Anda di halaman 1dari 4

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau


persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan
akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat
atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan
keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang
bertindak sebagai konduktor.

Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk
menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan/pasukan
itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan
garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang
nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai
suara solo.

2.0 PENGENALAN

Bicara Berirama adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Sub Unit


Bahasa Melayu, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Diharapkan dengan pertandingan ini akan dapat
menggalakkan dan meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa
Melayu Baku dan bahasa Melayu yang indah dalam kalangan murid-murid
sekolah menengah khasnya.

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Sasaran
Pertandingan ini terbuka untuk murid menengah rendah (Tingkatan
Peralihan, 1,2 dan 3) saja. Setiap kumpulan/pasukan mestilah dari
sekolah yang sama. Digalakkan penyertaan berbilang kaum.

3.2 Masa
Persembahan hanya dihadkan selama 12 hingga 15 minit.

138
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

3.3 Kumpulan
Setiap kumpulan/pasukan mestilah berjumlah 27-30 orang termasuk
seorang konduktor ). Setiap kumpulan/pasukan mestilah diiringi oleh
4 orang guru pengiring.

3.4 Teks/Skrip
Skrip adalah bertema sama ada dalam puisi atau prosa. Skrip
mestilah dikarang/reka sendiri dan autentik. Setiap pasukan TIDAK
DIBENARKAN membaca atau merujuk nota/teks/bahan bercetak dan
bertulis semasa membuat persembahan. Skrip yang dikarang/reka
mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama, kaum,
budaya dan peribadi seseorang. Skrip yang dikarang hendaklah
dihantar kepada penganjur
selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum pertandingan.

3.5 Pakaian
Semua peserta mesti memakai pakaian seragam dan bersesuaian
yang mengikut tema pertandingan yang akan ditetapkan. Hanya
konduktor dibenarkan memakai sarung tangan putih.

3.6 Alatan
Penggunaan mikrofon adalah tidak digalakkan. Sekiranya ada,
mikrofon tersebut hendaklah diletakkan dua (2) meter daripada
peserta.

3.7 Sokongan
Sebarang alatan/sokongan seperti nyanyian, lakonan, berdrama
prop, bahan latar yang bertujuan untuk membantu persembahan, latar
bunyi sama ada dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis tidak
dibenarkan. Rakaman muzik minus one sahaja dibenarkan pada
segmen permulaan dan penutup persembahan.

3.8 Pentas
Susunan pasukan di pentas adalah bebas mengikut kreativiti pasukan
masing-masing. Susunan yang dibenarkan tidak melebihi tiga baris.
(Peraturan pergerakan masih kekal seperti di atas).

4.0 LARANGAN

Peniruan bunyi dan suara dibenarkan tetapi tidak menyentuh sensitiviti


kaum, agama dan budaya masyarakat Malaysia secara langsung

5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN

138
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

5.1 Persembahan Ujaran (30 markah)


Kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan
dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai

5.2 Keseragaman persembahan (15 markah)


Formasi berbentuk objek dan pergerakan setempat.

5.3 Kreativiti (10 markah)


Kesesuaian, kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak yang
bermakna serta rakaman muzik yang sesuai.(minus one)

5.4 Kesan bunyi (5 markah)


Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki
dan lain-lain lagi

5.5 Penghayatan (10 markah)


Ekspresi mimik muka dan bahasa tubuh

5.6 Tempo dan ritma (10 markah)


Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, Jeda antara
segmen, Ad-lib (sahut-menyahut) antara SUARA SOLO dan SUARA
RAMAI

5.7 Konduktor (20 markah)


Keselarasan gerak tangan, Mimik Muka, Tempo dan Kepimpinan

5.8 Penalti (tolak 10 markah)


Sekiranya menyentuh isi-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat
pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi
had masa atau kurang 5 minit dan persembahan yang keterlaluan.

5.9 Skrip

5.9.1 Tema/Mesej (10 markah)


Isi yang bernas, sesuai dan jelas mengikut tema dan mencapai
kehendak audiens.

5.9.2 Bahasa ( 40 markah)


Baku dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan ungkapan.
Bahasa percakapan (dialog) yang digunakan sesuai. Penggunaan
bahasa bombastik dan dialek tidak digalakkan

5.9.3 Cerita (30 markah)


Ada kesinambungan cerita . Jalan cerita jelas dan menampakkan
keaslian (originality). Arahan dalam skrip dinyatakan dengan jelas
dan difahami
138
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

5.9.4 Watak (10 markah)


Mempunyai watak SUARA SOLO dan SUARA RAMAI.
Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran

5.9.5 Kreativiti (5 markah)


Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita ,
Menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar khalayak
dan sesuai dengan tema

5.9.6 Markah Bonus (5 markah)


Memperaga dan mempersembahkan skrip untuk memperlihat
kesungguhan pasukan
Menyediakan sinopsis atau kandungan dalam skrip

6.0 KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD

7.0 HAL-HAL LAIN


Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan
pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhak untuk membuat
keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.

9.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum


dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia

138
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai