Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) TERSANG 3

27650 RAUB
NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
Telefon : 09 - 3402449
Fax : 09 - 3402448

Ruj Tuan :
Ruj Kami : CBA6024.600-3/1/33( )
Tarikh : 2 JANUARI 2019

PN. NUR IZZATI BT ABD WAHAB

Tuan/Puan,

PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) TAHUN 2019


PELANTIKAN SETIAUSAHA PEPERIKSAAN SEKOLAH

NAMA INSTRUMEN : ProKhas 1 dan ProKhas 2

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah melantik tuan/puan sebagai Setiausaha Peperiksaan


PASR

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut :

3.1 Membuat Pendaftaran Calon PASR Tahun 2019

3.2 Memuat turun Arahan Penilaian Akhir (APA) Prokhas, Panduan Penskoran Prokhas, dan
instrument Tugasan Prokhas PASR

3.3 Mengurus pelaksanaan PASR mengikut Jadual Kerja PASR sekolah


dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP.

3.4 Menyerahkan instrumen PASR kepada GB bersama-sama GPK Pendidikan Khas /


Penyelaras Pendidikan Khas untuk verifikasi secara teknikal.

4. Pelantikan tuan/puan adalah sah untuk tahun semasa dan pihak sekolah boleh membatalkan
pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara diatas.

5. Pihak sekolah berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan
penuh tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………
SITI SALOMA BINTI MAT ARIS
Guru Besar
SK (FELDA) TERSANG 3
27650 RAUB

Anda mungkin juga menyukai