Anda di halaman 1dari 6

3.

2 Kaedah Memberi Arahan


Tujuan memberi arahan adalah untuk memberi panduan kepada murid sebelum mereka memulakan
aktiviti. Guru perlulah mengambil masa yang lama untuk memberi arahan. Perkara penting ialah murid
perlu mempelajari bagaimana mematuhi arahan yang agak sukar difahami. Oleh itu, arahan guru
haruslah jelas dan tepat serta berulang-ulang sebelum pembelajaran bermula. Berikut adalah panduan
untuk menjamin arahan yang jelas dan mudah diikuti pelajar:
 mula-mula tuliskan arahan di dalam kelas. Ini akan memastikan semua arahan diingati dan akan
dipatuhi.
 kurangkan arahan itu menjadi beberapa langkah sahaja. Jika langkah banyak, maka perlulah
guru mendemonstrasikannya semasa memberi arahan, atau semasa membahagikan aktiviti
pembelajaran itu kepada beberapa bahagian, dan setiap bahagian itu guru perlu memberikan arahan
yang terperinci.
 pastikan arahan yang diberikan oleh guru jelas, tepat, pendek, ringkas serta menggunakan laras
bahasa yang bersesuaian dengan murid berkeperluan khas.
 pastikan murid memberi tumpuan semasa arah diberi.
 nilaikan sejauh manakah murid memahami arahan berkenaan dengan cara bertanya kembali sama
ada mereka ingat akan arahan guru atau guru bertanyakan apakah arahan pertama, kedua dan
seterusnya.

Satu cara memperbaiki kemahiran memberi arahan adalah dengan menganalisis masalah yang dihadapi
oleh murid semasa mereka melakukan aktiviti. Arahan tidak tepat, kabur, sukar, singkat serta tidak
diulang-ulang akan menyebabkan murid melakukan kesalahan semasa menyelesaikan tugasan.

3.3 Kaedah Latih Tubi


Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid
tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau
memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Perkara penting dalam latih tubi
adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok,
kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya,
mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan
sebagainya). Kaedah latih tubi mungkin akan membosankan jika dilakukan secara berterusan. Kaedah ini
boleh menjejaskan tumpuan murid-murid berkeperluan khas, lebih-lebih lagi murid khas bermasalah
pembelajaran. Oleh itu , untuk mengelak kebosanan dan kurangnya konsentrasi murid, pelbagai bentuk
latih tubi boleh digunakan seperti:
 mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu, iaitu siapa
yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan guru tentang sesuatu berkaitan dengan kemahiran, markah
akan dikira dan dihimpun dan kemudian dibandingkan dengan kumpulan atau individu yang lain yang
terlibat.
 bagi murid yang kurang daya saing, kaedah latih tubi boleh dijalankan dengan cara memegang
peralatan dan menyebutnya, dari aspek nama peralatan tersebut, fungsi, cara penggunaan, cara
menyimpan, cara untuk menggelakkan diri dari kecederaan akibat penggunaan peralatan dan sebagainya.
Sebenarnya seseorang murid itu boleh juga membantu rakan mereka dalam kaedah latih tubi ini selain
daripada guru dan ibu bapa. Jadi, latih tubi antara satu kaedah yang penting dalam mengajar murid
khas bermasalah pembelajaran untuk memahami apa yang diajar.

