Isu 3 Rasuah Dikalangan Guru
Isu 3 Rasuah Dikalangan Guru
1.0 PENGENALAN
Rasuah adalah merupakan suatu perbuatan keji yang lebih banyak
mendatangkan mudarat daripada manfaat. Ianya adalah merupakan antara penyebab
kemunduran sesebuah negara. Berdasarkan Indeks Korupsi yang dikeluarkan oleh
Tranperancy International, Malaysia berada di tangga ke 60 daripada 183 buah
negara dengan skor sebanyak 4.3 berbanding Singapura yang menduduki tempat
kelima dengan skor sebanyak 9.2. Berdasarkan unjuran yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) penjawat awam merupakan
kalangan golongan tertinggi yang terlibat di dalam gejala rasuah. Gejala rasuah juga
berlaku dalam profesion perguruan di Malaysia. Masalah yang berlaku ini
mencemarkan profesion yang mulia ini. Walaupun jumlah kes yang dilaporkan
mengenai kesalahan rasuah dalam kalangan guru tidaklah seramai pesalah daripada
profesion lain tetapi oleh sebab jumlah yang sedikit itulah yang telah menyebabkan
profesion perguruan terpalit dengan noda-noda yang sedikit ini.
Umum mengetahui, apabila ada sesebuah isu mengenai profesion perguruan
maka ianya akan diheboh dan dibesarkan oleh media massa. Seolahnya apabila
kesalahan tersebut dilakukan oleh orang lain selain daripada guru ianya “tidak
mengapa” dan tidak dihebohkan sepertimana kesalahan yang dilakukan oleh guru.
Oleh itu, perkara sebegini akan menjatuhkan “air muka” profesion perguruan yang
sekian lama dilihat sebagai profesion yang mulia.
Memerangai rasuah memerlukan penglibatan semua pihak, Memetik kenyataan Tan Sri
Azmi Kamaruddin ( mantan hakim wilayah persekutuan) di dalam buku Abdullah
Ahmad Badawi Tiga Tahun Di Putrajaya, beliau mengatakan :
“ rakyat tidak boleh lagi pejam sebelah mata dalam hal rasuah ini. Setiap orang harus
mulai hari ini mengambil pendirian untuk bersama sama menyelesaikannya, tidak boleh
lagi duduk di tepi pagar hanya melihat dari luar sahaja”.
Oleh itu, seorang guru yang bijak akan menghindari rasuah dan berusaha
menghalang orang lain dari terlibat dengan gejala tersebut. Maka penulisan ini akan
mengupas sedikit sebanyak beberapa perkara yang menyentuh isu rasuah di dalam
perkhidmatan perguruan dan menyentuh mengenai akta-akta yang berkaitan dengan
rasuah untuk panduan kita bersama.
Kebaikan itu menenangkan jiwa, sementara kejahatan itu keraguan dalam jantung hati,
teragak-agak di dada sekalipun manusia manusia memberikan fatwa kepadamu (ianya
baik).
HR Ahmad & Ad-darimi
Maka jadikanlah intergriti sebagai amalan hidup, supaya setiap daripada rezeki yang
kita perolehi datang daripada sumber yang baik dan tidak memudaratkan.
Selain itu, sebagai penjawat awam dan rakyat yang cintakan negara seharusnya
kita mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri, mahukah kita
melihat negara kita hancur dengan malan rasuah? Lihat sahaja negara yang tinggi
indeks rasuah seperti Afghanistan dan Somalia, adakah kita mahu negara kita mundur
kerana rasuah yang berleluasa di sana-sini? Negara telah kerugian berbillion ringgit
setiap tahun akibat gejala rasuah ini, pada tahun 2010 sahaja, Malaysia telah
mengalami kerugian sebanyak 10 billion, jika dilihat daripada RM 1 billon sahaja kita
sudah boleh membina 99 buah sekolah rendah. Bayangkan betapa besarnya kerugian
yang ditanggung negara akibat gejala rasuah ini.
Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia harus bersatu padu dan berganding bahu
dalam memerangi gejala rasuah ini, setiap pihak di setiap lapisan masyarakat
mempunyai peranan dan tanggungjawab yang baik. Sebagai seorang guru, seharusnya
kita memainkan peranan dengan menyampaikan pendidikan mengenai keburukan
amalan rasuah dan berusaha menjauhi gejala tersebut serta menjadi role model kepada
masyarakat. Hal ini terkandung di dalam Surat pekeliling Ikhtisas bilangan 17 tahun
1997 yang menggesa kepada guru untuk memasukkan elemen pencegahan rasuah di
dalam sukatan pelajaran dan menyarankan kepada para guru untuk menjadi role model
yang baik bagi diikuti oleh pelajar. Sangat tidak wajar bagi seorang guru untuk terlibat di
dalam amalan rasuah kerana guru adalah harapan bagi masyarakat, guru adalah
golongan yang dipercayai oleh masyarakat dan guru adalah rujukan masyarakat.
Jika sekiranya seorang guru menunjukkan tauladan yang tidak baik, ianya akan
menjejaskan sistem kepercayaan orang ramai terhadap nilai dan kualiti guru yang ada
di negara kita ini. Maka para guru harus membina imej yang baik dalam masyarakat
dan memastikan profesion perguruan tidak lagi tercemar dengan tindakan yang
dilakukan oleh guru sendiri.
http://murabbiumat.blogspot.com/2012/09/isu-tiada-kompromi-guru-besar-rasuah.html