Anda di halaman 1dari 4

Adat, Pantang larang dan Feng Shui kaum cina

Tuan Haji Ann Wan Seng telah membentang kertaskerja tentang Pantang Larang
Masyarakat Cina di Selangor pada hari kedua (26 November 2014) Seminar Pantang
Larang Masyarakat Di Selangor di PADAT, Shah Alam. Menurut Pembentang sungguhpun
terdapat 14 suku masyarakat Cina di Malaysia dan yang paling dominan ialah suku
Hokkien, Kantonese, Hakka dan Teochew dan di Selangor didominasi suku Hokkien,
dan Hakka diikuti suku Teochew, Kantonese dan Hailam pada dasarnya adat dan
pantang larang mereka hampir bersamaan dari segi kepercayaan, kebudayaan dan
warisan adat resam. Dilihat dari segi petempatan di Selangor Suku Hokkien ramai
terdapat di Klang, Hakka di Bandar Kajang, Teochew di Pulau Ketam dan Kuala
Selangor, Kantonese di Petaling Jaya dan Hailam di Bagan Hailam di Pelabuhan
Klang. Kebudayaan mereka dipengaruhi oleh Toisme, Confuciunisme, Buddhisme dan
pegangan pada leluhur. Mereka mempunyai pantang larang dan taboo.

Orang Cina menurut Haji Ann Wan Seng percaya bahawa perjalanan dan pusingan
hidup amat dipengaruhi oleh gerak lunar dan bintang-bintang yang dikenali dengan
`Zodiak`. Pergerakan mempengaruhi pusingan hidup dari segi tarikh, masa lahir,
nama dan anggota tubuh yang menentukan Feng Shui. Orang Cina menggunakan
system lunar berasaskan bentuk bintang-bintang yang menyerupai bentuk binatang-
binatang yang berjumlah 12 zodiak, iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular,
kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi. Perjalanan hidup dipengaruhi tarikh
lahir menurut zodiak berkenaan. Lantaran itu ada pantang larang bagi kelahiran yang
tidak serasi dengan zodiac, contoh:
Lahir tahun tikus dilarang kahwin dengan yang lahir tahun kuda dan arnab
Lahir tahun lembu sebaiknya mencari yang lahir pada tahun ayam, tikus, ular dan juga
lembu
Lahir tahun harimau perlu elak dari mengahwini yang lahir tahun ular, monyet, lembu,
arnab dan harimau
Lahir tahun arnab tidak sesuai dengan yang lahir tahun ayam, tikus dan harimau
Lahir tahun naga tidak sesuai dengan yang lahir tahun anjing
Lahir tahun ular jangan berkahwin dengan yang berzodiak babi dan harimau
Tahun kuda tidak boleh dengan Tahun tikus
Tahun lembu tidak boleh dengan tahun anjing
Lahir tahun monyet tidak sesuai dengan lahir tahun kuda dan harimau
Tahun ayam tak sesuai dengan tahun arnab dan ayam
Tahun anjing tidak sesuai dengan tahun kambing dan naga
Tahun babi hendaklah menjauhkan tahun ular. Jika larangan-larangan tidak dipatuhi,
maka akan berlaku ketidakserasian dan kecelakaan.
Adapun Feng Shui (Angin dan Air) , bukanlah sesuatu yang khurafat, sebaliknya
merupakan pemerhatian bersifat saintifik dan logic. Misalnya untuk mendirikan rumah
atau bangunan mesti mencari tapak yang sesuai dengan unsur angin (feng) yang
dikenali sebagai `ying` dan Air (shui) yang dikenali dengan `yang`’ Dalam ajaran
Taoisme kedua-dua unsur ini begitu penting di dalam kehidupan dan perlu seimbang,
jika tidak akan mencetuskan konflik. Contoh tidak sesuai mendirikan rumah di
persimpangan jalan atau di kawasan rendah dan terlindung. Perkuburan sewajarnya di
tempat tinggi. Lokasi sesuai memberi lempah kekayaan, kesejahteraan dan
kebahagiaan.
Bagi pantang larang yang lain, maka kaum Cina.
Mementingkan kelahiran anak lelaki yang akan membawa turunan dan silsilah keluarga
Wanita mengandung jangan berjalan berkaki ayam – sejuk tidak baik bagi ibu
Tidak boleh menamakan anak sebelum lahir elak kekecewaan jika yang lahir anak
perempuan.
Bayi yang baru lahir tidak boleh dipuji untuk mengelak gangguan penunggu dan
syaitan
Bayi tidak boleh dibedakkan ini menghalang roh bayi mengenali jasadnya..
Bila member nama bayi perlu diperhati bahawa:
Nama hendaklah membawa makna yang baik, bunyi nama sedap didengar, nama
hendaklah mengikut kiraan angka yang sepadan, perlu mempunyai unsur Ying (angin)
dan yang (air). Perlu seimbang dengan unsur emas, air, api, tanah dan kayu.

Manakala pantang larang perkahwinan seperti kebanyakan adat dan pantang larang
kaum lain iaitu melalui merisik, meminang, bertunang,, menghantar tanda, member
wang hantaran dan kenduri.
Orang Cina dilarang memilih pasangan berpangkal nama keluarga yang sama – ada
hubungan darah. Contoh perkahwinan dengan sepupu tidak digalakkan. Tidak ada
amalan poligami. Jika ada selebihnya gundik atau perempuan simpanan dan tidak
setaraf. Bercerai dilarang dan dianggap perkara tercela. Bila berlaku kematian pada
keluarga terdekat perkahwinan hendaklah ditangguhkan hingga boleh sampai kepada
tiga tahun.
Larangan bagi sambutan Tahun Baru Cina dilarang berpakaian warna hitam atau warna
yang suram, dilarang dari bersedih dan menangis. Hari sambutan sehingga 15 hari (cap
go meh) dalam masa tersebut dilarang dari membersih dan menyapu dibimbangi hilang
rezeki ada setengah suku setakat tiga hari. Pada Hari Makan Besar malam jamuan hari
pertama ikan jamuan tidak boleh diputuskan atau dicarikkan supaya tidak putus rezeki.
Memberi ang pau perlu dalam sampul merah dan dilarang sama sekali menggunakan
sampul putih.
Dilarang dari member hadiah berbentuk jam, penyapu, dan pisau.. masa makan
dilarang mengetuk pinggan mangkuk dengan penyepit dan orang Cina tidak menyukai
angka `empat` yang memaksudkan kepada mati. Dan dilarang bersumpah `memotong
ayam.
Sebagaimana kaum lain kematian adalah kedukaan. Mayat setelah diziarah diarak
dengan kenderaan ke jerat dengan pakaian perkabungan, termasuk ada kumpulan
tangis. Tempat jerat melambangkan status si mati. Biasanya bertempat kawasan tinggi
dengan ruang yang agak luas bagi yang berstatus dan berkemampuan. Tapi kini ada
yang memilih persemadian secara dibakar dan bekas abu disimpan di bangunan yang
berstatus seperti di Bangunan Nirwana di Kuala Lumpur dan sebagainya.
Kertaskerja Haji Ann Wan Seng, walaupun ringkas, tetapi padat dan bersifat
informative.
Kesimpulan, walaupun setengah adat pantang larang di dalam masyarakat Cina
berasaskan perkiraan zodiac dan Feng Sui yang nampaknya berunsur rasional, tetapi
ada juga bersifat khurafat dan tahyul. Sebahagian daripada adat dan pantang larang
tidak lagi dipatuhi, sebaliknya dihormati sebagai warisan yang tidak semestinya diikuti.

Anda mungkin juga menyukai