Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BILAL,

KM. 4, BUKIT PASIR,


83050 BATU PAHAT,
JOHOR DARUL TAKZIM Tel/Fax :07- 4321529
___________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : JBA0031/700-6/2/1 ( )
Tarikh : 16 JUN 2019

Tuan / Puan Guru Besar,


SEKOLAH AGAMA PARIT BILAL
SEKOLAH AGAMA BUKIT PASIR
SEKOLAH AGAMA SERI BINJAI

Tuan / Puan,

MEMOHON PERLEPASAN KELAS SEKOLAH AGAMA BAGI MENYERTAI AKTIVITI KO-KURIKULUM


KEJOHANAN RAGBI RIMAU MAJLIS SUKAN SEKOLAH SEKOLAH DAERAH (MSSD) BATU
PAHAT BAWAH 12 TAHUN NEGERI JOHOR TAHUN 2019

Adalah dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan / puan, murid dari sekolah tuan/puan iaitu:

_________________________________ dari Darjah _________________________ telah terpilih untuk


mewakili SK. Parit Bilal dalam pertandingan :

NAMA PERTANDINGAN : KEJOHANAN RAGBI RIMAU MAJLIS SUKAN SEKOLAH


SEKOLAH DAERAH (MSSD) BATU PAHAT BAWAH 12
TAHUN NEGERI JOHOR TAHUN 2019
TARIKH : 25 JUN 2019 (MSSD)
TEMPAT : SK SRI MEDANL,BATU PAHAT, JOHOR
MASA : 8.30 PAGI-6.00 PETANG

3. Untuk tujuan tersebut, murid berkenaan diminta menjalani Latihan Pusat sebagai persediaan bagi
menghadapi pertandingan tersebut pada :

TARIKH LATIHAN : 16 - 20 JUN 2018(LATIHAN PUSAT))


TEMPAT : PADANG SK PARIT BILAL
MASA : 3.30 – 6.30 PETANG

4. Surat kebenaran dari ibu bapa murid berkenaan telah pun dikeluarkan untuk tujuan tersebut.

5. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik tuan / puan agar dapat memberi perlepasan dan
pengecualian dari menghadiri kelas agama kepada murid berkenaan sehingga tamat pertandingan tersebut.

6. Segala kerjasama dan perhatian yang pihak tuan / puan hulurkan sangat-sangat kami hargai dan
didahului dengan ucapan ribuan penghargaan. Segala kesulitan yang pihak tuan / puan alami amat kami kesali.

Sekian, terima kasih.


“ SEHATI SEJIWA “
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………..
( RAHMAT BIN ATAN )
Guru Besar,
SK. Parit Bilal,
Batu Pahat.

Anda mungkin juga menyukai