Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENDAHULUAN

Perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan peribadi yang diadakan bagi membantu

insan dalam menangani permasalahan yang berlaku ke atas mereka. Kaunseling juga

berperanan sebagai satu tempat dimana seseorang yang bermasalah membuat rujukan

bagi menangani masalah kehidupan dalam seharian. Kaunselor, melalui perhubungan ini

dengan menggunakan kemahiran khususnya, menyediakan satu situasi atau suasana,

apabila kaunseli (seorang yang normal dari segi mental) dibantu memahami masalah

dirinya, memahami situasi semasanya serta kemungkinan situasai masa hadapannya,

supaya dia dapat menggunakan sifat-sifat peribadinya dan potensinya dengan cara

memuaskan dirinya dan memberikan faedah kepada masyarakat. dan selanjutnya dan

mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluanya pada masa

akan datang. Mereka cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut jadi sebagai kaunselor

yang mempunyai pengetahuan sepatutnya mereka menjadi penasihat atau pembimbing

kepada insan yang memerlukan bantuan ini dengan memberi mereka cadangan atau

membantu mereka dalam mencari penyelesaian sendiri mengenai masalah mereka tadi.

Kaunseling kelompok pula boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang

individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi antara satu sama

lain. Menurut Trotzer ( 1977 ), kaunseling kelompok sebagai perkembangan suatu

perhubungan antara individu. Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti kepercayaan,

penerimaan, hormat-menghormati, kemesraan, komunikasi dan kefahaman.

1
Melalui penerangan di atas, sedikit sebanyak dapat diperjelaskan tentang keadaan

kaunseling individu dan kaunseling kelompok untuk dikaitkan dengan klien yang terdiri

daripada pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

2.0 SETING SESI KELOMPOK

Kaunselor mengikut Akta Kaunselor 1998 merupakan mana-mana individu yang

mengamalkan kaunseling dan memperolehi bayaran atau fee atau apa-apa balasan yang

berkaitan dengannya. Bagi setting persekolahan di Malaysia, kaunselor ditakrifkan

sebagai seorang individu atau guru yang dilantik oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri

melalui Pengetua sekolah masing-masing yang bertugas sebagai Kaunselor Pelajar.

Pihak sekolah telah menyediakan satu bilik khas untuk menjalankan sesi kaunseling.

Keadaan bilik kaunseling adalah selesa, kemas dan privasi klien juga terjaga untuk

menjalankan sesi kaunseling. Klien di sekolah terdiri daripada pelajar sekolah pada

tahap umur antara 13 –17 tahun. Pada tahap umur ini mereka akan masuk ke alam

remaja dan mula mengalami perkembangan diri serta tidak tahu sama sesuatu perbuatan

itu betul atau salah.

2.1 Latarbelakang Sekolah

Kaunselor pelatih memilih sekolah Sekolah Menengah St. Francis Convent

(M) atau nama ringkasnya SM St Francis Convent (M), sebagai setting untuk

menjalankan sesi kaunseling kelompok. Sekolah yang dipilih merupakan sebuah

Sekolah menengah yang terletak di Luyang.

2
Mengikut statistic pelajar terkini yang diperoleh dari pihak sekolah, Sekolah

Menengah St. Francis Convent (M) memiliki 0 pelajar lelaki dan 852 pelajar

perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 852 orang.

2.2 Tujuan dan Matlamat Kaunseling

Matlamat utama bimbingan dan kaunseling ialah perubahan tingkah laku,

meningkatkan mutu perhubungan, pengurusan diri, bijak membuat keputusan dan

pengembangan potensi.

2.3 Kemudahan Bilik Kaunseling / Peralatan

Kemudahan bilik kaunseling yang terdapat di sekolah ini terdiri daripada

kemudahan asas yang biasa terdapat di unit-unit bimbingan kaunseling sekolah

lain. Antara kemudahan yang terdapat di unit bimbingan kaunseling sekolah ini

seperti bilik kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Bilik kaunseling

kelompok dilengkapi dengan kemudahan kerusi yang disusun secara berhadapan

dalam bentuk bulatan. Peralatan lain yang terdapat seperti rak fail, carta

organisasi, papan putih, papan lembut, komputer riba dan projektor LCD.

