2.1 Pengenalan
Skop latihan merupakan penerangan mengenai kerja yang telah dirancangkan untuk
pelatih sepanjang 10 minggu semasa berada di sesebuah syarikat. Tujuan skop
latihan ini dirancang supaya perjalanan latihan industri ini lebih tersusun dan
menjadikannya berjalan dengan lebih lancar. Skop latihan atau perancangan bagi
latihan industri ini dapat memberi pengenalan dan pendedahan lebih awal kepada
pelatih mengenai kerja-kerja yang perlu dilakukan sepanjang menjalani latihan
industri ini.