Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENDAHULUAN

Kaunseling kelompok boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa

orang individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi antara satu

sama lain. Menurut Trotzer ( 1977 ), kaunseling kelompok sebagai perkembangan

suatu perhubungan antara individu. Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti

kepercayaan, penerimaan, hormat-menghormati, kemesraan, komunikasi dan

kefahaman.

Kertas ini adalah refleksi bagi sesi kaunseling kelompok yang dijalankan oleh

pensyarah bagi memenuhi keperluan subjek Proses dan Perkembangan Kerja

Kelompok.

1
2.0 PROSES KAUNSELING DIJALANKAN

Kaunseling kelompok ini dibentuk dengan disertai oleh tujuh hingga dua

belas, orang mengikut kesesuaian, yang terdiri daripada seorang ketua atau kaunselor

dan ahli-ahlinya. Berbeza dengan sesi kaunseling individu, ahli kelompok dipilih

secara sukarela. Pada peringkat awal pemilihan ahli, proses temu duga perlu

dijalankan supaya ahli yang dipilih bersesuaian dengan topik atau isu yang bakal

dibincangkan. Selain itu, dengan proses temu duga ini, sedikit pendedahan tentang

proses kaunseling kelompok dapat digambarkan kepada ahli-ahli sebelum

perbincangan dimulakan.

Ketua bertindak sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan dalam mengendali dan

mengetuai kelompok berkenaan serta menentukan isu yang ingin dibincangkan. Ketua

juga perlu jelas dengan tujuan dan matlamat sebenar pembentukan kelompok tersebut

agar kelompok yang dibentuk akan menghasilkan perbincangan yang produktif dan

berjaya. Kepekaan dan kewibawaan ketua penting dalam menyesuaikan teori yang

dipelajari dengan situasi yang dihadapi berikutan ketua atau kaunselor tersebut

menghadapi lebih daripada seorang klien yang mempunyai personaliti yang berbeza-

beza dan variasi.

Kemesraan dan keselesaan antara ahli kumpulan perlu dipupuk terlebih dahulu

sebelum sesi perbincangan dimulakan. Hal ini bagi mewujudkan keselesaan antara

ahli kumpulan dalam bekerjasama menjayakan sesi kaunseling. Nilai terapi sesi

kaunseling kelompok terletak pada suasana saling mempercayai, penerimaan, saling

memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Keempat-empat aspek

ini sangat penting dalam menjayakan sesi perbincangan yang dijalankan. Hal ini

2
disebabkan ahli-ahli yang terlibat akan lebih terbuka untuk berkongsi pengalaman

hidup mereka dengan ahli-ahli yang lain dan lebih ikhlas dalam usaha bantu-

membantu sesama ahli kelompok.

Sesi perbincangan diteruskan dengan penyataan isu yang ingin dibincangkan dan

aspek-aspek yang perlu diambil kira seperti faktor penyebab masalah tersebut dan

solusi yang tepat dalam menyelesaikannya. Sepanjang sesi perbincangan ini berjalan,

setiap ahli diberi hak kebebasan untuk menyuarakan pendapat. Namun, sensitiviti

ahli-ahli yang lain perlu diambil kira agar konflik antara ahli dapat dielakkan.

3
3.0 KEMAHIRAN KAUSELING

Dalam proses kaunseling kelompok yang dikendalikan oleh pensyarah, terdapat

beberapa kemahiran kaunseling yang telah digunakan. Antaranya ialah:

3.1 Kemahiran Pra Sesi


Kaunselor perlu mengambil beberapa perkara yang penting sebelum

memulakan suatu sesi kaunseling. Hal ini adalah untuk memastikan klien

selesa untuk berkongsi atau meluahkan masalah kepada kaunselor. Antaranya

adalah seperti tempat kauseling itu akan diadakan. Kaunseling boleh

dijalankan di mana-mana tempat namun biarlah di tempat yang tertutup, selesa

dan tanpa gangguan yang akan menyukarkan klien untuk menceritakan

masalah kepada kaunselor. Selain itu, kaunselor juga mendapatkan serba

sedikit mengenai latar belakang klien. Ini bagi memudahkan kaunselor

mendapat gambaran ringkas mengenai kliennya.