2.4 Cara-Cara Mendapatkan Klien

Melalui temuramah dan cadangan daripada pihak kaunselor sekolah dan

guru disiplin, mereka mencadangkan beberapa nama pelajar yang di anggap

selalu membuat masalah di sekolah dan telah banyak kali mengikuti sesi

3
kaunseling. Selain itu pelajar juga dipilih berdasarkan latarbelakang keluarga

yang berbeza.

3.0 TEORI YANG DIGUNAKAN

Kaunselor pelatih menggunakan pendekatan Teori Cognitive Behavioral

Theraphy (CBT) atau dalam Bahasa Melayu kognitif tingkah laku semasa

menjalankan sesi kaunseling kelompok. CBT boleh didefinisikan sebagai

psikoterapi yang berfokus kepada keadaan seseorang di mana ketika seseorang

individu mengubah pemikiran maladaptive sekaligus ia akan mengubah tingkah

laku individu tersebut (Spiegler & Guevremont, 2013). Hal ini bermaksud CBT

berasaskan model bahawa perasaan dan tindakan kita dipengaruhi oleh gaya kita

berfikir dan bukannya dari faktor luaran. Teori CBT akan berfokus kepada

bagaimana menggantikan sesuatu perkara atau tingkah laku yang negatif kepada

tingkah laku yang lebih baik ataupun positif.

Dalam terapi kognitif mengandaikan bahawa pemikiran yang negatif atau tidak

rasional akan muncul dan terbentuk daripada gangguan emosi seseorang

individu. Hal ini berlaku apabila seseorang itu bertindak berdasarkan pemikiran

yang telah diputarbelit terhadap sesuatu perkara atau situasi. CBT merupakan

terapi yang berasaskan bukti yang mensasarkan kepada masalah semasa klien.

Terapi ini mampu untuk memperbaiki gangguan yang berlaku kepada emosi,

pemikiran dan tingkah laku negatif klien yang akan menggangu keadaan

kehidupan seharian individu.

4
Menurut Greenberger dan Pedesky (1995), prinsip utama CBT ialah lima

komponen utama iaitu persekitaran, pemikiran, perasaan, sensasi fizikal dan

tingkah laku.

Rajah 1: Prinsip Utama

Lima komponen ini akan berhubung kait antara satu sama lain sebagaimana yang

ditunjukkan dalam rajah di atas. Masalah wujud apabila berlaku kitaran jahat

(vicious circle) yang saling berkait di antara ke lima-lima komponen ini.

4.0 ISU YANG DIBINCANGKAN

4.1 Isu Pertama: Seksual

Masalah yang paling utama di sekolah itu ialah masalah seksual di mana pelajar

perempuan menjalinkan hubungan sesama jenis iaitu lesbian. Memandangkan

sekolah yang di pilih merupakan all girl school, kaunselor pelatih sudah dapat

menjangkakan masalah ini akan timbul.

Berdasarkan empat sesi kaunseling yang dijalankan bersama ahli kelompok,

kesemua mereka pernah dan sedang terlibat dalam hubungan sejenis. Perkara ini

mungkin dipengaruhi oleh factor persekitaran sekolah tersebut kerana para

pelajar hanya berjumpa dengan pelajar yang sama jantina jika dibandingkan

dengan sekolah campuran.

5
Tambahan pula, apabila terlibat dengan hubungan sejenis, keluarga mereka tidak

dapat menghidu hubungan tersebut dan mereka dapat meneruskan hubungan

terlarang tersebut seperti biasa.

4.2 Isu Kedua: Keluarga

Isu kedua yang sempat dibincangkan adalah masalah bersama keluarga ahli. Ini

adalah masalah yang disering hadapi oleh pelajar sekolah. pada peringkat umur

ahli kelompok, mereka mempunyai perasaan ego dalan hati yang fikirkan mereka

sahaja betul dan lain adalah salah. Semua individu mempunyai personaliti dan

keindividuan yang tersendiri dan tidak semua individu mempunyai empati atau

mempunyai kefahaman untuk memahami. Ada juga pelajar yang takfirkan

pandangan dan pendapat rakannya dan berlaku bertentangan pendapat.

Ahli kelompok ada yang terdiri daripada keluarga yang besar dan mempunyai

banyak adik-beradik. Sesetengah mereka menganggap perkara itu adalah bencana

kerana kerana disebabkan adik-beradik yang lain, dia kurang mendapat kasih

sayang. Mereka terpaksa melakukan sesuatu untuk mendapatkan perhatian ibu

bapa mereka.

Dalam permasalahan ini, peranan ibu bapa dalam memberi perhatian sama rata

kepada anak-anak amat dititikberatkan supaya tiada anak-anak yang merasa

kekurangan kasih sayang. Dalam usia mereka yang masih muda dan dalam

peringkat penerokaan ini, mereka perlu mendapat bimbingan dari ibu bapa

mereka dalam melakukan sesuatu perkara dan bukan hanya membiarkan mereka

meneroka dunia tanpa bimbingan. Mereka mungkin akan mendapat bimbingan

6
dari mereka yang tidak berpengalaman contohnya rakan sebaya mereka kerana

mereka lebih banyak meluangkan masa bersama rakan sebaya.

4.3 Isu Ketiga: Pengawalan Emosi

Isu ketiga yang dikongsi oleh ahli kelompok adalah isu kegagalan mengawal

emosi mereka. Kegagalan mengawal emosi menyebabkan mereka terlibat dengan

pelbagai masalah disiplin di sekolah contohnya bergaduh di sekolah dan

mencuri. Kemarahan adalah satu emosi semulajadi yang kita semua alami dari

semasa ke semasa. Kemarahan boleh berlaku disebabkan oleh peristiwa luaran

dan dalaman. Seseorang individu boleh menjadi marah pada orang tertentu atau

kejadian atau kemarahan boleh timbul disebabkan oleh kebimbangan atau

konflik berkenaan dengan hal peribadi.

Secara nalurinya, cara semulajadi untuk menyatakan kemarahan adalah dengan

bertindak balas secara agresif. Kemarahan adalah, tindak balas penyesuaian

semula jadi kepada ancaman; amat mempengaruhi perasaan dan tingkah laku,

yang membolehkan kita untuk melawan dan mempertahankan diri kita apabila

kita diserang. Oleh itu, kemarahan pada kadar yang minimum ini adalah perlu

untuk keseimbangan kehidupan seharian kita. Pada masa yang sama, kita tidak

boleh secara fizikal menyerang pada setiap orang atau objek yang mengganggu

atau menyakitkan hati kita; undang-undang, norma-norma sosial, dan akal

menetapkan had sejauh mana kemarahan itu boleh membawa kita

7
5.0 TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING

Kaunselor pelatih menggunakan satu teknik kaunseling. Teknik kaunseling yang

digunakan oleh kaunseling menjalankan sesi kaunseling adalah dengan menggunakan

teknik play therapy.

5.2 Play Therapy

Dari aspek psikologi, Play Therapy memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-

kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Play Therapy membantu pelajar

mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang

dijalankan.

Play Therapy adalah suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan kesempatan

untuk belajar keterampilan sosial-emosional dan meningkatkan ketahanan

emosional. Kecenderungan semulajadi pelajar untuk bermain merupakan cara

yang sangat memotivasikan mereka untuk mendapatkan perubahan tingkah laku

dan kemahiran sosial yang lebih baik. Anak-anak cenderung dengan peribadi

yang menyelesaikan masalah dengan agresif, kurangnya persahabatan,

pengurusan kemarahan dan pembohongan.