3.4 KAEDAH TERUS


Micheal West dan Harald Palmaer (1920-1935) ialah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan
kaedah ini kepada umum. Kaedah ini mirip kepada kaedah tentera yang ditolak oleh Michael Fries,
Profesor Linguistik dari Universiti Michigan yang diperkenalkan satu lagi kaedah, iaitu kaedah Audio-
Lingual.
Laman web www.potralpendidikan.com menyatakan kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera kerana
digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu. Tujuan
kaedah ini diperkenalkan adalah kerana membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat
kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran
menulis. Selain itu, tujuan kaedah terus ini diperkenalkan adalah kerana pelajar-pelajar boleh
menggunakan bahasa yang dipelajari dalam masyarakat yang berkenaan.
Kaedah ini terus memberi keutamaan kepada pengajaran yang berdasarkan psikologi kanak-kanak.
Kaedah ini mempunyai objektif untuk membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran
bahasa secara lebih efektif dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari dalam
masyarakat berkenaan. Kaedah ini sangat sesuai dipraktikkan untuk mempelajari bahasa pertama dan
bahasa kedua kerana sifatnya sama dengan cara pelajar menguasai bahasa ibunda atau bahasa natif
mereka. Kaedah ini mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan kaedah lain kerana kaedah ini dapat
menghasilkan pelajar yang dapat menguasai bahasa lisan dengan baik. Walau bagaimanapun, dengan
menggunakan kaedah ini usaha yang lebih adalah dituntut bagi melaksanakannya dan guru perlu
berkemampuan dan mahir untuk menggunakan pelbagai cara atau teknik untuk menyatakan makna
perkataan dan frasa dengan jelas.
Pelajaran bahasa menghubungkan pelajar-pelajar terus dengan bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-
kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu. Sebutan penutur natif dijadikan model dan
pertuturan ini ditiru oleh pelajar-pelajar tetapi terjemahan tidak digunakan langsung dalam
pembelajaran. Dalam pembelajaran dan pengajaran, apabila segala makna keadaan yang tidak difahami,
guru akan menjelaskan kepada murid-murid dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti,
perkataan berlawan atau cara yang lain. Kebiasaannya, pelajaran tatabahasa diajar secara induktif,
pola-pola ayat yang hendak diajar dilatih tubi terlebih dahulu sehingga pelajar-pelajar dapat
menguasainya dan undang-undang tatabahasa hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat.
Selain itu, bahan-bahan bacaan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan bahan-
bahan yang ada kaitan dengan latihan lisan yang dibuat. Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan
bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa pembelajaran bahasa
pertama/ ibuanda / natif kanak-kanak belajar secara mendengar dan betutur serta pelajar-pelajar
akan dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar. Dalam pembelajaran, terjemahan tidak
digunakan langsung. Oleh itu, sebutan yang betul diutamakan, dan kaedah ini memerlukan ilmu fonetik.
Jadi, kaedah ini merupakan gabungan linguistik dengan pengajaran bahasa.

Kaedah Sumbang Saran


Tujuan kaedah sumbang saran adalah untuk menggalakkan murid menggunakan imaginasi mereka secara
kreatif. Objektif keseluruhannya bertujuan untuk mencari idea -idea baru serta kombinasi idea. Murid
digalakkan memberi sumbangan idea terhadap sesuatu kemahiran yang diajar guru dalam bentuk
jawapan, kesimpulan, fakta serta penerangan. Pemikiran yang kreatif biasanya diarahkan kepada
penyelesaian masalah -masalah tertentu, mencari cara-cara baru untuk bertindak dalam sesuatu
situasi atau menghasilkan pelbagai interpretasi bagi sesuatu kejadian. Masalah atau kejadian menjadi
fokus sumbang saran. Secara amnya, peraturan sumbang saran meliputi:
 sebarang idea diterima
 semua murid mesti aktif memberi pandangan, idea dan maklumat sebanyak mungkin.
 dilarang mengkritik sebarang idea.
 idea-idea dinyatakan secara spontan.
 pelajar boleh menggunakan idea rakan untuk memperkembangkannya.
Keberkesanan sesuatu sesi sumbang saran bergantung kepada keadaan atau situasi berikut:
 guru menunjukkan sikap positif di samping menggalakan pemikiran positif di kalangan murid.
 murid mengambil bahagian secara aktif.
 guru sebagai pengadil, tidak menyebelahi mana-mana individu atau kumpulan.
 idea yang dipilih haruslah diperkemaskan untuk dijadikan maklumat serta digunakan sebaiknya.
Oleh itu, murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran amat digalakkan supaya memberi idea
terhadap sesuatu permasalahan atau penyoalan soalan oleh guru untuk melatih mereka supaya
memahami soalan dan permasalahan dan dapat berkomunikasi serta melatih mereka berfikir.