Ketika kaunseling kelompok dikendalikan oleh pensyarah, beberapa kriteria

diatas ada dipenuhi bagi mewujudkan suasana kaunseling kelompok yang

kondusif, Kaunseling kelompok tersebut telah di jalankan di makmal

kaunseling yang terdapat di bangunan Psikologi, Fakulti Psikologi dan

Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah. Kelengkapan yang terdapat di bilik

tersebut memenuhi keselesaan ahli kelompok, namun keadaan cahaya yang

malap menyebabkan terdapat sesetengah ahli kelompok mengantuk ketika sesi

dijalankan.

3.2 Kemahiran Mendengar


Kemahiran mendengar merupakan antara kemahiran yang sangat penting yang

perlu ada dalam diri kaunselor. Kaunselor perlu aktif supaya dapat

mewujudkan hubungan yang mesra dalam sesi kaunseling tersebut. Kaunselor

4
perlu lebih banyak meluangkan masa untuk mendengar masalah klien dan

memberi tumpuan sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan daripada

klien. Gerak geri klien perlu dilihat dan di ambil serius kerana ia memberi

makna terhadap sesuatu yang ingin disampaikan oleh klien. Proses mendengar

ini semestinya akan melibatkan semua deria yang terdapat pada diri kaunselor

seperti telinga untuk mendengar, mata untuk melihat tingkah laku, hidung

untuk menghidu bau yang ada di sekeliling dan kadang kala deria sentuhan

seperti bersalaman juga akan memberi keyakina klien terhadap kaunselor.

Dalam sesi yang dijalankan oleh pensyarah, pensyarah selaku kaunselor

menunjukkan kemahiran mendengar diperlukan sepenuhnya ketika kaunseling

kelompok dijalankan. Disini kita dapat lihat bahawa keperluan berfungsinya

deria pendengaran dengan baik selaku ketua kelompok bagi memastikan sesi

kaunseling kelompok dapat dijalankan dengan lancer. Selain iu, hasil

pemerhatian saya, kaunselor perlu mengekalkan focus dalam menjalankan sesi

kaunseling supaya tidak berlaku pengabaian klien ketika sesi dijalankan.

3.3 Memberi Galakan dan Meminta Penjelasan


Kemahiran memberi galakan dengan cara mendorong klien untuk terus

bercakap dan berkongsi masalah dengan kaunselor. Kaunselor boleh

mengggunakan bahasa badan seperti menganggukan kepala dengan yakin dan

menggunakan perkataan sepeti “uhum” atau “ya” untuk menampakkan minat

kaunselor kepada percakapan klien.

Untuk kemahiran meminta penjelasan pula adalah untuk memberi yang lebih

baik untuk menceritakan semua masalah kepada kaunselor. Kaunselor boleh

meminta penjelasan daripada klien jika merasakan percakapan daripada klien


5
tersebut masih terdapat kekaburan atau susah untuk difahami. Ini akan

memudahkan kaunselor untuk mengumpul segala maklumat yang disampaikan

oleh klien. Dengan adanya kemahiran ini, kaunselor akan fokus terhadap

perbincangan tersebut.

Kemahiran ini dapat di lihat ketika sesi kedua dijalankan. Galakkan daripada

kaunselor supaya Puan Janeta terus berkongsi isu yang dibawa membuatkan

beliau tidak merasa segan dan selesa meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Penggunaan ayat yang teratur juga merupakan salah satu kemahiran yang di

tunjukkan oleh kaunselor kepada para kaunselor pelatih. Penggunaan ayat

yang menarik dan ringkas akan memberikan perasaan santai kepada ahli

kelompok untuk berkongsi isu mereka.

3.4 Kemahiran Memimpin


Kemahiran adalah untuk menggalakan klien memberi tindak balas kepada komunikasi

yang sedang dijalankan terutama komunikasi terbuka. Kemahiran ini sangat penting

untuk memastikan klien mampu untuk menerangkan segala permasalahan, peluang

untuk berinteraksi dan menggalakan klien menentukan atau arah tuju sesi kaunseling.

Terdapat dua kemahiran memimpin iaitu memimpin secara lansung di mana bertujuan

memberi fokus kepada sesuatu topik relevan yang sedang diperbincangkan dan

menggalakkan klien bercerita atau menjelaskan sesuatu lebih terperinci dan jelas dan

kedua, memimpin secara tidak lansung di mana ia selalu digunakan pada awal sesi

untuk memberi peluang kepada klien memulakan sesi.

