Anda di halaman 1dari 20

Pada era globalisasi ini, ibu bapa memainkan peranan

penting untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca


karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta
akan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana anak-anak
muda pada era ini, lebih gemar membaca bahan-bahan bacaan
yang ringan seperti surat khabar, novel cinta, komik, majalah
hiburan dan animasi kartun. Majalah atau buku yang sarat
dengan ilmu dan pengetahuan seperti buku-buku motivasi,
pembinaan kendiri, falsafah, Majalah Dewan Masyarakat, Solusi,
Dewan Budaya, Al Islam, dan Anis kurang diminati malah ada
dalam kalangan mereka yang tidak tahu akan kewujudan
majalah tersebut di pasaran. Mereka berpendapat bahawa
membaca karya-karya ilmiah dianggap berat dan membosankan
kerana memerlukan minda untuk berfikir sedangkan majalah
atau buku-buku yang berunsurkan hiburan lebih seronok untuk
dibaca kerana pembacaan bagi mereka hanya sekadar mengisi
ruang kosong dalam masa senggang sahaja. Apa pun yang jelas,
buku yang baik adalah kunci kepada khazanah kebijaksanaan.
Ibu bapa merupakan insan yang penting untuk melahirkan anak
yang berilmu, bersahsiah baik dan dihormati oleh orang lain.
Persoalannya, apakah modus operandi yang boleh diambil oleh
ibu bapa untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan?

Untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak,


ibu bapa haruslah membawa anak-anak ke pesta buku atau
pameran buku seperti Pameran Buku Antarabangsa di PWTC
yang diadakan pada setiap tahun. Hal ini dapat melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Apabila ibu bapa
membawa anak-anak ke pameran buku, minat anak-anak untuk
membaca buku akan bercambah. Anak-anak akan dapat melihat
pelbagai jenis buku yang menarik serta menyeronokkan untuk
dibaca. Mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang
disukai dan diminati. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat
penting untuk membimbing anak-anak agar dapat memilih buku
yang berkualiti yang mampu membina pemikiran atau minda
anak-anak. Selain itu, anak-anak juga berpeluang untuk
membaca buku-buku yang berunsurkan keagamaan, falsafah,
motivasi dan sebagainya.. Hal ini secara tidak langsung, dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri anak-anak. Di
samping itu, anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku
yang memaparkan sejarah negara lain. Hal ini, dapat
meningkatkan pengetahuan am anak-anak tentang Negara luar.
Tegasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke
pameran buku merupakan salah satu langkah efektif yang
melahirkan minat anak-anak untuk membaca karya-karya ilmiah
dan menjadi ulat buku dan seterusnya menjadi generasi yang
cinta akan ilmu pengetahuan.

Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada


anak-anak dalam aspek membaca. Justeru, ibu bapa hendaklah
memulakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan
persekitaran yang boleh merangsang minat anak-anak untuk
membaca buku-buku ilmiah. Ibu bapa hendaklah membaca
buku-buku dan surat khabar pada setiap hari terutama pada
waktu senggang. Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti
akan dicontohi dan diikuti oleh anak-anak kerana pepatah
menyatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya, ke mana
tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Pada zaman ini, anak-anak
tidak tahu untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti
yang berfaedah Jadi, ibu bapa boleh mendidik anak-anak sejak
kecil lagi untuk membaca buku-buku ilmiah. Bak kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya dan asas pendidikan
bermula dari rumah. Ibu bapa boleh melakukan aktiviti
membaca bersama anak-anak pada hari cuti sewaktu semua ahli
keluarga berehat di rumah. Dalam hal ini, Ibu bapa janganlah
menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul,
sedangkan diri sendiri tidak betul. Sekiranya, ibu bapa tidak
pernah membaca bahan-bahan ilmiah, bagaimanakah anak-anak
hendak membaca bahan-bahan tersebut. Anak-anak akan suka
membaca apabila melihat orang tuanya membaca. Jelasnya, ibu
bapa harus menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak
kerana anak-anak akan menjadikan membaca sebagai satu
amalan ke mana-mana sahaja mereka pergi

bak kata pep


atah kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau,
terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi
penawar.

