Anda di halaman 1dari 56

PENDAHULUAN

Salam sejahtera. Terima kasih kerana telah mendapatkan

eBook saya ini. Saya berterima kasih atas sokongan anda.

Saya Nigel, berasal dari Terengganu. Saya dah hampir 4-5

tahun berkecimpung dalam bisnes, dari mula-mula import

barang dari China dan jual di Malaysia, sampailah hari ini

saya usahawan produk digital.

Perkongsian pengalaman menjual barangan import China ni

saya kongsikan dalam eBook Rahsia Taobao. eBook ini

merupakan best-seller untuk 26 bulan berturut-turut. Saya

juga telah menulis eBook Instagram Kaboom, di mana saya

berkongsi kaedah saya menaikkan followers sebanyak


10,000 dalam 5 minggu dan menjana jualan di Instagram.

Saya mendapat request dari pembaca saya yang ingin

mengetahui bagaimana saya menjual di WhatsApp, sebab

saya memang menggunakan WhatsApp untuk

berkomunikasi dan seterusnya close sale prospek untuk

produk saya.
Atas sebab itulah ebook Panduan Close Sale WhatsApp ini

dilahirkan. Saya kongsikan di sini pengalaman saya

menjalankan sales di WhatsApp, bagaimana saya close sales

dengan efisien.

Semoga mendapat manfaat ye.

Ikhlas,

Nigel Ong
ISI KANDUNGAN

#1 Close Sale Pantas, Tanpa Perlu


Berbual Berjam-jam!

#2 EMPAT Jenis Prospek & Macam


Mana Deal Dengan Mereka

#3 Teknik Mengayat Prospek

#4 Jaga Profit Margin

#5 Teknik Follow Up 5X5 Saya

#6 Cara Menyusun Prospek Supaya


Mudah Diurus
CLOSE SALE DENGAN PANTAS,
TANPA PERLU BERBUAL BERJAM-
JAM

Asas kepada closing sale dengan pantas adalah kembali

kepada 1 konsep asas, iaitu…

TAKE CONTROL OF THE CONVERSATION.

Macam mana tu?

Kita boleh mengawal perbualan dalam beberapa cara:

1. Akhiri respon kita dengan soalan

2. Cipta misteri/excitement

3. Bagi ‘pressure’
Saya terangkan satu persatu ye.

#1 Akhiri respon kita dengan soalan.

Pernah tak masa kita chatting dengan seseorang, kita tak

tahu macam mana naksambung perbualan? Akhirnya

perbualan jadi hambar dan senyap.

Kenapa boleh jadi begitu? Biasanya dalam kebanyakkan kes

tak ada isi yang nak ditulis.

Dalam dunia WhatsApp sales kalau customer tak tahu nak

cakap apa, maknanya kita hilang sales!


Jadi kita jangan biarkan customer ada peluang untuk ‘tak

tahu nak tulis apa!’

Setiap respons dari kita boleh diakhiri dalam bentuk soalan.

Contohnya:

• Apa masalah bro dengan penggunaan minyak kereta

bro?

• Sis ada juga tahu tentang produk XXXX ni?

• Sis nak target kurangkan lemak di bahagian mana di

badan ye?

• Kalau tuan ada ‘magic’, bahagian mana pada bisnes

tuan yang tuan nak improve?


Ini akan memastikan prospek mempunyai sesuatu untuk

ditulis pada kita. Prospek hanya perlu berfikir sejenak, dan

ada sudah idea tentang apa yang mahu ditulisnya.

#2 Cipta Misteri/Excitement

Kadang-kadang prospek tanya harga, lepas tu senyap.

Sebabnya?

Kita tidak dapat control perhatian mereka.

Pernah nampak bagaimana kucing yang sedang malas-

malas boleh dengan cepatnya menumpukan perhatian pada


sebiji bola kapas? Lepas tu bila kita gerak-gerak bola tu

kucing akan mula mengejar?

Sebabnya kucing ini nampak sesuatu yang misteri/exciting.

Itu yang kita nak dari prospek kita.