3.5 Kemahiran Menyoal


Kebiasaanya, kemahiran ini memang sudah ada dalam diri seseorang kaunselor.

Teknik menyoal yang tidak betul akan menyebakan sesi kaunseling tersebut akan

menjadi seperti perbualan biasa. Walaupun begitu, kaunselor juga perlu menghindari

6
daripada menyoal seperti soal siasat pihak penguatkuasa terhadap penjenayah untuk

mengelakkan klien terasa diri mereka seperti pesalah.

3.6 Refleksi
Uniknya seorang kaunselor dalam sesi kaunseling adalah dengan adanya refleksi

terhadap permasalahn yang diluahkan kepada kaunselor. Refleksi merupakan

pengulangan kembali pokok atau isi kata-kata klien secara tepat, padat dan ringkas.

Justeru, klien akan merasa yakin terhadap kaunselor kerana kaunselor faham akan apa

yang disampaikan oleh klien. Terdapat tiga jenis refleksi iaitu refleksi isi, refleksi

perasaan dan refleksi pengalaman.


Pada setiap sesi, pensyarah menunjukkan kepentingan seorang kaunselor memberikan

refleksi pada setiap aktiviti yang dilakukan sepanjang sesi. Hal ini supaya klien dapat

menangkap setiap objektif sesuatu aktiviti itu dilakukan supaya dapat perubahan

tingkah laku dapat dilihat.

3.7 Kemahiran Merumus


Fokus terhadap sesuatu permasalah yang digunakan untuk memahami apa yang ingin

disampaikan oleh klien. Ini memudahkan pembimbing memberikan pertolongan tanpa

mencari-cari apakah masalah yang ingin diselesaikan oleh klien. Terdapat dua

rumusan yang boleh dilakukan dalam sesi kaunseling iaitu rumusan kecil dan

rumusan besar.

3.8 Kemahiran Penamatan


Kemahiran penamatan amat penting untuk memastikan klien tahu sama ada sesi

masih dijalankan ataupun sudah habis.

4.0 PENDEKATAN TEORI


7
Apa yang boleh saya kenalpasti ialah pensyarah menggunakan pendekatan

Teori Cognitive Behavioral Theraphy (CBT) atau dalam Bahasa Melayu kognitif

tingkah laku. didefinisikan sebagai psikoterapi yang berfokus kepada keadaan

seseorang di mana ketika seseorang individu mengubah pemikiran maladaptive

sekaligus ia akan mengubah tingkah laku individu tersebut (Spiegler & Guevremont,

2013). Hal ini bermaksud CBT berasaskan model bahawa perasaan dan tindakan kita

dipengaruhi oleh gaya kita berfikir dan bukannya dari faktor luaran. Teori CBT akan

berfokus kepada bagaimana menggantikan sesuatu perkara atau tingkah laku yang

negatif kepada tingkah laku yang lebih baik ataupun positif.

Dalam terapi kognitif mengandaikan bahawa pemikiran yang negatif atau tidak

rasional akan muncul dan terbentuk daripada gangguan emosi seseorang individu. Hal

ini berlaku apabila seseorang itu bertindak berdasarkan pemikiran yang telah

diputarbelit terhadap sesuatu perkara atau situasi. CBT mempunyai beberapa teknik

seperti Teknik Mengkstruktur Semula Kognitif, Teknik Relaksasi, Teknik Rekod

Pemikiran Disfungsional dan Teknik Guide Discovery. CBT merupakan terapi yang

berasaskan bukti yang mensasarkan kepada masalah semasa klien. Terapi ini mampu

untuk memperbaiki gangguan yang berlaku kepada emosi, pemikiran dan tingkah laku

negatif klien yang akan menggangu keadaan kehidupan seharian individu.

5.0 TEKNIK RAWATAN

Semasa proses kaunseling dijalankan, Puan Janeta menyatakan bahawa dia selalu

risau apabila memikirkan perihal keluarganya. Terdapat dua Teknik rawatan yang

digunakan oleh pensyarah untuk menyelesaikan masalah Puan Janeta.