6.0 KEMAHIRAN KAUNSELING

Dalam proses kaunseling kelompok yang djalankan, terdapat beberapa kemahiran

kaunseling yang digunakan. Antaranya ialah:

6.1 Kemahiran Pra Sesi

8
Kaunselor perlu mengambil beberapa perkara yang penting sebelum memulakan

suatu sesi kaunseling. Hal ini adalah untuk memastikan klien selesa untuk

berkongsi atau meluahkan masalah kepada kaunselor. Antaranya adalah seperti

tempat kauseling itu akan diadakan. Kaunseling boleh dijalankan di mana-mana

tempat namun biarlah di tempat yang tertutup, selesa dan tanpa gangguan yang

akan menyukarkan klien untuk menceritakan masalah kepada kaunselor. Selain

itu, kaunselor juga mendapatkan serba sedikit mengenai latar belakang klien. Ini

bagi memudahkan kaunselor mendapat gambaran ringkas mengenai kliennya.

6.2 Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merupakan antara kemahiran yang sangat penting yang

perlu ada dalam diri kaunselor. Kaunselor perlu aktif supaya dapat mewujudkan

hubungan yang mesra dalam sesi kaunseling tersebut. Kaunselor perlu lebih

banyak meluangkan masa untuk mendengar masalah klien dan memberi tumpuan

sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan daripada klien. Gerak geri klien

perlu dilihat dan di ambil serius kerana perkara ini memberi makna terhadap

sesuatu yang ingin disampaikan oleh klien. Proses mendengar ini semestinya

akan melibatkan semua deria yang terdapat pada diri kaunselor seperti telinga

untuk mendengar, mata untuk melihat tingkah laku, hidung untuk menghidu bau

yang ada di sekeliling dan kadang kala deria sentuhan seperti bersalaman juga

akan memberi keyakina klien terhadap kaunselor.

9
6.3 Memberi Galakan dan Meminta Penjelasan

Kemahiran memberi galakan dengan cara mendorong klien untuk terus bercakap

dan berkongsi masalah dengan kaunselor. Kaunselor pelatih mengggunakan

bahasa badan seperti menganggukan kepala dengan yakin dan menggunakan

perkataan sepeti “uhum” atau “ya” untuk menampakkan minat kaunselor kepada

percakapan klien.

Untuk kemahiran meminta penjelasan pula adalah untuk memberi yang lebih

baik untuk menceritakan semua masalah kepada kaunselor. Kaunselor pelatih

meminta penjelasan daripada klien jika merasakan percakapan daripada klien

tersebut masih terdapat kekaburan atau susah untuk difahami. Ini akan

memudahkan kaunselor untuk mengumpul segala maklumat yang disampaikan

oleh klien. Dengan adanya kemahiran ini, kaunselor pelatih lebih fokus terhadap

perbincangan yang dilakukan semasa sesi sedang dijalankan.

6.4 Kemahiran Memimpin

Kemahiran ini adalah untuk menggalakan klien memberi tindak balas kepada

komunikasi yang sedang dijalankan terutama komunikasi terbuka. Kemahiran ini

sangat penting untuk memastikan klien mampu untuk menerangkan segala

permasalahan, peluang untuk berinteraksi dan menggalakan klien menentukan

atau arah tuju sesi kaunseling. Terdapat dua kemahiran memimpin iaitu

memimpin secara lansung di mana bertujuan memberi fokus kepada sesuatu

topik relevan yang sedang diperbincangkan dan menggalakkan klien bercerita

atau menjelaskan sesuatu lebih terperinci dan jelas dan kedua, memimpin secara

10
tidak lansung di mana ia selalu digunakan pada awal sesi untuk memberi peluang

kepada klien memulakan sesi.

6.5 Kemahiran Menyoal

Kebiasaanya, kemahiran ini memang sudah ada dalam diri seseorang kaunselor.

Teknik menyoal yang tidak betul akan menyebakan sesi kaunseling tersebut akan

menjadi seperti perbualan biasa. Walaupun begitu, kaunselor juga perlu

menghindari daripada menyoal seperti soal siasat pihak penguatkuasa terhadap

penjenayah untuk mengelakkan klien terasa diri mereka seperti pesalah.