Di samping itu, Ibu bapa perlu menambahkan sumber


bacaan dengan membeli banyak buku atau majalah yang
mengandungi ilmu pengetahuan yang boleh mengembangkan
minda anak-anak. Pepatah menyatakan bahawa membaca
jambatan ilmu. Apabila anak- anak banyak membaca, sudah
tentu pengetahuan mereka pun akan meningkat. Sebagai ibu
bapa, mereka hendaklah membeli bahan bacaan secara tetap
pada setiap bulan seperti Majalah Dewan Masyarakat, Dewan
Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam dan Solusi selain surat khabar
yang dibeli secara harian. Secara tidak langsung, anak-anak akan
tertarik untuk membaca buku-buku dan majalah yang
mengandungi banyak ilmu dan pengetahuan yang dibeli oleh ibu
bapa mereka. Minat untuk membaca bahan-bahan yang
berkualiti pasti akan bercambah dalam jiwa mereka. Anak-anak
yang disuburkan dengan budaya membaca, pasti dapat membina
jati diri unggul, mempunyai minda sihat, berketerampilan
sebagai orang berilmu dan berpengetahuan tinggi. Selain itu, ibu
bapa boleh memberikan hadiah berupa buku sempena hari lahir
atau hadiah sempena kejayaan anak-anak dalam pelajaran atau
peperiksaan sebagai ganjaran. Sebagai contohnya, ibu bapa
boleh menghadiahkan buku-buku motivasi sempena hari lahir
anak. Hadiah tersebut dapat memotivasikan diri anak-anak.
Mereka akan belajar bersungguh-sungguh kerana menghargai
jasa ibu bapa. Amalan seperti ini akan menyebabkan anak-anak
hidup dalam dunia buku. Tak kenal maka tak cinta.

Seterusnya ibu bapa juga hendaklah menggalakkan


anak-anak membaca buku dengan cara mendaftar anak mereka
menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab buku,
anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui
perkembangan buku yang terkini. Sebagai contohnya, anak-
anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Apabila anak-anak menjadi
ahli kelab buku, mereka didedahkan dengan pelbagai perkara
yang berkaitan dengan buku. Secara tidak langsung, anak-anak
juga dapat membezakan bahan bacaan yang bermutu dan bahan
bacaan yang tidak berkualiti. Anak-anak pasti memilih bahan-
bahan yang berkualiti kerana boleh mematangkan minda
seseorang dalam mengeluarkan pendapat atau melakukan
tindakan. Selain itu, ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-
anak menyertai Kempen Galakan Membaca dan Kembara
Buku yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Dengan menghadiri
kempen-kempen membaca, anak-anak bukan sahaja mendapat
kesedaran tentang pentingnya membaca malah ibu bapa turut
memperoleh manfaatnya. Tegasnya, ibu bapa perlulah
membawa anak-anak menghadiri kempen-kempen membaca dan
menggalakkan anak-anak menyertai ahli kelab buku agar anak-
anak membaca bahan-bahan ilmiah yang dapat membentuk
anak-anak menjadi insan yang mulia dan disanjung tinggi.