8
5.1 Teknik Mengstruktur Semula Kognitif

Pemikiran yang negatif merupakan suatu pemikiran yang tidak baik untuk

seseorang individu. Puan Janeta menyedari bahawa dia selalu mengalami

masalah over-thinking apabila berkaitan dengan keluarganya. Dia menyatakan

bahawa keadaan kesihatan suaminya sering membuatkan dia risau. Dia selalu

berfikiran negative apabila suaminya keluar bersama kawan-kawanya. Dalam

teknik ini, pensyarah menjalankan penilaian pemikiran negatif untuk

mengstrukturkan semula kognitif Puan Janeta. Teknik ini akan menghentikan

pemikiran yang tidak rasional dan negatif klien. Terdapat beberapa proses

yang akan terlibat seperti pemantauan tempoh masalah, kekerapan dan

keseriusan masalah, anteseden, kognitif yang berkaitan dan akibatnya. Huruf

A-B-C yang merujuk kepada A (antecedents) adalah kejadian dan peristiwa

sebelum akibat berlaku, B (belief system) adalah fikiran automatik yang

berkaitan dan C (consequences) adalah kesan akibat yang berlaku dalam

bentuk reaksi tingkah laku dan emosi yang bermasalah akan digunakan oleh

kaunselor dalam menganalisis masalah ini. Pada akhir teknik ini, klien akan

merekodkan kesan kognitif baharu dan tingkah laku personal.

5.2 Teknik Guide Discovery

Teknik ini digunakan secara meluas dalam CBT. Teknik ini berkesan

mengubah andaian yang maladaptive (Beck, 1995). Pensyarah bertanya

beberapa siri soalan untuk mendapatkan tingkah laku Puan Janeta dan

seterusnya kaunselor akan mendengar dan memberi refleksi terhadap

9
maklumat yang diberikan oleh klien. Akhir sekali, kaunselor akan mengajar

klien menggunakan rasional untuk melihat pemikaran dan perasaan klien

secara realiti.

6.1 TUGAS PEMIMPIN KELOMPOK

Ketua atau pemimpin dalam kaunseling kelompok ialah kaunselor. Dalam sesi

kaunseling yang dijalankan oleh pensyarah, pensyarah menunjukkan beberapa

peranan ketua kelompok.

Peranan yang pertama boleh dilihat sebagai ketua kelompok semasa sesi dijalankan

adalah ketua kelompok bertindak sebagai perangsang emosi melibatkan perlakuan

ketua yang berani meluahkan perasaan, sikap dan nilai diri dan dia kerap mengambil

bahagian sebagai ahli.

Peranan yang kedua adalah ketua kelompok memainkan peranan menyediakan ahli

untuk menerima dan memahami apa yang berlaku dalam kumpulan. Pada masa yang

sama, dia menggalakkan ahli agar mengubah perlakuan kepada yang lebih diterima.

Selain itu, peranan ketua kelompok juga dapat dilihat apabila pensyarah

melaksanakan tugas melibatkan faktor menentukan tempat pertemuan yang sesuai,

mencadang atau menentukan peraturan dan norma-norma yang harus dipatuhi oleh

ahli kumpulan, menentukan matlamat, masa dan etika kaunseling kelompok.

Dalam setiap interaksi kumpulan, terdapat banyak peluang bagi ketua untuk membuat

komen tentang interaksi yang berlaku dalam kumpulan tidak kira apa juga teknik dan

kemahiran yang digunakan. Selain itu, fungsi penting ketua juga ialah menggalak dan

10
mengembangkan interaksi di antara ahli kelompok itu. Ketua yang berjaya berkongsi

fungsi kepimpinannya dengan ahli lain lebih sedia mengetepikan perasaan mereka dan

menggalakkan ahli menolong di antara satu sama lain. Ketua juga mempermudah

sesuatu proses itu berlaku melalui kehadirannya dalam kelompok. Ketua

menggalakkan kumpulan bertindak dan mengarahkan perhatian kumpulan pada

perasaan hati yang sedang dilalui dan kebimbangan yang sedang dialami.

Di samping itu, ketua juga berperanan untuk menghalang campur tangan dalam

kelompok untuk melindungi hak individu dalam kumpulan. Ini digunakan supaya

setiap ahli dapat menggunakan haknya untuk mengeluarkan pendapat dalam

kumpulan tetapi pada masa yang sama mengekalkan haknya untuk merahsiakan

sesuatu.