6.6 Refleksi

Uniknya seorang kaunselor dalam sesi kaunseling adalah dengan adanya refleksi

terhadap permasalahn yang diluahkan kepada kaunselor. Refleksi merupakan

pengulangan kembali pokok atau isi kata-kata klien secara tepat, padat dan

ringkas. Justeru, klien akan merasa yakin terhadap kaunselor kerana kaunselor

faham akan apa yang disampaikan oleh klien. Terdapat tiga jenis refleksi iaitu

refleksi isi, refleksi perasaan dan refleksi pengalaman.

6.7 Kemahiran Penamatan

Kemahiran penamatan amat penting untuk memastikan klien tahu sama ada sesi

masih dijalankan ataupun sudah habis.

11
7.0 KELEMAHAN DAN CADANGAN MENGATASINYA

7.1 Kelemahan

Memandangkan ini merupakan kali pertama kaunselor pelatih menjalankan sesi

kaunseling kelompok di luar setting kelas tanpa kehadiran penyarah, terdapat

pelbagai masalah sepanjang sesi kelompok dijalankan iaitu;

7.1.1 Kekurangan masa

Sesi kaunseling yang sepatutnya dijalankan sebanyak enam sesi hanya

mampu dijalankan sebanyak empat sesi sahaja atas factor kekangan masa

yang dihadapi oleh kaunselor pelatih. Hal ini disebabkan tuntutan kerja

kaunselor pelatih sebagai seorang guru dan memegang beberapa jawatan

di sekolah atas sebab-sebab tertentu.

Perubahan cara hidup daripada seorang penganggur dan pelajar kepada

seorang pekerja dan pelajar menyebabkan kesukaran untuk

membahagikan masa menyiapkan tugasan yang diberi. Tambahan pula,

kepadatan masa yang dihadapi oleh kaunselor pelatih iaitu dari jam 10.00

pagi hingga 5.00 petang bertugas sebagai guru dan 7.00 malam perlu

menghadiri kelas di fakulti.

7.1.2 Tiada asas menjalankan sesi kaunseling

Sebagai pelajar ambilan sesi Februari dan bukan pelajar dalam bidang

kaunseling di dalam pengajian ijazah sarjana muda sebelumnya,

kaunselor pelatih tidak mempunyai pengalaman dan teori asas dalam

12
menjalankan sesi kaunseling. Sepanjang menjalankan sesi, kaunselor

pelatih hanya menggunakan dan mempraktikkan ilmu yang diperoleh

semasa berada di kelas dengan ilmu tambahan yang diperoleh daripada

sumber internet.

7.1.3 Kekangan masa ahli kelompok

Oleh kerana ahli kelompok merupakan pelajar-pelajar tingkatan 2 dan

bersekolah pada sesi petang, kaunselor pelatih menghadapi kesukaran

dalam mengumpulkan merekada pada masa yang sama. Telah banyak sesi

kaunseling yang dibatalkan kerana mereka tidak dapat datang pada

sebelah pagi untuk menjalankan sesi kaunseling. Pada sebelah petang

pula, untuk pelajar yang menjalani sesi kaunseling, mereka Cuma

mendapat kebenaran keluar kelas selama 1 jam sahaja atas factor

kebimbangan guru-guru jika pelajar-pelajar tersebut ketinggalan

matapelajaran yang dijalankan di dalam kelas.

7.1.4 Kurang kemahiran dalam penggunaan ujian kaunseling

Dalam menjalankan sesi kaunseling kelompok ini, kaunselor pelatih telah

bersetuju dengan cadangan kaunselor sekolah untuk menggunakan

inventori yang disediakan oleh pihak sekolah bagi memudahkan

kaunselor pelatih mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh ahli

kelompok. Inventori yang digunakan adalah ujian Minda Sihat (Soal

Selidik Masalah Murid). Disebabkan kaunselor pelatih tidak mempunyai

13
asas dalam mengendalikan ujian psikologi, urus tadbir penggunaan ujian

juga berlaku agak kurang teratur.

