Anda di halaman 1dari 2

PPSMI: Kerajaan mahu pastikan

pelajar bersedia hadapi Revolusi 4.0 -


Maszlee
Wan Syamsul Amly, Astro Awani | Jun 22, 2019 00:05 MYT

MASZLEE: Kita akan memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan yang berkualiti, memperlengkapkan
diri mereka untuk dapat bersaing di peringkat global dan juga bersedia menghadapi Revolusi 4.0. - Astro
AWANI/SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu memastikan pelajar mendapat pendidikan


berkualiti selain bersedia menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (Industri
4.0).

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menjelaskan, ia sekali gus persediaan


untuk pelajar Malaysia bersaing di peringkat global.

"Kita akan memastikan bahawa rakyat Malaysia, anak-anak kita akan mendapat
pendidikan yang berkualiti, memperlengkapkan diri mereka untuk dapat bersaing
di peringkat global dan juga bersedia menghadapi Industri 4.0.

"Kita akan komited untuk memastikan pendidikan berkualiti diberikan kepada


mereka," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Sambutan Ulang
Tahun DBP Ke-63 di Wisma DBP, di sini, pada Jumaat.
Maszlee berkata demikian semasa mengulas kenyataan Majlis Perundingan
Melayu (MPM) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang
mahu membuat bantahan jika terdapat perancangan untuk melaksanakan semula
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI).

Sebelum ini, Setiausaha Agung MPM, Datuk Hasan Mad dilaporkan berkata,
pihaknya akan meneruskan tekanan termasuk mengadakan himpunan cendekiawan
Melayu pada 4 Julai ini dan meminta Komuniti Pendidikan majlis tersebut
mengangkat isu tersebut.

Sementara itu, Presiden NUTP, Amiruddin Awang berkata, PPSMI bukan ubat
yang sesuai untuk merawat masalah para pelajar yang gagal menguasai bahasa
asing itu.

Sebelum ini, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan,
kerajaan juga perlu mengambil perhatian khusus tentang bagaimana untuk
menyediakan guru-guru yang boleh mengajar subjek Matematik dan Sains dalam
bahasa Inggeris kerana negara ketika ini berdepan dengan masalah tersebut.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyeru rakyat


Malaysia agar meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan dalam bidang
perniagaan bagi mendepani Industri 4.0 yang berteraskan teknologi digital.

Jelasnya, perkara itu perlu dititikberatkan bagi memastikan matlamat negara


tercapai.

Anda mungkin juga menyukai