Macam mana kita buat misteri sebegini dalam WhatsApp?

Ini sedikit ideanya ye..

• Produk ni memang laris tuan, lagipun kami sekarang

tengah dalam promosi.

• Ada hadiah misteri kalau sis ambil 2 botol.

• Semalam masuk stok 20 pack, hari ini tinggal 3 je.


#3 Pressure

Manusia dalam sesetengah situasi memang perlu ‘ditekan’

barulah mengambil tindakan.

Kadang-kadang dalam sales pun begitu. Ramai prospek ni

sebenarnya dalam hati dah nak membeli produk kita, cuma

mereka macam berbelah bahagi. Biasanya sebab utama

adalah:

Belum nampak cukup nilai pada tawaran anda.

Hati dah nak beli, tapi otak pesan jimat duit.

Takpe, bila duit dah longgar sikit baru beli balik.


Disinilah kita perlu menangkap mereka secepat mungkin,

kerana jika dibiar, interest level mereka akan turun, dan

mereka akan hilang minat pada produk anda!

Jika kita nak close sales dengan cepat, kita perlu juga

memberi sedikit ‘tekanan’ kepada customer supaya mereka

membeli dengan cepat, sementara minat mereka masih

tinggi, sementara masih ‘hot for the deal’ kata orang putih.

Dan kita pun dapt close sale dengan cepat!

Macam mana tu? Kita boleh berikan offer bersifat time-

sensitive.

Contohnya:
• Offer 50% ini akan tamat bila-bila masa sahaja!

• Stok terhad. Dapatkan sebelum terlambat!

• Bro kena cepat, sebab saya takut nanti kitaorang habis

stok.

• Stockist dah cakap sedia sis, harga bakal dinaikkan bila-

bila masa sahaja.


4 JENIS PROSPEK DAN MACAM
MANA NAK DEAL DENGAN
MEREKA.

Sepanjang pengalaman saya berjual di WhatsApp, saya

berjumpa dengan banyak jenis prospek.

Saya membahagikan mereka kepada 4 jenis, secara

kasarnya. Sudah tentu ada jenis lain, tetapi kebanyakkan

prospek boleh dimasukkan dalam salah satu kategori ini.

#1 Competitors

Ini prospek paling ‘sejuk’. Sebabnya mereka hampir pasti

tidak akan membeli! Cold as ice!


Mereka selalunya akan masuk bertanya harga, tanya kita

kenapa jual mahal sangat, apa stok kita pegang, dan

pelbagai.

Kita tahu mereka tidak akan membeli, jadi tiada sebab

untuk kita layan mereka. Biarkan sahaja, dan fokus pada

prospek lain.

#2 Kaki PM

Prospek jenis sebegini selalunya mula dengan message

sebegini:

• “PM sis”

• “PM”

• “Nak tahu harga. Berapa ye?”


Kita reply dengan baik, dia balas balik dengan PM juga. Dah

buta ke diaorang ni?

Ni saya kategorikan sebagai golongan kuat PM. Mereka PM

bukan sebab nak beli, tapi nak survey sahaja. Prospek

sebegini mencari yang termurah, dan hanya akan respon

pada harga termurah sahaja.

Itu pun kalau dia tak tekan lagi harga dengan kita!

Di mata mereka, mereka tidak percaya dengan konsep ‘win-

win’, di mana mereka mendapat barangan berkualiti tinggi

dari seller, dan seller mendapat keuntungan lebih kerena

memberi servis yang lebih baik pada mereka.


Terus terang saya cakap, agak sukar untuk convert prospek

sebegini. Mereka adalah prospek ‘sejuk tahap bedak sejuk’,

dan cadangan saya adalah biarkan sahaja mereka ini.

Tetapi kalau anda nak juga try, boleh cuba dengan reply

yang pendek dan power, seperti…

• SPECIAL OFFER, Beli 2 kotak dan menangi hadiah

misteri!

• AWAS! Produk original vs palsu (ini lebih kepada gentle

reminder bahawa yg murah itu mungkin adalah palsu)

• HARGA LANTAI! RM49 sekarang RM30, 24 jam sahaja!