Selain itu, ibu bapa boleh membina perpustakaan mini


yang mengandungi bahan-bahan ilmiah yang menempatkan
pelbagai jenis buku ilmiah seperti novel karya agung, kamus,
buku- buku agama, dan buku motivasi diri selain buku pelajaran
dan buku rujukan. Hal ini dapat menyuburkan minat anak-anak
untuk membaca buku-buku yang disimpan di rak buku tersebut.
Ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan dan memastikan
anak mereka membaca buku-buku yang disediakan dalam
perpustakaan mini di rumah. Anak-anak juga digalakkan
untuk membaca surat khabar atau majalah ilmu pada setiap hari
dan membaca sebuah buku pada setiap minggu. Hal ini akan
menyebabkan masa lapang anak-anak terisi dengan aktiviti
membaca tanpa perlu keluar rumah. Perpustakaan mini yang
disediakan oleh ibu bapa tidak memerlukan modal yang banyak.
Buku-buku dan majalah yang dibeli pada setiap bulan boleh
disimpan dalam perpustakaan mini tersebut. Pembacaan buku
dan majalah yang berulang kali dapat menguatkan minda anak-
anak. Pepatah menyatakan bahawa bangsa yang membaca,
bangsa yang berjaya. Apabila anak-anak sudah biasa
didedahkan untuk membaca surat khabar pada setiap hari dan
sebuah buku pada setiap ming
gu, anak-anak akan biasa berbuat demikian dan menjadikan
membaca sebagai amalan rutin harian kerana alah bisa, tegal
dek biasa. Mereka akan selalu membaca apabila ada masa
terluang dan mereka akan menghargai masa kerana masa itu
emas. Tambahan pula, jika ibu bapa mempunyai waktu terluang,
mereka bolehlah membawa anak-anak ke perpustakaan awam
yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Perpustakaan
awam memuatkan berjuta-juta buku yang boleh meningkatkan
ilmu pengetahuan anak-anak. Malahan, apabila anak-anak pergi
ke perpustakaan awam, mereka dapat membaca buku dalam
keadaan yang senyap, aman, damai dan tenang. Jelasnya, usaha
ibu bapa membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam
dan menyediakan perpustakaan mini di rumah dapat melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.

Tambahan lagi, ibu bapa juga boleh memupuk minat membaca


bahan-bahan ilmiah dengan membimbing anak-anak mereka
melayari internet. Internet merupakan sumber ilmu yang boleh
digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Namun, terdapat
remaja yang yang menyalahgunakan Internet seperti melihat
gambar-gambar lucah. Dalam konteks ini, ibu bapalah
merupakan pembimbing kepada anak-anak mereka. Ibu bapa
perlu mendidik anak-anak melayari internet untuk mencari judul
buku ilmiah yang terkenal supaya boleh dibeli di kedai-kedai
buku berhampiran. Hal ini dapat menggalakkan anak-anak
membaca karya-karya ilmiah supaya boleh melahirkan generasi
yang cinta akan ilmu pengetahuan. Ilmu yang diperoleh daripada
bahan-bahan ilmiah boleh dijadikan sebagai panduan hidup. Hal
ini disebabkan mesej-mesej yang terkandung dalam bahan bahan
ilmiah penting dalam kehidupan. Justeru, ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam memupuk minat membaca buku-
buku ilmiah.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya


simpulkan bahawa untuk melahirkan generasi yang cinta akan
ilmu pengetahuan, ibu bapalah yang memainkan peranan
penting menggalakkan anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah.
Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam
kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda
anak-anak mereka cerdas. Oleh hal yang demikian, ibu bapa
mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan minat
membaca dalam kalangan anak mereka. Jika anak-anak sudah
jatuh cinta dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang
pelajaran akan terbentang luas di depan mereka pada masa
depan. Ibn Khaldun dalam karya besarnya,Muqaddimah, pernah
berkata bahawa kekuatan ilmu bukan sahaja menjadi syarat dan
pelengkap kepada kekuatan fizikal, malah memberi arah dan
makna kepada manusia dan bangsa terbabit. Tegasnya, ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam melahirkan generasi
yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Manfaat Amalan Membaca

Membaca jambatan ilmu. Namun budaya membaca dalam


kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Kajian menunjukkan
bahawa secara purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah
buku setahun. Negara kita yang sedang pesat membangun
memerlukan rakyat yang berpengetahuan tinggi untuk maju
setanding dengan negara maju di dunia ibarat duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi. Persoalannya, adakah rakyat
Malaysia sedar akan pelbagai faedah yang bakal diperoleh
apabila mereka membaca? Sebenarnya sudah terang lagi
bersuluh bahawa terdapat pelbagai manfaat apabila seseorang
mempraktikkan budaya membaca.

