Anda di halaman 1dari 2

salam sejahtera dan salam transformasi

Yang Berusaha ,En tan pei jian , Head of partner school counselor admission and counseling INTI
INTERNATIONAL COLLEGE SUBANG
Yg berusaha, Puan noor hafiza binti sha’ari , Penolong kanan tingkatan 6 SMK Kepong
Cik Hing Sai Boiu, Kaunselor SMK Kepong
Barisan guru akademik dan rakan rakan sekalian .

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau Mutiara,
Pemanis kata Selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Terlebih dahulu, majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kassih kepada En tan pei jian atas
kesudian hadir untuk bersama-sama dengan para pelajar tingkatan 6 bawah bagi sesi 2019/2020. Untuk
makluman En Tan, seramai 142 pelajar baharu yang mendaftar pada 2 mei yang lalu sehingga hari ini.

Sidang hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati majlis marilah sama-sama kita bacakan ummul kittab bagi yang beragama islam dan
yang bukan islam bertafakur mengikut fahaman agama masing-masing. Alfatihah.
****
Moga-moga dengan keredhaanNYa majlis kita akan diberkati dan memberi manfaat kepada semua.
Insyallah.
****
Sebelum kita mulakan program pada hari ini, eloklah kiranya saya bacakan serba sedikit latar belakang
penceramah kita pada hari ini. Orangnya segak bukan calan-calang.
En TAN PEI JIAN. Nama yang sangat dikenali di kalangan pelajar INTI COLLEGE. Beliau merupakan Head
of partner school counselor admission and counseling INTI INTERNATIONAL COLLEGE SUBANG. Beliau
telah berkhidmat selama 6 tahun di institusi ini . beliau memainkan perana penting dalam
menyampaikan ilmu mengenai Kesedaran Bangunan di kalangan sekolah dan pelajar serta memberi
perbincangan mengenai pelbagai topic.
***
Para hadirin yang dikasihi sekalian ,
tanpa membuang masa , majlis dengan penuh hormat mempersilakan En Tan Pei Jian untuk memulakan
ceramah yang bertajuk cara cara bagi mengubah dan membuat persiapan untuk masa depan anda ,
dipersilakan.
*****

Terima kasih diucapkan kepada En tan Pei Jian atas motivasi yang dikongsikan sebentar tadi . Semoga
segala ilmu tadi dapat membantu rakan rakan dan diri saya sendiri untuk memilih jalan yang betul Demi
masa depan kita .

Seterusnya, majlis mempersilakan Puan Noor Hafiza binti Sha’ari selaku penolong kanan tingkatan 6
untuk menyampaikan cenderahati kepada En tan Pei Jian. Dipersilakan en tan pei jian untuk menerima.

Akhir kata, terima kasih untuk semua yang hadir dalam menjayakan program pada hari ini. Sekali lagi
terima kasih dan kalungan penghargaan kepada en tan pei jian.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara ,
Jemari disusun maaf di pinta.

Sekian , terima kasih

Anda mungkin juga menyukai