Anda di halaman 1dari 2

Pencapaian lemah

1. Pencapaian agak lemah. Perlu tingkatkan fokus di dalam kelas. Perbanyakkan latihan
dirumah.perbanyakkan latihan bagi matapelajaran yang lemah.

2. Lemah dalam penguasaan matematik. Banyakkan membuat latihan di rumah.

3. Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran.

4. Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pelajaran di dalam
kelas. Anda mampu meningkatkan pencapaian dengan bersikap proaktif di dalam kelas.
Teruskan berusaha. jangan pernah kenal erti putus asa. Isnya Allah, Allah sentiasa bersama
dengan orang-orang yang sabar.

Keputusan yang kurang memberangsangkan. Namun begitu, masih ada ruang


dan peluang untuk memperbaiki keputusan ini kerana anda seorang pelajar
yang melibatkan diri secara aktif sewaktu guru sedang mengajar

Seorang pelajar yang pasif di dalam kelas tetapi tetap berusaha dengan sebaik
mungkin untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Walaupun keputusan
kurang memberangsangkan, masih ada ruang dan peluang untuk anda
memperbaiki keputusan ini. Teruskan usaha anda

Potensi anda masih boleh digilap. Berusaha dengan lebih gigih, fokus sewaktu
guru mengajar dan kurangkan bermain di dalam kelas serta siapkan tugasan
yang diberikan oleh guru. Keinginan untuk belajar itu perlu ada dalam diri
supaya anda dapat mengubah keputusan anda.

Anda mempunyai potensi untuk mendapat markah yang lebih baik. Namun
begitu, anda perlu bekerja dengan lebih keras untuk mengubah keputusan.
Sentiasa yakin pada diri bahawa anda boleh mendapat keputusan yang lebih
baik. Terus berusaha.

Cemerlang atau ada peningkatan

Anda seorang pelajar yang rajin, menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik
dan fokus sewaktu guru sedang mengajar. Namun begitu, keputusan ini masih
boleh diperbaiki. Kenal pasti teknik belajar yang berkesan untuk anda. Teruskan
usaha anda.
1. Berpotensi untuk memcatat kejayaan lebih cemerlang. berusahalah untuk lebih
berinteraksi di dalam kelas dan tunjukkan potensi anda.

2. Tahniah di atas usaha anda. Mantapkan lagi keputusan anda di masa akan datang.

3. Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan
sepenuhnya tumpuan ketika belajar

4. Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk
mencapai kejayaan yang lebih baik.

Pencapaian sederhana atau ulasan umum

Anda mempunyai potensi untuk mendapat markah yang lebih baik. Namun
begitu, anda perlu bekerja dengan lebih keras untuk mengubah keputusan anda.
Sentiasa yakin pada diri bahawa anda boleh mendapat keputusan yang lebih
baik. Terus berusaha.

Seorang pelajar yang rajin dan mempunyai potensi untuk mendapat keputusan
yang lebih baik. Perlu lebih fokus di dalam kelas. Teruskan usaha anda.

1. Tumpukan perhatian di dalam kelas. Banyakkan mengulangkaji pelajaran dan latihan di


rumah

2. Tingkatkan lagi usaha anda. Anda mampu melakukan yang lebih baik.

3. Gandakan lagi usaha anda serta tumpukan perhatian di dalam kelas.


anda mampu melakukan yang lebih baik

4. Banyakkan latihan terutama dalam pelajaran matematik. Berusahalah.

5. Tingkatkan lagi daya usaha anda. Anda mampu melakukan yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai