Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN TAHUNAN

UNIT BERUNIFORM 2018

1. PENGENALAN
Perkhemahan adalah penting untuk murid-murid. Program seperti ini harus dijalankan
dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di samping dapat
menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang
belum pernah mereka kenali sebelum ini.
Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan
pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa
tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian agar mereka tidak merasa rendah diri tetapi mampu
menjalani kehidupan bersosial yang lebih baik. Maka program yang berbentuk “outdoor” ini
seharusnya menjadi asas dalam memastikan mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan
yang sebenar.

2. TUJUAN
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk
memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara
dan agama.

3. OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
3.2 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
3.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan
berdisiplin.
3.4 Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
3.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
3.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing.

4. STRATEGI PELAKSANAAN
4.1 Hari : Khamis - Sabtu
4.2 Tarikh : 11 hingga 13 Oktober 2018
4.3 Tempat : SK Tunku Abdul Halim
4.4 Peserta : Pasukan Badan Beruniform (murid tahap 2).
4.5 Pengelola : Unit Badan Beruniform
4.6 Keperluan : i ) Alat tulis
ii ) Pakaian dan keperluan peribadi
iii ) Pakaian sukan
iv ) Pakaian sembahyang bagi beragama Islam
4.7 Kewangan : i ) Pihak sekolah

5. SASARAN PESERTA
5.1 74 orang peserta. Terdiri daripada unit beruniform Pengakap, Tunas Kadet Remaja
Sekolah (TKRS) dan Puteri Islam.
6. JADUAL PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2018
Hari Khamis - Sabtu ( 11 hingga 13 Oktober 2018 )

Hari / Masa Aktiviti


Khamis
4.00 ptg - Pendaftaran peserta
- Berkumpul dalam unit uniform masing-masing
4.30 ptg - Solat Asar / minum petang
5.00 ptg - Taklimat program dan aktiviti
5.30 ptg - Pertandingan memasang dan membuka khemah / Riadah
6.30 ptg - Rehat / kemasan diri / makan malam
7.30 mlm - Solat Maghrib / Bacaan Yasin / Solat Isyak
9.00 mlm - Aktiviti berkumpulan ikatan dan balutan
10.00 mlm - Aktiviti berjalan malam
11.00 mlm - Rehat / minum malam
11.30 mlm - Tidur
Jumaat
5.00 pg - Bangun tidur / kemasan diri
6.00 pg - Solat Subuh / Kuliah
7.00 pg - Senaman / Aktiviti kecerdasan
8.30 pg - Sarapan pagi
9.00 pg - Aktiviti kawad statik asas
9.30 pg - Rehat / minum pagi
10.30 pg - Aktiviti riadah (flying fox)
11.00 pg - Pertandingan sajian dan hidangan
12.00 tghari - Kemasan diri / makan tengah hari / Solat Jumaat / Zohor
3.00 ptg - Persediaan persembahan kebudayaan
4.30 ptg - Rehat / minum petang / Solat Asar
5.00 ptg - Aktiviti masakan rimba / Riadah
6.30 ptg - Rehat / kemasan diri / makan malam
7.30 mlm - Solat Maghrib / Bacaan Yasin / Solat Isyak
9.00 mlm - Persembahan kebudayaan
11.00 mlm - Rehat / minum malam
11.30 mlm - Tidur
Sabtu
5.00 pg - Bangun tidur / kemasan diri
6.00 pg - Solat Subuh / Kuliah
7.00 pg - Senaman / Aktiviti kecerdasan
8.30 pg - Rehat / Sarapan pagi
9.00 pg - Gotong royong / kemasan diri
10.00 pg - Majlis penutup / penyampaian hadiah dan sijil
11.00 pg - Bersurai
7. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PERKHEMAHAN TAHUNAN
UNIT BERUNIFORM 2018

Penasihat : En. Mahmuzir Bin Osman (Guru Besar SKTAH)


Pengerusi : En. Mohd Rizuan Bin Ishak (GPK Ko-Kurikulum)
Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Munir Bin Mohd Sobri (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : En. Aisomuddin Bin Ahmad (GPK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : Pn. Normawati Binti. Mansor