Prospek-prospek kaki PM ini hanya akan tertarik sengan

sesuatu yang ‘sharp & powerful’ – contohnya diskaun,

freebies.
Anda boleh consider jualkan pada harga yang murah pada

mereka, tetapi dalam kuantiti kecil. Contohnya jika anda

menjual perfume, anda boleh offer untuk jual tester/vial 5ml

pada harga RM10 pada mereka. Pada harga serendah ini,

masih ada peluang untuk jana sales dari mereka ini.

#3 Interested

Prospek sebegini mempunyai minat yang agak mendalam

untuk produk anda, dan jika anda pandai ‘nurture’ dan

layan, mereka akan convert menjadi sale.


Kuncinya di sini adalah untuk membantu dan menjawab

masalah mereka. Bukan dengan terus jump into sales pitch

ye.

Fokus pada beberapa point ini:

• Baca ayat mereka dengen teliti, dan jawab kemusykilan

yang ada. Tamatkan reply anda dengan soalan.

• Layan mereka dengan hormat, baca bahasa yang

digunakan dan follow gaya mereka (formal? Pasar?)

• Address mereka dengan panggilan yang betul. (jika ayat

mereka formal, maka gunakan panggilan Tuan, Puan.

Kalau ayat jenis manja-anje boleh guna Sis atau Bro.

• Untuk prospek yang ‘agak panas’ ini, cuba untuk sebut

apa-apa tentang harga di peringkat awal perbincangan.

Fokus pada produk, bagaimana produk anda boleh

menyelesaikan masalah mereka. Jika prospek bertanya,


sebutkan harga, dan jangan offer diskaun sehinggalah

apabila anda mula rasa yang prospek ni dah mula

‘sejuk’.

• Hanya berikan info bank in apabila mereka minta.

Kalau bagi terus, biasanya mereka akan hilang. Sebab

mereka belum mempunyai minat yang mencukupi

untuk kita ‘pressure’ supaya membeli.

#4 Desperado

Prospek sebegini adalah prospek yang memang dah nak

beli. Prospek sebegini tidak memerlukan banyak usaha dari

kita untuk convert menjadi sale, sebab memang dah ‘Hot

For the deal!’


Biasanya mereka ini telah lama ‘menderita’ dari sesuatu

masalah (perut buncit contohnya), dan apabila terjumpa

produk anda, mereka sudah nekad nak beli.

Nak tahu macam mana? Message mereka selalunya

berbunyi:

• Masalah saya adalah……… produk you boleh

membantu ke?

• Berapa lama sampai tempat saya? Saya di XXX

• Bank in detail?

Kunci pada prospek sebegini adalah – jangan nak sell

produk atau nak explain apa-apa lagi.

Sebaliknya, bantu prospek ini supaya boleh membayar dan


mendapatkan produk anda dengan sepantas mungkin.

Iyakan sahaja masalah mereka dan tunjukkan yang produk

anda membantu (tapi kalau tak boleh tolong jangan pula

cakap boleh!)
TEKNIK MENGAYAT CUSTOMER

Jika kita kaji setiap proses sales di WhatsApp, kita boleh

pecahkan dia kepada beberapa langkah:

1. Rapport (bina hubungan)

2. Explain (terangkan produk anda pada prospek)

3. Success Stories (kongsikan testimoni)

4. Pitch (tunjukkan tawaran anda)

5. Upselling (Jual extra)

6. Transaction (Transaksi berlaku)

Tugas kita sebagai seller adalah untuk ‘mengayat’ prospek

supaya melepasi setiap langkah-langkah ini dengan kita.

Contoh yang sesuai adalah bagaimana seorang ibu


memegang tangan anak untuk melintas jalan. Itu yang kita

kena buat untuk convert seorang prospek menjadi sale.

Saya kongsikan tips bagaimana untuk memudahkan dan

melancarkan proses di atas ini.

Step 1: Rapport

Proses membina rapport akan berbeza mengikut jantina,

gaya bahasa, jenis produk, lokasi dan banyak lagi. Tetapi

secara asasnya fokus pada points di atas.

