Anda di halaman 1dari 129

WWW

CARA MEMILIH WAKTU


TERBAIK MEMBELI DAN
MENJUAL SAHAM

DI BURSA MALAYSIA

www.ilmubiz.com Page 1
WWW

Penafian
Ebook ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum kepada pembaca. Anda mungkin perlu
merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda..
Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam naskah ini adalah tepat dan lengkap.
Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawap atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti,
sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan naskah ini, secara langsung
atau tidak langsung. Strategi yang disebut di dalam naskah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin
dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

www.ilmubiz.com Page 2
WWW

Bab 1
Pendahuluan

Bagi yang telah bergelumang lama dalam pasaran saham, adalah mustahil untuk tidak nampak
apa yang selalunya terlepas pandang oleh orang-orang kebanyakkan. Jika orang yang telah lama
berurusniaga dalam bidang saham ini tidak nampak rahsia yang terkandung dalam pasaran saham,
barangkali ego mereka terlalu besar dan rasa tidak perlu lagi mengembangkan ilmu sedia ada.
Kebanyakkan daripada mereka hanya cukup dengan secebis keuntungan yang diperolehi tetapi
kemudian dijaja kejayaannya sebegitu luas kepada orang ramai. Padahal keuntungannya hanyalah
keuntungan yang berdasarkan semata-mata nasib. Orang yang untung besar dalam pasaran saham
selalunya akan duduk diam tentang keuntungan yang diperolehinya dan selalunya akan bersikap
merendah diri.

Tujuan ebook ini hanya untuk menyajikan dengan secara keseluruhannya strategi /teknik
pelaburan yang saya gunakan. Walaupun boleh saja strategi/teknik ini didedahkan dalam mana-mana
forum, blog, atau website, tetapi medium terbabit kurang dari segi organisasi dan keberkesanannya.
Contohnya, dalam forum, susah untuk menentukan/mengambil mana-mana point penting apabila
perbincangan menjadi sangat rancak. Lebih baik menggunakan medium ebook sebagai medium yang
terbaik untuk menyebarkan maklumat berkenaan. Tidak serabut dengan komen-komen yang banyak
apabila berada dalam forum.

Komen yang akan dikemukakan dalam mana-mana medium hendaklah dilakukan dengan
mengambil kira keseluruhan isi yang terkandung dalam ebook ini. Jika tidak bersetuju dengan

strategi/teknik ini, itu tidak mengapa. Sebab tidak semua orang akan sekocok dengan satu-satu
strategi dan kepercayaan seseorang itu kepada sesuatu formula lain turut juga mempengaruhi komen
terbabit. Dalam pasaran saham, ada beratus-ratus strategi/teknik yang dikemukakan bagi
mentafsirkan arah pergerakkan pasaran saham dan cuba mengaut keuntungan daripadanya. Setiap
satunya bergantung kepada kesesuaian pengguna strategi/teknik dari segi pemahaman, ilmu yang
sediaada , dan bermacam-macam lagi. Tiada seorang manusia yang mempunyai ilmu yang sempurna.
Hanya Allah sahaja yang memiliki segala-galanya.

www.ilmubiz.com Page 3
WWW

Yang penting sekali dalam melabur adalah pengetahuan, kawalan emosi dan displin. Dari segi
kewangannya, pada pendapat saya, minimum wang yang diperlukan adalah dalam lingkungan
RM5,000 dan yang terpenting sekali adalah untuk pastikan yang wang tersebut merupakan wang
lebihan daripada pendapatan utama anda. Sebab jika berlaku perkara terburuk, iaitu kesemua wang
itu hangus dalam pasaran saham, anda masih lagi boleh tidur nyenyak. Kurang daripada RM5,000
pun tidak mengapa tetapi seboleh-bolehnya jangan kurang daripada RM1,000. Sebab daripada jumlah
berkenaan, setiap transaksi jual/beli saham, anda perlu ditolak kos broker, duty setem, dll yang secara
kasarnya dalam lingkungan 1% hingga 5% daripada wang untuk melabur, bergantung kepada jenis
broker yang anda ambil. Tetapi secara mudahnya, jika anda ada hanya dalam lingkungan kurang
daripada RM10,000, lebih baik gunakan broker murah. Dan sebaik-baiknya gunakan transaksi online
yang disediakan oleh hampir setiap syarikat broker saham.

Akhir sekali, anda boleh pergi terus kepada bab-bab yang menarik perhatian anda. Tetapi
setiap satu bab berkait rapat antara satu sama lain. Setiap teknik yang dinyatakan adalah
kesinambungan kepada teknik sebelum itu. Terpulang kepada anda. Yang penting adalah, setiap
strategi atau teknik perlu sentiasa diuji terlebih dahulu samaada dengan data-data terdahulu
(historical data) atau dengan sedikit wang yang telah diasingkan bagi tujuan testing dengan
menjalankan urusniaga sebenar dalam pasaran saham. Ini supaya dapat meningkatkan lagi keyakinan
anda untuk menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan di sini.

www.ilmubiz.com Page 4
WWW

Bab 2
Langkah 1 - Bagaimana Mengenalpasti Arah Tuju Pasaran
Saham

Sepanjang pergerakan turun naik keseluruhan indeks pasaran, setiap 3 daripada 4 saham
individu akan turut sama bergerak seiringan dengan indeks pasaran. Oleh itu, pengetahuan dan
pemahaman yang tepat tentang arah indeks pasaran saham, samaada turun (downtrend) atau naik
(uptrend) amat penting sebelum sesuatu urusniaga jual/beli saham dimulakan. Adalah menjadi suatu
yang betul-betul sukar apabila kita cuba menentang arus dengan membeli saham semasa indeks
pasaran saham menunjukkan keadaan pasaran yang lemah atau berada pada masa kejatuhan.
Uptrend dalam sesuatu pasaran selalunya akan bermula apabila keadaan perniagaan syarikat
sedang atau masih berada dalam keadaan menurun (downtrend) iaitu apabila majoriti syarikat akan
melaporkan kerugian-kerugian yang dialaminya dalam suku terkini. Ini tidak bermakna sebaik sahaja
keadaan pasaran pulih, situasi kewangan syarikat-syarikat akan juga bertambah baik. Akan masih ada
syarikat yang melaporkan kerugian kewangan walaupun pasaran saham telah lebih 3 bulan berada
dalam keadaan uptrend. Ini disebabkan oleh satu keadaan di mana, pasaran saham secara keseluruhan
telah dapat mengagak dan telah mengambil kira semua keadaan ekonomi, politik dan keadaan semasa
dunia beberapa bulan ke hadapan dan ini ditunjukkan dengan kenaikkan indeks pasaran saham
walaupun keadaan ekonomi negara atau persepsi majoriti pada pasaran saham masih pada aras
terendah. Dalam kata lain, pasaran saham merupakan indikator terkehadapan (leading indicator)
berbanding analisis fundamental bacaan statistik ekonomi negara seperti KDNK, dll. Pasaran saham

www.ilmubiz.com Page 5
WWW

boleh dikatakan sebagai satu benda hidup yang boleh mengagak kesan sesuatu keadaan dan
menterjemahkannya ke dalam pergerakan harian price dan volume. Ia merupakan tempat
berkumpulnya beribu-ribu pelabur yang membuat berbagai-bagai keputusan tetapi keputusan terakhir
akan diperlihatkan pada harga penutup saham atau index pasaran, samaada turun atau naik
berbanding hari-hari sebelumnya.

Downtrend dalam sesuatu pasaran pula akan bermula apabila keadaan perniagaan syarikat-
syarikat yang sahamnya diniagakan dalam pasaran saham, dalam keadaan terbaik di mana syarikat-
syarikat akan melaporkan keuntungan-keuntungan yang telah diperoleh pada suku terkini dan persepsi
majoriti pelabur berada pada tahap terbaik berkenaan pasaran saham. Ekonomi negara juga pada
ketika itu berada pada tahap memberangsangkan. Namun, jika majoriti pelabur yang berada dalam
keadaan ini (menjangkakan keadaan baik akan kekal berterusan), selalunya kita sudah hampir ke
kemuncak kenaikkan pasaran saham. Jika hampir kesemua pelabur sudah membeli, maka tiada kuasa
belian baru yang boleh memacu pasaran naik lebih tinggi. Jika pembeli sudah tiada, maka pemegang
saham yang sedia ada kemudianya akan menjadi penjual sebaik sahaja ura-ura berita buruk sampai ke
telinga mereka. Jadi dengan hanya bergantung kepada analisis fundamental sahaja tidak mencukupi
untuk keluar masuk pasaran saham. Tetapi masih terdapat kebanyakkan pelabur bergantung kepada
hanya analisis fundamental untuk tujuan tersebut.

Kaedah terbaik mengenalpasti arah pergerakan saham-saham adalah dengan melihat,


memahami dan menafsirkan dengan teliti carta harian indeks-indeks pasaran saham dari segi
perubahaan harian price dan volume. Kebanyakkan orang akan menyatakan adalah mustahil untuk
mengagak arah pergerakkan pasaran saham turun atau naik. Tanggapan ini hasil daripada gagalnya
percubaan para fund manager institusi kewangan untuk mengagak dan mengikuti dengan tepat arah
pergerakkan pasaran saham. Disebabkan saiz fund yang mereka uruskan terlalu besar, menyebabkan
tindakan keluar masuk pasaran tidak dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat, padahal keadaan
pasaran saham boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Faktor kekangan yang diberikan kepada
fund manager oleh pihak atasan institusi kewangan turut menyumbang kepada ketidakupayaan
mereka untuk keluar masuk pasaran secara pantas. Kebanyakkan institusi kewangan akan

www.ilmubiz.com Page 6
WWW

mensyaratkan kepada fund manager untuk sentiasa dalam keadaan fully invested 95% ke 100%
daripada saiz fund yang mereka uruskan. Ini bermakna, fund manager tiada kebebasan untuk keluar
masuk pasaran saham seperimana yang biasa dilakukan oleh pelabur individu. Kita sebagai pelabur
individu tiada masalah berkaitan saiz fund. Kita boleh masuk dan keluar daripada pasaran dalam
sekelip mata dan boleh bergantung sepenuhnya kepada arah pergerakan semasa pasaran dalam setiap
keputusan yang diambil dan ini memberikan kelebihan yang besar kepada pelabur individu.

Perlu dinyatakan di sini bahawa, untuk pasaran Bursa Malaysia, terdapat bermacam-macam
indeks pasaran yang dicipta bertujuan untuk mengukur prestasi kumpulan saham yang sama dan tiap-
tiap satu indeks berbeza-beza dari segi komposisi saham yang terkandung dalam indeks tersebut.
Namun kadang kala, ada juga indeks yang merupakan sub set kepada indeks yang lebih besar seperti
contoh indeks FBMT100 turut mengandungi saham-saham dalam indeks FBMKLCI dan FBM70. Sila
rujuk link ini untuk penerangan terperinci dan senarai indeks FTSE Bursa Malaysia yang terkini: FTSE
Bursa Malaysia Indices.

Bagi pasaran saham Malaysia, indeks-indeks yang boleh digunakan bagi mentafsirkan keadaan
semasa turun atau naik pasaran adalah:

 FBMKLCI - Sebelum ini dikenali sebagai indeks KLCI sebelum diganti dengan FBMKLCI bermula
9 July 2009. Terdiri daripada 30 syarikat terbesar dalam Bursa Malaysia papan utama (Main
Board) berdasarkan market capitalisation.
 FBMT100 – Terdiri daripada 100 syarikat terbesar dalam Bursa Malaysia. Terdiri daripada
komponent dlam FBMKLCI dan FBM70.
 FBMEMAS – Terdiri daripada komponent syarikat yang termasuk dalam senarai FBMT100 dan
FBMSCAP (FBM Small Cap Index)
 FBMSHA – Terdiri daripada komponent indeks FBMEMAS yang mematuhi syarat-syarat patuh
syariah menurut kriteria yang ditetapkan Suruhanjaya Sekuriti

Bagi tujuan analisa arah pasaran saham, kita perlu kepada indeks pasaran yang secara am dan

www.ilmubiz.com Page 7
WWW

menyeluruh dapat mengambarkan keadaan arah pasaran samaada turun atau naik. Seperti yang kita
ketahui, majoriti saham dalam pasaran akan ikut arah indeks pasaran. Jika indeks pasaran naik, maka
majoriti saham akan turut naik dan sebaliknya juga berlaku. Jadi kita perlukan indeks pasaran yang
boleh memberikan kita gambaran secara am arah pasaran. Pada saya, indeks FBMKLCI dan FBMEMAS
merupakan dua indeks terbaik untuk kita rujuk dan gunakan sebagai kayu pengukur arah pasaran.
Namun saya lebih cenderung kepada FBMKLCI disebabkan hampir kebanyakkan pelabur luar atau
dalam merujuk indeks FBMKLCI sebagai rujukan utama mereka keadaan pasaran Bursa Malaysia dalam
satu-satu masa

Terdapat 3 jenis corak carta yang biasa digunakan untuk menganalisa indeks atau saham iaitu
carta bar (bar chart. HLC atau OHLC), carta lilin (candelstick chart) dan carta garis (line chart). Dalam
ebook ini saya menggunakan carta bar dan carta lilin (lebih biasa). Carta garis tidak sesuai digunakan
dengan kaedah ebook ini.

www.ilmubiz.com Page 8
WWW

Bagaimana Hendak Mengenalpasti Kemuncak Indeks Pasaran Saham (Stock Market Top)?