Ilmu penyuluh kehidupan dan membaca buku dapat


menambahkan pengetahuan. Hal ini demikian kerana melalui
pembacaan seseorang dapat mengetahui isu-isu semasa sama
ada yang berlaku di dalam negara atau di luar negara. Oleh hal
yang demikian mereka tidak akan menjadi seperti katak di
bawah tempurung. Selain itu, melalui pembacaan, pembaca
berpeluang mempelajari sejarah dan budaya masyarakat dunia.
Umpamanya mereka dapat mempelajari tamadun Mesopotamia,
Indus, Hwang Ho, Mesir Purba dan lain-lain. Pembaca juga
dapat mengetahui budaya masyarakat dunia yang sangat unik
dan berbeza di negara yang berlainan. Oleh itu, untuk memupuk
budaya membaca ini, kita perlulah menggalakkan anak-anak ke
perpustakaan dan membeli bahan bacaan yang bersesuaian
untuk mereka kerana banyak membaca luas pengetahuan dan
membaca ialah jendela ilmu.

Amalan membaca juga dapat menambah perbendaharaan kata


dalam kalangan pelajar. Dasawarsa, ramai pelajar lemah dalam
kertas Bahasa Melayu kerana mereka kurang menguasai kosa
kata. Pelajar juga kurang cekap berbahasa Inggeris kerana
kekurangan kosa kata bahasa tersebut. Hal ini menghalang
kejayaan pelaksanaan program MBMMBI iaitu usaha kerajaan
untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa
Inggeris ke arah menguasai pelbagai ilmu pengetahuan pada
peringkat globalisasi. Tabiat ini juga boleh menyumbang kepada
penemuan perkataan-perkataan dan istilah baharu terutamanya
dalam bidang sains dan teknologi. Sehari selembar benang,
lama-lama menjadi kain, begitulah keadaannya apabila
membaca, kosa kata seseorang itu sentiasa bertambah dan
khazanah bahasa seperti peribahasa dan ungkapan menarik serta
bunga-bunga bahasa semakin dikuasainya.

Seterusnya, tabiat membaca boleh membantu pelajar lulus


cemerlang dalam akademik. Tabiat membaca boleh membantu
pelajar memahami sesuatu mata pelajaran dengan cepat dan
mudah. Peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
sesuai kepada pelajar yang rajin membaca kerana tabiat
membaca juga dapat meningkatkan mutu akademik pelajar.

Tabiat membaca merupakan aktiviti masa senggang yang sangat


berfaedah. Masa itu emas, oleh itu seseorang seharusnya
mengisi masa lapang dengan berfaedah seperti mengamalkan
hobi membaca buku. Negara kita memerlukan rakyat yang
berpengetahuan untuk membangunkan negara. Sebagai contoh,
masyarakat di negara Jepun yang maju menjadikan amalan
membaca sebagai budaya hidup mereka. Di negara matahari
terbit itu, kita dapat menemukan masyarakat Jepun yang
membaca buku ketika di dalam kereta api, di stesen bas, di
taman-taman, atau di mana-mana sahaja. Sebaliknya, di negara
kita, rakyat kita suka berbual-bual kosong di kedai kopi,
bermain dam di atas wakaf, atau melepak di pusat-pusat beli
belah. Kesimpulannya, jelaslah bahawa rakyat yang banyak
membaca berupaya menjamin kemajuan negara.