Kaedah Eksplorasi - Penemuan


Kaedah eksplorasi–penemuan bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran murid melalui penemuan
kendiri. Peranan guru adalah menyediakan peralatan tertentu. Murid dibenarkan menggunakan alatan
mengikut kesukaan masing-masing dengan pemantauan rapi daripada guru terutamanya apabila
menggunakan peralatan berbahaya seperti parang, cangkul dan sebagainya semasa aktiviti di kebun.

Melalui kaedah ini, murid akan lebih mengetahui apakah kegunaan sesuatu alatan dengan membuat
aktiviti menggunakan alatan itu. Kaedah ini juga bertujuan untuk meningkatkan rasa ingin tahu murid,
keinginan untuk mencuba dan kebebasan melakukan aksplorasi. Jika sebelum ini mereka (murid) tidak
berpeluang untuk cuba menggunakan peralatan ini atau menggunakannya secara nyata atas alasan
dibimbangi akan memudaratkan mereka sendiri, namun dengan kebebasan diberi oleh guru serta
dengan pemantauan rapi oleh guru, maka mereka akan merasakan berkeinginan untuk mencuba
menggunakan peralatan tersebut dengan cara yang betul.

Bagi pelajar khas, sebelum penggunaan alatan itu dibenarkan untuk digunakan semasa aktiviti, guru
haruslah menerangkan cara penggunaannya yang betul dan menjaganya agar tidak mendatangkan
bahaya kepada diri dan rakan sekelas. Melalui kaedah ini, pembelajaran berlaku secara spontan dan
dapat mengukuhkan pengetahuan mereka daripada pengajaran guru. Supaya pembelajaran lebih
berkesan, guru perlulah:
 menyediakan alatan.
 memberi masa yang cukup untuk murid melakukan aktiviti.
 bertanya kembali tentang kegunaan alat itu selepas aktiviti selesai.
 menggalakkan mereka melakukan sendiri menggunakan alatan SPY mrk > faham akan kegunaannya