Jika kita mengikuti dengan teliti pergerakkan 4 indeks pasaran yang dinyatakan di atas, kita
boleh menentukan/mengenalpasti kemuncak pasaran saham (stock market top) semasa pasaran
masih dalam keadaan menaik (uptrend). Dalam satu hari, sepanjang tempoh kenaikkan pasaran,
indeks pasaran saham akan menunjukkan distribution day, di mana pada hari tersebut pasaran sedang
berada dalam keadaan jualan mengatasi belian dan indeks pasaran ditutup rendah dalam volume yang
lebih tinggi berbanding hari sebelumnya. Tetapi satu distribution day sahaja tidak mencukupi untuk
memaksa pasaran menukar arah daripada uptrend ke downtrend.Jika beberapa distribution day
tercipta dalam tempoh satu atau dua minggu, tekanan jualan dalam pasaaran menjadi semakin
meningkat disebabkan tumpuan tekanan jualan berlaku dalam tempoh yang singkat, satu atau 2
minggu sahaja dan menyebabkan pasaran menjadi lemah.

Indeks pasaran tidak semestinya ditutup rendah dengan peningkatan volume untuk dikenali
sebagai distribution day, tetapi distribution day juga boleh berlaku apabila indeks hanya mampu
ditutup tinggi sedikit dan hampir kepada aras terendah untuk hari itu berbanding hari sebelumnya
walaupun pada awal urusniaga pasaran pada hari tersebut, indeks berada pada paras
memberangsangkan dengan keuntungan melebihi 1%. Bagi kes yang kedua ini, ia dikenali sebagai
stalling action.

Dalam kedua-dua kes yang dinyatakan sebelum ini (lower close atau stalling action), volume
pada hari tersebut perlu lebih tinggi berbanding hari sebelumnya.

Kadangkala, pasaran akan jatuh dengan begitu teruk daripada biasa hanya dalam satu hari.
Kejatuhan teruk pada hari tersebut sudah boleh menjadi satu trigger atau petanda yang pasaran telah
berada pada kemuncaknya. Contohnya, jika kebiasaannya pasaran hanya akan jatuh dalam lingkungan
tidak lebih daripada 1% dalam satu hari, tetapi pasaran kemudiannya jatuh lebih 3% dalam satu hari.
Kebiasaaanya, bila pasaran jatuh dalam peratusan yang begitu besar, volume pada hari tersebut
selalunya akan naik berkali ganda daripada biasa. Keadaan yang tidak normal itu sudah cukup untuk

10

www.ilmubiz.com Page 9
WWW

kita keluar daripada pasaran. Tidak perlu untuk mencari sebab musabab kenapa berlakunya keadaan
yang sedemikian (jatuh -3% besarta meningkatnya volume berbanding hari sebelumnya). Yang penting
apabila sesuatu yang tidak normal berlaku dalam pasaran saham, maknanya hanya akan terserlah atau
diketahui hanya 2 atau 3 bulan akan datang.

Berdasarkan penerangan di atas, element yang terpenting dalam mengenalpasti distribution


day adalah peningkatan volume berbanding volume hari sebelumnya. Peningkatan volume berbanding
hari sebelumnya bermakna terdapat peningkatan bilangan dan aktiviti penjualan saham-saham oleh
institusi-institusi kewangan besar (seperti amanah saham (unit trust), bank, syarikat insuran, dll).
Disebabkan saiz dana yang mereka uruskan, mereka memerlukan beberapa hari untuk menyelesaikan
jualan/belian saham dan mereka tidak akan menjual/membeli sekaligus dalam satu hari disebabkan
mereka perlu menjaga harga jualan supaya tidak jatuh/naik jauh daripada purata harga jualan yang
mereka telah tentukan.

Jualan/belian berperingkat yang dilakukan oleh fund manager juga disebabkan mereka tidak
mahu menimbulkan berlebihan perhatian dalam satu-satu saham yang mereka sedang jual/beli. Jika
pelabur biasa mengetahui mana-mana satu saham sedang dijual/dibeli, akan timbul samaada suasana
oversupply (apabila ramai menjual) dan harga saham akan jatuh mendadak atau overdemand (ramai
ingin membeli) dan harga saham naik mendadak

Beberapa kriteria yang perlu diambilkira untuk mengenalpasti dengan tepat kehadiran distribution day
dalam salah satu indeks pasaran saham adalah:

a) Indeks yang ditutup pada hari tersebut memenuhi mana-mana syarat-syarat di bawah:
i. Indeks pasaran ditutup rendah (lower close) dan peratusan kejatuhan mesti sama atau
lebih besar daripada -0.15%. Contoh: indeks yang jatuh -0.11% (kurang daripada -0.15%)
tidak akan diambil kira sebagai distribution day, atau
ii. Indeks hanya mengalami sedikit kenaikkan walaupun telah naik tinggi pada awal
urusniaga (stalling action) dan ditutup begitu hampir kepada aras terendah yang

11

www.ilmubiz.com Page 10
WWW

dicatatkan pada hari itu, atau


iii. Indeks ditutup pada bahagian separuh bawah (lower half) jarak highlow hari tersebut.
Contohnya, jika high pada hari tersebut dicatatkan pada 1600 dan low pula pada 1590,
bacaan titik tengah untuk hari itu adalah 1595 (1590 + [1600 - 1590] / 2). Jika indeks
pasaran ditutup pada 1593 bermakna penutupan di bawah aras separuh bawah (lower
half).
b) Indeks jatuh dalam peratusan yang besar dalam hanya satu hari. Contoh, indeks jatuh -3%
hanya dalam satu hari.
c) Volume pasaran pada hari berlakunya item #a & item #b perlu meningkat dan lebih itinggi
berbanding hari sebelumnya.
d) Jarak antara indeks high dan low pada hari tersebut kebiasaannya lebih besar berbanding biasa

Beberapa distribution day perlu terjadi dalam tempoh yang singkat (1 atau 2 minggu) dalam
salah satu indeks sebelum keseluruhan pasaran terjerumus ke dalam downtrend.

Biasanya, apabila 4 distribution day terjadi dalam tempoh 2 minggu, pasaran akan mengalami
reversal daripada uptrend ke downtrend.

Kadangkala, apabila 3 distribution day yang terjadi dalam tempoh 1 minggu, juga sudah
mencukupi sebagai petanda awal pertukaran arah pasaran saham.

Tetapi jika hanya 2 distribution day berlaku dalam 1 minggu, itu masih belum cukup untuk
menandakan pertukaran status indeks pasaran daripada uptrend ke downtrend. Selalunya, jika
keadaan ini berlaku, kita perlu tunggu untuk berlakunya sekurang-kurangnya 2 disribution day pada
minggu yang seterusnya. Untuk menjadikan 4 distribution day berlaku dalam 2 minggu.

12

www.ilmubiz.com Page 11
WWW

Contoh Analisa Carta Indeks Pasaran:


Mengenalpasti Distribution Day

13

www.ilmubiz.com Page 12
WWW

FBMKLCI Market Top Feb 1999

14

www.ilmubiz.com Page 13
WWW

FBMEMAS Market Top Mac 2007

15

www.ilmubiz.com Page 14
WWW

FBMKLCI Market Top Jul 2007

16

www.ilmubiz.com Page 15
WWW

FBMKLCI Market Top Feb 2008

17

www.ilmubiz.com Page 16
WWW

FBMEMAS Market Top Mei 2008

18

www.ilmubiz.com Page 17
WWW

FBMKLCI Market Top Aug 2008

19

www.ilmubiz.com Page 18
WWW

FBMEMAS Market Top Jan 2010

20

www.ilmubiz.com Page 19
WWW

FBMEMAS Market Top Mei 2010

21

www.ilmubiz.com Page 20
WWW

FBMKLCI Market Top Jan 2011

22

www.ilmubiz.com Page 21
WWW

FBMEMAS Market Top Jul 2011

23

www.ilmubiz.com Page 22
WWW

FBMKLCI Market Top Jul 2011

24

www.ilmubiz.com Page 23
WWW

FBMKLCI Market Top Nov 2011

25

www.ilmubiz.com Page 24
WWW

FBMKLCI Market Top Sept 2012

26

www.ilmubiz.com Page 25
WWW

FBMKLCI Market Top Nov 2012

27

www.ilmubiz.com Page 26
WWW

FBMKLCI Market Top Jan 2013

28

www.ilmubiz.com Page 27
WWW

FBMKLCI Market Top Jul 2013

29

www.ilmubiz.com Page 28
WWW

FBMKLCI Market Top Jan 2014

30

www.ilmubiz.com Page 29
WWW

FBMEMAS Market Top Aug 2014

31

www.ilmubiz.com Page 30
WWW

FBMKLCI Market Top Nov 2014

32

www.ilmubiz.com Page 31
WWW

FBMKLCI Market Top Mac 2015

33

www.ilmubiz.com Page 32
WWW

FBMKLCI Market Top Apr 2015

34

www.ilmubiz.com Page 33
WWW

FBMKLCI Market Top Oct 2015

35

www.ilmubiz.com Page 34
WWW

Tambahan Kepada Petanda Bagi Menentukan Market Top

Petanda tambahan kepada isyarat awal yang pasaran berada dalam peringkat akhir UPTREND
di samping petanda distribution day adalah DOWNTREND yang sedang berlaku pada saham-saham
terbaik yang sebelum ini telah mengalami kenaikan besar. Saham-saham tersebut telah menghasilkan
sell signal lebih awal daripada pasaran dan ditambah pula dengan kelemahan pasaran yang baru
bermula, menambahkan pula tekanan jualan pada saham-saham itu. Tiada arah lain yang saham-
saham itu boleh pergi kecuali jatuh ke bawah.

Pada peringkat ini, kebanyakkan penganalisis akan menyarankan kepada pelabur untuk
membeli saham-saham tersebut yang sedang jatuh daripada paras tertinggi. Anggapan mereka saham-
saham tersebut telah nampak murah jika dibandingkan dengan harga tertinggi yang saham-saham itu
telah capai sebelum ini. Mereka beranggapan yang saham-saham itu akan berupaya untuk melonjak
kembali ke aras tertinggi yang pernah dicapai sebelum ini.

Logik mudah yang mereka gunakan, apabila saham-saham terbaik tersebut telah naik 50%,
100% atau 200% dan kemudian mengalami penurunan dramatik, saham terbabit mungkin dapat
mengulangi prestasi terbaiknya sebelum ini dalam masa yang singkat. Padahal apa yang disarankan
oleh mereka tidak lain hanyalah angan-angan kosong semata-mata.

Saham-saham yang sebelum ini telah mengalami kenaikkan berganda-ganda dan kemudiannya
turun ke paras terendah adalah disebabkan pelabur-pelabur besar (institusi-institusi kewangan) dan
majoriti pelabur sudah tidak berminat lagi dengan saham ini.

Apabila tiada sokongan daripada pelabur-pelabur besar dan majoriti dalam sesuatu saham,
mana mungkin saham-saham terbabit dapat naik dengan lebih tinggi. Apabila sudah hampir tiada
pelabur-pelabur untuk menyokong saham terbabit (dengan membelinya), tetapi sebaliknya mereka
menjual saham-saham tersebut, maka tiada jalan lain melainkan harga saham akan turun mendadak.

36

www.ilmubiz.com Page 35
WWW

Apabila kebanyakkan pelabur-pelabur besar sedang atau telah keluar daripada pasaran, maka
apa peluang kita sebagai pelabur kecil untuk mendapat keuntungan daripada pasaran saham. Tidak
dinafi, akan ada saham-saham tersebut yang akan naik kembali hampir ke paras tertingginya, tetapi ia
hanya berlaku apabila timbul kembali minat daripada pelabur-pelabur besar yang kita boleh kenalpasti
melalui meningkatnya volume saham itu dalam tempoh masa tertentu.

37

www.ilmubiz.com Page 36
WWW

Contoh carta : Downtrend mula dialami saham-saham terbaik sebelum kejatuhan pasaran

38

www.ilmubiz.com Page 37
WWW

Bagaimana Hendak Mengenalpasti Dasar Indeks Pasaran Saham (Stock Market Bottom)?

Walaupun pasaran sedang berada dalam downtrend, adalah satu kesilapan yang besar apabila
kita tidak memantau pasaran saham dari masa ke semasa. Apabila pasaran saham telah berada dalam
downtrend dalam satu tempoh yang tertentu, pada bila-bila masa pasaran akan cuba melonjak semula
apabila timbul kembali minat pelabur-pelabur untuk membeli saham-saham secara keseluruhannya
disebabkan mereka telah menjangkakan yang saham-saham telah jatuh cukup jauh dan berpotensi
naik semula. Keadaan ini selalunya berlaku dalam masa atau keadaan majoriti pelabur dalam mood
yang terendah sekali dan kebanyakkan berita merupakan hanya berita buruk tentang keadaan pasaran
yang lemah dan tidak bermaya.

Adalah menjadi satu kelebihan pada kita, apabila kita dapat memasuki pasaran pada peringkat
awal uptrend berbanding pelabur-pelabur lain yang masih merasakan yang pasaran masih tidak
bermaya untuk naik semula. Jadi bagaimana untuk mengenali bila pasaran sedang dan telah berada
dalam peringkat awal uptrend? Sekali lagi, indeks pasaran saham adalah merupakan petunjuk paling
jelas dan dipercayai berbanding emosi dan pandangan majoriti pelabur.

Dalam sesuatu masa, dalam masa pasaran sedang berada dalam downtrend, indeks pasaran
akan cuba untuk melonjak atau rally. Percubaan rally boleh mula berlaku dalam mana-mana indeks
yang dipantau. Tetapi bagi saya, bagi pasaran Bursa Malaysia indeks FBMKLCI dan FBMEMAS
merupakan indeks yang paling sesuai untuk menentukan arah turun naik pasaran, seperti yang
diterangkan sebelum ini.