• Jantina. Jika prospek adalah wanita, gunakan Bahasa

‘wanita’. Bahasa yang digunakan biar ‘manja’ sikit, dekat

sikit ke hati (panggil sis, nama dia), beremosi, dan

gunakan smileys jika perlu. Jika lelaki, straight to the


point, lebih impersonal (panggil ‘bro’ dan bukan nama)

dan lebih berunsur ‘lepak’.

• Gaya bahasa/harga Produk. Biasanya, jika harga

produk yang kita jual adalah premium (alat senaman

mahal contohnya), prospek pun selalunya akan dari

mereka yang lebih berada. Jadi bahasa pun perlu

reflect situatasi sebegini. Lebihkan panggilan Tuan,

Puan, bahasa perlu lebih formal dan lebih kepada

patronizing.

• Lokasi. Dari pengalaman saya, sesetengah prospek

lebih berkemungkinan membeli dari anda jika anda

mempunyai pengetahuan lokasi mereka, atau berasal

dari lokasi yang sama. Ini lebih kepada ‘keselesaan’

dengan orang sendiri. Jika anda mahir bertutur loghat


tempatan prospek, gunakanlah kemahiran itu, boleh

close sale tu!

Step 2: Ask

Gunakan peluang ini untuk memahami prospek. Tanya

masalah mereka, dan tengok jika anda produk yang anda

jual boleh membantu mereka atau tidak.

Step 3: Explain

Cuba untuk terangkan produk anda kepada prospek dengan

semudah mungkin, berdasarkan pada masalah mereka.

Kurangkan penerangan panjang. Jika boleh tuliskan

sependek mungkin. Ambil Inspirasi dari bagaimana Apple

membuat penerangan untuk iPhone – iPod+Phone+Internet.


Step 4: Testimoni

Sharekan juga pada prospek testimoni mereka yang dah

improve dari menggunakan produk anda.

Sebaiknya, cari testimoni yang dekat dengan masalah

prospek anda. Contohnya, Jika prospek susah nak jana sales

dari WhatsApp, anda pun share bagaimana coaching anda

dapat membantu menyelesaikan masalah itu.

Testimoni juga mempunyai beberapa level, dan makin tinggi

level anda, makin boleh dipercayai dan makin berkesan

testimoni anda. Jika boleh cuba usahakan supaya anda

boleh mengumpul seberapa banyak testimoni level tinggi.

Mesej bertaip dalam WhatsApp


Screenshot chat dengan customer di WhatsApp,

FB atau SMS, dengan gambar dan nama prospek (boleh

kaburkan untuk jaga privasi mereka)

Rakaman suara perbualan telefon/interview

dengan customer.

Video testimoni prospek dengan muka penuh

mereka.

Step 5: Pitch

Sekarang tunjukkan harga pada prospek anda. Tips saya

adalah kekalkan bentuk penceritaan, supaya lebih

‘bersahaja’ dan tidak terlalu serius.


Apabila memberikan harga pada prospek, pastikan anda

‘yakin’ dengan tawaran anda. Selepas memberikan harga,

anda boleh nyatakan yang bagaimana harga anda ini

sebenarnya adalah tawaran yang sangat bagus. Contohnya:

sis, maybe RM80 ni nampak macam mahal, tapi sis fikir kan,
botol cream ni dalam 400ml, boleh guna 100 kali tu. Kalau
yang XXX yang sis guna sekarang tu, RM65 je kan? Tapi baru
300ml. guna pun tak sampai 60 kali.

bro, harga spare jack ni mahal sikit dari yang bro nampak
dekat giant semua tu. Tapi…
- Jack kiteorang kecil, tak makan ruang but kereta
macam jack besar tu
- Jack kiteorang made in Korea, bukan made in China.
- Jack kiteorang ada warranty 1 tahun, yang jack dorang
ni wallahualam.
Step 6: Upsell

Prospek dah setuju nak beli? Inilah masanya anda

masukkan offer ‘pemanis’. Upsell mereka dengan produk

lain, atau tawaran seperti:

• Beli 2 diskaun 20%

• Beli 2 postage free

• Beli 3 dapat hadiah misteri

• Dan lain-lain!