Kem Komanden AJK Jurugambar & Dokumentasi


1. Pn. Siti Razana bt. Jaffar 1. Pn. Lee Suet Fang
2. En. Ikmal Hakim b. Ismail
AJK Makanan dan Minuman
1. Pn. Norhafizah bt. Abdul Hamid AJK Keselamatan & Kawalan Murid
2. Pn. Che Gayah bt. Ahmad 1. Semua guru yang terlibat
3. Pn. Zuraidah bt. Bakar
4. Pn. Shahriah bt. Mohd Shah AJK Alatan
1. En. Mohamad Firdaus b. Zakaria
AJK Pendaftaran 2. Pn. Siti Razana bt. Jaffar
1. Pn. Faridah bt. Hashim
2. Pn. Faridah bt Salleh AJK Kecemasan dan Kerohanian
1. En. Mohammad Khobiz b. Abdullah
AJK Sijil / Hadiah 2. Pn.Norfizah bt. Jusoh
1. Pn. Hjh. Fatimah Rashida bt Hj Haron
2. Tn Hj Muhamad Na’aim Ibni Hajar

AJK Pertandingan dan Aktiviti


1. En. Muhammad Hafiz b. Hamzah
2. Pn. Normawati bt. Mansor
3. Pn. Rosmina bt. Shaari
4. Pn. Roshidah bt. Mustafa
8. ANGGARAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN

BIL PERKARA KOS / KUANTITI JUMLAH


ANGGARAN KOS
1 Hadiah / Hamper RM30(3), RM25(3), RM15(3) RM 210.00
2 Air Minuman (cup) 2 kotak RM 17.00
3 Makan dan minum murid:-
RM 740.00
- Sarapan pagi 74 x RM5.00 x 2 kali
RM 740.00
- Makan tengahari 74 x RM5.00 x 2 kali
RM 740.00
- Makan malam 74 x RM5.00 x 2 kali
RM 370.00
- Minum pagi, petang & 74 x RM1.00 x 5 kali
malam
RM2590.00

4 Bahan Aktiviti:-
Keperluan aktiviti 65 X RM10.00 RM 650.00

JUMLAH KESELURUHAN RM3467.00

9. SUMBER KEWANGAN / PENDAPATAN

BIL SUMBER PENDAPATAN JUMLAH

1. Bayaran daripada murid


RM 35 x 74 orang RM2590.00

2. Kewangan Kokurikulum RM..877.00

JUMLAH KESELURUHAN RM3467.00


10. BARANGAN YANG PERLU DIBAWA BAGI SETIAP KUMPULAN & INDIVIDU

Bil. Nama Barang


1. Senduk (K)
2. Kuali (K)
3. Mangkuk (K)
4. Sudip (K)
5. Pisau (K)
6. Papan pemotong ( landas ) (K)
7. Sudu (I)
8. Garpu (I)
9. Cawan (I)
10. Pinggan (I)
11. Telur 2 biji (I)
12. Kentang 1 biji (I)
13. Bawang Besar 1 biji (I)
14. Beras 1 cawan (I)
15.

# Mengikut kuantiti yang mencukupi untuk setiap kumpulan


11. PENUTUP

Diharapkan dengan perlaksanaan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Sekolah ini murid dapat
menimba pengalaman sebenar untuk berdikari dan memberi kesedaran tentang pentingnya hidup
dalam satu masyarakat. Selain itu, dengan penglibatan murid-murid pada setiap aktiviti yang
dijalankan, diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid untuk memahami kebolehan diri
sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan positif serta berpotensi menjadi individu
yang cemerlang dan berdisiplin.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(PN. NORMAWATI BINTI. MANSOR) (MOHD RIZUAN BIN ISHAK)


Setiausaha Perkhemahan Tahunan Guru Penolong kanan Kokurikulum
SK Tunku Abdul Halim SK Tunku Abdul Halim

Disahkan oleh :

(EN. MAHMUZIR BIN OSMAN)


Guru Besar
SK Tunku Abdul Halim
PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT
BERUNIFORM 2018
SK TUNKU ABDUL HALIM

TARIKH
18 HINGGA 19 OKTOBER 2018

HARI
KHAMIS HINGGA JUMAAT

TEMPAT
SK TUNKU ABDUL HALIM

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM
SK TUNKU ABDUL HALIM

Anda mungkin juga menyukai