Rally bermula apabila indeks pasaran ditutup tinggi dalam salah satu hari semasa pasaran
masih dalam downtrend. Ini dikenali sebagai rally hari pertama bagi indeks terbabit. Selepas rally hari
pertama, indeks pasaraan akan kebiasaannya melonjak pada hari kedua dan ketiga. Tetapi percubaan
rally hari pertama, kedua atau ketiga, tidak cukup untuk mengesahkan yang downtrend telah berakhir.
Bermula pada percubaan rally hari ke empat, akan ada satu hari pada hari-hari ke empat dan yang
berikutnya, di mana indeks pasaran akan melonjak dan ditutup tinggi melebihi 0.60% dengan volume

39

www.ilmubiz.com Page 38
WWW

yang lebih tinggi berbanding hari sebelumnya. Ini dikenali sebagai Followthrough Day. Terlebih baik
jika volume pada hari tersebut (Followthough Day) melonjak melebihi garisan moving average volume
bagi 50 hari (50-day EMA volume).

Namun, ada juga keadaan di mana Followthrough Day terjadi dan volume naik kurang daripada
aras 50-day EMA volume. Kejadian Followthough Day yang paling berkesan untuk mengesahkan
bermulanya uptrend baru yang kekal adalah apabila Followthough Day terjadi di antara hari ke 4
hingga ke 10 dalam percubaan rally. Jika followthough day terjadi selepas hari ke 10, uptrend baru
tidak mempunyai cukup kekuatan untuk kekal. Kadang-kala, pasaran akan turun kembali hampir pada
aras support, iaitu paras terendah pada hari pertama rally. Asalkan paras support pada hari pertama
rally tidak dibolosi (aras support adalah aras pada low yang dicatatkan pada hari pertama rally),
percubaan rally masih tetap utuh. Jika aras terendah hari pertama rally dibolosi, walaupun indeks
tidak ditutup di bawah aras support, perhitungan hari percubaan rally bermula semula dengan hari
pertama.

Ringkasan kriteria untuk mengenalpasti Followthough Day dalam salah satu indeks pasaran
saham adalah seperti berikut:
a) Percubaan rally hari pertama bermula apabila indeks pasaran ditutup tinggi dalam salah satu
hari semasa indeks pasaran masih dalam downtrend
b) Pencarian Followthough Day bermula pada hari ke empat percubaan rally
c) Peningkatan sebanyakan >0.60% dalam mana-mana indeks pasaran saham
d) Peningkatan volume semasa terhasilnya hari Followthrough Day berbanding hari sebelumnya

Syarat-syarat item #c & #d SANGAT penting. Uptrend tidak akan berlaku jika syarat-syarat yang
ditetapkan item #c & #d tidak dipenuhi. Jika tidak dipenuhi, indeks pasaran masih lagi dalam
downtrend hinggalah Followthrough Day berlaku dan memenuhi syarat-syarat terpenting itu.

Cukup dengan hanya 1 indeks pasaran daripada 4 atau 5 indeks pasaran yang dipantau yang
menghasilkan Followthrough Day sebagai pengesahan pertukaran daripada downtrend ke

40

www.ilmubiz.com Page 39
WWW

uptrenduntuk keseluruhan pasaran Bursa Malaysia. Perlu diingat, walaupun salah satu daripada indeks
yang dipantau menghasilkan Followthough Day, tidak bermakna yang kita boleh mula membeli saham
secara terburu-buru. Isyarat yang diberikan oleh Followthough Day hanya bermakna sudah
bermulanya uptrend baru dan juga bermulanya pemantauan saham-saham individu yang berpotensi
mengikut kriteria yang akan dinyatakan dalam bab selepas ini.

Terdapat juga petanda lain yang boleh digunakan untuk mengenalpasti secara lebih awal
pertukaran trend indeks pasaran daripada DOWNTREND ke UPTREND. Petanda lain ini melibat
segelintir saham yang dikenali sebagai saham-saham terbaik. Saham-saham terbaik akan
menghasilkan Breakout terlebih dahulu daripada Base masing-masing dan terus naik tinggi walaupun
indeks pasaran masih lagi dalam status DOWNTREND dan belum ada tanda-tanda akan terhasilnya
Followthrough Day.

Namun petanda ini kurang disarankan penggunaannya disebabkan sukarnya menentukan


mana saham yang boleh dianggap terbaik kecuali apabila kita perasan dan sedar yang beberapa
saham sedang Breakout terlebih dahulu daripada indeks pasaran. Walaupun saham-saham ini
menghasilkan Breakout dan berupaya untuk naik tinggi, namun disebabkan keadaan keseluruhan
pasaran masih lagi dalam DOWNTREND, maka prestasi saham-saham terbaik itu masih boleh
dipengaruhi dengan pergerakan indeks pasaran. Jika tiba-tiba indeks pasaran jatuh teruk, maka
berkemungkinan besar saham-saham yang dianggap terbaik ini akan turut jatuh dan mungkin juga
saham-saham itu akan jatuh lebih teruk lagi berbanding kebiasaan.

41

www.ilmubiz.com Page 40
WWW

Contoh Analisa Carta Indeks Pasaran:


Mengenalpasti Followthrough Day

42

www.ilmubiz.com Page 41
WWW

FBMKLCI Market Bottom April 1999

43

www.ilmubiz.com Page 42
WWW

FBMKLCI Market Bottom Mac 2007

44

www.ilmubiz.com Page 43
WWW

FBMKLCI Market Bottom Ogos 2007

45

www.ilmubiz.com Page 44
WWW

FBMEMAS Market Bottom Mac 2008

46

www.ilmubiz.com Page 45
WWW

FBMEMAS Followthrough Day yang gagal Julai 2008

47

www.ilmubiz.com Page 46
WWW

FBMKLCI Market Bottom April 2009

48

www.ilmubiz.com Page 47
WWW

FBMKLCI Market Bottom Mac 2010

49

www.ilmubiz.com Page 48
WWW

FBMKLCI Market Bottom Jun 2010

50

www.ilmubiz.com Page 49
WWW

FBMEMAS Market Bottom Mac 2011

51

www.ilmubiz.com Page 50
WWW

FBMKLCI Market Bottom Okt 2011

52

www.ilmubiz.com Page 51
WWW

FBMEMAS Market Bottom Nov 2011


53

www.ilmubiz.com Page 52
WWW

FBMEMAS Market Bottom Sept 2012

54

www.ilmubiz.com Page 53
WWW

FBMKLCI Market Bottom Dis 2012

55

www.ilmubiz.com Page 54
WWW

FBMKLCI Market Bottom Feb 2013

56

www.ilmubiz.com Page 55
WWW

FBMEMAS Market Bottom Sept 2013

57

www.ilmubiz.com Page 56
WWW

FBMEMAS Market Bottom Feb 2014

58

www.ilmubiz.com Page 57
WWW

FBMEMAS Market Bottom Okt 2014

59

www.ilmubiz.com Page 58
WWW

FBMEMAS Market Bottom Jan 2015

60

www.ilmubiz.com Page 59
WWW

FBMKLCI Market Bottom Mac 2015

61

www.ilmubiz.com Page 60
WWW

FBMKLCI Market Bottom Ogos 2015

62

www.ilmubiz.com Page 61
WWW

Indeks pasaran saham akan memberikan petanda awal tentang keadaan yang akan berlaku 2, 3
atau 4 bulan terkehadapan. Mencari makna atau kesan untuk sesuatu keadaan naik atau turunnya
pasaran saham tidak penting buat masa ini. Makna atau kesan pergerakkan pasaran hanya akan
terserlah kemudian. Perkara paling penting adalah untuk bertindak selaras dengan petanda awal yang
diberikan oleh pasaran saham.

Salah satu masalah besar pada diri pelabur, adalah masa yang diambil untuk menukar persepsi
dan pandangan mereka tentang arah pasaran saham. Kebanyakkan pelabur akan kekal dengan
persepsi tentang samaada naik atau turun pasaran walaupun sudah terdapat amaran awal berkenaan
akan berlakunya reversal dalam pasaran saham.

Pandangan dan persepsi pelabur tidak langsung memainkan peranan penting dalam pasaran
saham. Yang penting adalah apa yang sedang indeks pasaran tonjolkan sekarang yang perlu diambil
kira dan kemudian kita bertindak pada arah yang ditunjukkan pasaran. Bukannya melawan arus
pasaran.

63

www.ilmubiz.com Page 62
WWW

Distribution day dan Followthrough day Berlaku Hampir Serentak Dalam Tempoh Masa Singkat

Ada keadaan di mana setelah indeks pasaran menghasilkan Followthrough day, yang
membawa kepada perubahan trend pasaran daripada DOWNTREND ke UPTREND, tidak sampai
beberapa hari kemudian, indeks jatuh melebihi -1% dan volume pada hari tersebut naik dan melebihi
volume pada hari sebelumnya. Distribution day terhasil dan membawa kepada pertukaran status
pasaran kembali ke DOWNTREND walaupun beberapa hari sebelumnya indeks pasaran baru sahaja
bertukar kepada UPTREND!

Selalunya keadaan ini berlaku apabila indeks pasaran telah mengalami DOWNTREND dalam
tempoh yang lama dan dalam tempoh tersebut indeks jatuh dalam peratusan yang besar.

Kejadian tersebut mula berlaku sebaik sahaja indeks mula rebound daripada aras terendah dan
menghasilkan Followthrough day. Namun, selepas indeks pasaran berada dalam keadaan
DOWNTREND yang lama, tekanan jualan (selling pressure) masih lagi tinggi disebabkan masih lagi
ramai lagi pelabur yang terperangkap ketika pasaran dalam DOWNTREND. Mereka membeli saham
semasa pasaran masih lagi belum lagi mendasar (bottoming) dan pelabur-pelabur ini sedang
mengalami kerugian.

Sebaik sahaja mereka nampak kenaikkan yang dialami pasaran dan saham yang mereka
pegang, mereka terus jual untuk cut loss. Mereka tidak kisah akan kerugian, asalkan mereka dapat
kembalikan sebahagian daripada modal asal mereka.

Keadaan yang sebaliknya juga boleh berlaku apabila indeks pasaran yang baru sahaja berada
dalam keadaan DOWNTREND tiba-tiba rebound naik dan menghasilkan Followthrough day. Jika
kenaikkan indeks pasaran pada hari itu melebihi 1% dan volume pada hari tersebut melebihi volume
pada hari sebelumnya, akan menyebabkan status pasaran bertukar kembali ke UPTREND.

Ini disebabkan tekanan belian (buying pressure) dalam keseluruhan pasaran masih lagi

64

www.ilmubiz.com Page 63
WWW

melebihi tekanan jualan. Ramai pelabur pada ketika ini merasakan yang pasaran dan saham telah
nampak begitu murah dan mula membeli. Namun tekanan belian pada masa ini masih tidak
mencukupi untuk mengekalkan kenaikkan pasaran. Pada masa yang sama, sebahagian pelabur lain
pula merasakan pasaran akan jatuh tidak berapa lama lagi, menjadikan kenaikkan sementara ini
sebagai peluang untuk mereka menjual dangan harga tinggi dan keluar daripada pasaran saham. Ini
menambahkan lagi tekanan jualan kepada indeks pasaran.

65

www.ilmubiz.com Page 64
WWW

FBMEMAS Nov 2008 – Feb 2009

66

www.ilmubiz.com Page 65
WWW

Merujuk kepada contoh indeks FBMEMAS di atas, selepas FBMEMAS mengalami penurunan
yang besar pada Nov 2008, FBMEMAS mula rebound naik dan seterusnya menghasilkan Followthrough
day. Namun, status UPTREND FBMEMAS tidak lama bertahan dan hanya 8 hari selepas FBMEMAS
menghasilkan signal UPTREND, signal Distribution day pula terhasil untuk FBMEMAS. Status pasaran
berubah daripada UPTREND ke DOWNTREND semula.

Perkara yang sama berulang untuk FBMEMAS antara Jan 2009 hingga Feb 2009. Penghasilan
Followthrough day dan Distribution day silih berganti hinggalah terhasilnya Followthrough day yang
sebenar pada April 2009 yang membawa kepada kenaikkan indeks pasaran.

Dalam tempoh antara Nov 2008 hingga Feb 2009, tekanan belian dan jualan silih berganti.
Semacam ada perang yang mana kedua-dua pihak silih berganti memenangi peperangan. Hingga
akhirnya tekanan pada belian yang akhirnya terserlah dan mendominasikan sentiment pasaran selepas
itu.

67

www.ilmubiz.com Page 66
WWW

FBMKLCI Sept – Oct 2015

68

www.ilmubiz.com Page 67
WWW

Indeks FBMKLCI dalam tempoh Sept – Okt 2015 turut mengalami kesan yang sama,
pertarungan antara tekanan belian dan jualan, pada peringkat akhir kejatuhan dan peringkat awal
kenaikkan indeks FBMKLCI.

69

www.ilmubiz.com Page 68
WWW

Bab 3
Langkah 2 - Teknik Memilih dan Membeli Saham Berpotensi

Hukum supply and demand merupakan asas penting dalam pasaran saham. Harga saham turun
dan naik bergantung kepada peningkatan/penurunan permintaan (demand) berbanding bekalan
(supply) selain faktor pengaruh sifat semulajadi manusia iaitu emosi dalam membuat
pertimbangan/keputusan dalam sesuatu urusniaga saham.

Melalui terjemahan carta saham, kita boleh mendapat gambaran tepat mengenai permintaan
dalam sesuatu saham, iaitu saham mana yang sedang dalam proses pembelian oleh pelabur-pelabur
besar/majoriti atau saham mana yang sedang dijual oleh majoriti pelabur. Kesan pada akhir urusniaga
bagi hari tertentu dalam sesuatu urusniaga saham secara individu atau pasaran secara keseluruhan
boleh digambarkan dalam carta saham/indeks dan boleh ditafsirkan dalam 3 jenis kesan akhir iaitu,
saamada diakhir urusniaga belian mengatasi jualan (saham/indeks ditutup tinggi), urusan jualan
mengatasi belian (saham/indeks ditutup rendah) atau urusan belian separas dengan jualan (tidak
berubah) berbanding hari sebelumnya.