Step 7: Transaksi & Close Sale!

Di sini anda berikan bank in details dan meminta alamat

prospek. Seperti biasa, kekalkan bahasa bersahaja dan

dalam bentuk bercerita.


JAGA PROFIT MARGIN

Kalau prospek minta diskaun, biasalah tu, memang adat

berniaga.

Tapi kita nak jaga profit margin juga kan? Kalau tak bagi

diskaun, prospek lari pula.

Penyelesaiannya adalah, tentukan dahulu harga jualan,

quote pada prospek 120% dari harga jualan.

Ketika berunding harga, potong harga 20% tersebut.

Sebagai contoh, jika anda ingin menjual kerusi baby anda

pada harga RM300, maka ketika sebut harga dengan

prospek, sebutkan harga RM360.


Jika customer cuba potong harga, anda terima sahaja dan

offer pada harga RM300.

Customer dapat diskaun, dan anda pula jaga profit margin.

Customer tidak akan tahu yang harga sebenar jualan adalah

RM300, di mata mereka, dah dapat diskaun, penjimatan

murah lagi tu!

Kan senang begitu?


TEKNIK FOLLOW UP UNTUK
CONVERT SALES

Sellers mempunyai pelbagai teknik untuk follow up, dan

semuanya berkesan. Saya kongsikan di sini cara saya

membuat follow up, sebagai rujukan anda.

Saya suka menghantar 5 mesej pada prospek. Mesej-mesej

ini akan dihantar dar hari 1-5 selepas mereka WhatsApp

saya tapi tidak beli.

5 hari ini saya masukkan informasi, soalan dan juga offer

supaya mereka rasa yang kita ini memang berpengetahuan,

mengambil berat terhadap mereka dan mengajak mereka

supaya tergerak nak beli dari kita.


Kunci kepada mesej-mesej follow up ini adalah saya

bermula dengan soft approach, dan semakin lama prospek

tidak membeli, semakin ‘keras dan powerful’ mesej saya. Ini

kerana semakin lama prospek tidak membeli, semakin

‘sejuk’ mereka ini, dan kita perlu berusaha lebih untuk Tarik

perhatian mereka.

Biasanya mesej-mesej saya berbentuk sebegini:

Hari 1

Saya cuba fahami masalah prospek dengan lebih

mendalam, dengan bertanya soalan open ended.

Contoh: “Salam bro. Semalam bro ada contact


saya nak dapatkan armband jogging.
Boleh saya tanya bro punya phone jenis apa ye?”
Hari 2

Saya kongsi tips berkaitan topik dari produk saya.


Hari 3

Saya kongsikan testimoni dengan prospek.

Hari 4

Tips berbentuk ‘Amaran’ untuk lebih menarik perhatian.

Contoh: “Postur jogging anda betul?


Kalau salah boleh sampai sakit
pinggang, lutut ni!”
Hari 5

Saya hantar offer message pada mereka. Biasanya akan

mempunyai sedikit ‘tekanan’ supaya mereka beli.

Contoh:

“salam bro. My boss ada special deal,


katanya nak buat offer FREE POSTAGE,
tapi offer ni 24 jam je. Boleh jimat RM10
ni bro…”
KAEDAH SAYA MENGGUNAKAN
WHATSAPP SECARA TERSUSUN,
ORGANIZED & TAK TERLEPAS
PROSPEK!

Pada bahagian ni, saya akan share bagaimana saya

memastikan WhatsApp business says diuruskan dengan

kemas, teratur dan mudah digunakan ketika process follow

up dan sebagainya.

Nama Prospek

Saya menggunakan sistem kod berikut ketika mengemaskini

status prospek:
(Produk)(Status Pembelian)(Nombor prospek bulan ini)(bulan apa)

(nama)

IG = Produk eBook Instagram Kaboom

b = belum beli, perlu follow up.