7.1.5 Pertindihan peranan

Pertindihan peranan sebagai guru kelas, guru disiplin dan guru

matapelajaran menyebabkan para pelajar telah mengenali kaunselor

pelatih secara dekat. Ini bagi pendapat saya menyukarkan sesi kaunseling

dijalankan kerana mereka telah terbiasa dengan layanan di kelas dan

menganggap perjumpaan di bilik Bimbingan dan Kaunseling merupakan

perjumpaan di kelas biasa dan sesi tidak dapat dijalankan dengan lebih

efektif.

7.2 Cadangan Mengatasi

Cadangan unutk mengatasi masalah-masalah di atas adalah bermula daripada diri

saya sendiri. Sebagai pencebur baru dalam bidang kaunseling ini, saya tidak

seharusnya bergantung sepenuhnya pembelajaran di dalam kelas dan saya harus

mengambil inisiatif sendiri untuk mencari apa-apa maklumat yang berkaitan

dengan bidang yan dipelajari. Adanya kemudahan teknologi dan maklumat di

hujung jari bukan lagi alasan untuk terus berada di takuk yang lama dan hanya

mengharapkan suapan daripada para pensyarah.

Masalah kekangan masa kerana bekerja dan belajar dalam satu masa merupakan

pilihan diri sendiri. Masalah tersebut dapat di selesaikan dengan menghasilkan

14
jadual kerja yang lebih teratur. Pertindihan peranan sebagai pelajar, guru

matapelajaran, guru kelas dan guru disiplin juga dapat di elakkan jika saya

berjaya mengasingkan dan mengetahui tugas dan kepentingan utama perkara-

perkara tersebut dijalankan.

8.0 KESIMPULAN

Kaunseling dapat mewujudkan pembangunan atau perkembangan potensi yang sedia

ada. Klien-klien yang berbakat atau berpotensi dapat mengembangkan bakat mereka

selepas mendapat nasihat atau tunjuk ajar kaunselor. Apakah maksud kaunseling

sebenarnya? Sebenarnya definisi Kaunseling adalah suatu proses menolong yang

melibatkan interaksi dua hala antara orang yang memberi pertolongan dan orang yang

menerima pertolongan dalam suasana yang penuh muhibah, kesedaran dan saling

memahami.

Kepimpinan dalam kelompok memainkan peranan yang besar untuk menjayakan

sesebuah kelompok. Pelbagai cara, gaya dan pendekatan yang digunakan oleh pemimpin

kelompok untuk menjayakan kelompok yang dipimpinnya. Isu-isu yang dibincangkan

dan diketengahkan dalam kertas kerja ini boleh memberikan kesan ke atas sama ada

berjaya atau gagal. Oleh itu seorang pemimpin perlu bertindak dengan sebaik mungkin

supaya mereka mampu mengendalikan kelompok dengan berkesan dan mencapai

matlamatnya.

15
LAMPIRAN

16
BIBLIOGRAFI

Amir Awang (1987). Teori-teori kaunseling dan psikoterapi. Pulau Pinang: Universiti Sains

Malaysia.

Trotzer, J. P. (1977). The Counselor and the Group: Integrating Theory, Training, and
Practice.

Othman Mohamad (2000).Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling( Penerbit

UPM), Serdang, Selangor.

Sabariah Saran (2003) Teori Kaunseling dalam Perhubungan Menolong (Penerbit Prearson

Practice Hall) Petaling Jaya, Selangor.

Modul OUM HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling ditulis oleh Dr.Zainal Abidin Ahmad

(OUM) dan Profesor Madya Dr.Wan Abdul Kader Wan Ahmad (UKM).

Mizan Abdul Ahmad Ibrahim dan Halimatun Moktar ( 2001 ) Apa dan Bagaimana (Penerbit

Fajar Bakti Snd.Bhd. Shah Alam).

Guevremont, S. (2003). Contemporary Behavior Therapy (4th Edition). USA: Thomson


Wadsworth.
Padesky, C. A., & Greenberger, D. (1995). Clinician's Guide to Mind Over Mood.
Beck, J. S. (1995). Cognitive therapy: Basics and beyond. New York, NY, US: Guilford Press.

17