upah semata-mata tetapi berasaskan semangat kekitaan
dalam organisasi tempat mereka bekerja.
 Di syarikat Petronas, program mengkomunikasikan jenama syarikat yang boleh memenangi hati dan minda
kakitangannya dijalankan secara terancang di seluruh peringkat jabatannya. Akhirnya, setiap kakitangan Petronas
akan ada perasaan bangga menjadi sebahagian daripada syarikat tersebut.
 Kumpulan kualiti wajar diwujudkan bagi membolehkan pekerja bersama-sama menyumbang (idea) dalam pengurusan
organisasi. Kumpulan ini terdiri daripada 6-10 orang dan diberi amanah membincang dan mengemukakan
penambahbaikan secara berterusan. Justeru, ganjaran juga diberi kepada pencapaian pasukan, bukan pencapaian
individu.
 Dalam Islam pula, semangat berpasukan diterapkan dalam solat melalui solat berjemaah. Hubungan antara
kakitangan akan lebih erat jika sering bersolat berjemaah bersama.

 Pemberian ganjaran berdasarkan prestasi kerja.


 Sejak tahun 1995, seperempat daripada syarikat Jepun memberi ganjaran berdasarkan kemahiran atau prestasi
berbanding senioriti.
 Ini didapati menimbulkan semangat bekerja dalam kalangan pekerja mereka. Kakitangan yang yakin apabila prestasi
kerja yang dihasilkan akan mendapat ganjaran setimpal akan terus bermotivasi meningkatkan prestasi kerjanya.
 Motivasi dalam Islam hadir dalam bentuk ganjaran di dunia dan akhirat. Setiap pekerjaan yang baik dan diniatkan
kerana mencari keredhaan Allah akan mendapat pahala dan kebajikan. Kakitangan hendaklah sentiasa diingatkan agar
bekerja kerana mencari keredhaan Allah dan selaku seorang Muslim hendaklah sentiasa melakukan kerja sebaik
mungkin.

 Menggalakkan pengupayaan (autonomi) kakitangan.


 Pekerja perlu ada autonomi agar merasa bertanggungjawab terhadap kerja mereka.
 Syarikat Jepun mengamalkan sistem Ringi, iaitu pengurusan pertengahan mengemukakan cadangan yang
kemudiannya akan diedar kepada semua pengurus di bahagian yang berkaitan.
 Setelah cadangan dipersetujui, individu yang mengemukakan cadangan tersebut diberi kepercayaan menjalankan
cadangannya di dalam organisasi.
 Rasulullah S.A.W. sendiri pernah membenarkan para pemuda yang dirasakan berkelayakan memimpin tentera Islam
walaupun ada panglima perang yang lebih senior dan berpengalaman.
 Ini bermakna kepimpinan dalam Islam bukan berbentuk horizontal tapi bulat, pemimpin tidak sentiasa berada di atas
dan pengikut tidak sentiasa berada di bawah.

 Meraikan idea dan inovasi


 Setiap tahun pekerja cemerlang diberi anugerah inovasi bagi menggalakkan pekerja mengetengahkan idea baru serta
bagi melibatkan mereka dalam proses pengurusan secara bersama.
 Misalnya, di kilang pemasangan Toyota, Georgetown, 80,000 cadangan penambahbaikan telah dikemukakan dalam
hanya satu tahun dimana 99% daripadanya dilaksanakan.
 Rasulullah S.A.W. juga sering merujuk kepada para sahabat dalam membuat keputusan, terutama dalam sesuatu
perkara yang bukan kepakaran baginda. Contohnya, baginda telah meraikan cadangan Salman al-Farisi dalam Perang
Khandak.

 Suasana tempat kerja yang kondusif.


 Menjadikan tempat kerja selamat, sihat dan bebas kemalangan dan penyakit adalah penting. Ia akan menyumbang
kepada peningkatan tahap persekitaran kerja yang menjadi satu daripada komponen penting kepada kualiti hidup
pekerjaan dan produktiviti organisasi.
 Kedua-dua kesan positif ini seterusnya akan menyumbang secara langsung kepada peningkatan kualiti hidup rakyat
dan daya saing negara sejajar dengan matlamat dasar dan pelan transformasi negara.
 Para pekerja biasanya menunjukkan perlaksanaan yang lebih baik dalam suasana yang lebih aman dan tidak
mengandungi unsur-unsur yang negatif. Suasana kerja yang negatif akan mengganggu keberkesanan kerja seseorang
pekerja itu. Para psikologis Industri dan Organisasi cuba mengenalpasti bagaimana persekitaran fizikal kerja dapat
mempengaruhi seseorang pekerja dari segi perlaksanaan, kepuasan dan kesihatan mereka (Oborne dan Gruneberg,
1983).

Anda mungkin juga menyukai