Tugas kita adalah untuk mentafsirkan pergerakan price and volume sesuatu saham supaya kita
dapat mengenalpasti saham mana yang sedang dalam proses awal pergerakan naik atau turun dan
kemudian menenalpasti dengan tepat harga belian atau jualan sebelum saham terbabit menjadi mula
mendapat perhatian majoriti pelabur.

70

www.ilmubiz.com Page 69
WWW

SistemSaham.com – Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Satu perkara yang penting dalam mentafsirkan saham/indeks, adalah hampir mustahil untuk
kita dapat membeli saham pada aras terendah (bottom) atau menjual saham pada aras tertinggi
(peak). Ini disebabkan pada aras tersebut (bottom or peak of stock), kita masih tidak tahu setakat
mana saham akan berhenti jatuh dan mula naik, atau berapa jauh saham akan naik sebelum mula
jatuh. Pada paras tersebut, ketidakpastian berada pada tahap yang paling tinggi. Untuk berjaya dalam
bidang saham ini, kita perlu betul-betul pasti yang setiap urusniaga yang kita jalankan akan bergerak
pada arah yang dijangkakan.

Lebih daripada 70% urusniaga saham dimonopoli oleh pelabur-pelabur besar iaitu institusi
kewangan besar (Amanah Saham, bank, insuran, dll). Jika dibandingkan urusniaga yang dibuat oleh
institusi kewangan itu dengan pelabur-pelabur kecil seperti kita, sangatlah jauh perbezaannya dari segi
kuantiti saham yang mereka dibeli yang melibatkan nilai belian/jualan yang begitu besar. Pergerakkan
pasaran saham bergantung kepada di mana dana institusi kewangan dilaburkan. Satu cara berkesan
untuk mengenalpasti di mana dana institusi kewangan dilaburkan adalah dengan meneliti carta
saham/indeks.

Asasnya, jika kita tahu pada saham mana wang milik institusi-institusi yang banyak itu
dibelanjakan, kita boleh “piggy back' atau menumpang urusniaga yang mereka sedang jalankan
disebabkan institusi kewangan ini memerlukan masa untuk menyelesaikan sesuatu urusniaga
belian/jualan dalam satu-satu saham. Namun, institusi-institusi kewangan ini amat faham tentang
kesan pelaburan besar yang mereka jalankan dan tidak mahu berita tersebut sampai kepada pelabur-
pelabur lain. Mereka tidak mahu urusniaga mereka diketahui umum disebabkan tidak mahu harga
saham melonjak naik sebelum mereka habis membeli saham terbabit.

Tindakan yang akan mereka lakukan adalah dengan menyebarkan pelaburan mereka pada
sesuatu saham dalam tempoh yang panjang dan tidak sekali-sekali membeli sesuatu saham sekaligus
dalam satu atau dua hari. Selalunya jika saham yang mereka sedang kumpul/beli mula naik, mereka
akan berhenti membeli. Mereka akan mula membeli sebaik sahaja saham itu turun semula pada julat

71

www.ilmubiz.com Page 70
WWW

SistemSaham.com – Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

harga (price range) yang mereka tetapkan untuk belian. Proses pelaburan mereka ini hanya dapat
dikesan melalui menafsiran pergerakkan price and volume bagi saham yang sedang mereka beli yang
dijelmakan dalam bentuk carta saham.

Bayangkan satu contoh jika fund manager unit amanah (unit trust) membeli pegangan satu
saham dengan nilai jutaan ringgit dalam satu atau dua hari. Jika secara puratanya, urusniaga saham
tersebut dalam hari yang normal hanyalah dalam lingkungan puluhan ribu ringgit sahaja.dan sebaik
sahaja fund manager mula membeli saham tersebut, volume saham tersebut meningkat dan sekaligus
kesan ini dapat dilihat dengan jelas melalui carta saham.

Di sini, petanda yang paling ketara yang dapat kita kesan adalah peningkatan volume bagi
saham itu dan ini menandakan saham itu sedang dikumpul/dibeli oleh institusi kewangan. Kesan
langsung daripada peningkatan aktiviti saham adalah saham itu berpotensi naik dalam tempoh masa
yang panjang sebab fund manager terbabit pasti tidak dapat melepaskan pegangan saham tersebut
dalam tempoh terdekat kecuali terdapat bencana yang akan dihadapi oleh saham terbabit.

Tetapi bukan bermakna kesemua peningkatan mendadak volume dalam sesuatu saham
menandakan yang saham itu dibeli oleh institusi kewangan dalam jumlah yang banyak.
Kebanyakkannya mungkin disebabkan oleh pengumuman sesuatu berita syarikat saham yang dianggap
sensasi oleh pelabur-pelabur kecil. Ini bermakna, pembelian saham tersebut disebabkan spekulasi
berlebihan oleh pelabur-pelabur kecil dan pengaruh kecil ini tidak akan dapat mengekalkan kenaikkan
harga saham dalam tempoh yang panjang sebab bila-bila masa pelabur-pelabur kecil ini akan menjual
saham itu apabila kesan sesuatu berita sensasi itu hilang.

Selalunya, apabila sesuatu saham yang meningkat mendadak disebabkan sesuatu berita
sensasi, dan selepas kesan berita sensasi itu mula berkurangan saham tersebut akan mengalami
penurunan harga saham yang mendadak selaras dengan kenaikkannya sebelum ini. Oleh itu
pengetahuan untuk membezakan saham mana sedang dikumpul/dibeli oleh pelabur-pelabur besar
daripada saham-saham yang berspekulasi tinggi amat penting. Satu hal yang pasti, institusi kewangan

72

www.ilmubiz.com Page 71
WWW

ini mempunyai dana dan sumber untuk menyelidik potensi sesuatu saham berbanding pelabur kecil
seperti kita. Sudah pasti kalau mereka membeli sesuatu saham, sudah pasti mereka amat yakin yang
saham itu boleh naik dengan lebih jauh lagi.

Kita boleh melihat dengan jelas mekanism supply and demand yang diterangkan di atas dalam
pasaran saham melalui permahaman tentang corak carta saham atau chart pattern. Chart pattern
merekodkan prestasi price and volume bagi sesuatu saham dalam tempoh tertentu. Chart pattern
membolehkan kita melihat pergerakan harga saham dalam bentuk graphical representation.
Melaluinya, kita boleh mengenalpasti corak pergerakkan sesuatu saham dari segi price and volume.
Chart pattern bagi saham-saham akan sentiasa berulang-ulang, walaupun tidak akan 100% sama
setiap masa. Ini kerana pergerakkan price and volume dalam sesuatu saham dipengaruhi oleh
bermacam-macam faktor luaran dan dalaman termasuk factor dalaman sifat semulajadi manusia
dalam membuat sesuatu keputusan.

Price and volume sesuatu saham yang diterjemahkan dalam bentuk carta caham merupakan
satu peta pergerakkan saham yang kita boleh baca dan faham jika kita ada masa dan kemahuan untuk
menyelidiknya. Dengan membaca dan mentafsirkan chart pattern saham-saham dengan betul dan
tepat, kita akan dapat mengenalpasti saham-saham yang mempunyai kebarangkalian tinggi untuk naik
lebih jauh dan dapat mengelak daripada saham-saham yang berisiko tinggi.

Kebolehan menterjemah chart pattern hanya sebagai cara untuk meningkatkan keyakinan kita
tentang kebarangkalian sesuatu saham tersebut berpotensi naik lebih jauh lagi atau tidak. Ini semua
berkaitan dengan kebarangkalian dan bukannya exact science kerana ini melibatkan kebolehan
seseorang pelabur untuk mentafsirkan maklumat-maklumat berkenaan carta saham dan kemudianya
menggunakan maklumat-maklumat tersebut untuk samaada membeli atau menjual saham. Tiada satu
formula yang mampu menghasilkan keputusan tepat 100%. Nanum dengan adanya pemahanam
tentang pergerakan saham melalui pergerakan price and volume dalam carta saham akan
menambahkan lagi keyakinan kita untuk membuat keputusan samaada membeli atau menjual mana-
mana sahaja saham.

73

www.ilmubiz.com Page 72
WWW

Terdapat beberapa jenis chart pattern yang umum dijumpai pada saham-saham dalam pasaran
Malaysia. Walaupun terdapat banyak chart pattern yang telah dikenalpasti berdasarkan buku-buku
saham dalam pasaran, tetapi di sini hanya disenaraikan chart pattern yang mudah dan biasa
dikenalpasti dalam pasaran saham Malaysia. Chart pattern atau base tersebut adalah :

1. Flat Base (FB)


2. Cup without Handle (CUP)
3. Cup with Handle (CwH) dan Cup with High Handle (CwHH)
4. Double Bottom (DB)

Flat Base (FB) merupakan base yang paling kerap ditemui pada saham-saham Bursa Malaysia.
Boleh dikatakan yang FB merangkumi lebih 60% darpada chart pattern base yang dijumpai pada
saham-saham Bursa Malaysia. Kemudian, base kedua terbanyak dijumpai adalah CUP.

Senarai base di atas disusun menurut kekerapan terhasilnya base tersebut di pasaran Bursa
Malaysia berdasarkan data saham yang saya kumpul bertahun-tahun lamanya sejak 2005 lagi.
Adakalanya sesetengah base jika dilihat secara am dan sekali imbas mungkin menyerupai base
tertentu. Tetapi daripada segi specifikasinya (kedalaman base dan kriteris-kriteria lain) base itu
tergolong dalam golongan base yang lain.

Amat penting untuk kita kenalpasti base dengan tepat disebabkan base tertentu mempunyai
kriteria berbeza apabila hendak menentukan harga jual (PIVOT POINT) maximum dan minimum.
Namun jika kekeliruan masih juga berlaku, adalah lebih selamat untuk mengklasifikasikan base
tersebut berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan dalam ebook ini. Walaupun dari segi
pemerhatian kita base tersebut menyerupai base yang lain, kadangkala hanya berdasarkan
pemerhatian sahaja tanpa spesifikasi tertentu boleh menyebabkan kita tersalah untuk mengenalpasti
jenis base dan seterusnya gagal menetapkan harga beli (PIVOT POINT) yang tepat untuk saham
terbabit.

74

www.ilmubiz.com Page 73
WWW

Strategi/Teknik Membeli Saham

Sebelum kita memasuki penerangan terperinci tentang setiap ciri-ciri penting berkenaan base,
perlu diterangkan terlebih dahulu di sini strategi bila dan pada harga apa yang saham boleh dibeli
dengan risiko yang paling minima dan sekaligus mengelakkan kerugian yang besar jika saham terbabit
tidak naik seperti yang kita jangkakan:

1. Disarankan membeli saham berpotensi hanya apabila indeks pasaran berada dalam keadan
uptrend yang jelas dan nyata.

Tidak disarankan untuk membeli saham apabila pasaran telah berada dalam keadaan
downtrend. Untuk mengenalpasti saham yang berpotensi memerlukan usaha keras dan masa
yang begitu banyak. Jangan sia-siakan masa dan usaha keras itu dengan membeli saham ketika
pasaran dalam downtrend disebabkan kebiasaanya 3 daripada 4 saham akan turut jatuh
semasa pasaran dalam downtrend. Jangan cuba untuk menentang arus. Namun ada juga
saham yang boleh naik semasa pasaran dalam keadaan downtrend. Keadaan ini jarang berlaku
tetapi boleh berlaku. Jika ingin membeli saham semasa pasaran dalam downtrend, perlu
diingat tentang keadaan di mana saham boleh secara tiba-tiba jatuh semula dan mungkin
dengan lebih teruk lagi. Perkara-perkara tentang STOP LOSS, TRAILING STOP dan lain-lain sell
signal perlu lebih di ambil perhatian semasa membeli saham di masa pasaran dalam
downtrend berbanding semasa pasaran dalam uptrend.

2. Hanya tumpukan pembelian kepada saham yang berharga RM0.30 ke atas sahaja.

Saham berharga di bawah RM0.30 terdedah kepada spekulasi berlebihan dan kebanyakkan
pembeli adalah merupakan pelabur biasa (retail investors) yang hanya berminat untuk
mendapatkan keuntungan sekelip masa. Saham yang berharga di bawah 30sen, mempunyai
volatility yang tinggi. Atau dalam pengertian mudahnya, kadar turun naik saham terbabit
terlalu cepat dan berkemungkinan besar kita tidak mampu untuk memantau turun naik saham

75

www.ilmubiz.com Page 74
WWW

tersebut dengan berkesan. Tujuan kita membeli saham bukan hanya untuk mendapatkan
keuntungan dalam masa yang singkat dengan kenaikkan hanya 2 atau 3 point sahaja, tetapi
tujuan kita adalah untuk memaksimumkan keuntungan dalam sesuatu saham dengan menjual
apabila sudah tiada lagi permintaan dalam saham itu ataupun apabila saham tersebut sedang
dijual dengan rancaknya oleh pelabur-pelabur besar.

3. Setiap satu pembelian saham perlulah pada julat tertentu iaitu daripada harga breakout
point/pivot point sehingga 5% di atas harga breakout point/pivot point. Breakout volume
mestilah pula melebihi 40% daripada garisan 50-day exponential moving average (50-day
EMA volume).