2.3 Perbincangan
Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan di mana murid-murid berinteraksi sesama
mereka dalam membincangkan satu isu atau masalah. Perbincangan melibatkan perbualan antara murid
dengan guru dalam sebuah kelas atau antara sekumpulan murid. Strategi ini menggalakkan murid
bertukar pendapat , idea atau maklumat secara berkesan bersama guru mereka atau di kalangan murid.
Murid-murid berpeluang menegemukakan isu-isu , pendapat dan idea-idea tentang sesuatu topik dan
guru bersama murid-murid kan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan.
Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalak murid-murid yang
berkebolehan sederhana dan kurang berupaya melibatkan diri dalam proses pembelajaran.
Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-objektif kognitif dan afektif. Dalam domain
kognitf,perbincanganboleh menggalakkan murid-murid menganalisis idea-idea dan fakta-fakta dari
pelajaran baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau. Dari sudut afektif, perbincangan
menggalakkan murid-murid meninjau pendapat-pendapat mereka,berinterksi dan menilai idea-idea
murid-murid lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik. Walau apa pun objektifnya,
perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum pengajaran
dijalankan.
Pada asasnya terdapat dua jenis perbincangan :
a) Perbincangan Kelas ( Whole class discussion )
Dalam perbincangan ini guru harus mengendali perbincangan kelas. Sebelum perbincangan kelas, adalah
penting untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas tentang aspek yang dibincangkan.
Dalam perbincangan kelas perlu wujud panel dan perbahasan.Panel, simposium dan perbahasan
melibatkan sekumpulan murid, memperolehi maklumat tentang sesuatu topik, menyampaikan maklumat
tersebut dan membincangkannya. Panel dn perbahasan direka dengan tujuan membantu murid-murid
memahami beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu. Mereka menggabungkan
aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataaan yang dirancang melalui perbincangan tolak ansur. Ia
berfaedah dalam kegiatan bilik darjah yang besar apabila perbincangan tidak formal atau kumpulan
kecil tidak dapat dijalankan.
Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal di mana empat hingga enam orang ahli berbincang
satu topik bersama seorang pengerusi manakala murid-murid lain dalam kelas mendengar. Kemudian
satu perbincangan tolak ansur akan diadakan bersama kelas. Tiap –tiap ahli memberi kenytaan masing-
masing. Meja bulat boleh digunakan sebagai versi panel yang tidak formal.
Simposium pula hampir sama dengan panel tetapi ia melibatkan penyampaian maklumat yang
lebih formal oleh setiap ahli panel.
Perbahasan pula ialah satu pendekatan perbincangan yang formal.Ia merangkumi ucapan-ucapan yang
tersedia oleh ahli-ahli dari dua kumpulan yang mempunyai pandangan yang bertentangan. Tiap-tiap ahli
akan membangkang idea dari kumpulan lain.
Panel dan perbahasan dijalankan untuk faedah kelas. Kelas melibatkan diri melalui soal dan
jawab selepas panel telah menyampai maklumatnya.
b) Perbincangan kumpulan kecil
Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan kecil adalah empat hingga lima orang murid.
Perbincangan ini diketuai oleh murid terpilih dengan bimbingan seorang guru. Selain dari mempromosi
kemahiran pemikiran bertahap tinggi,perbincangan kumpulan kecil merangkumi perkembangan
kemahiran komunikasi,kepimpinan, perbahasan dan kompromi. Murid-murid yang terlibat dalam
perbincangan boleh tersesat secara mudah. Organisasi yang teliti boleh membantu melicinkan proses
perbincangan. Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mana guru boleh lakukan bagi
menjamin keberkesan perbincangan kumpulan kecil. Perkara pertama ialah guru harus memantau
aktiviti secara teliti dengan meronda dalam bilik bagi memastikan setiap kumpulan fokus kepada
objektif perbincangan. Kedua, guru harus pastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas untuk
menyumbang kepada perbincangan tesebut. Oleh yang demikian,perbincangan kumpulan kecil harus
mengikuti satu pengajaran yang berfokus kepada isi kandungan dan berkembang brdasarkan topik-
topik yang pernah diajar. Ketiga ialah guru harus merancang perbuncagan yang pendek dalam topik
tersebut. Teknik yang paling akhir ialah murid-murid harus diberi arahan yang tepat. Pada penghabisan
aktiviti kumpulan kecil, setiap kumpulan harus melaporkan hasil kerja kepada kelas. Hal ini boleh
dijalankan melalui laporan bertulis atau wakil dari kumpulan memberi laporan secara lisan .

Berikut merupakan beberapa garis panduan untuk menjalankan aktiviti perbincangan :


a) Mengambil kira matlamat perbincangan
b) Mempertimbangkan pengalaman dan perkembangan murid-murid
c) Mengkaji isu-isu yang terlibat
d) Murid-murid diberi orientasi objektif perbincangan
e) Menyediakan persekitaran yang menyeronokkan
f) Perlu berbekalkan maklumat baru atau tepat bila perlu
g) Mengulang, rumus atau jana dan kenyataan kepada satu unit yang bermakna
h) Menerapkan unsur jenaka
i) Garis panduan ini boleh diaplikasikan kepada kaedah kumpulan

