Anda di halaman 1dari 2

Seperiuk Nasi Jelantah

Kau bilang kasihan;


Mereka yang hidup merempat,
Kehilangan kiblat pendapatan,
Meracau dalam gelap,

Kau bilang kasihan;


Mereka yang tanpa pedoman,
Kalah perang tanpa serdadu,
Berenang dalam air mata abadi,

Bersenjatakan kalimah belas,


Kau mengambil tempat raja,
Menghukum mereka,
Apa guna kau kasihan!

Tanpa sedikit pun rasa ikhlas,


Kau cuba menghurai,
Mungkin ini balasan dosa!
Balasan kafir!

Kau hadiahkan seperiuk nasi jelantah,


Disuap dengan tangan kiri,
Kendurikan mulut yang memerlukan,
Agar nama kau mashyur seluruh alam,

Perhatikan periuk nasi yang kau beri,


Tidak akan lebih putih berseri,
Senyumkah engkau sekiranya engkau mereka?
Disuap nasi oleh manusia bermegah diri.

Muhammad Jailani
Soalan

Arahan : Jawab tiga daripada empat soalan-soalan yang tertera di bawah.


Secara berkumpulan, tuliskan jawapan anda atas kertas berukuran A3.

1. Menurut pendapat anda, mengapakah ‘nasi jelantah’ menjadi ciri utama


dalam puisi ini?

2. Pada bahagian manakah, konsep ‘ketidakikhlasan’ ditekankan oleh


penulis?

3. Menurut pendapat anda, mengapakah penulis mengungkapkan, “Kau


hadiahkan seperiuk nasi jelantah, Disuap dengan tangan kiri”

4. Menggunakan Kamus Dewan, berikan makna bagi perkataan-perkataan


berikut :
- bilang
- serdadu
- jelantah
- bermegah

Anda mungkin juga menyukai