Pembelian di bawah breakout point/pivot point atau selepas 5% di atas breakout point/pivot
point ataupun kurang 40% daripada average daily volume adalah tidak sah dan terdedah
kepada risiko tinggi untuk saham jatuh semula dan mencecah harga STOP LOSS yang
ditetapkan. Akibatnya kita melepaskan pegangan saham terbabit terlalu cepat disebabkan
harga belian kita terlalu tinggi melebihi harga maksimum 5% di atas harga harga breakout
point/pivot point. Belian pada julat yang antara harga breakout point/pivot point sehingga 5%
di atas harga breakout point/pivot point adalah disebabkan pada julat tersebut merupakan
keadaan di mana penentangan (resistance) kepada kenaikkan saham adalah pada tahap yang
paling minimum. Apabila breakout point/pivot point diatasi dengan volume yang sepatutnya,
tiada kuasa yang dapat menghalang saham untuk naik lebih jauh lagi kecuali jika pasaran
keseluruhan menjadi lemah. Oleh sebab itu, adalah penting saham dibeli pada julat yang
sepatutnya.

76

www.ilmubiz.com Page 75
WWW

Flat Base (FB)

Items Description Criteria


Prior uptrend Should always have a clear and definite price uptrend prior to the beginning of At least up 20% prior
left cup (from prior low to left cup) with increasing vol somewhere in the uptrend + vol increase
uptrend.
Base length Trading days/weeks between start of base and Current Close. At least 5 days until 6
weeks
Trading Range / The difference between the overhead resistance and support level. <=15%
Base Depth
Overhead The uppermost intraday high reached before reversing downward. NONE
resistance
Support The lowest intraday low before reversing upward. NONE
Average daily Average daily vol must exceed 1000 right before Breakout. In other words, Vol 50-day EMA >
volume there must be some active trading in the stock. 5000
Volume pattern Vol peaked top of Left Cup. Vol decreased near Base Low then picked up again. (B+H) > L
Vol at Handle decreased before Breakout. Number of volume bar below
average line (B) + higher close above average line (H) > number of lower close
with volume bar above average line (L)
Breakout A point where buying can start up until 5% from proper buy point. But only 1 point above high
point/pivot point after breakout volume increase >=40% from average daily volume (50-day point in overhead
EMA volume line) resistance
Breakout volume Volume percentage change that confirm the breakout for the stock. A point >= 40% from average
where buying can start when price went 1 point above overhead resistance. daily volume
77

www.ilmubiz.com Page 76
WWW

Flat Base (FB) merupakan base yang paling biasa ditemui dalam pasaran Bursa Malaysia.
Mengikut statistik, lebih 60% daripada keseluruhan base yang dikenalpasti dalam pasaran Bursa
Malaysia adalah dari jenis FB. Base FB adalah yang paling mudah untuk mengenalpasti dan kriteria
untuk mengenalpastinya juga lebih mudah berbanding dengan base yang lain.

Secara peribadinya, base ini merupakan favorite saya berbanding base lain. FB terjadi apabila
saham telah mengalami kenaikkan yang agak memberangsangkan (upward trend). Base FB berlaku
apabila pelabur-pelabur besar dan majoriti mula membeli saham terbabit dengan giatnya. Mengapa
pelabur-pelabur mula membeli saham terbabit tidak penting kerana kita sebagai pelabur kecil
memang pasti tidak akan dapat mengetahui sebab musabab awal kenaikkan saham terbabit. Apa yang
kita boleh perhatikan adalah peningkatan harga dan volume saham terbabit semasa sedang rancak
dibeli.

Harga saham terbabit akan meningkat dan akan sampai satu tahap harga di mana tekanan
belian akan berkurangan dan saham mula berhenti naik dan bergerak mendatar. Julat dagangan (Base
Depth) antara high dan low (antara overhead resistance dan support) untuk FB selalunya sangat kecil
sepanjang pergerakan mendatarnya (base length) dan volume berkurangan sepanjang ia berada dalam
base length ini. Ini disebabkan pelabur-pelabur besar dan majoriti memberikan support kepada saham
terbabit dan tidak membenarkan saham itu jatuh lebih rendah daripada harga yang mereka support.
Jika harga saham jatuh dan mencecah harga tertentu, mereka akan mula menbeli dan sekaligus harga
saham naik semula pada julat yang mereka kehendaki.

Kemudian secara tiba-tiba saham ini akan breakout melepasi overhead resistance dan volume
pada hari breakout turut meningkat berbanding hari sebelumnya. Ini mungkin disebabkan keluarnya
sesuatu berita berkenaan saham terbabit dan kemudianya menarik perhatian pelabur-pelabur lain.
Disebabkan kurangnya unit saham yang terapung (outstanding shares) dalam pasaran, selepas
pelabur-pelabur besar membeli pada awal kenaikkan saham tersebut menyebabkan berkurangnya unit
saham (supply) dan banyaknya permintaan (demand), harga saham naik mula.

78

www.ilmubiz.com Page 77
WWW

SistemSaham.com – Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Cup without Handle (CUP)

Items Description Criteria


Prior uptrend Should always have a clear and definite price uptrend prior to the beginning of At least up 20% prior
left cup (from prior low to left cup) with increasing vol somewhere in the uptrend + vol increase
uptrend.
Cup shape The cup should be U-shaped, not V-shaped. U-shaped cup
Cup duration Trading days/weeks between Left Cup and Current Close. From 7 to 65 weeks
Cup/Base Depth Usual drop from highest point at left cup to base low. >=15% and <=33%
Average daily Average daily vol must exceed 1000 right before Breakout. In other words, Vol 50-day EMA >
volume there must be some active trading in the stock. 5000
Volume pattern Vol peaked top of Left Cup. Vol decreased near Base Low then picked up again. (B+H) > L
Vol at Handle decreased before Breakout. Number of volume bar below
average line (B) + higher close above average line (H) > number of lower close
with volume bar above average line (L)
Breakout A point where buying can start up until 5% from proper buy point. But only 1 point above high
point/pivot point after breakout volume increase >=40% from average daily volume (50-day point in Left Cup
EMA volume line)
Breakout volume Volume percentage change that confirm the breakout for the stock. A point >= 40% from average
where buying can start. daily volume

79

www.ilmubiz.com Page 78
WWW

SistemSaham.com – Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Hampir kesemua kriteria untuk mengambarkan ciri-ciri bentuk CwH boleh digunakan untuk
menggambarkan ciri-ciri bentuk CUP (penerangan kriteria base CwH akan diterangkan sebentar lagi).
Base berbentuk CUP, secara mudahnya tiada ciri-ciri handle seperti yang dimiliki oleh base CwH.
Tetapi disebabkan base berbentuk CUP ini merupakan jenis base kedua terbanyak dan paling biasa
dijumpai dalam pasaran Bursa Malaysia, maka penerangan berkenaan base jenis CUP didahulukan.
Untuk penerangan berkenaan CwH sila rujuk muka surat seterusnya.

Jika dibandingkan antara base FB dan CUP, tiada banyak bezanya dari segi sebab terjadinya
prior uptrend. Prior uptrend masih disebabkan belian rancak daripada pelabur-pelabur besar dan
majoriti. Perbezaannya yang paling ketara adalah dari segi kedalaman base yang mana base CUP
menghasilkan base depth yang lebih dalam berbanding FB. Salah satu sebabnya adalah kerana pada
saham yang menghasilkan base ini, pelabur-pelabur yang telah membeli semasa prior uptrend telah
berhenti dari menbeli dan membiarkan saham tersebut jatuh semula. Mereka tidak memberikan
support (membiarkan harga saham jatuh) pada julat harga (price range) yang sempit seperti yang
diberikan kepada saham yang menghasilkan base FB. Disebabkan tiadanya support daripada pelabur-
pelabur ini, maka saham yang menghasilkan base CUP akan mengalami kejatuhan harga yang lebih
banyak berbanding FB. Namun begitu, pelabur-pelabur besar tersebut masih tidak membiarkan saham
ini jatuh lebih jauh dan akan support harga saham itu pada harga tertentu. Oleh sebab itu kita akan
dapat memperhatikan saham jenis ini akan berhenti jatuh selepas beberapa ketika dan mula naik
semula secara perlahan-lahan.

Tempoh masa untuk menghasilkan base jenis CUP ini juga lebih lama berbanding FB. Jadi tidak
hairan untuk kita menemui saham yang menghasilkan base ini mengambil masa hingga setahun untuk
breakout daripada base tersebut. Pelabur-pelabur yang terlibat dalam penghasilan base ini tidak
terburu-buru untuk melonjakkan harga saham ini jika dibandingkan dengan pelabur-pelabur dalam
base FB.

80

www.ilmubiz.com Page 79
WWW

Cup with Handle (CwH)

Items Description Criteria


Prior uptrend Should have a clear and definite price uptrend prior (from prior low to left At least up 20% prior
cup) with increasing vol somewhere in the uptrend. uptrend + vol increase
Cup shape The cup should be U-shaped, not V-shaped. U-shaped cup
Cup duration Trading days/weeks between Left Cup and Current Close. From 7 to 65 weeks
Cup/Base Depth Usual drop from highest point at left cup to base low. >=15% and <=33%
Handle Action on right side of Cup. Price falling back slightly. Must form in upper half >= 5 days and <= 90
of overall cup, above Midpoint of base. Overall, handle must be above its 10 days
week EMA line. Handle must point downward.
Handle Depth Percentage difference between the Pivot and the Handle Low <= 15%
Average daily Average daily vol must exceed 1000 right before Breakout. In other words, Vol 50-day EMA >
volume there must be some active trading in the stock. 5000
Volume pattern Vol peaked top of Left Cup. Vol decreased near Base Low then picked up again. (B+H) > L
Vol at Handle decreased before Breakout. Number of volume bar below
average line (B) + higher close above average line (H) > number of lower close
with volume bar above average line (L)
Breakout A point where buying can start up until 5% from proper pivot point. But only 1 point above high
point/pivot point after breakout volume increase >=40% from average daily volume (50-day point in Pivot
EMA volume line)
Breakout volume Volume percentage change that confirm the breakout for the stock. A point >= 40% from average
where buying can start. daily volume

81

www.ilmubiz.com Page 80
WWW

Adakalanya saham tidak terus menghasilkan breakout daripada base jenis CUP tetapi akan
jatuh semula sebelum mencapai aras tertinggi dalam base tersebut, iaitu aras harga pada left cup.
Namun jatuhnya pada masa ini tidak begitu teruk dan boleh dianggap kecil/minor. Ini disebabkan
tekanan jualan (selling pressure) daripada pelabur-pelabur minoriti yang ingin terus mendapatkan
keuntungan sebaik sahaja saham tersebut naik dan hampir mencecah aras tertinggi yang terhasil
sebelum ini (pada aras left cup). Tekanan jualan semasa saham menghasilkan handle ini sangat
rendah dan dalam bebrapa hari saham mula naik selepas tiada lagi tekanan jualan daripada pelabur
minoriti.

Secara jelasnya, handle pada base CwH ini terhasil disebabkan terdapat sebilangan pelabur
yang menjual dan memberikan tekanan kepada saham sebelum saham boleh melepaskan diri atau
breakout daripada base tersebut. Tekanan jualan itu kemudianya beransur-ansur reda dalam tempoh
masa yang singkat dan saham mula naik dan seterusnya menghasilkan breakout.

Kadangkala, keseluruhan struktur handle terbentuk melepasi aras yang dicatat pada left cup.
Variasi CwH ini dinamakan Cup with HIGH Handle (CwhH). High Handle in terbentuk apabila saham
yang pada awalnya membina base CUP, cuba melepasi aras tertinggi left cup dan menghasilkan
breakout. Tetapi breakout yang terhasil tidak menepati kriteria dan saham jatuh semula. Akan ada
pelabur-pelabur yang panik dan mula menjual saham-saham mereka dan menyebabkan harga saham
jatuh. Bilangan mereka adalah sedikit dan selling pressure itu berkurangan. Ini seterusnya
menyebabkan harga saham naik semula dan seterusnya menghasilkan breakout kedua tetapi sekarang
breakout yang terhasil adalah daripada high handle.

High handle yang terbentuk mestilah tidak melebihi 5% daripada aras tertinggi left cup. Selain
daripada kriteria handle yang diterangkan tadi, CwhH mestilah juga memenuhi ciri-ciri lain seperti
yang dinyatakan dalam jadual di atas untuk base CwH. Namun begitu, base jenis CwhH ini jarang-
jarang sekali berlaku jika dibandingkan dengan base CwH.

Satu kelebihan base CwH ini adalah breakout point/pivot point yang lebih rendah daripada

82

www.ilmubiz.com Page 81
WWW

base berbentuk CUP. Jadi harga belian saham yang menghasilkan CwH adalah lebih rendah
berbanding base jenis CUP. Namun perlu diingat walaupun harga breakout point/pivot point nampak
rendah antara base yang menghasilkan CUP atau CwH tidak semestinya saham yang menghasilkan
CwH akan menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi berbanding saham yang breakout daripada base
CUP. Semua bergantung kepada prestasi saham terbabit dan keadaan pasaran semasa.