Tabiat membaca juga adalah pemangkin kemajuan negara. Hal


ini demikian kerana kemajuan sesebuah negara tidak dilihat
pada pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga diukur pada
kemajuan intelektual rakyatnya. Rakyat berilmu mencerminkan
kemajuan sesebuah negara. Sekiranya negara kita dapat
mengurangkan kadar buta huruf secara tidak langsung, taraf
pendidikan di negara kita turut meningkat dalam usaha
melahirkan rakyat bertamadun tinggi. Sejarah telah
membuktikan bahawa pembangunan tamadun keintelektualan
manusia bermula daripada buku. Sebagai misalannya, kemajuan
Kota Baghdad telah muncul sebagai pusat penyebaran ilmu yang
unggul di dunia suatu keti
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada
kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan
masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat
merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semngat kejiranan
dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana
kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat
kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlbih
dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang
yang paling mudah memberikan petolongan pada saat kita
ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat
diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan
pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar
belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan
memberikan manfaat yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana
mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita
kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan
bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada
sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan
budaya samseng.
Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat
kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti
khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat
dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil
inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu
bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga
sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum
terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung
sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama
dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya
dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada
masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada
persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara.
Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-
kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan
aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan
baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya
memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan
mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal
ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit
permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan
perpecahan.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan
besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan
kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan
sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda
pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

FAEDAH-FAEDAH KOPERASI DI SEKOLAH


Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari menjelang ambang
2020, keadaan ini menandakan titik permulaan zaman yang
serba mencabar minda kita. Dalam meniti ranjau kehidupan
yang penuh pancaroba ini, pihak sekolah telah menubuhkan
koperasi di sekolah. Koperasi merupakan pertubuhan
ditubuhkan oleh pihak sekolah untuk kemudahan warga sekolah,
khususnya pelajar dan guru. Dengan adanya koperasi di sekolah,
kita dapat memperoleh banyak kebaikan yang tidak dapat dikira
dengan hujung jari kita. Persoalannya kini, apakah kebaikan
penubuhan koperasi sekolah kepada warga sekolah itu sendiri?
Oleh hal yang demikian, faedah-faedah koperasi sekolah yang
akan menjadi fokus perbincangan saya pada hari ini akan
dikupas dan dihuraikan secara terperinci demi kebaikan bersama.

Sebagai mukadimah pembicara, saya ingin melontarkan idea


saya tentang faedah koperasi terhadap warga sekolah. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa pelajar atau guru dapat membeli
barangan dengan harga yang lebih murah. Mereka dapat
menikmati barangan yang harganya berpatutan dan barangan
yang berkualiti. Umum mengetahui bahawa koperasi menjual
pelbagai barangan dan makanan seperti alat tulis, minuman,
kertas kajang, buku latihan dan sebagainya. Kesemua ini telah
memenuhi kehendak dan keperluan guru dan pelajar. Sebagai
analogi, pelajar dapat membeli sebatang pen di koperasi dengan
harga yang rendah berbanding membeli sebatang pen di pasar
raya. Tambahan pula, barangan di pasar raya mahal-mahal
belaka. Hal ini secara tidak langsung, pelajar dapat menjimatkan
wang untuk membeli alat-alat tulis dan buku-buku rujukan bagi
meningkatkan prestasi pembelajaran. Tegasnya, koperasi
menawarkan barangan yang harganya berpatutan dan berkualiti
kepada warga sekolah.

Lanjutan daripada huraian di atas, warga sekolah yang menjadi


ahli koperasi berhak mendapat keuntungan dalam bentuk
dividen dan bonus melalui pembelian barangan oleh warga
sekolah. Keuntungan tersebut datangnya daripada jual beli yang
dijalankan. Selain itu, sebahagian daripada keuntungan yang
diperoleh oleh koperasi juga dapat dikeluarkan untuk membantu
pihak sekolah dalam menangani masalah prasarana sekolah.
Wang tersebut boleh digunakan untuk menyediakan dan menaik
taraf prasarana di sesebuah sekolah. Contoh yang boleh
diketengahkan ialah koperasi SMK Hamzah Berhad yang
berpegang teguh pada prinsip koperasi kita dari kita untuk kita
dengan membahagikan sebahagian keuntugan koperasi untuk
membeli buku rujukan dan buku cerita koleksi terbaru untuk
perpustakaan sekolah demi kemudahan murid yang dahaga akan
ilmu pengetahuan. Jelaslah bahawa koperasi mendapat
keuntungan yang berkali ganda melalui aktiviti jual beli.