Seterusnya ketua berperanan untuk menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku

dalam kelompok. Adalah menjadi tugas ketua untuk memastikan sengketa yang

berlaku diselesaikan dalam kelompok dengan suasana yang tenteram dan tenang

supaya penyelesaian dapat dicapai.

6.0 KESAN TERHADAP DIRI DAN PSIKOLOGIKAL

Sebelum mengikuti sesi yang dikendalikan oleh pensyarah, saya sendiri menghadapi

masalah yang sama seperti yang dihadapi oleh Puan Janeta. Jika Puan Janeta

mempunyai masalah overthinking terhadap keluarganya, saya pula selalu terlebih

memikirkan apa yang orang lain fikir mengenai diri saya sendiri. Sehingga pada satu

11
tahap, saya menganggap bahawa semua individu yang cuba untuk berkawan dan

mendekati saya mempunyai niat yang tidak baik.

Namun adanya sesi kaunseling kelompok yang dijalankan oleh pensyarah membantu

sedikit mengubah pemikiran saya terhadaporang lain. Setiap cadangan yang di

cadangkan oleh ahli kelompok saya cuba aplikasikan dalam kehidupan harian saya

sendiri.

Walaupun begitu, sesi kaunseling kelompok tersebut hanya dijalankan 3 kali sesi

sahaja atas factor-faktor tertentu dan masih terdapat masalah dalaman yang masih

saya pendam sendiri. Saya percaya bahawa jika sesi tersebut dapat dijalankan

sehingga semua ahli kelompok dapat berkongsi isu yang dihadapi, pastinya lebih

banyak isu dalaman dalam diri saya dapat diselesaikan.

Pada pendapat saya, sesi kaunseling kelompok yang di kendalikan oleh pensyarah

perlu dilakukan kepada kaunselor pelatih untuk menyiapkan para kaunselor pelatih

menghadapi pelbagai jenis ragam klien apabila tamat belajar kelak. Sebagai seorang

bakal kaunselor, isu-isu dalaman diri sendiri haruslah diselesaikan terlebih dahulu

supaya bakal kaunselor dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa memberi

perkhidmatan kaunseling kepada klien.

7.0 RUMUSAN

Pelaksanaan kaunseling kelompok memperlihatkan beberapa impak positif terhadap

kaunselor dan klien yang terlibat. Antaranya ialah mempertingkatkan kemahiran

komunikasi ahli-ahli kumpulan. Hal ini akan mendedahkan ahli-ahli terhadap

keberkesanan dalam berhubung bukan sahaja dengan ahli-ahli yang lain, malah

masyarakat sekeliling. Selain itu, proses kaunseling kelompok ini bukan sahaja
12
membawa pendekatan satu hala iaitu kaunselor kepada klien, malah turut melibatkan

pendekatan klien kepada klien serta klien kepada kaunselor. Hal ini mewujudkan

solusi yang bervariasi.

Melalui kaunseling kelompok ini juga, klien akan lebih berfikiran positif dengan

menganggap bahawa bukan dirinya sahaja yang mempunyai masalah, malah ahli-ahli

kumpulannya yang lain juga turut menghadapi masalah yang sama. Hal ini akan

memotivasikan individu tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya

bersama-sama ahli kumpulannya.

Secara keseluruhannya, pendekatan kaunseling kelompok mempunyai prosedur yang

sedikit berbeza dari kaunseling individu. Namun, pendekatan ini turut

memperlihatkan positifnya terhadap klien dan juga kaunselor. Pemilihan pendekatan

yang ingin dijalankan oleh seseorang kaunselor perlulah dinilai dan dilihat dari

pelbagai sudut agar pendekatan yang dijalankan berkesan terhadap proses menolong

klien.

Rujukan

Guevremont, S. &. (2003). Contemporary Behavior Therapy (4th Edition). USA: Thomson

Wadsworth.

Padesky, C. A., & Greenberger, D. (1995). Clinician's Guide to Mind Over Mood.

Trotzer, J. P. (1977). The Counselor and the Group: Integrating Theory, Training, and

Practice.

13
14

Anda mungkin juga menyukai