83

www.ilmubiz.com Page 82
WWW

SistemSaham.com – Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Double Bottom (DB)

Items Description Criteria


Prior uptrend Always have a clear and definite price uptrend prior to the beginning of left At least up 20% prior
cup (from prior low to left cup) with increasing vol somewhere in the uptrend. uptrend + vol increase
Bottom Price fall from the left lip to the first bottom (B1) expressed as a percentage of >=0%
Difference the height of the left lip.
Center peak of Center peak of 'W' (at Pivot) must be below Left Lip and center of whole base Pivot < Left Lip & Pivot
'W' depth. > middle of whole
base
DB duration Trading days/weeks between Left lip and Current Close. From 7 to 65 weeks
Base depth Usual drop from highest point at left lip to B1. >=15% and <=33%
Average daily Average daily vol must exceed 1000 right before Breakout. In other words, Vol 50-day EMA >
volume there must be some active trading in the stock. 5000
Volume pattern Vol peaked top of Left Cup. Vol decreased near Base Low then picked up again. (B+H) > L
Vol at Handle decreased before Breakout. Number of volume bar below
average line (B) + higher close above average line (H) > number of lower close
with volume bar above average line (L)
Breakout A point where buying can start up until 5% from proper buy point. But only 1 point above Left Cup
point/pivot point after breakout volume increase >=40% from average daily volume (50-day
EMA volume line)
Breakout volume Volume percentage change that confirm the breakout for the stock. A point >= 40% from average
where buying can start. daily volume

84

www.ilmubiz.com Page 83
WWW

Base jenis double bottom (DB) ini jarang sekali dijumpai pada saham dalam pasaran Bursa
Malaysia. Ini disebabkan cara dan kriteria penghasilannya yang agak sukar berbanding kriteria jenis
base yang lain. Usaha untuk mencari dan mengenalpastinya juga agak sukar dan selalunya kita akan
terlepas pandang dan silap mengkategorikan base ini sebagai base jenis lain.

Perkara yang paling menonjol berkenaan bentuk base ini adalah adanya 2 bentuk CUP yang
terbentuk berturut-turut yang mana CUP kedua selalunya terbentuk di bawah sedikit daripada CUP
pertama. Rasional sebab terjadinya 2 bentuk CUP berturut-turut adalah pada CUP pertama pelabur-
pelabur besar tidak pasti samaada saham terbabit berpotensi untuk naik dan keadaan ini membawa
kepada pengurangan keyakinan tentang prestasi saham terbabit. Keadaan ini seterusnya menghasilkan
breakout yang gagal dan terhasillah CUP pertama yang tidak mampu untuk naik lebih jauh atau tinggi
tetapi sebaliknya jatuh semula. Pergerakkan jatuh selepas gagal dalam cubaan breakout pada CUP
pertama selalunya membwa kepada bertambahnya tekanan jualan dan harga saham jatuh lagi di
bawah aras terendah pada CUP pertama.

Namun apabila keyakinan terhadap saham terbabit timbul kembali, harga saham mula naik dan
sekaligus membina bentuk CUP kedua dan seterusnya menghasilkan breakout apabila tekanan belian
bertambah dan melepasi rintangan harga tertentu bagi saham terbabit. Bentuk 2 CUP dalam base
jenis ini paling mudah untuk dikenali sebagai bentuk “W”. Disebabkan terdapat 2 aras terendah pada
setiap CUP maka base ini dikenali sebagai double bottom.

Kriteria yang terpenting sekali bagi base DB ialah berkenaan bottom difference. B2 mesti
berada searas atau dibawah B1 sebelum boleh dikategorikan sebagai DB. Apabila B2 berada di atas B1,
kemungkinan chart pattern ini gagal adalah tinggi. Selalunya jika itu berlaku, base ini akan
dikategorikan ke dalam base yang lain seperti base CUP.

Adakalanya, DB boleh menghasilkan handle pada bentuk CUP kedua daripada bentuk 'W'.
Kriteria handle pada DB adalah sama dengan kriteria handle pada CwH. Sila rujuk penerangan kriteria
handle di tajuk Cup with Handle (CwH) sebelum ini.

85

www.ilmubiz.com Page 84
WWW

Ciri-Ciri Tambahan Untuk Menambah Keyakinan Memilih Saham-Saham Berpotensi Ketika Saham
Sedang Menghasilkan Base

1. Saham yang sedang dalam proses pembinaan chart pattern atau base, kadangkala akan
menghasilkan tight area dalam strukturnya. Tight area didefinasikan sebagai kawasan di mana,
dalam beberapa hari (2 – 3 hari) saham akan ditutup samaada tidak berubah atau mengalami
hanya sedikit peningkatan atau penurunan tidak melebih 1%.

Selalunya sebelum saham menghasilkan tight area, saham telah mengalami kenaikkan yang
agak tinggi dalm 1 hari. Tight area yang berlaku selepas itu adalah disebabkan pelabur-pelabur
besar sedang berhenti sebentar daripada membeli dan dalam masa yang sama akan
mempastikan saham tidak jatuh dan hanya berlegar-legar pada aras harga tertentu. Selepas 2 –
3 hari mereka akan mula membeli kembali saham terbabit.

Contoh carta: Tight area

86

www.ilmubiz.com Page 85
WWW

2. Semasa pasaran mengalami downtrend yang teruk, akan ada sebilangan saham-saham yang
akan jatuh melebihi aras maksimum yang dibenarkan untuk saham terbabit berpeluang
membina base, iaitu -33%. Pada masa pasaran jatuh terus ini, akan ada dikalangan saham-
saham yang mengalami penurunan melebihi -33% masih berupaya naik semula dan membina
base. Jika keadaan ini berlaku, saham masih boleh naik semula dan membina base asalkan
nisbah peratusan penurunan saham tersebut berbanding kejatuhan keseluruhan pasaran
berada dalam lingkungan 1 1/2 atau 2 1/2 kali ganda.

Sebagai contoh, apabila keseluruhan indeks pasaran jatuh -20% sepanjang tempoh downtrend,
base yang terhasil bagi saham yang jatuh sebanyak -40% (iaitu 2 kali daripada -20% kejatuhan
indeks) masih boleh dipertimbangkan asalkan base saham tersebut masih lagi memenuhi ciri-
ciri utama base dalam jadual di atas.

Tetapi, pilihan terbaik bagi kita adalah untuk menimbangkan/memilih saham-saham yang
hanya mengalami sedikit penurunan berbanding saham-saham lain semasa indeks pasaran
sedag jatuh. Ini adalah disebabkan saham-saham yang peratusan kejatuhannya yang kecil jika
berbanding dengan kadar kejatuhan pasaran, adalah merupakan saham yang masih lagi
dipegangan oleh palabur-pelabur besar dan majoriti. Mereka akan membeli saham tersebut
jika saham tersebut jatuh semula akibat tekanan jualan hasil daripada keadaan pasaran yang
sedang lemah dan keadaan itu menjadi support kepada harga saham terbabit.

87

www.ilmubiz.com Page 86
WWW

Merujuk kepada contoh carta saham di bawah, indeks pasaran pada May 2007 jatuh sebanyak -
15%. Pada masa yang sama, saham ANNJOO juga turut jatuh. Berdasarkan nisbah 5/2 atau 2 1/2
kali, kadar maksimum kejatuhan saham pada masa indeks pasaran jatuh -15% adalah -37.5%
untuk masih dikategorikan 'sihat' dan berpotensi untuk naik. Dalam erti kata lain, saham
ANNJOO boleh jatuh hingga -37.5% dan masih lagi berpotensi untuk naik semula dan membina
base walaupun pada asalnya kejatuhan maksimum dalam base yang dibenarkan dalam mana-
mana satu base hanyalah -33%. Semuanya bergantung kepada keadaan pasaran secara
keseluruhan.

88

www.ilmubiz.com Page 87
WWW

Contoh carta: Saham ANNJOO yang turun melebihi -33% tetapi masih 'sihat'

89

www.ilmubiz.com Page 88
WWW

90

www.ilmubiz.com Page 89
WWW

3. Ciri terakhir yang patut diambil perhatian dan dijauhi dalam mengenalpasti sesuatu base
adalah ciri stuktur harga saham yang dikenali sebagai 'wide and loose’ pattern. Saham yang
mengalami ciri ini mempunyai kebarangkalian yang besar untuk gagal walaupun memenuhi
hampir kesemua ciri-ciri chart pattern yang telah diterangkan di atas. Kadangkala, saham yang
mempunyai stuktur wide and loose berupaya untuk breakout tetapi selalunya saham terbabit
tidak dapat bertahan lama dan akan turun semula. Tidak sedikit saham yang akan
menghasilkan keadaan sebegini yang kemudianya menghasilkan breakout tetapi
kebarangkalian untuk saham tersebut jatuh semula, lebih tinggi berbanding kebarangkalian
untuk saham itu untuk naik dan memcatatkan keuntungan.

Keadaan wide and loose ini berlaku disebabkan kurangnya minat kepada satu-satu saham.
Kekurangan pelabur minat pada saham itu akan menyebabkan kurangnya pembeli dan penjual
untuk transaksi jual/beli. Bila kurangnya bilangan penjual/pembeli dan sekali gus transaksi
jual/beli, membawa kepada julat harga yang extreme, di mana harga yang ditetapkan oleh
penjual untuk menjual sahamnya (ask price) tidak dapat disesuaikan dengan harga yang
diminta oleh pembeli (bid price). Ini dikenali sebagai high bid/ask spread. Kebiasaaanya penjual
saham inginkan harga saham yang tinggi (high ask price) dan pembeli saham mahukan harga
saham yang rendah (low bid price). Jika kedua-dua harga bid & ask adalah sama, barulah
transaksi urusniaga jul/beli saham terjadi. Jika harga bid dan ask terlalu jatuh dipisahkan dan
kedua-dua penjual dan pembeli tidak mahu untuk mengalah, maka tiada urusniaga saham
dilaksanakan. Keadaan ini akan menghasilkan wide and loose pattern.

Hanya apabila meningkatnya minat pelabur dalam saham terbabit, maka harga bid/ask akan
mula bertemu dan keadaan ini kita dapat perhatikan dalam carta saham berupa pergerakkan
harga saham yang agak teratur samaada turun atau naik. Adalah lebih baik untuk kita
tinggalkan saham yang menghasilkan keadaan ini dan mengelakkan daripada terperangkap
dalam saham yang tiada atau kurangnya penjual/pembeli.

91

www.ilmubiz.com Page 90
WWW

Contoh carta: Wide and loose chart pattern

92

www.ilmubiz.com Page 91
WWW

Dalam contoh carta bagi saham SEQUOIA di atas, walaupun ada breakout daripada CUP base
seperti yang ditunjukkan dengan anak panah, jangan beli! Tunggu sehingga pergerakkan harga
saham menjadi teratur dan mudah untuk dijangka. Beri masa untuk harga saham mula teratur
dan jika saham mula menbina base yang terbaru, barulah kita perhatikan samaada saham
tersebut boleh breakout atau tidak.

93

www.ilmubiz.com Page 92
WWW

Bab 4
Langkah 3 - Teknik Jualan Saham

Pertama-tama sekali, perkara yang paling penting yang perlu ada pada setiap diri pelabur
adalah strategi/pelan bagaimana hendak masuk dan keluar daripada sesuatu urusniaga saham. Stategi
untuk masuk/membeli saham sudah diterangkan dalam bab sebelum ini. Manakala strategi untuk
keluar/menjual saham yang akan diterangkan dalam bab ini. Bab ini terbahagi kepada 2 bahagian
iaitu:

1. Strategi untuk menghadkan kerugian dalam sesuatu saham (STOP LOSS)


2. Strategi menjual saham apabila telah menunjukkan keuntungan
a. Strategi menjual saham berdasarkan kenaikkan harga tertinggi saham (TRAILING
STOP)
b. Strategi menjual saham apabila menghasilkan pertanda untuk dijual (sell signal)

Menghadkan kerugian boleh disamaertikan dengan pertahanan yang kuat dan mantap
sebelum memulakan sesuatu urusniaga saham. Pertahanan yang kuat bagi pelabur adalah dengan
sedaya upaya menghadkan kerugian yang dialami apabila sesuatu urusniaga saham tidak berjalan
sepertimana yang dijangkakan (cut all your losses short). Pertahanan yang kuat perlu untuk
melindungi aset (duit) kita daripada kerugian-kerugian yang membinasakan. Jika tiada aset (duit)
bagaimana hendak kita meneruskan urusniaga dalam saham.

94

www.ilmubiz.com Page 93
WWW

Ini boleh diumpamakan sebagai peniaga kedai runcit. Aset peniaga kecai runcit adalah barang-
barang jualannya. Barang jualannya yang memberikan keuntungan kepada peniaga dan sekaligus
peniaga dapat meneruskan perniagaanya tanpa masalah. Namun jika barang perniagaanya tiada,
samaada mungkin musnah disebabkan kebarakran atau dicuri, maka peniaga terbabit tidak dapat
meneruskan perniagaanya dan berkemungkinan akan menanggung kerugian yang besar. Sama juga
keadaannya dengan pelabur saham. Hilangnya asset (duit) yang berpunca daripada kerugian-kerugian
yang bertimpa-timpa akan mengurangkan modal asal kita dan sekaligus jika keadaan itu tidak
dibendung maka kerugian tersebut akan membinasakan kita jika kerugian itu mengatasi had modal
yang kita ada. Kita berhutang pula dengan broker saham dan ini merupakan satu-satunya perkara yang
perlu dielakkan dan dijauhi.

Kesan pada emosi apabila berhadapan dengan kerugian (losses) akan lagi mempengaruhi
kemampuan pelabur untuk meneruskan urusniaga dalam pasaran saham. Jika pelabur mengalami
kerugian yang berturut-turut dan tidak enanganinya dengan berkesan, tidak hairan yang pelabur
tersebut akan terus putus asa dan meninggalkan terus bidang ini. Sesetengah pelabur apabila
menghadapi kerugian yang banyak, akan mula mencari alasan dan mengatakan yang dirinya adalah
pelabur jangka panjang dan beranggapan yang lama-kelamaan saham tersebut akan naik semula
disebabkan saham yang dibeli merupakan saham yang bagus dari segi fundamental. Saham yang
bagus sekalipun, jika dibeli pada harga dan masa yang tidak sesuai boleh jatuh dengan begitu teruk
sekali.