Bukan setakat itu sahaja, koperasi membolehkan anak-anak


muridnya mengetahui asas perniagaan. Apabila pelajar
mengendalikan urus niaga di koperasi, mereka dapat memahami
dan menguasai asas perniagaan. Pengalaman baru ini tidak dapat
dipelajari dalam silibus sekolah dan merupakan satu pendekatan
yang baik untuk mempraktikkan apa-apa yang dipelajari di
dalam bilik darjah. Pelajar yang belajar subjek-subjek seperti
Prinsip Perakaunan, subjek Perniagaan dan Perdagangan dapat
memahami apa-apa yang dipelajari dengan lebih lebih lanjut dan
efektif dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh,
pelajar dapat berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat dengan
pelajar yang lain dan guru tentang selok-belok dalam urus niaga.
Rentetan daripada situasi tersebut, hubungan silaturahim bagai
isi dengan kuku dapat dipupuk antara guru dan pelajar. Malah,
mereka dapat menambah ilmu pengetahuan mereka supaya
mereka tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Sudah
terang lagi bersuluh, bahawa asas perniagaan dapat dimantapkan
dalam sanubari anak-anak didik melalui penglibatan mereka
dalam koperasi sekolah.
TEMA 1 – KERJASAMA
(a) bagai aur dengan tebing
(b) ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
(c) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
(d) terendam sama basah, terampai sama kering
(e) bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

TEMA 2 – KERAJINAN / USAHA / KEGIGIHAN


(a) bagai lebah menghimpun madu
(b) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
(c) genggam bara api biar sampai jadi arang
(d) hati hendak semua jadi
(e) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

TEMA 3 – KEINSAFAN / KESALAHAN / BERINGAT-


INGAT
(a) Sesal dahulu pendapat, sesal kemudian tidak berguna
(b) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
(c) bumi mana yang tidak ditimpa hujan
(d) sediakan payung sebelum hujan
(e) sudah terhantuk baru tengadah

TEMA 4 – KEKELUARGAAN / IBU BAPA / ANAK-ANAK


(a) bagai menatang minyak yang penuh
(b) anak emas
(c) bagaimana acuan begitulah kuihnya / bapa borek anak rintik
(d) bagai kaca terhempas ke batu ( sedih / kecewa)
(e) melentur buluh biarlah dari rebungnya

TEMA 5 – REMAJA / BAKAL PEMIMPIN / HARAPAN


NEGARA
(a) pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
(b) rajin usaha tangga kejayaan
(c) yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan
(d) kepimpinan melalui teladan
(e) guru kencing berdiri, murid kencing berlari (ajaran guru)
TEMA 6 – KEMALANGAN / PERKARA MALANG /
KESUSAHAN
(a) hari ini hari orang, esok mungkin hari kita
(b) berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
(c) malang tidak berbau
(d) kusangka panas ke petang, kiranya hujan di tengah hari
(e) pandu cermat jiwa selamat / biar lambat asalkan selamat

TEMA 7 : WARISAN BANGSA / PERMAINAN


TRADISIONAL
(a) tak kenal maka tak cinta
(b) tak basah dek hujan, tak lekang dek panas
(c) tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
(d) biar mati anak, jangan mati adat
(e) hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

TEMA 8: AMALAN MENABUNG / AMALAN MEMBACA


(a) sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit
(b) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
(c) membaca jambatan ilmu
(d) ulat buku / ilmu kunci kehidupan / ilmu pelita hidup
(e) bangsa membaca bangsa berjaya

TEMA 9: PERSAINGAN / PERJUANGAN /


(a) berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
(b) sampan sudah di air, pendayung sudah di tangan
(c) kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
(jangan ambil risiko)
(d) kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga
(jangan memandang rendah kebolehan orang lain)

TEMA 10: PATRIOTIK / BAHASA KEBANGSAAN


(a) biar putih tulang, jangan putih mata
(b) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
(c) bahasa jiwa bangsa (bahasa kebangsaan)
(d) hilang bahasa lenyaplah bangsa (bahasa kebangsaan)
(e) bahasa menunjukkan bangsa (bahasa kebangsaan)

Anda mungkin juga menyukai