Kalau sudah beli boleh tukarkan menjadi B huruf besar,

dan fokuskan pada upselling.

Kalau ada yang cakap besok lusa nak bank in, atau bila

gaji nak beli, boleh letak huruf R besar (reserved).

21 = Fara adalah prospek ke 21 untuk bulan ini.


6 = bulan Jun

Fara = Nama prospek

R = Produk eBook Rahsia Taobao

b = belum beli, perlu follow up.

Kalau sudah beli boleh tukarkan menjadi B huruf besar,

dan fokuskan pada upselling.

Kalau ada yang cakap besok lusa nak bank in, atau bila

gaji nak beli, boleh letak huruf R besar (reserved).

82 = Aiza adalah prospek ke 82 untuk bulan ini.

6 = bulan Jun

Aiza = Nama prospek


Anda mungkin bertanya buat apa susun nama-nama

prospek sampai begini detail? Mungkin nada merasakan

yang Nigel ni mengada-ngada, prospek tu tak perlulah

susun sampai begini…

Jadi sekarang saya share kegunaan keyword-keyword ni.

Broadcast

Di sinilah bergunanya keyword-keyword ketika kita save

nama prospek, ketika membuat broadcast.


Broadcast bermakna kita menghantar mesej kepada

sehingga 100 orang dalam satu masa. Kita type message tu,

lepas tu broadcastkan pada 100 orang terus.

Tak perlu hantar message satu-satu orang dah. Macam

mana tu?

1. Di WhatsApp, cari butang ‘Broadcast List’. Kemudian

pilih orang yang anda nak hantar message.


2. Di sinilah bergunanya keyword-keyword untuk prospek

tadi. Jika anda ingin menghantar message follow up

kepada prospek yang belum membeli salah satu

produk anda, anda hanya masukkan nama produk

tersebut.

Contohnya di sini, jika saya nak hantar message

promosi untuk produk eBook Instagram Kaboom, saya

hanya masukkan IG di broadcast list dan prospek-

prospek yang berkaitan sahaja akan keluar!

Senang kan nak memilih?


Sudah siap pilih, hantar message, kerja siap! Tak perlu

susah-susah nak scroll Whatsapp feed tu dari awal sampai

akhir hantar message satu-satu.

Jika anda ingin menyusun prospek dengan lebih kemas lagi,

anda boleh masuk sekali tarikh mereka mula WhatsApp

dengan anda. Jadi ketika menghantar message follow up,

anda hanya perlu masukkan tarikh yang sesuai, dan hantar

mesej mengikut urutan!

Bak kata orang putih, work smart, not hard.


INI... SIFU SAYA

Jika anda masih membaca ebook saya ni, tahniah saya

ucapkan, anda memang serius nak belajar teknik close sale

dengan baik.

Anda menjual produk di Facebook, IG, WeChat, Online?

Anda Close Sale menggunakan WhatsApp?

Tahniah, anda di tempat yang betul.

Terus terang saya katakan, ilmu yang saya kongsikan di atas

tadi, semua itu berpunca dari pengalaman saya menjual

secara online…
Dan juga dari seorang sifu.

Beliaulah yang menjadi rujukan saya ketika mula menjual

secara online, dan hasil bantuan beliau, saya berjaya

menjana jualan 6 Angka dengan bisnes borong China.

Namanya Tuan Amir Faisal, penulis buku ‘Teknik Pukau

Pelanggan’, ‘Skrip Pemasaran Ajaib’ dan ‘Close Sale

Whatsapp’.

Beliau juga banyak dijemput memberi ceramah di

workshop-workshop sekitar Malaysia.


Kita tengok apa kata student-student beliau (kira classmates

saya):
Anda boleh belajar jauh lebih banyak informasi dan teknik

close sale Whatsapp dari beliau, kerana beliau

sememangnya jauh lebih expert dari saya.

Tengok saja apa kata pembaca beliau!


Anda bersedia untuk belajar dari seorang sifu?

Boleh tengok sini ye

---> Teknik Close Sale WhatsApp 6 Angka