Semua orang akan melakukan kesilapan, tidak terkecuali juga pelabur-pelabur yang sudah
berpengalaman bertahun-tahun berkecimpung dalam bidang ini. Secara amnya, yang membezakan
antara pelabur yang sentiasa mengalami kerugian dengan pelabur yang sentiasa untung adalah
tentang bagaimana sesetengah daripada mereka menghadapi kesilapan dalam sesuatu urusniaga.
Kesilapan yang dialami selalunya dalam bentuk kejatuhan harga saham.

Contohnya apa tindakan yang sepatutnya diambil oleh seorang pelabur apabila setelah

95

www.ilmubiz.com Page 94
WWW

membeli satu saham, saham itu tiba-tiba jatuh hingga -8% di bawah harga yang dibelinya. Padahal
analisis saham yang telah dibuatnya sebelum ini menjangkakan yang saham itu akan naik selepas
melepasi sesuatu aras/tanda? Apa tindakan yang akan dibuat oleh pelabur itu dalam memastikan yang
dia masih boleh berurusniaga dikemudian hari? Pelabur yang cerdik akan mempastikan yang dia akan
mengamalkan kaedah 'lose small and win big'. Dalam erti yang lain, pelabur yang bijak akan
mempastikan kerugian yang akan dialaminya nanti adalah kecil walaupun banyak dan keuntungan
yang akan diperolehinya nanti sedikit tetapi besar. Dengan hanya mendapat keuntungan dalam 30%
atau 40% daripada transaksi saham yang dijalankan, dia mampu untuk mengaut keuntungan besar.
Apabila mengalami kerugian, kerugian yang dialaminya 70% atau 80% daripada keseluruhan transaksi
adalah merupakan kerugian yang kecil yang jika dijumlahkan secara keseluruhannya, ia tidak mampu
untuk menggugat asset, keuntungan dan kemampuannya berurusniaga semula.

Tetapi untuk sampai ke tahap ini, kita perlu ada strategi berkesan dalam menganalisa pasaran
secara keseluruhan, kemudian memilih saham-saham yang berpotensi dan kemudian menjual saham
semasa saham masih kelihatan kukuh dan sedang naik dan pada masa masih ramai pelabur yang tidak
sedar akan kelemahan yang telah timbul dalam saham terbabit. Perlu diingat, walau bagaimana cerdik
atau tingginya IQ kita sekalipun, kita pasti akan melakukan kesilapan dan sudah pasti kita tidak akan
mampu membuat keputusan yang betul dan tepat sepanjang masa. Ego tiada tempat dalam pasaran
saham. Merendah diri dan belajar daripada kesilapan adalah merupakan formula yang paling berkesan
untuk berjaya dalam pasaran saham.

96

www.ilmubiz.com Page 95
WWW

Strategi Menghadkan Kerugian Dalam Urusniaga Saham (STOP LOSS)

STOP LOSS bermakna penetapan harga jualan di bawah harga belian saham. Apabila saham
dibeli pada harga yang ditetapkan di breakout point/pivot point, kita perlu selalu (TANPA GAGAL!)
tentukan harga saham untuk kita jual bila saham sebaliknya jatuh semula dan turun di bawah harga
belian kita. Penetapan harga jual di bawah harga belian dinamakan STOP LOSS dan ini bertujuan untuk
mempastikan yang kerugian yang kita perolehi apabila saham mula jatuh, adalah kecil dan kita sempat
jual daripada saham terbabit sebelum saham itu jatuh dengan lebih banyak lagi.

Penetapan kadar kerugian sebenarnya bergantung kepada diri individu pelabur itu sendiri.
Pelabur itu sendiri perlu sedar tentang kadar kerugian yang dia sanggup tanggung sebelum kerugian
itu menjadi besar. Untuk saya, saya sentiasa hadkan kerugian dalam sesuatu saham sebanyak -5%
daripada harga belian saham. Oleh itu STOP LOSS saya adalah -5% di bawah harga belian. Jika saham
jatuh -5% di bawah harga belian saya, saya akan terus jual. TIADA PENGECUALIAN DAN TIDAK
MENUNGGU-NUNGGU SEBAB MUSABAB MENGAPA SAHAM ITU JATUH!

Peraturan ini nampak mudah tetapi apabila kita berada dalam situasi tersebut yang
memerlukan kita membuat keputusan sekelip mata, berbagai-bagai emosi akan timbul yang boleh
mempengaruhi keputusan akhir untuk menjual saham. Apabila kita telah kerugian -5% daripada harga
yang kita beli, ini menunjukkan yang kita telah silap perkiraan dan setiap kesilapan perlu
diperbetulkan.

Perkara yang pertama sekali yang wajib kita lakukan adalah untuk menjual saham yang telah
menunjukkan kerugian kepada kita. Jangan tunggu sehingga 2 atau 3 hari untuk dapatkan kepastian
samaada pasaran atau saham akan naik semula! JANGAN! Setiap kerugian yang besar bermula
daripada kerugian kecil. Apabila kita boleh kawal kerugian kecil itu daripada menjadi besar, itu
merupakan pertahanan yang terbaik. Selalunya fikiran kita tidak akan tenang apabila asyik memikirkan
kerugian yang sedang dipikul. Daripada menanggung kesengsaraan keresahan yang timbul dan selain
tidak dapat menggunakan aset tersebut pada saham lain yang lebih berpotensi, adalah lebih baik

97

www.ilmubiz.com Page 96
WWW

untuk cut all your losses short.

Dalam kebanyakkan kes, apabila kita dapat pastikan yang setiap belian saham adalah pada
breakout point/pivot point dan dengan peningkatan breakout volume yang sepatutnya (seperti yang
ditunjukkan dalam bab sebelum ini), jarang sekali saham akan turun dan mencecah -5% dibawah
harga belian, kecuali apabila keadaan pasaran saham mula menjadi lemah dan akan mempengaruhi
majoriti saham.

Jadikan satu rutin untuk merekodkan semua transaksi yang dijalankan. Rekodkan harga belian,
jumlah unit yang dibeli dan yang terpenting sekali, harga jualan apabila saham jatuh -5% di bawah
harga belian. Dengan menulis dengan tepat harga di mana kita perlu cut all losses, kita dapat
bertindak dengan lebih pantas. Strategi yang mudah tetapi tidak ramai yang mampu untuk mengikuti
dengan konsistant strategi ini.

Sebenarnya, setiap orang mempunyai tahap keselesaan darihal kerugian boleh diterima.
Maksima -5% yang disarankan di sini adalah yang tertinggi mengikut pengalaman saya. Namun jika
keinginan untuk membeli saham tinggi, selepas analisa yang kita jalankan menunjukkan yang saham
terbabit boleh breakout dan naik, walaupun pada masa itu pasaran berada dalam keadaan lemah atau
berada dalam downtrend, selalunya STOP LOSS yang akan disetkan kepada aras paling rendah iaitu -6%
hingga -8%. Ini disebabkan saham akan mengalami kesan yang agak besar apabila pasaran secara
keseluruhan mula jatuh. Seperti yang telah dinyatakan dalam bab sebelum ini, 3 daripada 4 saham
akan turut merasai kesan pasaran secara keseluruhan. Satu nisbah yang tidak menyebelahi kita.

Kadang-kala, apabila kita sedang berada dalam fasa terakhir/penghujung uptrend dalam
pasaran, kita masih boleh menjumpai saham-saham yang berada dalam base dan kemudian
melakukan breakout dengan volume melebihi 40% daripada aras 50-day Volume EMA. Kebanyakkan
daripada kita akan terus membeli saham tersebut tetapi tidak lama selepas itu, indeks pasaran
menunjukkan isyarat yang pasaran akan memasuki keadaan downtrend. Selalunya ini disebabkan
perasaan tamak dan keinginan menambah keuntungan selagi boleh.

98

www.ilmubiz.com Page 97
WWW

Dalam kes ini, ada 2 kaedah yang kita boleh guna untuk membantu dalam mempastikan yang
kita tidak terperangkap apabila pasaran mula bertukar arah iaitu, samaada menjual terus saham yang
baru dibeli walaupun masih belum menghasilkan sell signal atau menunggu samaada saham
menyentuh harga STOP LOSS.

Cara yang paling selamat apabila pasaran menunjukkan petanda kelemahan adalah untuk
menjual kesemua saham-saham dalam pegangan dan berada dalam cash semata-mata. Namun, jika
kita ada keyakinan atau semangat untuk terus menunggu saham menghasilkan sell signal ketika
pasaran sedang jatuh, masih dibolehkan asalkan kita tanpa gagal mengambil perhatian tentang harga
jual yang sepatutnya jika keadaan tidak menyebelahi kita. Jika pasaran sedang jatuh, majoriti saham-
saham individu tidak berpeluang untuk menahan tekanan pasaran secara keseluruhan.

99

www.ilmubiz.com Page 98
WWW

Strategi Menjual Saham Apabila Telah Menunjukkan Keuntungan

a. Strategi menjual saham berdasarkan kenaikkan harga tertinggi saham (TRAILING STOP)

Apabila saham telah naik melepasi harga breakout point/pivot point, dan menunjukkan
keuntungan, adakalanya saham akan tiba-tiba jatuh semula tanpa apa-apa sebab. Daripada
keuntungan yang dicatatkan sebelum ini selepas saham breakout, harga saham jatuh semula
dan hampir kepada harga belian. Di sini TRAILING STOP memainkan peranan penting untuk
mengelakkan kerugian dengan mempastikan yang kita dapat jual saham terbabit sebelum ianya
mencapai harga breakout ataupun lebih teruk lagi jatuh di bawah harga breakout.

TRAILING STOP ditetapkan 10% di bawah harga tertinggi (high) yang dicapai oleh saham yang
telah breakout. Dan harga yang ditetapkan oleh TRAILING STOP ini berubah apabila saham naik
lagi dan mencatatkan harga tertinggi. Sebagai contoh, jika selepas breakout pada harga RM1,
saham naik lagi dan mencapai harga tertinggi RM2, maka TRAILING STOP ditetapkan -10% di
bawah harga tertinggi yang dicapai pada masa itu, iaitu RM2-(RM2*10%) = RM1.80. Jika saham
yang telah naik hingga RM2 kemudian jatuh semula dan mencecah harga RM1.80. kita perlu
jual serta merta. Jika saham turun semula -10% daripada harga tertinggi yang dicapai sebelum
itu, bermakna ramai pelabur sedang menjual saham terbabit dan ada kemungkinan saham
terbabit tidak mampu untuk naik lebih tinggi mengatasi aras tertinggi yang dicapai sebelum itu.
Oleh sebab itu berdasarkan kaedah TRAILING STOP kita akan dapat mempastikan keuntungan
yang kita capai tidak lenyap atau lebih teruk lagi jatuh di bawah harga belian yang membawa
kerugian kepada kita.

Perlu diingat, penetapan harga TRAILING STOP akan sentiasa berubah sejajar dengan kenaikkan
harga saham. Sebagai contoh, jika saham telah naik hingga RM2, TRAILING STOP ditetapkan
pada RM1.80. Jika saham naik lagi dan mencecah RM3, TRAILING STOP juga akan turut naik
dan sekarang ditetapkan pada harga RM2.70.

100

www.ilmubiz.com Page 99
WWW

Adakalanya harga TRAILING STOP boleh berada di bawah harga belian kita. Ini berlaku apabila
setelah breakout saham tidak dapat pergi lebih tinggi. Ini menyebabkan harga TRAILING STOP
dan STOP LOSS berada begitu hampir antar satu sama lain. Jika ini berlaku, jualan saham akan
berlaku pada harga STOP yang paling tinggi antara kedua-dua (TRAILING STOP dan STOP LOSS).

b. Strategi menjual saham apabila menghasilkan pertanda untuk dijual (sell signal)

Seperti yang diterangkan dalam bab 'Teknik memilih dan membeli saham berpotensi', di sini
diulang sekali lagi 3 perkara penting dalam memilih dan membeli saham iaitu:

1. Hanya saham berharga RM0.30 ke atas sahaja yang patut diberi penekanan dalam
analisa
2. Belian pada breakout point/pivot point (sehingga 5% daripada breakout point/pivot
point), dan
3. Hanya membeli pada masa pasaran berada dalam uptrend yang jelas dan nyata.

Seterusnya, akan dijelaskan pula teknik bagaimana dan masa yang sesuai untuk menjual saham
yang telah menampakkan keuntungan kepada seseorang pelabur. Walaupun pada
permulaannya, formula ini kelihatan sukar, tetapi dengan bantuan carta saham akan nampak
lebih mudah. Apabila digunakan pada analisis carta saham, formula-formula ini akan nampak
begitu mudah. Sila ulang bacaan 2 atau 3 kali untuk lebih memahami isyarat-isyarat jualan ini.