Dalam perbincangan, murid akan memberikan reaksi atau tindak balas tentang topik atau
masalah dan perbincangan dilaksanakan di bawah kawaan guru. Teknik perbincangan dapat dilaksanakan
dalam semua mata pelajaran di sekolah. Tujuan kaedah perbincangn ialah untuk melatih murid
membiasakan diri bercakap dalam situasi formal, iaitu memberi peluang kepada mereka untuk
menyuarakan pendapat. Kaedah perbincangan juga dapat membina keyakinan diri dan konsep kendiri
murid. Guru harus menggalakkaan murid mengembangkan kemahiran dalam mengemukakan
hujah,pendapat,menyoal serta menyelesaikan masalah. Selain itu, guru harus memupuk unsur0unsur
kerjasama, hormat-menghormati, menghargai dan mendengar pandangan orang lain.
Topik perbincangan mestialh sesuai dengan objektif dan minat murid-murid tambahan pula guru
perlu menentukan objektif perbincangan iaitu sama ada perbincangan itu adalah untuk mengumpul
fakta atau menyelesaikan sesuatu masalah. Peranan guru dalam situasi perbincangan iaitu sebagai
pemudah cara dan membimbing murid sepanjang sesi perbincangan. Seterusnya, guru juga perlu
mengemukakan soalan-soalan divergen dan menggalakan murid-murid untuk menyoal idea-idea rakan-
rakan mereka. Semasa perbincangan, guru perlu mengawal aktiviti-aktiviti perbincangan supaya murid-
murid menumpukan perhatian. Guru juga mesti meneliti tingkah laku murid agar mereka tidak
menyeleweng atau bermain-main dala satu sei perbincangan. Pada akhir satu sesi perbincangan, guru
bersama murid-murid harus merumuskan isi-isi penting terhadap penyelesaian masalah dalam
perbincangan.

2.4 Demonstrasi
Demonstrasi juga dikenali sebagai tunjuk cara. Demonstrasi ialah satu kaedah untuk melatih murid
memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur yang tertentu. Ia melibatkan
demonstrasi oleh guru di hadapan kelas untuk menunujukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau
langkah pembelajaran.

Kuliah memerlukan murid mendengar, demonstrasi memerlukan murid memerhati. Dalam proses
demonstrasi, terdapat satu komunikasi lisan secara lansung dari guru kepada murid.Ia juga melibatkan
pendekatan visual untuk memeriksa proses, maklumat dan idea. Demonstrasi membolehkan murid-
murid memerhati benda-bemda maujud dan bagaimana mereka berfungsi. Terdapat demonstrasi tulin,
demonstrasivdengan komen atau demonstrasi dengan penglibatan dari murid-murid.Lazimnya, guru
mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara
individu. Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid-murid.

Demonstrasi boleh digunakan unruk mengilustrasikan hujah-hujah atau prosedur secara berkesan,
merangsang minat dalam sesuatu topik,memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar
perubahan. Bagi menjalankan demonstrasi yang berkesan, guru merancang demonstrasi secara teliti,
mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka demonstrasi, memastikan setiap murid memerhatikan
demonstrasi, meperkenalkan demonstrasi untuk memfokus perhatian dan menggalakkan soalan serta
merancangkan tindakan susulan.
Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian,olahraga, permainan dan membuat uji kaji.Kebaikan tujuk cara
ialah ia memberi peluang kepada murid untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari
setelah melihat prosedur-prosedur yang ditunjukkan oleh guru. Kaedah ini juga membenarkan murid-
murid untuk mencontohi sesuatu perlakuan dengan mudah. Semasa membuat demonstrasi,guru perlu
memberikan penerangan yang jelas supaya murid-murid dapat memerhati apa yang ditunjukkan.

Dalam proses demonstrasi ,guru mesti mewajibkan murid-murid memberikan perhatian yang
sepenuhnya. Selepas membuat sesi praktis, perbincangan tentang perkara-perkara yang ditunjuk cara
ia mesti dijalankan oleh guru. Guru juga boleh mengarahkan murid-murid untuk menulis laporan ringkas
tentang demonstrasi tersebut. Dalam pelaksanaan demonstrasi,guru hendaklah menentukan
topik,objektif dan menyediakan alatan atau bahan yang hendak digunakan dalam sesi pengajaran. Satu
kebaikan demonstrasi ialah ia memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid-murid melalui
deria penglihatan dan pendengaran. Terdapat juga kelemahan dalam penggunaan kaedah demonstrasi
ialah ia memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi dan teliti oleh guru sebelum sesi tunjuk
cara.

Anda mungkin juga menyukai