101

www.ilmubiz.com Page 100


WWW

No. Kaedah Jualan Saham 1 (K-1) : 3-DAYS RUN-UP WITH ISLAND TOP

st
1 RUN-UP DAY
1.1 SETKAN CARTA KEPADA CARTA HARIAN (DAILY CHART)
Sebaik sahaja saham mengalami breakout daripada base (pastikan breakout volume berada
lebih 40% di atas 50-day EMA line), kenalpasti satu hari di mana range (jarak high and low
pada satu price bar) yang terbesar dalam tempoh 5 hari sebelum breakout. Labelkan range
terbesar itu sebagai REF.
1.2 Jika pada hari breakout:
i. range pada hari breakout adalah sama atau melebihi REF, dan
ii. harga saham pada hari breakout ditutup tinggi berbanding semalam, dan
iii. harga saham pada hari breakout berada di atas titik tengah range pada price bar.
st
Labelkan hari breakout itu sebagai 1 RUN-UP DAY.
1.3 Jika range pada hari breakout adalah lebih kecil daripada range pada 5 hari sebelumnya,
pantau saham terbabit semula dan kenalpasti mana-mana hari selepas hari breakout yang
mempunyai range terbesar berbanding range 5 hari sebelumnya. Jika hari tersebut memenuhi
st
kriteria dalam langkah (1.2) (i), (ii) dan (iii) di atas, labelkan hari tersebut sebagai 1 RUN-UP
DAY walaupun ia bukan hari breakout.
nd
2 RUN-UP DAY
st
1.4 Selepas mengenalpasti 1 RUN-UP DAY, pantau harga saham terbabit seterusnya dan
kenalpasti hari yang mempunyai kriteria yang sama dengan kriteria yang dinyatakan dalam
st
langkah (1.2) (i) (ii) (iii) dalam tempoh 5 hari selepas hari 1 RUN-UP DAY. Kemudian labelkan
nd
hari tersebut sebagai 2 RUN-UP DAY.
st
1.5 Namun, jika dalam tempoh 5 hari selepas 1 RUN-UP DAY tiada hari yang memenuhi kriteria
dalam langkah (1.2) (i) (ii) (iii), mula semula daripada langkah (1.1) untuk mencari range yang
terbesar dalam tempoh 5 hari sebelum itu.
rd
3 RUN-UP DAY
nd
1.6 Selepas mengenalpasti 2 RUN-UP DAY, pantau harga saham terbabit seterusnya dan
kenalpasti hari yang mempunyai kriteria yang sama dengan kriteria yang dinyatakan dalam
nd
langkah (1.2) (i) (ii) (iii) dalam tempoh 5 hari selepas hari 2 RUN-UP DAY. Kemudian labelkan
rd
hari tersebut sebagai 3 RUN-UP DAY.
nd
1.7 Namun, jika dalam tempoh 5 hari selepas 2 RUN-UP DAY tiada hari yang memenuhi kriteria
dalam langkah (1.2) (i) (ii) (iii), mula semula daripada langkah (1.1) untuk mencari range yang
terbesar dalam tempoh 5 hari sebelum itu.
ISLAND TOP (PRIMARY)
rd
1.8 Selepas mengenalpasti 3 RUN-UP DAY, pantau harga saham seterusnya dan kenalpasti hari

102

www.ilmubiz.com Page 101


WWW

SistemSaham.com – Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

di mana:
rd
i. harga tertinggi saham berada di atas harga tertinggi 3 RUN-UP DAY, dan
ii. saham membuat new high dalam tempoh 6 bulan, dan
iii. saham ditutup di bawah titik tengah range pada price bar.

Rekodkan harga terendah (price low) saham pada hari tersebut. Labelkan hari tersebut
sebagai ISLAND TOP (PRIMARY).
1.9 Harga terendah yang direkodkan pada langkah (1.8) menjadi support untuk saham terbabit.
Seterusnya, jika hari-hari selepas ISLAND TOP (PRIMARY) saham kemudian membuat new
high, ISLAND TOP (PRIMARY) sebelum ini tidak sah/terbatal. Mula semula daripada langkah
(1.8) untuk mencari ISLAND TOP (PRIMARY) baru dan rekodkan harga terendah ISLAND TOP
(PRIMARY) yang baru.
JUAL!
1.10 Jika saham tidak melepasi harga terendah pada ISLAND TOP (PRIMARY) pada mana-mana
hari selepas ISLAND TOP (PRIMARY), jangan jual! Selagi saham tidak memenuhi kriteria
dalam langkah (1.9) atau saham tidak melepasi harga tertinggi pada hari ISLAND TOP
(PRIMARY), ISLAND TOP (PRIMARY) tersebut masih kekal. Jual sebaik sahaja saham turun
dan melepasi harga terendah ISLAND TOP (PRIMARY). Selalunya ini berlaku dalam masa 1
hingga 5 hari selepas ISLAND TOP (PRIMARY).

Jika saham membuat new high walaupun selepas harga terendah ISLAND TOP (PRIMARY)
telah dibolosi, itu tidak mengapa. Kadangkala, saham akan naik semula. Tujuan kita adalah
untuk sentiasa menjual semasa saham masih dalam keadaan menaik.

103

www.ilmubiz.com Page 102


WWW

No. Kaedah Jualan Saham 2 (K-2) : 3-DAYS RUN-UP WITHOUT ISLAND TOP

st
1 RUN-UP DAY
(rujuk langkah pada Kaedah Jualan Saham 1)
nd
2 RUN-UP DAY
(rujuk langkah pada Kaedah Jualan Saham 1)
rd
3 RUN-UP DAY
(rujuk langkah pada Kaedah Jualan Saham 1)
ISLAND TOP (SECONDARY)
rd
2.1 Selepas mengenalpasti 3 RUN-UP DAY, jika tiada ISLAND TOP (PRIMARY), seperti yang
diterangkan dalam jadual di atas ikuti langkah ini untuk mencari ISLAND TOP (SECONDARY):
rd
i. Selepas 3 RUN-UP DAY, saham akan memuncak (peaking) dan kemudian turun
semula. Selepas beberapa hari menurun, saham akan cuba untuk naik kembali (rally).
ii. rekodkan harga terendah hari pertama rally iaitu hari dimana saham berada pada
paras terendah selepas memuncak dan sebelum naik semula untuk rally,
iii. selepas rally hari pertama, pastikan saham telah naik lebih 8% atau lebih daripada
paras terendah dalam (ii),
iv. selepas memenuhi kriteria (iii), kenalpasti hari saham melonjak naik tetapi kemudian
ditutup di bawah titik tengah range pada price bar.

Rekodkan harga terendah (price low) saham pada hari tersebut. Labelkan hari tersebut
sebagai ISLAND TOP (SECONDARY).
JUAL!
2.2 Jual sebaik sahaja saham turun dan melepasi harga terendah ISLAND TOP (SECONDARY).
Selalunya ini berlaku dalam masa 1 hingga 3 hari selepas ISLAND TOP (SECONDARY).

Jika saham membuat new high walaupun selepas harga terendah ISLAND TOP (PRIMARY)
telah dibolosi, itu tidak mengapa. Kadangkala, saham akan naik semula. Tujuan kita adalah
untuk sentiasa menjual semasa saham masih dalam keadaan menaik.

104

www.ilmubiz.com Page 103


WWW

No. Kaedah Jualan Saham 3 (K-3) : LARGEST SINGLE DAY DROP (LSDD)

3.1 SETKAN CARTA KEPADA CARTA HARIAN (DAILY CHART)


Apabila saham sedang membila chart pattern/base, kenalpasti hari di mana saham
mengalami kejatuhan terbesar atau largest single day drop (LSDD) dalam tempoh bermulanya
base sehingga sebelum saham breakout.

Catatkan kadar kejatuhan dalam unit %. (Contoh : LSDD = -5.65%).


3.2 Selepas saham mengalami hari breakout dengan volume lebih 40% daripada average, pantau
dalam mana-mana hari selepas itu, saamada saham jatuh atau menghadapi loss yang
melebihi LSDD yang direkodkan dalam base sebelum ini.
JUAL!
3.3 Jual sebaik sahaja saham mengatasi LSDD yang direkodkan dalam base sebelum ini.

Kadangkala, saham akan mengalami loss melebihi LSDD dalam tempoh beberapa hari selepas
breakout. JUAL DENGAN SEGERA WALAUPUN SAHAM TIDAK LAGI MELEPASI HARGA LOSS
CUTTING IAITU -8% DIBAWAH HARGA BELIAN!

105

www.ilmubiz.com Page 104


WWW

Contoh-contoh carta berkenaan Strategi menjual saham apabila menghasilkan pertanda untuk dijual (sell signal)

Teknik Jualan Kaedah K-1 dan K-3

106

www.ilmubiz.com Page 105


WWW

Teknik Jualan Kaedah K-1 dan K-3

107

www.ilmubiz.com Page 106


WWW

Teknik Jualan Kaedah K-1

108

www.ilmubiz.com Page 107


WWW

Teknik Jualan Kaedah K-1 dan K3

109

www.ilmubiz.com Page 108


WWW

Teknik Jualan Kaedah K-2

110

www.ilmubiz.com Page 109


WWW

Teknik Jualan Kaedah K-1 dan K3

111

www.ilmubiz.com Page 110


WWW

Teknik Jualan Kaedah K-2

112

www.ilmubiz.com Page 111


WWW

Teknik Jualan Kaedah K-1 dan K3

113

www.ilmubiz.com Page 112


WWW

Teknik Jualan Kaedah K-1

114

www.ilmubiz.com Page 113


WWW

Teknik Jualan Kaedah K-2 dan K3

115

www.ilmubiz.com Page 114


WWW

Teknik Jualan Kaedah K-1

116

www.ilmubiz.com Page 115


WWW

Teknik Jualan Kaedah K-1

117

www.ilmubiz.com Page 116


WWW

Teknik Jualan Kaedah K-1

118

www.ilmubiz.com Page 117


WWW

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, perkara terpenting adalah untuk mengetahui apa yang
sedang dilakukan oleh pasaran sekarang dari segi pergerakkan price and volume action. Belian sesuatu
saham hanya boleh dilaksanakan apabila pasaran telah jelas berada dalam keadaan uptrend setelah
menghasilkan followthrough day. Sebaliknya, saham perlu dijual dengan segera apabila telah
menghasilkan sell signal sebaik sahaja pasaran telah menghasilkan beberapa set distribution day
dalam tempoh masa yang tertentu.

Selalunya, bagi saham-saham yang telah mengalami peningkatan yang memberangsangkan


dalam uptrend yang terhasil sebelum itu, kekuatan saham-saham itu telah menjadi pengetahuan
umum. Selalunya sudah terlambat untuk membeli saham terbabit apabila uptrend telah sampai
pernghujungnya dan saham-saham itulah yang pertama sekali akan menghasilkan sell signal sebelum
pasaran beransur lemah dan jatuh. Jika saham-saham yang telah mengalami kenaikkan yang
memberangsangkan telah mula jatuh bermakna pasaran telah berada pada kemuncaknya walaupun
indeks pasaran masih menunjukkan peningkatan dan kebanyakkan penganalisis masih mengatakan
yang ekonomi berada dalam keadaan terbaik.

Yang peliknya dalam pasaran saham ini, perkara yang bertentangan akan berlaku pada masa-
masa kritikal iaitu apabila saham masih dalam keadaan lemah dan sentiment pelabur rata-rata berada
pada tahap yang terendah sekali, maka tidak lama selepas itu pasaran akan meningkat semula.
Sebaliknya juga berlaku apabila pasaran telah berada hampir kepada kemuncaknya. Pada masa saham
masih menampakkan kenaikkan dan majoriti pelabur masih lagi optimis tentang keadaan pasaran yang
menjangkakan saham dan pasaran akan lain lagi, pada masa itulah dengan secara tiba-tiba saham &
pasaran mula jatuh.

Perkara yang paling sukar untuk diubah adalah sentiment majoriti pelabur-pelabur. Majoriti
pelabur masih lagi berpegang kepada trend terkini yang sedang ditunjukkan oleh pasaran dan
langsung tidak sedar akan perubahan yang mula berlaku dalam pasaran saham yang akan membawa
kepada berubahnya arah pasaran saham, bertentangan dengan arah yang sedang mereka alami pada
masa itu. Sebagai contoh, walaupun pasaran telah meningkat lebih 6 bulan, tetapi majoriti pelabur

119

www.ilmubiz.com Page 118


WWW

masih mengatakan yang masa itu masih tidak sesuai untuk melabur. Mereka menjangkakan yang
pasaran akan bila-bila masa jatuh dan kenaikkan pasaran yang sedang berlaku di depan mata mereka
itu hanya pergerakan palsu dan akan gagal bila-bila masa. Namun apabila kesedaran mula timbul
dalam diri mereka yang pasaran memang sebenar-benarnya sedang naik, maka baru mereka menukar
persepsi mereka tentang pasaran. Jadi, pandangan atau pendapat majoriti tentang pasaran tiada
makna (no weightage) dalam menentukan arah pasaran.

Pandangan atau pendapat majoriti tidak dapat mengerakkan pasaran naik atau turun. Tidak
sama sekali. Pasaranlah sendiri yang menentukan arah mana yang ia patutu pergi berdasarkan
keadaan-keadaan semasa. Dalam ertikata lain, yang paling penting adalah mengetahui apa yang
sedang dilakukan oleh pasaran sekarang dan bertindak berdasarkan maklumat tersebut. Follow the
market, do not follow the crowd or your emotion. Emosi kita adalah musuh kita yang terbesar.

www.ilmubiz.com Page 119


WWW

ANALISIS SAHAM

www.ilmubiz.com Page 120


WWW

1) Taip syarikat
2) Search syarikat
3) Klik syarikat yang anda telah taip

www.ilmubiz.com Page 121


WWW

4) Klik icon Heikin Ashi untuk melihat chart dan volume .

www.ilmubiz.com Page 122


WWW

BURSA SAHAM
MARKET ISLAMIC

www.ilmubiz.com Page 123


WWW

1) Layari website www.bursamalaysia.com/market/


2) Klik Islamic Markets
3) Klik Shariah Compliant Stock Prices

4) Klik Shariah Compliant untuk memilih saham mematuhi syariah .

www.ilmubiz.com Page 124


WWW

CASHFLOW SYARIKAT
www.ilmubiz.com Page 125
WWW

1) Klik menu Financial


2) Klik sub menu Cash Flow

www.ilmubiz.com Page 126


WWW

3) Anda boleh lihat report net income yang terkini untuk memastikan syarikat dalam pretasi yang baik

www.ilmubiz.com Page 127


WWW

CARA MENGATASI
KERUGIAN SAHAM

Jika terjadi breakout pada chart saham anda perlu lihat pada avg.cost untuk harga purata 1unit saham dan
lihat pada last price untuk membuat pembelian dan baiki loss kerugian .

www.ilmubiz.com Page 128


WWW

www.ilmubiz.com Page 129